Gugurkan kaum dan agama?

Pelanduk yang ditembak, gajah pula yang mati – Peribahasa.

“There are no mistakes in life, only lessons. But if you don’t learn from those lessons then it will be a mistake” – Anonymous.

KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SAYA YANG BERAGAMA ISLAM, DIUCAPKAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DI BULAN YANG MULIA INI. SEMOGA IBADAH KITA YANG IKHLAS UNTUKNYA DITERIMA OLEH ALLAH SWT. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

1. Telah dilaporkan bahawa kabinet sedang menimbangkan syor untuk menggugurkan maklumat ‘kaum’ dalam semua borang / dokumen rasmi. Alasan yang diberikan ialah untuk menghapuskan pengenalan kaum. Kemudian ada pula syor supaya digugurkan juga ‘agama’.

2. Sebelum kabinet menyetujuinya, isu-isu berikut hendaklah diselesaikan/dijawab terlebih dulu:

• Perlembagaan Malaysia hanya menyebutkan secara khusus / mengiktiraf lima sahaja kaum di negara ini iaitu (1) Orang Asli (Perkara 160), (2) Melayu (Perkara 160), (3) Bumiputera Sarawak [Perkara 161A (6) (a) & (7)], (4) Bumiputera Sabah [Perkara 161A (6) (b)] dan (5) kaum-kaum lain.

Pada hemat saya, ‘kaum-kaum lain’ adalah satu residue yang tidak disebut dan ditakrifkan oleh Perlembagaan; contohnya kaum Cina dan India tidak disebut langsung.

Justeru adakah pencadang dan penyokong syor ini dengan sengaja hendak menyanggah Perlembagaan dan sekali gus mahu menggolongkan semua 4 kaum itu sama statusnya dengan kaum yang kelima (lain-lain)?

Adakah syor tersebut dengan sengaja hendak menghapuskan identiti Melayu/Bumiputera dan segala hak serta keistimewaan yang berkaitan dengannya? Maka lengkaplah penghapusan identiti Melayu setelah hilangnya ‘Semenanjung Tanah Melayu’!

• apakah logik yang boleh diterima dek akal bahawa pengenalan kaum-kaum di Malaysia akan terhapus dengan sendirinya setelah menggugurkan perkataan ‘kaum’ itu sedangkan mereka yang menyokong syor tersebut turut mengakui bahawa melalui nama akan diketahui juga kaum masing-masing? Dalam pada itu, harus diingat bahawa, bagi tujuan penyimpanan pangkalan data dan analisa, komputer tidak dapat mengenali mereka.

• Apakah dasar / pendirian sebenar kerajaan berhubung proses mewujudkan perpaduan? Assimilasi, integrasi atau co-existence? Telah ditegaskan bahawa kerajaan tidak bertujuan ke arah assimilasi seperti yang berlaku di Indonesia dan Thailand. Kerajaan mahukan integrasi antara kaum tetapi ianya masih belum berlaku lagi; malah polarisasi kaum semakin ketara.

Apa yang sebenar berlaku ialah tahap toleransi antara kaum semakin terhakis dan yang wujud ialah uneasy racial co-existence. Justeru bagaimana pula pengguguran ‘kaum’ dan ‘agama’ ini boleh menyelesaikan masalah sebesar gunung Kinabalu itu? Dijangka kerajaan akan ditomahkan sebagai tidak bersedia ‘menggenggam bara api sehingga jadi arang’, jika syor tersebut dilaksanakan juga.

• Perlembagaan juga hanya menyebut dengan jelas agama Islam; yang lain disebut sebagai “ugama-ugama lain” [Perkara 3 (1)]. Sekali lagi perlulah ditanya sama ada para pencadang dan penyokong syor ini dengan sengaja hendak menyanggah Perlembagaan dan sekali gus mahu menggolongkan agama Islam itu sama statusnya dengan “ugama-ugama lain”?

Juga wajar ditanya, tanpa pengenalan agama, benarkah semua yang berbin dan berbinti itu beragama Islam dan mereka yang tanpa bin serta binti itu pula semuanya tidak beragama Islam? Sebahagian manusia mungkin dapat mengenali agama mereka tetapi komputer tidak mampu membezakan agama masing-masing.

• Selepas 52 tahun merdeka, kaum-kaum lain telahpun dengan berani dan lantang mempersoalkan kontrak sosial, menuntut kesamarataan, menghina Islam serta menderhaka terhadap Raja-Raja Melayu. Jika syor ini diterima, apakah pula mereka akan desak 50 tahun akan datang?

Tidak ada lagi hak istimewa untuk orang Melayu/Bumiputera kerana tiada lagi “kaum Melayu/Bumiputera”? Semua bahasa menjadi Bahasa Kebangsaan seperti di Singapura? Semua agama adalah agama rasmi? Institusi Raja-raja Melayu dihapuskan kerana sudah tidak ada lagi orang Melayu di negara ini? Adakah ulterior motive mereka yang sebenar ialah hendak menjadikan negara ini sebuah republik?

• Apabila agama Islam, Melayu dan Bumiputera tidak lagi diiktiraf dalam mana-mana dokumen rasmi, bagaimanakah hendak melaksanakan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan yang berkaitan dengannya seperti Perkara 3 (agama Islam), 38 (Majlis Raja-Raja), 39 (Kuasa pemerintah)), 89 (Tanah rezab orang Melayu), 90 (Tanah adat di Negeri Sembilan & tanah di Trengganu), 152 (Bahasa Kebangsaan), 153 (Hak istimewa orang Melayu), 160 (Tafsiran Orang Asli & Melayu) dan 161A (Kedudukan istimewa Bumiputera Sabah & Sarawak)?

Adakah peruntukan-peruntukan tersebut yang telah dipersetujui semasa hendak merdeka dulu akan terhapus atau hanya menjadi hiasan kertas seperti yang berlaku kepada Perlembagaan Singapura? Jika inilah sasaran mereka yang sebenar maka pelanduk yang ditembak, gajah pula yang mati!

Jika demikianlah maksud dan objektifnya maka bolehkan pula pihak lain menuntut supaya ditarik balik taraf kewarganegaraan yang telah diberikan kepada kaum imigran semasa hendak merdeka dulu dan kini dinikmati oleh anak cucu mereka?

• Bukankah mereka yang mengsyorkan ini sebenarnya tidak ikhlas dan barking at the wrong tree? Jika mereka benar-benar ikhlas hendak mewujudkan perpaduan kaum dengan menghapuskan pengenalan kaum dan membasmi polirisasi kaum maka punca utama perkauman iaitu sekolah pelbagai aliran hendaklah dihapuskan segera dan digantikan dengan sistem satu aliran sekolah kebangsaan untuk semua.

Syor ini TIDAK melanggar Perkara 152 (1) (a) & (b), Perlembagaan Persekutuan kerana pembelajaran bahasa ibunda masih diteruskan.

[Nota: sukalah ditegaskan bahawa apa yang dilindungi oleh Perlembagaan ialah mengajar / belajar / mengkaji bahasa kaum-kaum lain; bukannya melindungi aliran persekolahan seperti SRJK (C) & SRJK (T)].

• Jika syor menggugurkan ‘kaum’ dan ‘agama’ ini diterima maka data field bagi kedua-duanya tidak akan ada lagi dalam semua borang / dokumen rasmi seperti surat beranak dan kad pengenalan; juga akan digugurkan dari soal selidek seperti yang digunapakai oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Bagi data yang beribu dan berjuta banyaknya, bagaimanakah ianya boleh diproses dengan mudah untuk mengetahui profail atau taburan mengikut kaum dan agama? Tanpa maklumat seperti ini, bagaimanakah hendak menggubal dasar dan program yang berbentuk affirmative action seperti membasmi kemiskinan dan membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi mengikut kaum, selaras dengan konsep 1Malaysia?

Kesulitan seperti ini pernah berlaku semasa hendak merangka RMKe-4 apabila syor yang sama dilaksanakan dalam tahun 1980an. Penyiasatan Hakmilik (Owenership Survey) yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan serta merta dibatalkan. Lantaran data mengikut kaum telah tidak dapat dibekalkan. Maka EPU terpaksalah berfikir di luar kotak untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan itu.

Adakah kerajaan bersedia untuk menghadapi situasi “pisang berbuah dua kali” kerana refused to learn from those lessons? Please remember “…if you don’t learn from those lessons then it will be a mistake”.

3. Diharap Peguam Negara, Ahli MT UMNO dan pejuang-pejuang Melayu akan memberi nasihat perundangan yang betul, menyampaikan degupan jantung dan denyutan nadi rakyat yang tepat serta bercakap benar; bukan membenarkan cakap bos!

zahidrais_yatimTajudin Abd Rahmants_ahmad_sarjigani

Dari kiri – Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Utama Rais Yatim, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Tun Ahmad Sarji, Tan Sri Gani Patail

4. Sekiranya Jemaah Menteri berkeras juga untuk melaksanakan syor menggugurkan ‘kaum’ dan ‘agama’ ini maka eloklah semua pertubuhan / institusi yang menggunakan nama dan agama menukar nama masing-masing. Lebih bersatu-padu lagi jika semua organisasi yang bergerak atas nama kaum atau agama dibubarkan.

5. Dalam konteks ini, eloklah Pertubuhan Kebangsaan MELAYU Bersatu menjadi hero dengan menukar namanya atau membubarkannya, selaras dengan slogan Kepimpinan Melalui Teladan! Setuju?

umno_logo

[Nota: rencana ini ditulis sebagai lanjutan kepada SMS yang saya edarkan kepada tokoh-tokoh politik dan akademik serta para peguam pada 19 Ogos lalu mengenai perkara yang sama. Semua yang responded BERSETUJU dengan apa yang saya SMSkan itu.]

  1. #1 by SSS on August 29, 2009 - 11:32 pm

    Tuan,

    Maafkan kami kerana membuat jemputan kepada Tuan secara am seperti dibawah:-

    Yang berbahagia Dato/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

    Dengan segala hormatnya kami memaklumkan bahawa kami akan melancarkan portal “Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)” di

    http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com.

    Kami menjemput anda untuk melayari laman web tersebut selepas Sambutan Merdeka 12tengahmalam pada 31 Ogos 2009. Anda dipersilakan untuk melayari tab “e-patriot”

    (http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/)

    di mana kami telahpun menyenaraikan laman citra anda di bawah senarai “e-patriot” (“Patriots displaying SSS Logo”). Kami ingin merakamkan rasa penghargaan kami yang tidak terhingga di atas sokongan anda terhadap Kempen SSS ini apabila anda telah mempamirkan logo SSS di laman citra anda. Terima kasih di atas sokongan berterusan anda terhadap Kempen SSS ini.

    ______________________

    It is our honor to inform you that we will be launching “Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)” portal at

    http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com

    Please visit the website after the 12midnite Merdeka celebration on 31 August 2009 and check out the “e-patriot” tab

    (http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/).

    We have listed your blog site under the “e-patriot” list (Patriots displaying SSS Logo). We wish to record our utmost appreciation for your support toward SSS campaign by displaying SSS logo at your blog site. Thank you for your continuous support toward the SSS campaign.

    Terima kasih.

    Satu Sekolah Untuk Semua

    • #2 by darahtuah on September 4, 2009 - 11:19 am

      I am honored thank you

  2. #3 by Mahdee on August 31, 2009 - 6:52 am

    Amat bersetuju dengan pandangan. Diharap akan wujud pergerakan-pergerakan yang boleh membantu menjuarai usaha ini. Juga diharap pemimpin yang diamanahkan oleh orang Melayu dapat tampil sama-sama menyokong usaha ini. Iaitu mempertahankan hak dan maruah Melayu yang telah diusahakan oleh ‘ayah-ayah’ kita untuk memerdekakan negara dari penjajah. Inilah makna kemerdekaan sebenarnya. Apakah kita sanggup mengorbankan segala hak yang diperjaungkan oleh ‘ayah-ayah’ kita hanya kerana ingin mengikut perubahan masa.

    Janganlah kita berbangga kepada kemakmuran dan keamanan negara ini jika suasana tersebut wujud hanya dengan pengorbanan orang Melayu.

    Marilah kita berdoa agar wujud pemimpin-pemimpin Melayu yang tulin dan ikhlas dalam seperti Dato Onn Jaafar, Tengku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Dr Ismail, Datuk Harun Idris, kini yang masih ada Tun Mahathir.

  3. #4 by Sheik Ali on September 1, 2009 - 7:42 pm

    Bila keturunan tiada didalam apa apa dokumen, maka sesiapa yang melakukan jenayah syariah akan dikenakan hukuman. Jenayah syariah yang melibatkan kaum Cina dan India selalu terjadi.

    Kerajaan mempunyai hajat untuk menyediakan stau penal code kepada semua penduduk Malaysia tidak kira bangsa atau ugama seperti di Iran. Ini akan melemahkan kaum minoriti Cina dan India kerana dengan itu kesalahan jenayah syariah juga akan ditimbang keatas kesalahan dilakukan oleh mereka. Menambah kekuatan PAS dan UMNO untuk bergabung memerintah negara selepas ini.

    • #5 by darahtuah on September 8, 2009 - 1:22 pm

      Sdr Sheik Ali,

      Saya tak yakin Kerajaan bercadang nak ikut jejak langkah Iran. Malah semakin sukar untuk melaksanakan hukum syariah ke atas umat Islam sendiri kerana tiada dokumen rasmi nanti untuk membuktikan seseorang itu Muslim atau bukan.

      Selamat berpuasa dan meraikan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba. Maaf zahir batin.

      Terima kasih.

  4. #6 by Dr. H on September 11, 2009 - 8:39 am

    Tok Tuah, pandangan seperti Sheik Ali ini bahaya jika menular ke dalam kabinet. keputusan yang lebih waras harus dikemukakan, kepercayaan maklumat sekarang ini sangat tinggi, dan membawa perkara ini ke pengetahuan media sangat penting. saya cadangkan supaya analisis Tok Tuah dikirimkan secepat mungkin ke semua media tanpa mengira media aliran mana sekalipun. supaya ia menjadi satu “talking point”. Saya juga hairan kenapa PAS dan Keadilan tidak mahu membincangkan isu ini. saya tidak jangka ini kerana sikap politik mereka kerana ini persoalan bangsa dan masa depan bangsa dan agama. Saya hendak ingatkan orang politik termasuk UMNO supaya jangan korbankan bangsa kerana tujuan singkat masing-masing.

    • #7 by darahtuah on September 11, 2009 - 5:14 pm

      Dr H,

      Saya telah maklumkan kepada pihak akhbar berbahasa melayu; nampaknya mereka tak minat. Namun ada pihak yang berminat dan kami telah berbincang. Kami akan menarik sokongan seberapa banyak NGO yang sealiran pemikiran dengan kami. Memo akan dihantar kepada YAB PM dan YAB TPM serta media.

      Dr. H sendiri boleh menggerakkan inisiatif yang sama di Johor.

      Dengan semakin banyak suara yang menentang syor berkenaan maka lebih mudahlah kabinet membuat keputusan yang berpihak kepada kita.

      Salam dan selamat hari raya, maaf zahir batin.

  1. Sound bites – Rojak « Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: