PRK BAGAN PINANG – BN MENJURUS MENANG!

Keunikan

1. Terdapat empat keunikan PRK Bagan Pinang yang ingin saya ketengahkan dahulu.

2. Pertama, ia menunjukkan kebebasan bersuara dalam UMNO adalah sihat dan subur. Contohnya, Tun Dr M, masa kini adalah seorang ahli UMNO biasa dan pernah menjadi Presiden UMNO selama 22 tahun, bebas menyuarakan pandangan negatif beliau terhadap seorang bakal calon BN (Tan Sri Isa – TSI) secara terbuka.

3. Yang cantiknya pula ialah TSI tidak melenting sepertimana Samy Velu  melompat kijang apabila dikritik. Begitulah polished and seasonnya calon BN ini.

4. Kedua, pucuk pemimpin UMNO menimbangkan semua maklumat dan pandangan sebelum membuat keputusan tanpa terikat dengan pandangan satu-satu pihak waima besar mana ketokohannya.

5. Ketiga, setelah keputusan dibuat, semua ahli telah akur akan keputusan tersebut (sekurang-kurangnya secara terbuka) sekalipun mungkin ada individu tertentu yang masih mahu berpegang kepada pandangan peribadi masing-masing. Pendirian ini dihormati.

6. Sehubungan itu, ramai memohon dan mengharpkan Tun M, sebagai ahli parti, turut menjadi pemain pasukan yang setia dan beretika, sebagaimana beliau mahukan semua pengikutnya (termasuk saya) berbuat demikian semasa beliau menjadi orang No. 1 dahulu.

7. Keempat, keputusan memilih TSI sebagai calon PRK Bagan Pinang ini telah sekali gus melemahkan lagi pendapat cynical pihak tertentu yang menuduh kononnya DSN mengikut telunjuk Tun Dr M. Dua bukti terdahulu ialah pelantikan ahli Jemaah Menteri yang tidak menepati selera Tun sepenuhnya dan pelantikan Omar Ong sebagai Pengarah Bebas Petronas yang, difahamkan, keras dibantah oleh Tun.

8. Sebelum penamaan calon, jika diletakkan calon yang sesuai, saya telah menjangkakan parti BN akan menang tetapi dengan majoriti yang berkurangan. Namun, BN boleh menang besar jika pemimpin kiasu Hindraf dan Hua Zong “were cunning enough” .

9. Setelah masing-masing mabuk tapai, todi dan samsu maka mudahlah BN ditumbangkan dalam PRU ke-13 nanti. Inilah yang telah berlaku kepada BN pada tahun 2008. Setelah menang besar dalam PRU 2004 dan terus memenangi semua PRK antara 2004 dan 2007, ia hampir tertonggeng semasa PRU ke-12 kerana berasa selesa dan gagal pula menguruskan kejayaan tersebut.

Turun Padang

10. Setelah saya sendiri turun padang dan membuat kajian sendiri secara rambang, didapati mood para pengundi dan masyarakat di sana nampaknya banyak condong ke arah TSI. Sebab-sebab mengapa ramai orang di sana nampaknya sukakkan beliau tak perlulah saya huraikan di sini. Sudah banyak dilaporkan dalam media dan dalam siri ceramah di sana.

Gambar-gambar sewaktu berkempen di Bagan Pinang bersama TS Isa Samad dan beberapa pemimpin dari Melaka

Gambar-gambar sewaktu berkempen di Bagan Pinang bersama TS Isa Samad dan beberapa pemimpin dari Melaka

11. Namun ada satu indikator yang ingin saya gunakan sebagai ukuran sokongan orang ramai terhadap TSI iaitu kehadhiran yang begitu ramai di dua majlis perkahwinan anak beliau setelah menjadi rakyat biasa. Para jemputan terpaksa meletakkan kereta masing-masing lebih dua Km dari rumahnya, di mana majlis tersebut diadakan. Dalam bahasa sastera lama, kehadiran yang begitu ramai itu digambarkan sebagai ‘sebanyak ulat tahi’.

12. Sebaliknya calon PAS, En. Zulkefly Mohamad Omar, tidak dikenali oleh orang Bagan Pinang. Dia sendiri tidak popular di tempatnya (Seremban) sendiri; tidak menjadi Ketua Ranting (Cawangan) pun dan kalah di Lenggeng.

13. Dia dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS NS dan sebagai calon PAS atas dasar ianya kawan karib DS AHA, bukan orang Nik Aziz. Oleh kerana dia ahli PAS, maka itu bukanlah amalan kroni!

14. Sehingga 5 Oktober, tidak ada isu besar dan kontroversial, sepertimana yang pernah diwar-warkan sebelum ini, telah ditimbulkan oleh pembangkang. Mungkin mereka mahu menyimpan peluru-peluru itu, jika benar-benar ada, dari sudut tactical, di akhir-akhir tempoh berkempen. Sama-samalah kita menyaksikannya nanti.

Isu Makan Tuan

15. Antara isu-isu kecil yang mereka timbulkan ialah calon BN (a) tak bersih, (b) dah tua, dan (c) adalah calon recycle. Isu-isu tersebut adalah remeh dan boleh makan tuan.

16. Diakui TSI telah didapati melanggar etika parti UMNO. Jika ini yang hendak dicapitalised oleh PAS/PKR/DAP sebagai bahan kempen, maka, sebagai serangan balas politik, kesilapan berkenaan adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan rasuah/penyelewengan/salah laku/jenayah yang dilakukan oleh para pemimpin mereka sendiri.

17. Sebagai contoh, DSAI adalah bekas banduan kerana didapati bersalah melakukan rasuah/salah guna kuasa. Hakim Mahkamah Persekutuan pula berpendapat dia telah melakukan liwat tetapi terpaksa dibebaskan atas faktor teknikal. Sekarang dia sedang menghadapi satu lagi tuduhan liwat. Kerana pelbagai helah yang dilakukannya untuk melewat-lewatkan perbicaraan tersebut maka ramai berpendapat bahawa dia tahu dia bersalah.

18. Lim Guan Eng juga bekas banduan. Mat Sabu pula dilaporkan pernah beruda-duan dengan bukan muhrim (berkhalwat?) tetapi khabarnya, telah diselamatkan oleh Nik Aziz. Jika benar, tidakkah Nik Aziz turut bersubahat? Apa hukum bersubahat dari segi Islam?

19. ADUN Bukit Lanjan terlibat dengan skandal seks bersama seorang lelaki Islam yang beristeri. Diceritakan mereka telah turut melakukan seks di luar tabii yang mana boleh didakwa di bawah CPC walaupun among consenting adults.

20. Dia telah setuju untuk meletak jawatan tetapi kenapa MB Selangor dan MB Kelantan menasihatkan dia supaya jangan berhenti? Siapa yang condoning perbuatan terkutuk itu? Nik Aziz dan para pemimpin PAS/PKR/DAP lah.

21. Sekarang dia sedang menghadapi satu lagi tuduhan liwat. Kerana pelbagai helah yang dilakukannya untuk melewat-lewatkan perbicaraan tersebut maka ramai berpendapat bahawa dia tahu dia bersalah.

22. Dari segi umur, siapa lebih tua? TSI = 59 tahun; DSAI = 62 tahun; DS AHA = 62 tahun; Tan Seng Giaw = 67 tahun; Lim Kit Siang = 68 tahun; Karpal Singh = 69 tahun; dan Nik Aziz sendiri = 78 tahun.

23. Tun M berundur ketika beliau berumur 78 tahun. Maka eloklah Nik Aziz juga berundur pada umur yang sama sebab dia sendiri turut sama menjerit mendesak Tun M supaya segera berundur satu letika dulu. Lebih-lebih lagi, Nik Aziz kini nampak jauh lebih tua daripada Tun M (84 tahun) dan tak sihat pulak.

24. Dari segi recycle pula, calon PAS itu sendiri sudah 2 kali kalah dan kini di recycle buat kali ketiga. Dia sendiri sudah berbisik kepada kawan baiknya dalam UMNO bahawa dia mengaku yang dia akan KALAH! Untuk ingatan semua, TSI TIDAK pernah kalah!

25. DSAI juga merupakan calon recycle. Begitu juga dengan DS AHA, Mat Sabu, Kit Siang dan Karpal! Ramai lagi.

26. Justeru itulah saya telah menekankan bahawa isu-isu yang mereka bangkitkan itu adalah remeh dan boleh makan tuan. Walau bagaimanapun, ia terpulanglah kepada kebijaksanaan dan keberkesanan pihak BN menangkis dan menyerang kembali Pakatan Pembangkang.

BN Menang Di Bagan Pinang

27. Walau apapun, objektif segera (immediate) BN ialah untuk menang di Bagan Pinang; menang dengan majoriti yang lebih besar. Sehingga 5 hb., nampaknya harapan tersebut amatlah cerah sekali, insyaAllah.

28. Namun, setelah menang dalam pertempuran (battle) ini pada 11 Oktober kelak, para pemimpin BN janganlah pula lupa untuk menyelesaikan segera kebimbangan Tun M dan jutaan orang Melayu / Bumi sebelum menghadapi PRU ke-13 (the war) nanti.

29. Kita tidak mahu win the battle but loose the war. Kita mahu menang dalam pertempuran itu dan mahu menang juga dalam peperangan nanti, dengan rekod yang sama cemerlang seperti pada tahun 2004 atau lebih baik lagi!

  1. #1 by emysamsudin on October 7, 2009 - 8:28 pm

    salam datuk.
    Tahniahlah sbb penulisan seebgini sedikit sebanyak dapat menaikkan moral n smgt org kita melalui tru facts. tSIS memang wajar dicontohi n wajar menang kerana pada zaman beliau jugalah banyak bandar n pekan baru diwujudkan eg lukut, tampin,beranang.
    Kewibaan n ketokohan beliau pun x perlu dipersoalkan
    kerja kita cuma kena pastikan kemenangan di setiap petiundi wpun ada suara2 jahat yg negatakan kita BN ini memang selalu perasan boleh menang sbgmna terjadi di bkt gantang dan manek urai.
    Tak apalah semoga kemenangan TSIS pemangkin DSN utk pimpin negara lebih tabah dan hebat,
    ionsyaallah

    • #2 by asrilamirul on October 10, 2009 - 9:20 am

      BN may win this by-election… but at what cost? Have we gone so deaf in ignoring the people’s plea?

    • #3 by darahtuah on October 12, 2009 - 12:53 pm

      Puan emysamsudin dan Bulma,
      Tahniah kepada semua petugas BN yang telah memungkinkan kejayaan cemerlang (majoriti menlonjak 133%!) di Bagan Pinang, termasuklah titik peluh tuan/puan/cik.

      Justeru janganlah kita sia-siakan restu Allah SWT ini dan amanah rakyat dengan mabuk tapai, todi dan samsu (bacalah “Bagan Pianng O Bagan Pinang”).
      Jika demikianlah, maka kita pasti akan menempah malapetaka awal-awal lagi – kejayaan cemerlang ini menjadi titik permulaan berulangnya sejarah 1511. Bacalah “2011 – Melayu Tumpas?”

      Sama-samalah segera mengambil tindakan yang sewajarnya.

  2. #4 by popular opinion on October 7, 2009 - 9:19 pm

    Hang Tuah bersaing dengan Hang Jebat untuk jawatan laksamana. Hang Jebat berketurunan sama dengan Sultan Mansur Syah dan juga Bendahara Seri Nara Di Raja bin Raja Benua Keling Mani Purindam. Setelah Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang berkuasa, kedudukan Hang Tuah menjadi semakin penting. Hang Tuah berketurunan Melayu daripada sebuah negeri di utara Semenanjung. Tun Perak juga telah meletakkan Raja Muhammad, putera sulung Sultan menjadi Raja Pahang tetapi bukan sebagai Raja Melaka. Keputusan itu dibuat berikutan peristiwa Raja Muhammad membunuh Tun Besar, anak Tun Perak dalam satu permainan sepak raga. Beliau melantik Sultan Alauddin Riayat Shah menjadi sultan kerana Sultan Alauddin Riayat Shah ialah anak saudara Tun Perak. Raja Munawar yang sepatutnya menjadi sultan tidak dilantik walaupun ia beribukan seorang Melayu tulen dan pewaris takhta yang lebih berhak. Sebaliknya, dia menjadi raja di Kampar.

    Hang Jebat cuba melakukan rampasan kuasa namun percubaan itu gagal. Hang Tuah yang dibantu oleh Tun Perak serta pasukan-pasukan tentera dari negeri-negeri Melayu di utara semenanjung termasuk Selangor, Kedah dan Kelantan menggagalkan percubaan itu. Hang Jebat dihukum bunuh walaupun ia adik Sultan Mansur. Hang jebat memilih untuk mati di tangan Hang Tuah.

    Puak Tun Perak dan Hang Tuah terus berkuasa di Melaka sehingga zaman Sultan Mahmud Shah. Setelah Tun Perak meninggal dunia, jawatan bendahara berpindah kepada adik Tun Perak iaitu Tun Perpatih Putih bin Tun Perpatih Sedang.

    Apabila Bendahara Seri Tun Mutahir bin Tun Ali, atau terkenal dengan gelaran Temenggung Seri Maharaja berkuasa, politik Melaka dikuasai oleh penyokong Hang Jebat. Penyokong Hang Jebat terus berkuasa sehingga kedatangan Portugis.

    Penyokong Tun Perak dan Hang Tuah tidak berpuas hati. Mereka bersekongkol dengan Alfonso de Albuquerque untuk menguasai Melaka. Panglima Awang membantu Alfonso de Albuquerque dengan meriam, kapal perang dan pasukan tentera. Beliau dibantu oleh Panglima Hitam. Pembesar Melaka lain yang membantu Panglima Awang ialah Raja Abdullah iaitu anak kepada Sultan Munawar Shah, Sultan Kampar. 16 Julai 1511 ialah tarikh yang amat bersejarah. Ini kerana pada tarikh inilah Panglima Awang menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Alfonso de Albuquerque. Alfonso de Albuquerque membawa pasukan marinnya memasuki kota Melaka pada 24 Ogos 1511 setelah sekurang-kurangnya 25,000 buah bangunan dimusnahkan dan lebih daripada 130,000 orang terbunuh. Raja Abdullah menjadi Bendahara Melaka pertama di bawah pentadbiran Portugis.

  3. #5 by Bulma on October 7, 2009 - 9:34 pm

    Salam..

    Tan Sri Isa Samad sememangnye calon yang sangat sesuai di Bagan Pinang,selaku local people sememangnya beliau telah dikenali oleh orang tempatan.Beliau juga merupakan bekas Menteri Besar selama 22 tahun.Rakyat Bagan pinang x memerlukan orang luar untuk menerajui kepimpinan d Bagan pinang.Undilah wakil tempatan yang sememangnya telah dikenali dan yang paling penting boleh menjadi wakil kepada rakyat dlm membela nasib rakyat dan membantu segala masalah rakyat.Jangan hanya memikirkan kepentingan diri,fikirkan kebajikan rakyat keseluruhannya terutama mereka yang sangat memerlukan(orang susah).Ayuh Warga Bagan Pinang buatlah pilihan yang bijak.

  4. #6 by asrilamirul on October 9, 2009 - 10:56 am

    Salam DT

    Here’s my two cents on this issue:

    http://asrilamirul.wordpress.com/2009/10/08/the-second-coming/

    • #7 by darahtuah on October 12, 2009 - 12:53 pm

      Salam kembali,

      Thank you for your invaluable thoughts.

  5. #8 by hati terluka on October 11, 2009 - 8:22 pm

    pergi mampos lah ngan negara bangsa semoga bergembira diatas kejatuhan islam……Bangsa Yahudi sama je ngan ko

  6. #9 by hati terluka on October 11, 2009 - 8:26 pm

    pilih lagi hok rasuah ….orang yang terang-terang rasuah TIDAK LAYAK menjadi pemimpin…..patutlar negara mundur dok main rasuah ore de langgar perintah allah ni tak lama panah petir.negeri pas mundur sebab Bn tok wi duit bodonyo .assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

  7. #10 by Muzaffar on October 14, 2009 - 8:04 pm

    From Tunku Aisha’s blog –

    TUN Dr Mahathir Mohamad must be among the minority of Malaysians who are not enslaved by their handphones.
    He owns a sleek Blackberry Storm that, he admitted rather sheepishly, he only uses to receive and occasionally make calls.
    “Mostly calls are to and from my family. Not many people know my number,” he said.
    In any event, not many people would dare call him even if they had his number.
    He also uses the computer mainly to update his blog (24 million visitors to date), surf a few websites and Google for information.
    He is still very much a print-material person. Ironically, this is the man who facilitated a technological shift in this country during his tenure as Prime Minister.
    Dr Mahathir was chewing on a Snickers bar at the start of the interview because it had been a long morning and his blood sugar level had dipped somewhat.
    He is looking forward to attending the opening of the Umno general assembly on Thursday where Datuk Seri Najib Tun Razak will make his first presidential address. His presence will be a clear signal of support for the new Umno president.
    This will be the second time he is attending the opening since he left office.
    He had been to Tun Abdullah Ahmad Badawi’s first assembly as president but things went downhill between them after that and he has since stayed away from party’s assemblies.
    Things are still not going well between them although his tone softened when he related how Abdullah had stayed back after Friday prayers recently to shake his hand.
    This assembly is about amending the party’s constitution but Dr Mahathir pointed out that amendments are not a magic cure for ills in the party. The members’ mindset about politics and leadership must also change.
    “It will not do the party any good if the people do not reject corrupt leaders. Members must not think of themselves only but of the party and the community.
    “There is no point in having people who succeed in winning a party post through dubious means, but who cannot help the party win in elections. For example, they have chosen a Youth leader, but when there is a by-election, they say there is no need for him to come. This is very peculiar.”
    Like all Umno members, he is pleased about the outcome of the Bagan Pinang by-election. He had been vocal about picking Tan Sri Mohd Isa Samad for the seat.
    “I didn’t want Isa simply because of his track record, nothing personal. But I really wanted Umno to win. A loss would have been disastrous. I thought the majority would be reduced but it was overwhelming.
    “The people there really wanted him. Sometimes my views are not correct but I was only partly wrong.” he said in a rare admission that he is not always right.

    Dr Mahathir had been vocal in the run-up to the party elections earlier this year, telling Umno members to choose clean and capable leaders who can help the party recover from the political tsunami of the last general election.
    He observed that there has been a lot of improvement since the new Umno leadership took over.
    “There is still a lot of work that needs to be done especially in winning over the general public, especially those in the middle class. They have yet to feel the impact of the economic policies. That is important if they are to be convinced that things are improving.”
    Dr Mahathir said Najib did not have much time to accomplish his agenda as there are only two more years before the next general election.
    “Most of the Barisan Nasional component parties, except those in Sabah and Sarawak, are still in trouble. The coalition has to improve very quickly which is not an easy thing to do.”
    There are also a few nagging issues where he is concerned about. He is still disappointed over the policy reversal on the medium of instruction in the teaching of mathematic and science.
    The Johor bridge project is still an issue. Is the bridge so important to him because it will boost the economy or is it because it is part of his vision?
    “It’s not about my vision. There is this perception that the Government is afraid of Singapore, that it does not want to build it because Singapore is against it.”
    Knowing Dr Mahathir, this issue is not likely to fade away soon.
    “Speaking out is not something I enjoy doing. It’s something that I must do. If everything is fine, I don’t think there is a need for me to open my mouth.”
    At this juncture of the interview, Dr Mahathir’s staff signalled that it was time for his lunch – a homely spread of curry chicken, stir-fried french beans, salted fish, papadam, green salad and rice.
    When he was the Prime Minister, Dr Mahathir was specific about not being photographed during his meals. He does not mind opening his mouth to speak out but he dislikes being photographed with his mouth open.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: