PNB – Berfikirlah Di Luar Kotak

“Genggam bara api biar sampai jadi arang; hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” – Perumpamaan Melayu.

“It is not because things are difficult that we do not dare; it is because we do not dare that they are difficult” – Marcus Annaeus Seneca

DS Najib Tun Razak

DS Najib Tun Razak

TS Zeti Akhtar

TS Zeti Akhtar

Dato' Zuraidah Atan

Dato' Zuraidah Atan

TS Nor Mohamed Yackop

TS Nor Mohamed Yackop

TS Hamad Kama Piah

TS Hamad Kama Piah

TS Azman Hashim

TS Azman Hashim

Nasib malang Bumi

1. Pada 15 Julai lalu, PNB telah mengumumkan bahawa baki 1.6 bilion unit ASM yang asalnya dikhaskan untuk Bumiputera akan (telah) dijual kepada semua kaum mulai 21 Julai. Jika PNB diterajui oleh bukan Bumi maka pantaslah tuduhan akan dibuat bahawa ia adalah anti Bumi. Tetapi PNB dikepalai oleh kaum Bumi sendiri! Lantaran hendak tuding kat siapa pula?

2. Difahamkan punca utama keputusan tersebut ialah kedudukan ekonomi Bumi yang goyang, kecairan yang kurang dan kemampuan meminjam yang lemah. Maka saham sebanyak itu tidak terbeli oleh golongan ini.

3. Dalam pada itu, rayuan-rayuan telah dikemukakan supaya kuota tersebut dikekalkan. Nampaknya rayuan mereka hanyalah umpama anjing menyalak bukit. Justeru ramai Bumiputera mengeluh dan marah kerana rayuan mereka tak dihiraukan. Keluhan dan kemarahan turut diedarkan melalui SMS.

4. Sebagai kontras, jika bukan Bumi pula yang bising, hatta kerana seorang penyamun mati dalam tahanan polis, kerajaan segera akan memberi perhatian. Mengapa? Seorang sahaja mati kerana jatuh dari bangunan selepas disoal-siasat seluruh negara jadi kelam kabut. Mengapa? Turut pelik, permohonan 18,400 orang yang mahukan kewarganegaraan Malaysia akan diproses segera. Mengapa? Sebab mereka semua ini adalah bukan Bumi?

[Nota: Supaya tidak salah faham, sukalah ditegaskan bahawa saya tidak menyokong penyalah-gunaan kuasa, penganyaiaan dan pelanggaran undang- undang. Sesiapa sahaja yang didapati bersalah maka ia hendaklah dijatuhkan hukuman yang setimpal dan saksama. Cuma janganlah dipolitikkan sesuatu isu / peristiwa sehingga kehidupan rakyat menjadi kelam kabut!]

5. Malangnya mengapa tiada siapapun ambil tahu terhadap nasib 13 mangsa dan keluarga mangsa kemalangan Kereta Api Tanah Melayu / bas yang berlaku di Sg. Lemal, Kelantan pada 30 Mac 1972 dan 17 lagi mangsa akibat jenis kemalangan yang sama berlaku di Permatang Tinggi, Bk. Mertajam pada 27 November 1981?

6. Mengapa tiada siapa bertanya nasib 10,000 AC yang bertaraf warga emas sekarang – melalui sisa-sia hidup yang tersepit dan tersisih sedangkan mereka telah memperjudikan nyawa masing-masing semasa menentang komunis dahulu bagi kepentingan kita?

7. Begitu juga dengan unit ASM. Mengapa kepentingan hampir 19 juta Bumiputera tidak pula dipedulikan? Mengapa nasib 126,000 Bumi luar bandar yang miskin dianak-tirikan tetapi nasib 14,500 bukan Bumi di bandar yang miskin dijaga seperti anak emas? Lantas salahkah jika senario ini ditafsirkan seperti “kera di hutan disusukan, anak di pangkuan diletakkan; dagang lalu ditanakkan, suami pulang kebuluran?”

[Catatan: Difahamkan pihak pengurusan tertinggi PNB tidak puas hati dengan apa yang saya tulis itu tetapi mereka telah memilih untuk tidak memberi penjelasan dan membetulkan tulisan saya, jika ada yang silap. Telah lama saya maklumkan bahawa saya sedia bertemu untuk berbincang.]

8. Mengapa? Sebab mereka semua ini adalah Bumiputera?

Bisu

9. PM, TPM, TS Nor Mohamed Yackop, menteri kabinet Bumi, MB/KM Bumi, KSN dan ahli MKT UMNO semuanya membisu. Pejuang Melayu yang menentang PPSMI nampaknya buta ekonomi. Begitulah antara kemarahan yang diluahkan.

10. Jika demikianlah kedudukan ekonomi Bumiputera dan pendirian PNB serta sikap pak menteri dan ahli MKT UMNO maka apalah harapan Bumiputera di bawah model ekonomi baru yang diperkenalkan oleh DS Najib itu? Tanya lagi mereka.

11. Bagaimana PM hendak macro-manage ekuiti dan aset untuk Bumiputera agar mencapai sasaran melebihi 30% sedangkan 1.6 bilion unit ASM inipun tidak dapat dipertahankan? Soalan-soalan ini adalah valid mereka tanya.

12. Sudah pasti 10 bilion lagi unit ASM yang diumumkan sebagai salah satu dari ‘11 Hadiah Rakyat’ akan juga dibolot semuanya oleh bukan Bumi.

13. The unambiguous outcomes, combined with other rich-biased policy initiatives such as liberalisation and meritocracy in its naked form, ialah peratus ekuiti dan aset yang menjadi milik Bumiputera akan terhakis dengan pantasnya menjelang 5 tahun akan datang. Begitulah unjuran senarionya sementara menunggu penjelasan dan tindakan konkrit daripada PM.

Desakan

14. Apa yang dibimbangkan ialah kegagalan mempertahankan 1.6 bilion unit ASM tersebut (dan dijangka akan diburukkan lagi oleh ketirisan 10 bilion ASM yang dihadiahkan itu) boleh mencarik keyakinan Bumiputera terhadap DS Najib dan memusnahkan pula kewibawaan pengurusan tertinggi PNB.

15. Lantaran, hingga ada yang terpanggil utntuk mendesak supaya mereka semua itu berhenti sebelum diberhentikan melalui PRU ke-13 nanti.

16. Pihak pengurusan tertinggi PNB turut didesak (agak berlebihan) supaya berhenti kerana, jika setakat itulah sahaja kemampuan mereka (hanya pandai menjualkan unit ASM kepada bukan Bumi). Maka tugas setahap demikian itu sudah tentu boleh dilaksanakan oleh pakar-pakar yang berkelulusan darjah 6 sahaja (ganjaran tentulah tak perlu besar!).

17. Jelas liabiliti politiknya agak serius.

18. Walau apapun sentimen negatif Bumiputera sekarang ini terhadap PNB, seperti yang dicerminkan dalam media arus perdana dan media alternatif, yang mana mungkin sebahagian besarnya betul (there are a terrible lot of lies going around the world, and the worst of it half of them are true – Churchill), sukalah ditegaskan bahawa sumbangan dan pencapaian institusi berkenaan adalah banyak sekali.

[Catatan: Tidak pula saya dimaklumkan pihak pengurusan tertinggi PNB berpuas hati dengan apa yang saya tulis. Biasalah tu. Namun enthusiasm saya tidak pula luntur.]

19. Namun, despite kejayaan tersebut, PNB hendaklah sedar bahawa “it’s not enough that we do our best; sometimes we have to do what’s required ” – Churchill. Dijangka PNB tentulah arif memahami apa dia “what’s required” itu.

Pinjam brain

20. Untuk melaksanakan “what’s required” tersebut, mungkin PNB perlu menggunakan khidmat tokoh-tokoh korporat, usahawan, kewangan dan perbankan kita. Mereka bertaraf nasional dan antarabangsa seperti TS Nor Mohamed Yackop, TS Zeti, TS Azman Hashim, TS Rashid Husin, TS Zarina, TS Khalid, Dato’ Salleh Majid, Dato’ Zuraidah, Dato’ Nazir.

21. Dijangka super brain mereka boleh dipinjam sekejap untuk mengatasi masalah sekecil ini bagi membantu PNB berfikir di luar kotak. Mereka mungkin mampu memberikan syor yang bertaraf Blue Ocean Strategy. Itulah yang diharapkan oleh PM.

22. Dalam pada itu, kerajaan telah menjanjikan RM10 bilion untuk Ekuinas. Tak bolehkah PNB menunggu sehingga Ekuinas beroperasi bagi menyelesaikan isu 1.6 bilion unit ASM ini? Kenapa begitu terburu-buru untuk menjualnya? Is it “difficult” or PNB “does not dare” to solve the problem? Atau ada kekangan yang perlu dirongkai segera?

Genggam bara api

23. PNB wajar mengakui bahawa ia telah gagal mempertahankan 1.6 bilion unit ASM untuk Bumiputera tetapi kegagalan tersebut bukanlah pula satu virus AIDS yang boleh membunuh kemampuan dan menghapuskan kejayaannya. Success is the ability to move from one failure to another without no loss of enthusiasm (Churchill).

24. Justeru PNB hendaklah segera menyediakan rancangan yang konkrit untuk mempastikan dua pertiga daripada hadiah 10 bilion unit ASM berkenaan akan dapat dinikmati oleh Bumiputera agar kesilapan yang sama tidak berulang lagi. Sekali gus dapat pula membantu DS Najib menunaikan janji beliau kepada masyarakat Bumiputera. Kata Dikota; kerbau dipegang tali, manusia dipegang janji!

25. Dengan iltizam untuk menunaikan janji tersebut serta berbekalkan semangat Churchill itu dan keperwiraan Mat Kilau menggenggam bara api sehingga menjadi arang, maka dijangkakan DS Najib boleh berjaya dalam jihad beliau, insyaAllah. Pra-syaratnya ialah para menteri, pegawai dan institusi di bawah beliau hendaklah mampu menterjemahkan visinya secara jujur, kritikal, kreatif dan berdaya keusahawanan (JKKK).

26. Jujur dan kritikal menuntut supaya berkata benar kepada bos, bukan membenarkan kata-kata bos. Kreatif dan berdaya keusahawanan pula menuntut kemampuan melaksanakan anjakan paradigma dan berfikir di luar kotak untuk mewujudkan nilai tambah yang baru, seperti yang disarankan oleh DS Najib.

27. Dijangka DS Dr Zahid, Dato’ Mustapa, DSU Dr Rais dan DS Ahmad Husni adalah antara menteri yang dapat membantu dengan berkesan.

28. Berbalik kepada PNB, dengan berpandukan JKKK ini juga, kita yakin Tun dan TS akan mampu menjaga kepentingan pelaburan bagi hampir 19 juta Bumiputera kerana “The secret of success is constancy to purpose.” – Benjamin Disraeli.

29. Kesungguhan untuk berjaya pula diingatkan oleh kata-kata hikmat ini: “There are no mistakes in life, only lessons. But if you don’t learn from those lessons then it will be a mistake” – Anonymous.

  1. #1 by arjuna waspada on July 30, 2009 - 11:05 pm

    July 17
    PNB jual ASM 1.3 billion kuota Melayu kpd bukan bumiputra.
    Adakah ini sebagai balasan sokongan atau orang melayu dah taada duit lagi ?
    Apa lagi dalam karung 1Malaysia PM untuk jadi kan wawasan 1Malaysia kenyataan.
    Mengapakah tidak di tawarkan beri peluang kapada Tabung Haji,PPZ, MOCCIS,Bank Rakyat,Ajensi Ekonomi Negeri,Tabung Perwira,Tabung Polis ?
    Tabung terengganu dah ade I billion royalti tak kan ta bolih beli kut ?
    Dengan Satu pangillan talipon semua bolih dapat melabur !!!.
    Ini kuota Melayu dan tidak di rampas dari orang bukan bumiputra.
    Geram rase.
    changkat lobak.
    arjuna waspada.

  2. #2 by arjuna waspada on July 31, 2009 - 5:44 pm

    Hari ini 31 Julai PM lancar ASM1 10 billion unit dan nak bagi peruntukkan Bumiputra untuk melanggan 50 % ?
    Dan akan di jual Kpd semua kaum jika quota Bumiputra tidak tidak di ambil.
    Sama cerita dengan 1.6 billion kuta bumiputra yang telah di jual.
    Kali ini bagi peluang lah kapd ajensi Bumiputra beli sebagai “pemegang amanah” “on behalf””as trustee”.
    Satu panggilan talipon saje ..
    changkat lobak.
    arjuna waspada.

  3. #3 by sujini on August 1, 2009 - 10:53 am

    Assalam mualaikom Datuk,

    Saya kira begini, munkin PNB (kerajaan) memerlukan cash untuk membayar segala transaksi yang telah di buat.

    Contohnya, dari mana PNB akan mencari cash untuk membayar MAS setelah membeli bangunan mereka di Jalan Sultan Ismail. Dengar kata PNB akan menjadikan bangunan itu sebagai sebuah hotel.Jika Datuk berkesempatan mengunjungi pejabat penjualan tiket MAS dahulu yang terletak di lantai tanah, kalau tak silap saya, terdapat notis “To Let”. Munkin PNB ingin menyewa kawasan itu. Tetapi masih tiada penyewa.

    Kemudian, budget 2010 pun tidak lama lagi akan dibentang. Dari mana datangnya peruntukan untuk segala macam yang telah dijanjikan oleh PM Datuk Seri Najib.Sudah semestinya beliau memerlukan peruntukan tambahan bagi melaksanakan 6NKRA dan KPI setiap Kementerian. NKRA ini saya rasa hanya akan membelit leher PM jika segala sasaran tidak tercapai. Lagi sekali rakyat didodoikan dengan lagu “Tidurlah Wahai Pemaisuri…”

    Petronas buat masa ini tidak akan melabur ke luar negara. Mengikut kenyataan Presidennya didalam akhbar , Petronas hanya akan tumpu projek-projek didalam negara sahaja. Ini bermaksud peruntukan untuk luar negara dipotong bagi menampong perbelanjaan negara.

    Jika hendak harapkan Bumi melanggan kesemua ASM/ASB/ASN dan lain-lain lagi saham PNB, mana datang HASIL orang-orang BUMI?

    Oleh itu dijuallah 1.6 bilion unit ASM kepada rakyat yang ada wang simpanan dan wang saku yang berlebih. Siapakah mereka ini?
    Tidak lain rakyat bukan bumi.

    Maka disini, kerajaan harus peka, walaupun selepas 39 tahun DEB dilancar, kenapa lagi rakyat Bumi masih tidak mempunyai wang simpanan atau pun wang saku berlebihan?

    Kalau ada pun berapa peratus?
    Ada juga rakyat Bumi yang sudah pun mencukupi pelaburan mereka dan tidak boleh lagi melabur dalam ASB.
    Tetapi berapa peratus?

    Berbalik kepada DEB.
    Kenapa matlamat untuk mengkayakan rakyat Bumi tidak tercapai kuotanya?
    Apa silapnya?
    Sepatutnya , kerajaan mengkaji kelemahan ini dan bukan menarik balik segala hak peniaga Bumi .

    Secara kasarnya, saya yang bukan arif tentang ekonomi pun boleh buat rumusan.
    Pertamanya, projek-projek kerajaan kebanyakannya diberi kepada orang-orang yang ada pengaruh dalam kerajaan.
    Mereka ini adalah terdiri daripada ahli-ahli politik sendiri. Mereka memerlukan modal untuk berada diatas dan mengekalkan kedudukan masing-masing. Oleh itu mereka pun melobi projek kerajaan. Semestinya mereka dihimpit pula oleh ahli-ahli perniagaan yang terkemuka.
    Akhirnya sebuah kek yang besar hanya dipotong dua atau dipotong empat. Paling kecil pun dipotong lapan. Habuk-habuk kek yang tinggal barulah diagihkan kepada kontraktor kelas F, E &D. Tetapi selalunya tidak sampai ke bawah pun.

    Berapa peratus kontraktor Bumi kelas F, E &D.
    Berapa peratus kontraktor Bumi kelas A,B,C?
    Jika projek tidak diagih kepada bilangan kontraktor yang ramai manakan jurang kekayaan itu dapat dikecilkan?
    Saya rasa ini adalah “common sense.”

    Pada pendapat saya, daripada meliberalkan dan membuang kuota peniaga Bumi adalah lebih baik, jika kerajaan menaik tarafkan bilangan kontraktor Bumi daripada kelas bawahan (i.i. F,E&D) kepada taraf yang lebih tinggi.

    Perbanyakkan lagi projek-projek kelas F,E &D.
    Memberi latihan intensif kepada kontraktor-kontraktor supaya dapat memperbaiki lagi mutu kerja mereka.
    Menambahkan lagi peruntukan pinjaman dan permudahkan prosidur pinjaman bank.
    Pegawai-pegawai Bank SMEs perlu bersifat proaktif dan memahami silok belok perniagaan sipeminjam.
    Jangan terlampau banyak birokrasi kerana ini akan melewatkan kelulusan pinjaman dan akhirnya menyusahkan peminjam.

    Semalam (31 Jul) PNB lancar Amanah Saham 1Malaysia untuk semua rakyat daripada umur 18 tahun. 100 unit percuma diberi kepada yang melabur. Kalau kaum yang prakmatik ini tidak tahu berterima kasih dan masih berkata mereka didiskriminasikan , saya tak tahu lagilah apa nak cakap.

    Akhir kata,sekiranya kedudukan peniaga Bumi terjamin maka saya rasa tidak menjadi masalah bagi mereka untuk melabur.
    Yang penting pertingkatkan kuasa membeli (purchasing power) mereka. Itu saja.

    Terima kasih.

  4. #4 by MAHDEE on August 2, 2009 - 8:17 pm

    Syabas Dstuk,

    Inilah apa yang dikatakan ‘DELIMA MELAYU ALAF BARU’. Pemimpin Melayu sendiri lebih senang untuk mengorbankan kepentigan bangsanya. amat merbahaya lagi Pemuda PAS pula nampak lebih bersemangat dalam mempertahankan DEB tanpa mengambil kira parti mana yang merangkan dasar tersebut dahulu.

    Oleh itu janganlah marah jika ramai orang Melayu terutama jenerasi baru mula berubah haluan kerana sebahagian dari Pemimpin UMNO masa kini tidak lagi mempunyai ketahanan diri dan kesungguhan untuk memepertahankan golongan miskin dan masyarakat luar bandar yang masih di monopoli oleh orang Melayu.

    Dalam hal PNB Orang Melayu tidak lagi boleh berbangga dengan PNB kerana PNB kini adalah untuk semua walaupun tujuan utama ditubuhnak untuk membantu memenuhi agenda Melayu dengan cara meningkatkan ekuiti saham orang Melayu.

    Teruskan perjuangan.

    • #5 by darahtuah on August 15, 2009 - 12:58 am

      Arjuna Waspada / Pn Sujini / MAHDEE,
      Salam,
      T/kasih atas ulasan2 bernas yg diberikan. Nampaknya telah timbul persepsi UMNO & PNB telah lari dari tujuan asal penubuhan masing2; tiada lagi “constancy to purpose”. Justeru, berdasarkan pendapat Benjamin Disraeli, akan gagallah kedua2 organisasi ini. Apatah pula, telah wujud juga persepsi bahawa kedua2nya juga arrogant. Maka tunggulah harinya, jika tidak segera berubah.

  5. #6 by HM Yusof on September 26, 2010 - 2:15 am

    Taniah Datuk pada semua ulasan dalam Pt. 1 ini. Bangsa ini sedang diterpa oleh semua salahlaku pemimpin lebih daripada 20 puluh tahun yang lalu. Melayu ditengking, dihardik, ditempelak, dibangkit, dimalukan,dibodohkan, malah pernah dikatakan kurang ajar, biadab dan pelupa. Pendeknya, Melayu umum yang tak berpati dipergunakan bagi muslihat pimpinan parti Melayu. Saya masih ingat seorang Menteri berkata berkali-kali yang orang Melayu sudah hilang daya fikir mereka; hanya menyerah dan boleh ditarik hidung seperti kerbau. Pimpinan UMNO masih tidak faham dengan keputusan PRU 12 apabila parti itu dan BN dipinggirkan; bahawa Melayu dan Bukan Melayu hilang kepercayaan kepada pimpinan UMNO. Semenjak PRU 12, mereka ini mahukan “perubahan” ( change ), bukan lagi “reformasi”. Orang China dan India (NGOs) mahukan ‘change’ daripada UMNO -led coalition kepada ‘multi-party’-led national ‘governance’. Mereka mahukan parti itu berubah, bukan Kerajaan berubah. Kalau parti tak berubah, jentera Kerajaan berubah, hasilnya takkan berubah. “Overseas Chinese” mahukan Penang dibawah DAP berjaya. Maka itulah domestic and foreign investments, termasuk tourism, bertumpu ke P. Pinang. Chinese hold on State power in Penang has made one step nearer towards an independent status as in Singapore. The Chinese in Malaysia will not allow Penang under DAP to falter. DAP in Selangor is going on soft-sell with the Malays. All efforts are to make Penang successful, so DAP is successful; that Selangor and Perak could emulate.

    Last night I met a long term friend from a village in Ulu Selangor. We went to the same high school and College together, and later on in the MCS. Because we were the first batch of the UM students in 1957, we held to strong ideals of the new nation, of its constitution, and of the Bangsa Melayu at its core values. I was shocked when he sang praises for the PR government of Selangor. He said the corrupt practices of UMNO and the previous BN government on land matters, the licences and housing are a matter of the past. With a glint in his eyes, he said what more would the people of Selangor want ! He added that the MB is doing a good job; and he should have no problem at PRU 13.

    My friend was once a KSU of a major Ministry, and he would not see beyond the MB. His final remark of the evening was, ‘ How could we place any hope from the UMNO leadership when a vast majority of the electorates in the recent PRK Ulu Selangor were Malays, and yet UMNO prefered a non-Malay candidate to stand for the election on its behalf ‘. I cannot help wondering if my friend was saying that a Malay majority in any other non-UMNO political combination would make any difference to their destiny.

    I then recall what Datuk Akbar asked in an email to MPM if indeed their current movement is really serious ! I think they are, and I wish they are. And I also agree with the good Datuk, that for the movement to succeed will take a good and long effort with many hurdles to overcome.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: