2011 – Melayu Tumpas?

“Berpegang teguhlah kamu kepada agama Allah secara kuat dan janganlah kamu bercerai berai. Dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu, ketika dahulu kamu bermusuhan, lalu Allah persatukan hati kamu, sehingga kamu menjadi bersaudara kerana nikmat-Nya dan kamu waktu itu berada dipinggir jurang neraka lalu Dia selamatkan kamu dari jurang itu. Demikianlah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya, mudah-mudahan kamu terpimpin kejalan yang benar.” – maksud ayat 103, Surah Ali-Imran.

Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.

Bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat.

Bersatu teguh, bercerai roboh.

There are no mistakes in life, only lessons. But if you don’t learn from those lessons then it will be a mistake – Anonymous.

500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Melaka

1. Adakah saya pro- Melayu? YA. Adakah saya bimbang terhadap serangan dan kehilangan kuasa serta hak bangsa Melayu? YA. Adakah saya mahu mempertahankan hak dan kuasa bangsa Melayu? YA. Adakah saya anti-bukan Melayu? TIDAK! Adakah saya mahu menyerang dan merampas pula kuasa dan hak bukan Melayu? TIDAK.

2. Rencana ini ditulis dalam konteks semangat seperti para di atas.

3. Kita ingat 1511? Tentu ada yang ingat dan ada pula yang tak tahu. Ia adalah tarikh kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis akibat perpecahan dan hasad dengki orang Melayu sendiri serta sumbangan peranan jahat Si Kitol dan Mandaliar.

4. Siapa belajar darinya? Tidak siapa belajar. Dalilnya? Melayu terus berpecah dan hasad dengki terus berleluasa hingga ke hari ini! Maksud ayat 103, Surah Ali-Imran dan peribahasa yang tajam di atas tidak dihiraukan. It seems neither the Malays want to learn from past lessons; they are happy to make the same mistakes!

5. Siapa pula si Kitol dan Mandaliar di zaman digital ini? Anwar, Nik Aziz, Karpal, Kit Siang?

6. Nampaknya Melayu lebih berminat untuk mengikut perangai Arab yang suka bergaduh sesama sendiri daripada bersatu. Tidak pula mahu mencontohi perangai Yahudi yang kental perpaduannya. Lantas, 5 juta penduduk Israel yang terkepong boleh mengalahkan 100 juta Arab yang mengepong mereka. Bermakna, dengan sokongan 8 juta lagi Yahudi di merata dunia, seorang penduduk Israel boleh mengalahkan 20 orang Arab – 1:20!

7. Tahu 2011 akan menjelang? Tahu tetapi tidak kisah. Sekiranya tidak kisah maka bolehlah Melayu terus bertemasyah dengan agenda berpecah belah. Jika demikianlah sikap orang Melayu umumnya maka bangsa ini akan musnah dan tumpas pada tahun 2011, kalau PRU ke-13 diadakan pada tahun tersebut.

8. Kali ini, jika tumpas, bangsa Melayu tidak akan boleh bangkit lagi. Ia akan kehilangan kuasa, terus lenyap dan terkubur UMPAMA PERAWAN YANG KEHILANGAN DARA, IA TAK AKAN KEMBALI LAGI!

9. Serangan pertama yang berlaku pada tahun 1969 diuja semula pada tahun 2008 dan akhirnya mereka akan berjaya pada tahun 2011! Sejarah hitam bangsa Melayu berulang genap selepas 500 tahun Empayar Kesultanan Melayu Melaka tumbang.

RJP kaum Cina

10. Pada masa yang sama, lengkaplah sejarah kaum Cina yang bermula pada tahun 1957 untuk berkuasa di Tanah Melayu! Justeru itu, seperti bangsa-bangsa lain, bangsa Melayu perlulah mengenali dirinya dan musuhnya, jika ingin terus survive dan menang sebagaimana yang ditegaskan oleh Sun Tzu “If you know the enemy and know yourself you need not fear the results of a hundred battles”.

11. Apa yang perlu diketahui? Pertama mengakui kelemahan bangsa sendiri yang gagal bersatu padu. Kedua, menginsafi bahawa, dari awal lagi, dikatakan kaum Cina di negara ini telahpun merangka Outline Prospective Plan (OPP) atau Rancangan Jangka Panjang (RJP) mereka yang mengandungi strategi tiga serangkai:

* mendapatkan hak kerakyatan,

* menguasai ekonomi, dan

* menguasai politik (kuasa memerintah).

12. Nampaknya strategi tersebut berpaksikan saranan Sun Tzu:

“In the practical art of war, the best thing of all is to take the enemy’s country whole and intact; to shatter and destroy it is not so good”.

13. Punca utama segala masalah sekarang ialah pemberiaan kewarganegaraan (jus soli) tanpa syarat itu. Mungkin pada masa tersebut, pemimpin Melayu menganggap nilai kewargenagaraan sama seperti Rusia melihat Alaska – tidak berguna.

14. Pada tahun 1887 Russia telah menjualkan Alaska kepada USA pada harga yang murah; hanyalah US$7 juta. Rupa-rupanya Alaska mempunyai simpanan minyak dan gas yang bernilai berbilion dolar! La ni Russia hanya boleh mengggit jari!

15. Begitulah juga jadinya dengan kerakyatan yang diberikan kepada kumpulan imigran. Pada tahun 1957, ianya suatu yang nampak innocent dan dihargai, sepertimana yang diakui oleh Tun Tan Siew Sin serta Tun Sambanthan. Sekarang ia sudah menjadi lebih teruk dari melepaskan anjing tersepit! Jelas bahawa kerugian bangsa Melayu jauh lebih besar daripada kerugian orang Russia!

16. Kejayaan dua strategi pertama itu tidak siapa boleh menafikannya. Strategi ketiga juga telah berjaya sejak merdeka lagi tetapi ianya secara subtle. Banyak kawasan majoriti Melayu seperti Selayang dan Ampang telah mereka tawan secara halus iaitu atas nama pembangunan, harga rumah yang mahal dan kuota perumahan 30 (Melayu):70 (bukan Melayu). Pada tahun 2011 nanti ia akan menjadi satu realiti / malapetaka yang mengerikan bangsa Melayu.

Melayu, Arab dan unta

17. Bangsa Melayu akan menjadi Arab yang ditendang keluar dari khemah oleh untanya. Bangsa ini akan senasib dengan bangsa Melayu yang merempat di Temasik (Singapura). Bangsa ini akan mengulangi azab yang ditanggung oleh ibu bapa mereka semasa Bintang 3 berkuasa selama 14 hari pada tahun 1945 – disiksa, dibunuh, dibakar dan dirogol. Bangsa ini akan senasib dengan orang Islam Uighur di Xinjiang yang dikejami oleh kaum Cina Han. Na’uzubillah.

chiri1

18. Jika benarlah berlaku malapetaka itu maka siapa hendak disalahkan? Kaum Cina? Sudah tentu mereka TIDAK bersalah. Yang bersalah ialah BANGSA MELAYU sendiri dan semua pemimpinnya. Sudah terlambat untuk saya pantunkan ‘Jangan salahkan ibu mengandung’.

Ambil galah jolok kedondong,
Galah patah menimpa dahan,
Jangan salahkan ibu mengandung,
Sudah nasib sialnya badan.

19. Bangsa Melayu hanya setakat pandai seperti burung kakak tua – mendendangkan lagu “bersatu teguh, bercerai roboh; bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat” tetapi tidak menghayati maksudnya.

Piagam Madinah

20. Yang bijak pandai tentang agama Islam dan memahami pula Piagam Madinah juga tidak menghayatinya.

21. Keadaan masyarakat Madinah ketika itu hampir sama dengan keadaan masyarakat di Malaysia masa kini.

22. Penduduk Madinah terdiri dari sebuah masyarakat majmuk yang sentiasa berperang / bergaduh: antara Aus (UMNO) dengan Kharaj (PAS), antara Arab (Melayu) dengan Yahudi (Cina) dan antara Yahudi dengan Yahudi. Bezanya kaum Cina dengan Cina di negara ini tidak bergaduh walaupun berbeza fahaman politik.

23. Nabi Muhammad saw sedar bahawa orang Yahudi (Cina / DAP) sentiasa mencari peluang untuk menghina dan menyerang orang Islam (Melayu) dan orang Musyirikin Mekah (Singapura) pula sering berusaha untuk memusnahkan orang Islam (Malaysia).

24. Perlembagaan Madinah berjaya menyatu-padukan kaum-kaum yang menjadi musuh tradisi itu sehinggalah bani Aus bersatu dengan bani Kharaj dan menjadi kaum Ansar. Kaum Ansar (Melayu) pula dengan murah hati membantu golongan Muhajirin (orang Islam dari Mekkah).

25. Bilakah UMNO dan PAS hendak bersatu seperti Aus dan Kharaj? UMNO boleh sebumbung dengan MCA, MIC, GERAKAN dan parti-parti lain yang bukan Islam. Mengapa ia tidak boleh bekerjasama dengan PAS?

26. PAS pula boleh sebantal dengan parti bukan Islam – PKR dan DAP. Mengapa ia tidak boleh sefahaman dengan UMNO yang jelas memperjuangkan Islam seperti terpahat di bawah Fasal 3 Perlembagaannya?

27. Kedua-dua UMNO dan PAS hendaklah ingat bahawa Perlembagaan Madinah (Islam ) (a) mengutamakan kerjasama dan perpaduan di kalangan umat Islam serta (b) menyuruh umat Islam mempertahankan saudara Islam dari serangan bukan Islam sekalipun ia menuntut masyarakat majmuk Madinah bersatu.

28. Fasal 12 jelas MENYURUH orang Islam membantu saudara Islamnya yang berada dalam kesulitan.

29. Fasal 13 pula MELARANG orang Islam bermusuhan sesama sendiri serta menyeru supaya mempertahankan saudara Islam lain yang diserang atau dizalimi.

30. Fasal 14 bukan sahaja MELARANG orang Islam (a) membunuh saudara Islam bagi kepentingan orang kafir bahkan (b) MELARANG membantu orang kafir menganiaya orang mukmin.

Silat dan perpaduan Melayu

31. Tentulah jelas apa yang dipahatkan dalam Perlembagaan Madinah itu tetapi mengapa pemimpin UMNO dan PAS seperti orang Melayu bersilat apabila bercakap pasal perpaduan? Ahh sini, ahh sana; ciss sini, ciss sana; naahh sani, naahh sana tetapi langkah semakin jauh; bukannya semakin rapat. Akhirnya dua-dua lari. Betul tak?

32. Bulan lepas kita dengar kenyatan Dato’ Nik Aziz semacam hendak rujuk semula; ingin bekerjasama dengan Kerajaan Pusat demi kepentingan rakyat. Dalam episod yang lalu, beliaulah yang paling nyaring menentangnya.

33. Agaknya, beliau sudah terjumpa peruntukan dalam Perlembagaan Madinah, seperti di atas, yang menyeru kepada perpaduan. Malangnya, Belum sempat kita hendak bergembira, dia sudah buat kerenah lagi.

34. Dianjurkan para pemimpin Melayu dari semua parti politik belajarlah dari Britain dan Perancis. Kedua-dua negara ini merupakan musuh tradisi; sentiasa berperang – Perang 100 Tahun, Perang 7 Tahun dan Perang 7 Hari. Berjuta yang mati dan berbilion pound/franc harta yang musnah. Tetapi kedua negara tersebut akhirnya boleh bekerjasama. Kerjasama mereka itulah yang telah melahirkan supersonic Concorde!

concorde

35. Masa bagi orang Melayu bersatu sudah terlalu genting. Lebih-lebih lagi (a) parti-parti berasaskan kaum Cina telah bersatu atas isu yang menguntungkan kaum mereka, (b) pemimpin MCA telah bersuara agak sumbang apabila dia menegaskan bahawa parti-parti dalam BN hendaklah bebas dan berotonomi serta boleh membuat desakan dan (c) secara halus kaum Cina telah dihasut supaya bersatu menumbangkan kerajaan BN (maksudnya menumbangkan UMNO), jika sijil gabungan sekolah-sekolah cina (setaraf dengan SPM) tidak diiktiraf:

“Ibarat air boleh timbulkan kapal, air juga boleh tenggelamkan kapal, kerajaan adalah dipilih oleh rakyat, ahli-ahli politik terpaksa melihat suara rakyat, rakyat diibarat seperti air, air boleh timbulkan kapal dan juga boleh tenggelamkan kapal, jika disukai rakyat maka berjayalah mereka, jika tidak disukai rakyat maka hilang lah mereka.”

DSAI dan hulu kapak

36. Besar kemungkinan BN/UMNO akan kalah kerana (a) kaum Cina sudah committed untuk menjayakan strategi ke-3 mereka, (b) mereka sudah ada pelantar politik pilihan (alternative political platform) terbaik – Pakatan Pembangkan (PP) dan DSAI – untuk merealisasikan visi mereka itu (c) PP dan DSAI bersedia memberikan tawaran yang jauh lebih baik daripada apa yang mereka sudah dapat daripada UMNO dan apa yang boleh ditawarkan lagi oleh UMNO.

37. Mereka sudah dapat betis dan peha orang Melayu dari UMNO. Kini nampaknya DSAI sanggup pula menawarkan ‘celah peha’ orang Melayu!

38. DSAI nampaknya sanggup membuat tawaran sedemikian kerana dia dilihat sebagai political animal yang obsess untuk berkuasa at any cost, seperti yang dipahatkan oleh John Milton:

To reign is worth ambition tho’ in Hell:
Better to reign in Hell, then serve in Heav’n.

39. Jika beliau berjaya berkuasa dan bangsa Melayu pula yang ranap, musnah dan tumpas maka benarlah peribahasa orang tua-tua bahawa DSAI lah yang menjadi hulu kapak (kayu / Melayu) yang meranapkan Melayu kerana ‘kapak tak boleh menumbangkan pohon kayu / membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya’!

40. Dalam keadaan yang terhimpit dan cemas itu, adakah bangsa Melayu masih mampu bingkas bangun menyerang dan menang, seperti yang diperkatakan oleh Sun Tzu:

“Confront them with annihilation, and they will then survive; plunge them into a deadly situation, and they will then live. When people fall into danger, they are then able to strive for victory”?

41. Betulkah Melayu akan bertindak sedemikian?

Pilihan?

42. Walau apapun, menurut Gen.Sudirman, anak kunci kejayaan / kemenangan ialah perpaduan:

“Taka kan ada kemenangan jika tak ada kekuatan. Tak akan ada kekuatan tanpa perpaduan. Tak akan ujud perpaduan jika tak ada semangat silaturrahim sesama saudara.”

43. Justeru apakah pilihan yang ada pada orang Melayu selain daripada bersatu? Setelah kukuh berpadu, barulah agenda baru untuk memperkasa kekuatan ekonomi dan politik Melayu dapat disusun semula tanpa mengambil hak kaum lain:

Jangan hampir di seberang,
Hampir saja dekat kota
Jangan ambil hak orang
Ambil saja yang hak kita.

44. Apakah pilihan yang ada pula pada orang Malaysia jika mahu hidup aman, selamat dan makmur selain daripada mengikut jejak langkah orang Islam dan Yahudi di Madinah serta orang Inggeris dan Perancis yang hidup bekerjasama dan bermuafakat?

n_38vip

45. Lantaran itu, marilah kita sama-sama bergading bahu merealisasikan the elusive dream agar menjadi realiti melalui konsep 1MALAYSIA.

  1. #1 by jentayumelati on August 15, 2009 - 6:40 am

    Jika diperhatikan
    tahun 1511 (1+5+1+1)= 8
    dan
    tahun 2011 (2+0+1+1) = 4 x2)berlaku kali kedua = 8
    teori ini (kejatuhan melayu) pasti akan berlaku

  2. #2 by detguaq on August 15, 2009 - 12:10 pm

    Salam bro,

    Satu artikel yg menarik. Saya mohon dipampangkan dalam blog saya. Maklumat yang releven dgn politik malaysia.

  3. #3 by sab2 on August 15, 2009 - 11:14 pm

    Dato’
    …realiti ‘senario 500 tahun’ selepas hancurnya Kesultanan Melayu Melaka |kerana pembesar-pembesarnya| kini sudah di ambang mata (maut)?

    menarik kupasan di atas – SEBAGAI RENUNGAN MATA HATI!
    dan saya tampal di blog saya; terima kasih.

    salam hjSab2
    |anak Melaka|

  4. #4 by mayday on August 16, 2009 - 4:42 am

    Saudara,

    Ya. kedudukan orang Melayu sekarang seperti dihujung tanduk ataupun bak kata pepatah orang tua-tua “diluah mati emak dan ditelan mati bapak”. Tanda-tanda kegelisahan semakin memuncak didalam sanubari mereka. Hanya segelintir sahaja yang sanggup meluahkannnya dalam berbagai cara. Yang lain mungkin sedang leka atau pun mungkin juga terlalu marah tetapi memendam rasa menunggu saat yang sesuai untuk menunjukkan protes mereka.

    Saudara sedang megikuti jejak-jejak Tun M. Melayu amat memerlukan individu yang seperti Tun M. Yang sentiasa berperanan mengingkatkan terutama pemimpin mereka yang sedang berkuasa atau akan berkuasa. Bahawa tanggungjawab kita bukan semata-mata mengejar kemajuan kebendaan tetapi yang lebih penting lagi ialah mempertahankan hak kita, MELAYU yang dipanggil PRIBUMI. Saya berpendapat didalam keadaan seperti sekarang ini Melayu bukan lagi memerlukan bantuan atau subsidi semata tetapi yang lebih penting ialah PERLINDUNGAN – Sepertimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan.

    Kita boleh maju seperti Singapura, Taiwan, Hong Kong.
    kerana bsngsa-bangsa yang mempunyai keupayaan yang sama telah berada dinegara ini. Tetapi kemajuan itu tidak akan memberi apa-apa bermakna jika Melayu hanya menjadi masyarakat pinggiran dibumi yang dibebaskan dari penjajah oleh titisan darah datuk nenek mereka dahulu.

    Bilakah Melayu akan kecundang samada 2011, 2020 atau 2030 bergantung kepada sikap pemimpin mereka yang sedang berkuasa. Namun tanda-tanda kejatuhan itu semakin jelas. Hanya kita mengharapkan pemimpin-pemimpin Melayu yang diberi amanah itu dapat membuat keputusan dengan penuh kesedaran, keinsafan yang dibimbing oleh semangat sayangkan agama dan bangsanya.

    Syabas. Teruskan menulis

  5. #5 by sujini on August 16, 2009 - 11:36 pm

    Tajuk tampalan darahtuah kali ini amat tepat pada masa.

    MELAYU, ARAB DAN UNTA

    …..Yang bersalah ialah BANGSA MELAYU sendiri dan semua pemimpinnya.

    Apakah darahtuah tidak menganggap diri dalam golongan yang bergelar pemimpin atau pun separuh-pemimpin (senator) ?

    Disini saya ingin menambah bahawa bukan sahaja BANGSA MELAYU dan semua pemimpinnya bersalah tetapi semua bangsa dan semua pemimpin politik turut bersalah.

    Ahli-ahli semua parti politik korup hingga ke akar umbi (rotten to the core) . Kalau yang tak korup boleh dikira dengan 5 jari.

    Izinkan saya mengguna kiasan Melayu-Arab dengan untanya sebagai menceritakan perilaku seseorang yang semata-mata hendak berlaku adil. Melayu-Arab ini tidak sedar bahawa segala tindakannya akan merugikan dirinya tetapi yang lebih penting kepada bangsanya sendiri.

    Akibatnya sekarang separuh badan unta sudah ada dalam khemah. Hanya menunggu masa Melayu-Arab ini ditendang oleh untanya.

    Sementara itu , Melayu-Arab yang lain hanya menjadi penonton kepada adengan ini kerana takut kehilangan kafilah-kafilah mereka yang berisi dengan barang dagangan yang berharga.

    PIAGAM MADINAH

    Melayu-Arab dengan unta ini juga terlupa akan Piagam Madinah, Fasal 14 (b) yang MELARANG membantu orang kafir (yang berniat jahat ?) terhadap orang mukmin. (Datuk, I think you’ve missed out some word here, so I assumed them as what I’d filled in the bracket).

    Maka dengan itu Melayu-Arab ini menidakkan tanggapan umum bahawa beliau tidak berjuang untuk kaumnya sendiri malahan beliau cuba pula mengajar bahawa kita perlu menolak tiori “zero-sum game.”

    Sudah amat jelas bagi saya bahawa Melayu-Arab dengan unta ini sudah buta perut dan buta hati.
    Walau bagaimana pun anggapan saya ini munkin salah dan Melayu-Arab ini hanya bermain politik kerana hendak menipu musuh sebenar. Munkin beliau mengguna strategi Sun Tzu,The Art of War?

    Pengkhianat dan pemfitnah seperti si Kitol dan Mandaliar perlu dijatuhkan hukuman pancong atau disula hingga mati. Hukuman ini sebagai amaran kepada yang lain, bahawa jangan sekali-kali mengkhianati ugama, bangsa dan negara.
    Tetapi oleh kerana Kerajaan Malaysia masih berpegang teguh kepada undang-undang orang kafir (English Law), maka penjenayah yang dituduh meliwat masih boleh menjadi penasihat parti politik dan juga Ahli Parlimen. Ini kerana semata-mata takut dituduh Malaysia tidak mengamalkan demokrasi.

    Pemimpin Islam (pemerintah) mengistiharkan bahawa negara Malaysia adalah negara Islam tetapi masih mengguna hukum-hakam yang diperbuat oleh manusia kafir.

    Akhirnya didalam keadaan pentadbiran yang kusut masai ini, orang Melayu diminta membuat pilihan.

    Kenapa mesti orang Melayu saja yang kena buat pilihan?

    Kenapa orang Melayu saja yang diminta berkorban?

    Bagaimana dengan kaum lain?

    • #6 by darahtuah on August 19, 2009 - 9:50 am

      Pn. Sujini,
      1. Pada hemat saya, seluruh bangsa Melayu ini telah membuat kesilapan besar. Yang dipimpin masih gagal mengikut nasihat orang tua-tua agar ‘pandai-pandai memilih tempat mandi’ dan gagal juga mengikut ajaran agama Islam supaya memilih yang pakar di kalangan kita sebagai pemimpin manakala pemimpin pula gagal menunaikan amanah yang diberikan kepada mereka.
      2. Semua orang adalah merupakan pemimpin di tahap masing-masing, termasuklah puan. Lantaran masing-masing ada peranan dan tanggungjawab untuk dilunaskan mengikut ‘padang’ masing-masing juga.
      3. Rasuah memang teruk di negara kita; tidak sebaik Finland tetapi tidaklah pula seteruk Zimbabwe, menurut CPI.
      4. Jika malapetaka 2011 benar-benar berlaku, orang Melayu perlulah ingat bahawa semua kita ini akan kena tendang keluar dek unta, kecuali mereka yang sanggup jadi seperti character lakonan Salleh Kamil dalam filem Sarjan Hassan.
      5. Melayu-Arab dengan unta ini juga terlupa akan Piagam Madinah, Fasal 14 (b) yang MELARANG membantu orang kafir (yang berniat jahat ?) terhadap orang mukmin. (Datuk, I think you’ve missed out some word here, so I assumed them as what I’d filled in the bracket)…Tambahan 3 perkataan tersebut menjadikan maksudnya lebih jelas lagi. Terima kasih. Perkataan ‘terhadap’ di situ saya maksudkan ‘against’. Apa perkataan Melayu yang lebih sesuai?
      6. Tun M pernah mengakui bahawa tidak mungkin para pemimpin negara ini boleh memuaskan hati semua kaum. Justeru zero sum game tidak dapat dielakkan. Maka sesiapa yang menidakkan ini; kononnya ia tidak akan berlaku maka ornag berkenaan mengalami denial syndrome!
      7. Realiti lanskap politik sekarang, ‘undang-undang kafir’ ini tidak akan dapat digantikan dengan undang-undang Islam selagi Perlembagaan negara tidak dipinda. Bertambah malang lagi, pentadbiran hukum syarak juga lemah; contohnya, dakwan kes liwat yang disebutkan itu masih lagi belum dibicarakan.
      8. Orang Melayu perlu membuat pilihan dan kena pandai pula memilih ‘tempat mandi’ sebab kaum lain sudah pun membuat pilihan yang betul dan ptagmatik!
      9. Orang Melayu tidak perlu lagi membuat pengorbanan seperti yang sudah-sudah, jika bijak memilih ‘tempat mandi’ dan mematuhi ajaran Islam yang saya sebutkan tadi!

  6. #7 by Muhammad on August 18, 2009 - 10:49 am

    Sdr Darah Tuah,

    Saya inigin bertanya sedikit berkenaan perkara yang tidak perlu pihak lain tahu. Kalau boleh dapat email add Sdr, saya akan berterima kasih.

  7. #8 by zainal mohd jais on August 18, 2009 - 1:04 pm

    Sahabat,

    Kita sekarang ketandusan barisan pemimpin yang dengan ikhlas boleh menjerit, ‘langkah mayatku dulu kalau mahu usik bangsaku’.
    Melayu sedang lemah dan dilemahkan dari atas sampai bawah.
    Yang ada di barisan depan tiada keberanian, barangkali tandus semangat perjuangan.
    Yang di bawah leka lalai, tak cemas walau air dah sampai ke paras hidung. Masih seronok jadi tukang pukul gendang melihat orang lain menari, di atas pusara nenek moyangnya. Oh !!!
    Keseluruhan senario dan momentum yang ada di depan mata kita hari ini, memang secara jelas, mengheret kita kepada kemusnahan. SANGAT JELAS.
    Kita semua tahu, kita sendiri nampak, tapi tak ada apa-apa yang dibuat oleh sesiapa pun. Kalau adapun, cuma melepas batuk ditangga.
    Keadaan ini kritikal, luarbiasa. Sudah tentu langkah yang luarbiasa juga perlu diambil.
    Tapi seolah-olah semua orang mengharapkan orang lain membuatnya. TAPI SIAPA ORANG LAIN ITU???
    OH !!! APAKAH KITA CUMA MAMPU BERDEBAT, BERTHINK TANK DAN BERDOA ???

    • #9 by darahtuah on August 19, 2009 - 9:49 am

      Jentayumelati,
      Na’auzubillah…
      Darahtuah.

      detguaq,
      Terima kasih di atas penghargaan ini.
      Darahtuah.

      sab2,
      Terima kasih di atas penghargaan ini.
      Darahtuah.

      Mayday,
      Terima kasih di atas ulasan yang baik dan galakan yang diberikan.
      Darahtuah.

      zainal mohd jais,
      Salam persahabatan,
      Sepertimana yang telah saya nukilkan dalam rencana2 yang lain, masih ramai lagi orang Melayu kita suka menjadi pak kadok, luncai dan ayam sabung.
      Memang benar perancangan yang teliti itu penting tetapi benar juga bahawa ia perlulah disusuli pula oleh tindakan luar biasa yang berkesan oleh kita, bukan orang lain. Boleh sahabat syorkan tindakan yang luar biasa itu?
      Terima kasih.
      Darahtuah.

  8. #10 by Bulma on August 18, 2009 - 7:31 pm

    Datuk,

    Tahniah,saya sangat suka isu ini dikupas,ia merupakan isu yang sangat menarik untuk di ceritakan kerana ramai org diluar sana sama ada sedar atau x sedar @ x mahu ambil peduli apa yang terjadi di sekeliling mereka..Tidak ramai yang berani terang2an mendebatkan hal2 begini..Mengaibkan@menjatuhkan maruah sendiri kata mereka, sedangkan sedarkah mereka bahawa mereka sendiri telah menjatuhkan maruah diri mereka??
    Jika melayu tumpas 2011 tidakkah ini menjatuhkan maruah diri kita,tumpas di tanah air sendiri..
    Dalam hal ini sapa yang nk dipersalahkan??Xkn nk salahkan orang luar?Yang salah adalah bangsa kita sendiri yang semakin lalai,leka dan hanyut dalam dunia mereka sendiri..Semua bidalan2 yang Datuk gunakan itu sangat bertepatan dengan Malaysia & Bangsa Melayu skarang,sedih sangat..Takut satu hari nanti kt akan jadi perlarian di negara sendiri..
    Teruskan Datuk menulis artikel2 sebegini..Untuk kesedaran Bangsa Melayu & org2 yang sepatutnya sedar..
    Syabas..

    • #11 by darahtuah on August 24, 2009 - 10:48 am

      Bulma,

      Salam… Terima kasih atas sokongan dan galakan.

  9. #12 by sujini on August 19, 2009 - 1:15 pm

    Datuk Darahtuah,

    Terima kasih diatas ulasan Datuk.
    Sekiranya diteruskan perjuangan Datuk yg telus lagi ikhlas ini,InsyAllah,Allah akan memberi kekuatan dan hidayah kepada hambaNya.

    Jangan sesekali lupa asal usul kita dan sentiasa berpijak dibumi yg nyata.

    Notakaki:Perkataan menentang boleh juga diguna untuk against.

  10. #13 by Zol PPUBJ on August 21, 2009 - 3:33 pm

    Datuk,

    Kupasan yg sangat baik dan renugan bagi kami org2 muda ..agar celik sejarah dan helah bangsa lain di di bumi melayu ini. Terang lagi disuluh..rugi apa bila orang2 melayu yg tak nampak dan tak paham dengan main bangsa cina & india ini. Cukup genting bagsa Melayu kini bak telur dihujung tanduk . ..

    • #14 by darahtuah on August 30, 2009 - 5:17 pm

      En. Zol PPUBJ,

      Diharap rencana saya itu dapat menginsafkan semua umat Melayu dan menyedarkan pula bukan Melayu.

      Wassallam.

      Darahtuah.

  11. #15 by Panglima Perak on August 25, 2009 - 2:14 pm

    Salam. YB Datuk.
    terima kasih kerana menyedarkan saya dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Semoga Datuk memperoleh kesihatan yang baik dan minda yang sentiasa tajam dalam menyedarkan Melayu Islam negara kita khususnya dan orang Islam amnya. Terus terang saya katakan saya tidak membenci Bukan Melayu yang beragama Islam tetapi hanya kepada bukan Melayu yang bukan Islam itupun jika mereka masih menghargai keharmonian Tanah Melayu.

    • #16 by darahtuah on August 30, 2009 - 5:18 pm

      En. Panglima Perak,

      Terima kasih di atas doa dan perangsang yang ikhlas itu.

      Wassallam.

      Darahtuah.

  12. #17 by yus on May 19, 2010 - 3:10 pm

    salam,

    menarik,saya harap dapat saya paparkan untuk berkongsi dgn masyarakat melayu lain

    • #18 by darahtuah on May 20, 2010 - 12:44 am

      yus,

      Semua artikel saya ini boleh dirujuk/dilink/dipetik tapi hendaklah diacknowledged.

      T/kasih.

      Darahtuah.

  13. #19 by saringsirat on May 21, 2010 - 6:23 pm

    Kang Jenal,
    Aku wes boco tulisanmu ngenai “2011 – Melayu Tumpas”. Kok koyo ngono dadi ne. Kok pesimis banget. Opo koyo ngono seng jenenge Wong Melayu. Ojo lali, kito kie tu runan Wong Jowo. Okeh beda ne.Ojo dipadek ke ngambek Melayu.
    Balik mareng asal. Opo reti ne ‘MELAYU’ melu omongan Jowo. Wes memang koyo ngono anggonane. Nek Melayu koyo opo kebat te pun, akhinya gentayangan! Ojo dersulo. Pamitan lan kesuyuwon. (Wish to hear from you very soon, pleaae).

  14. #20 by jj on July 8, 2010 - 9:48 pm

    kamu semuani baruar bn,,

  15. #21 by KEMEGA on August 17, 2010 - 5:33 pm

    Salam313.99.33
    Kami dari Blog KEMEGA sama-sama memperjuangkan dan mengorbankan apajua hal dunia demi MelayuIslam kita. Taniah & Takbir!

  16. #22 by rmf7 on December 8, 2010 - 1:44 am

    Mohon kebenaran untuk meletakkan diblog saya.. http://rmf7.wordpress.com

    • #23 by darahtuah on December 8, 2010 - 3:20 am

      rm7,

      Diizinkan.

      Tk.

  17. #24 by allmall on December 9, 2010 - 5:10 pm

    Salam Datuk,

    Disangkakan pemimpin-pemimpin kita dapat mempertahankan sedikit maruah bangsa melayu. Tetapi sangat mengecewakan. Sangat tidak faham mengapa pemimpin pemimpin melayu kini sangat takut apabila menyentuh kenyataan mengenai kaum lain. Pada hari ini, sekali lagi seorang lagi pemimpin melayu memohon maaf kerana mengatakan bangsa lain tidak petriotik. Dulunya menteri yang mencium keris melutut dengan desakan kaum lain. Tiada ada pemimpin yang berani berkata mengenai mereka. Padahal mereka bebas berkata apa pun mengenai melayu.

    Ada pemimpin tidak berkuasa mengunakan kuasa yang ada pada kita, apa bila kita dihina. Masjid dan surau kita diceroboh dan dihina. Perlembagan kita di permainkan, Lagu negara kita di persendakankan. Pemimpin melayu dimemekkan. Tiada tindakan. Jika mereka ingin menunjukkan kekuasaan.. orang melayu dijadikan mangsa. Bangsa lain tak berani di sentuh.

    Kenapakan mereka ini begitu dayus sekali. Siapakah yang melarang mereka. Tolong Datuk ulas hal ini.

    Nampaknya ada benarnya kata Datuk, ini lah tanda kelemahan kita dan ianya tanda melayu akan kecundang tidak lama lagi.

  1. LKS AKAN JADI TPM? DS ANWAR TAK BOLEH BUAT APA-APA! « Hidup Tuah!
  2. KONVENSYEN BARISAN NASIONAL 2010 – KONVENSYEN BERJAYA, MCA / CINA GEMBIRA, UMNO / MELAYU BERDUKA? « Hidup Tuah!
  3. PRN SARAWAK 2011 – BAGAIMANA MEMAKSIMAKAN KEMENANGAN INI? « Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: