PNB – Senjata Makan Tuan?

Harapkan pagar, pagar makan padi.

Kera di hutan disusukan, anak di pangkuan diletakkan.

‘Kerbau yang penat membajak di sawah, kucing yang kenyang makan nasi di rumah’

“The secret of success is constancy to purpose.” – Benjamin Disraeli.

“SELAMAT MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN KITA YANG KE-52 TAHUN. SEMOGA TIDAK TERLEPAS BARANG YANG BERHARGA INI
KERANA KESILAPAN KITA”

malaysianflag

Objektif

1. Saya terpanggil untuk menulis artikel ini atas pertanyaan sahabat andai dan sms yang saya terima.

2. PNB telah ditubuhkan pada 17 Mac 1978. Pada tahun lepas genaplah 30 tahun usianya.

PNB

3. Menurut Tun Dr M, PNB adalah salah satu daripada tiga jentera Dasar Ekonomi Baru yang diberi tanggungjawab untuk mempercepatkan peningkatan penyertaan masyarakat Bumiputera di sektor koporat agar dapat diseimbangkan kedudukan ekonomi mereka dengan kaum-kaum lain. [Tolong beri perhatian: fokus ialah kepada Bumi!] Dua organisasi lagi ialah Yayasan Pelaburan Bumiputera dan Amanah Saham Nasional Berhad.

4. TunMSeterusnya beliau mengingatkan para pegawai PNB “Kita mesti sedar bahawa salah satu tujuan Sekim ASN ini ialah membahagi-bahagikan kekayaan dan faedah dari pelaburan dalam syarikat-syarikat kepada seramai-ramai bumiputera di negara ini. Lagi ramai bumiputera yang melabur melalui ASN, lagi berjayalah kita mengagihkan hasil pelaburan di bawah Sekim ini. Dengan itu banyak lagi usaha dan pelaburan yang mesti dilakukan ke arah mencapai matlamat ini dan justeru itu setiap kakitangan PNB hendaklah jangan lupa akan matlamat akhir penubuhan organisasi ini.” [Tolong beri perhatian: tak sebut pun kaum-kaum lain!].

5. Maka dipersetujuilah kenyataan Tun Abdullah bahawa “Sudah nyata tanggungjawab P.N.B. amat berat kerana ia mendukung harapan dan aspirasi kaum Bumiputera secara khusus, dan negara secara amnya.” [Tolong beri perhatian: yang disebut hanyalah Bumi!]. Lalu beliau memberi nasihat agar “P.N.B. perlu terus menjalankan tugasnya dengan jujur dan amanah.”

6. Sesungguhnya PNB dan ASNB telah mencipta banyak kejayaan. Tun Abdullah juga telah mengakui bahawa “P.N.B. telah berjaya meningkatkan pegangan dan kepentingan golongan Bumiputera dalam sektor korporat dan ekonomi perdana… dan menyumbang kepada penstrukturan semula masyarakat”.

Senjata makan tuan

7. Namun akhir-akhir ini, perilaku PNB menusuk keraguan, menyondak persoalan dan menikam kebumiputeraan. Nampaknya ia telah lari jauh dari dari objektif asal untuk memberi fokus kepada Bumi. Malah, hasil tindakkannya itu, boleh ditafsirkan sebagai ‘menyusukan kera di hutan, anak di pangkuan diletakkan’! Lihatlah lanskap di bawah ini:

• Antara bulan April – Ogos 2009, PNB telah menawarkan peluang pelaburan yang hampir sama banyak untuk Bumi dan bukan Bumi melalui:

(1) unit saham ASM [3.3 bilion – 50 (B): 30 (C): 15 (I): 5 (LL)];

(2) unit saham ASW [2 bilion – 51 (B): 49 (BB)]; dan

(3) unit saham AS1M [10 bilion – 50 (B): 30 (C): 15 (I): 5 (LL)];.

Justeru ke manakah dibuang objektif penubuhan asal PNB iaitu “untuk mempercepatkan peningkatan penyertaan masyarakat Bumiputera di sektor koporat agar dapat diseimbangkan kedudukan ekonomi mereka dengan kaum-kaum lain”?

Dilaporkan bahawa nisbah pembahagian di atas dibuat oleh PNB, kononnya, berdasarkan komposisi kaum di negara ini.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2009, Bumi merupakan dua pertiga daripada jumlah rakyat Malaysia; bukan separuh (50%). Oleh itu, eloklah PNB membuat penjelasan tentang nisbah yang digunapakainya itu – nisbah yang merugikan Bumi; golongan yang bertanggungjawab mengwujudkannya, in the first place.

Adakah peranan PNB kini sudah bertukar menjadi ‘senjata yang makan tuan’?

• Sebanyak 1.6 bilion unit saham ASM milik Bumi telah dijual kepada bukan Bumi. Mengapakah PNB gagal menyelamatkannya? Dengan menjualkannya, tidakkah PNB telah tidak jujur dan amanah terhadap tanggungjawabnya? Salahkah ia dianggap sebagai ‘mengharapkan pagar, pagar yang makan padi’?

• PNB membisu tentang kedudukan unit saham ASM yang diperuntukkan kepada India dan kaum-kaum lain. Adakah kesemuanya habis dilanggan? Jika tidak habis, apa yang dibuat ke atas bakinya?

• PNB juga membisu tentang kedudukan 2 bilion unit ASW? Mengapa tidak telus? Baki milik Bumi juga dijual kepada bukan Bumi? Bagaimana pula kuota untuk India dan kaum-kaum lain? Adakah kesemuanya habis dijual? Jika tidak habis, apa yang akan dibuat ke atas bakinya?

Telah dilaporkan bahawa baki unit AS1M milik Bumi akan dijual kepada bukan Bumi mulai 4 September nanti. Bila diajukan soalan ini untuk pengesahan, jawapan yang diberikan oleh Presiden / Ketua Eksekutif PNB adalah evasive / non-commital.

Walau bagaimanapun, pada 28 Ogos lalu, Ketua Pegawai Eksekutif PNB telah dilaporkan sebagai berkata bahawa tempoh peruntukan mengikut kaum saham tersebut kini dilanjutkan hingga 30 September 2009 tetapi had pelaburan maksimum akan dimansuhkan mulai 4 September.

Oleh kerana pada 19 Ogos, hanya 87.2 juta unit yang dibeli oleh Bumi atau 1.7% sahaja daripada 5 bilion unit yang diuntukkan padanya maka, nampaknya, saham ini lebih cenderung ke arah menerima nasib yang sama seperti 1.6 bilion unit saham ASM di atas. Orang kaya Cina akan membolot kesemuanya sebab 55% (1.66 bilion unit) daripada kuotanya (3 bilion unit) telahpun terjual!

• Oleh sebab hanya 1.7% sahaja yang terjual kepada Bumi maka bagaimanakah PNB hendak merealisasikan visinya untuk berjaya dalam setiap apa yang dilaksanakannya?

“We will be a world class investment organisation, distinctive and successful in everything we do.”

In EVERYTHING you do?

• Dilihat usaha PNB untuk meningkatkan langganan AS1M di kalangan Bumiputera seolah-olah masih ditakok lama; the same old mode sekalipun Presidennya telah menjelaskan bahawa PNB telah melakukan pelbagai pendekatan melangkaui apa yang sepatutnya dilakukan sebagai tanda komitmen.

Saya agak terkejut ungkapan “melangkaui apa yang sepatutnya dilakukan” diperkatakan. Apakah pendekatan yang tidak sepatutnya itu?
Setahu saya, PNB masih lagi menggunapakai pendekatan ‘Muhammad has to go to the mountain’; ia tidak aggressive dari segi retailing marketing yang berterusan, sepertimana yang dilaksanakan oleh Citibank, CIMB, Public Mutual dll. Ia belum lagi bergerak di luar kotak.

• Dalam pada itu, PNB turut membisu tentang kedudukan unit saham AS1M yang diperuntukkan kepada orang India dan kaum-kaum lain. Pada 19 Ogos, hanya 178.8 juta unit yang terjual atau 12% sahaja daripada 1.5 bilion yang diperuntukkan kepada kaum India. Jika tidak habis, apa yang akan dibuat ke atas bakinya?

• Dianggarkan jumlah unit saham yang telah ditawarkan kepada bukan Bumi dalam tempoh 4 bulan ini adalah sebanyak 7.645 bilion + 1.6 bilion unit ASM untuk Bumi yang dijual kepada mereka = 9.245 bilion unit + 4.9 bilion unit AS1M milik Bumi (anggaran) yang akan dijual kepada mereka = 14.145 bilion!!! Betul? (Nota: belum ambil kira ASW untuk Bumi yang mungkin dijual kepada bukan Bumi).

• Berapa banyak pula yang dibantu oleh PNB untuk Bumi? Hanya 165 juta unit [ASM = 65 juta + ASW (?) + AS1M = 100 juta (anggaran)] atau hanyalah 1% daripada 14.145 bilion unit yang dimiliki oleh bukan Bumi melalui dayausaha PNB! Betul?

Lantaran jurang pemilikan ekuiti antara Bumi dan bukan Bumi dijangka akan semakin pantas melebar; bertentangan dengan apa yang dijanjikan oleh DSN.

Justeru ke manakah dihumbankan misi PNB:

“We are a premier investment organisation committed to enhance the economic wealth of the Bumiputera community in particular…” [Tolong beri perhatian: yang disebut hanyalah Bumi!]

Berdasarkan hakikat ini maka benarlah kata-kata hikmat orang tua-tua ‘kerbau yang penat membajak di sawah, kucing yang kenyang makan nasi di rumah’. Bijak dan patriotik betul Presiden PNB!

• PNB sudah almaklum tentang minat, pilihan dan tahap kecairan Bumi berdasarkan 1.6 bilion unit saham ASM yang tidak dibeli oleh Bumi. Yet mengapakah PNB masih mahu menawarkan saham yang lebih besar lagi itu?

Justeru di manakah letaknya nilai PNB yang dikatakan:

“We believe that the success of our organization depends on understanding and satisfying the needs of our internal and external customers and strive to deliver quality products and services.”?

The needs of which customers that PNB does understand and want to satisfy, may I ask?

Tidakkah PNB sedar dan faham bahawa ramai Bumi berminat dan mampu membeli ASB? Mengapakah ceilingnya tidak dinaikkan sekali lagi atau dimansuhkan terus sepertimana yang dinikmati oleh bakal pelabur kaya AS1M?
Ianya bukanlah bertaraf al-Quran yang tidak boleh diubah. Atau, adakah PNB takut tak mampu dan berasa susah hendak membayar bonus dan dividen seperti di tahap sekarang, jika dibesarkan jumlah sahamnya? Jika itulah yang ditakutkan (does not dare) dan berasa susah maka benarlah pendapat Marcus Annaeus Seneca:

“It is not because things are difficult that we do not dare; it is because we do not dare that they are difficult” .

• Pada masa yang sama, ada pihak yang membuat andaian bahawa PNB dan pihak-pihak tertentu sebenarnya mahu menjual saham kepada golongan berada bukan Bumi melalui pintu belakang. Salahkah telahan mereka itu?

Ia samalah seperti taktik pemaju perumahan yang sengaja membina rumah mewah supaya orang Melayu tidak mampu beli. Maka banyaklah kawasan perumahan yang rata-rata didiami oleh kaumnya saja walaupun peratus penduduk mereka hanyalah suku sahaja.

Jika benarlah telahan tersebut dan mengambil kira lanskap yang telah dilakarkan di atas maka nampaknya nasihat Tun Dr M (“..setiap kakitangan PNB hendaklah jangan lupa akan matlamat akhir penubuhan organisasi ini”) telah diabaikan. Justeru ke manakah dicampakkan integriti yang dilaung-laungkan itu?

“We are committed to the highest level of ethical conduct in everything we do. We will strive to do the right thing.”

Really?

Arrogant

8. Saya yakin apa yang ditulis ini tak ubah seperti ‘menjirus air di daun keladi’. Berdasarkan 3 rencana yang lalu, PNB dijangka akan terus tidak ambil pusing. Namun enthusiasm saya tidak pula luntur dan PNB pula tidak boleh lari dari tanggungjawabnya untuk memberi penjelasan ke atas semua isu yang dibangkitkan itu.

9. Jika ia gagal, maka kekallah pandangan negatif rakyat bahawa sebagai sebahagian daripada jentera kerajaan, PNB turut bersikap arrogant dan angkuh. Sikap buruk ini telah diakui sendiri oleh KSN.

10. Sikap arrogant dan angkuh tersebut menjadikan PNB tidak sensitif terhadap teguran dan pandangan orang lain. Lantaran ia tidak terbuka kepada perubahan. Ia tidak walk the talk sepertimana yang terpahat dalam akujanji prestasinya ini:

“We set high expectations and goals to meet our commitments. We strive to be the best in our industry. Openness to change, to experimentation and to the pursuit of excellence, characterize our attitude to every aspect of our work.”

FAMA

Badruddin11. Sikap pihak pengurusan tertinggi PNB amat berbeza sekali dengan pendekatan pengerusi FAMA, YBhg. Dato’ Badruddin. Respon beliau terhadap SMS saya amat pantas – hanya dalam masa beberapa minit sahaja saya telah menerima jawapan beliau. Bahasa beliau adalah lunak dan tahap keperhatinan beliau pula amatlah tinggi sekalipun saya tidak memperkenalkan diri saya:

“Askum tuan, terima kaseh d atas pandangan dan nasehat tuan d atas perjalanan pasar tani Fama. Nasehat tuan akan menjadi bimbingan kpd saya untuk memperbaiki lagi perjalanan pasar tani. 1) memang kebanyakan peniaga asalnya petani, nelayan dan penternak kecuali yg baru yg terdiri dari pelajar2 (U) dan belia2 yng minat dlm perniagaan, itu pun d tapis dahulu latar belakangnya. Dasar asal tetap dikekalkan. 2) saya perlukan butiran terperinchi tentang sogokan untuk mendapat tapak pasar tani supaya dapat saya siasat dan mengambil tindakan tegas. Tiada kompromi dg rasuah dlm Fama. Terima kaseh tuan.”

12. SMS ini disusuli pula oleh panggilan telefon daripada TKP (FAMA) untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pandangan saya.

13. Perbezaan reaksi antara the arrogant PNB and the humble FAMA umpama langit dengan bumi!

Balik Asal

14. Pegawai atasan PNB wajarlah ingat bahawa kejayaannya bukan terletak kepada melariskan penjualan 10 bilion unit AS1M itu tetapi terletak kepada kemampuannya menjayakan OBJEKTIF ASAL penubuhan PNB, seperti yang dipahatkan di para 2 dan 3 di atas. INILAH PNB’S RAISON D’ETRE!

15. Sedarlah bahawa “The secret of success is constancy to purpose” and, therefore, not forgetting one’s raison d’etre. Bukannya ‘menyusukan kera di hutan, anak di pangkuan diletakkan’, ‘menjadi senjata yang makan tuan’ dan ‘menjadi pagar yang makan padi’.

16. For the sake of its raison d’etre, I wish to be proven wrong.

  1. #1 by arjuna waspada on September 6, 2009 - 12:29 am

    Sdr Tuah ,Rencana tuan saya baca dan menyentuh hati saya.
    Terus terang tiada siapa orang Melayu tulin sedang awasi PNB.
    Memang sudah nampak arrogant.
    Tiap CEO PNB nya dapat Dato di ikuti ngan Tan Sri.
    Tapi adekah ini atas “personal effort” ?
    Tiap PEM ade misi dan ajenda.
    Harap jangan lah sambil nak pimpin sambil makan.
    Tapi memang naluri manusia lah.
    “Power corrupts…… dlll”.
    Macam cerita owang putih –dari kwali terjun ke api.
    Ekuinas ni macam mana pulak ?
    Dulu ingat tak fasal Airport Labu yng di tonjol olih Air Asia.
    Kan Sime Darby jugak ade masuk berita kan.
    Pemerhati Koporate dah nampak dah “arrangement”, tapi tak nampak tangan.Halimunan siape agak ?
    Lagi agak ade certa sehingga semua “crown jewels” dah terlepas.Terima kasih atas ulasan anda.Wahai Tuah changkat lobak.
    arjuna waspada.

  2. #2 by wanitamelayu on September 15, 2009 - 10:38 am

    Itulah nasib Melayu di bumi Melayu, pemimpin Melayu tak peduli pasal org Melayu lagi. Yang penting sokongan bukan Melayu sedangkan pemimpin Melayu ni tak sedar yg menyokong dia, dan yg menyebabkan mrk jadi pemimpin adalah org Melayu.

  3. #3 by Setia on September 18, 2009 - 9:06 am

    Datuk,

    Saya amat setuju dengan hujjah hujjah yang di kemukakan. PNB mengikut arahan PM. Mereka tidak akan buat dasar bahru bagi menjalankan kegiatan PNB jika tidak mendapat arahan. Saya nampak tindakan tindakan mereka selaras dengan kehendak PM mengejar undi larian PRU12.

    Saya dan kawan kawan selalu mengeluh dan tidak faham pendirian pemimpin sekarang. Saya juga setuju dengan pepatah pepatah yang Datuk keluarkan. Kami juga khuatir yang di kejar tak dapat yang di kendong keciciran.

    Sampai bila dia hendak mengambil hati mereka itu? Bukan kah mungkin kaum majoriti yang memerlukan segala bantuan ekonomi dan kemudahan pendidikan di bawah NEB meradang, merajuk atau menomah pengkhianat bangsa jika PNB, yang di tubuhkan untuk Bumiputera, sekarang juga memberi faedah kapada bukan-Bumiputera, terutama nya kaum Cina yang pada umum nya sudah mewah?

    • #4 by darahtuah on September 18, 2009 - 4:31 pm

      Setia,

      Terima kasih kerana kita sealiran pendapat.

      Didoakan agar para pemimpin kita segera insaf dan kembali ke pangkal jalan sebelum nasi menjadi bubur; sebelum retak terus belah; sebelum miskin menjadi papa; sebelum sakit bertukar nazak.

      Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

      Darahtuah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: