Mereka juga tidak dilupakan

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” – maksud firman Allah dalam Surah Al-Hujrat (49), Ayat 13

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya) – maksud firman Allah dalam Surah Al Baqarah, Ayat 215.

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SAYA YANG BERAGAMA HINDU

deepavali-happy

1.Saya tertarik dengan ayat suci Al-Quran yang pertama di atas dari lima aspek:

Allah swt dengan sengaja menyeru kepada semua MANUSIA (berbagai agama) dan bukan khusus kepada orang yang BERIMAN (orang Islam) sahaja;

Allah swt mengingatkan kita bahawa kita berasal dari ibubapa yang sama [sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki (asalnya Nabi Adam as) dan seorang perempuan (asalnya Hawa)];

Allah dengan sengaja melpabagaikan kita dengan beribu-ribu bangsa dan suku kaum;

Allah swt menyeru kita supaya berbaik-baik, saling kenal mengenali, merapatkan silaturrahim dan saling bantu membantu; ia merupakan sebahagian dari sifat orang bertaqwa, dan

Allah swt menjanjikan bahawa orang yang amat mulia antara kita ialah orang yang paling bertaqwa.

2.Ayat kedua di atas pula menyeru kita supaya membantu mereka yang dalam kesusahan (…dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan..). Pemberian bantuan yang ikhlas itu sudah tentulah merupakan sebahagian daripada sifat orang yang bertaqwa.

3.Ayat ini juga dengan jelas menyuruh kita membantu semua INSAN dalam keadaan sedemikian; bukan orang ISLAM sahaja. Begitulah agung dan adilnya Allah swt dan murninya agama Islam.

4.Saya yakin, atas semangat Islam yang luhur inilah juga, YAB DSN mimpikan 1MALAYSIA dan komited untuk merealisasikannya. Untuk menjadi kenyataan, beliau mahukan partinya, UMNO, terlebih dahulu memainkan peranan sebagai “abang” yang menjaga kebajikan semua “adik beradiknya” yang bermacam ragam itu.

5.Mereka bermacam ragam kerana ada yang adik kandung seibu sebapa, ada adik yang berlainan ibu, ada yang berlainan bapa dan ada pula yang dikatakan “adik beradik anjing”. Pada adatnya, adik kandung didahulukan manakala adik beradik lain itu tidak pula dipinggirkan.

6.Untuk melihat mimpi dan visi tersebut berjaya dengan lebih cepat lagi maka semua “adik beradik” itu hendaklah pula memainkan sendiri peranan timbal-balik masing-masing yang sewajarnya!

7.Sebagai permulaan yang mudah, seperti yang telah pernah saya sarankan di dalam Dewan Negara pada 31 Mac lalu, menteri Melayu melawatlah sekolah Cina dan umumkan pemberian bantuan, menteri Cina pula ke masyarakat Melayu dan menyampaikan sumbangan dan begitulah seterusnya. Aktiviti seperti ini hendaklah visible kepada masyarakat.

8.Walau bagaimanapun, prakarsa yang lebih konkrit dan terancang perlulah dilaksanakan. Jika tidak, saranan yang menarik dan janji yang manis itu hanyalah merupakan satu retorik semata-mata.

9.Ulasan matang Tun M, ditengah-tengah riuk pikuk, sorak sorai dan keseronokan Perhimpunan Agung UMNO yang rata-rata memuji itu, amatlah relevan sekali. Ikhlas, bersedia dan mampukah mereka yang menjerit-jerit itu menterjemahkan sendiri saranan tersebut?

10.Saya sendiri perlulah komited untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab yang sama ini. Sehubungan itu, sebagai YDP Pertubuhan Kesejahteraan Ummah merangkap AJK UMNO Bahagian Jasin, saya telah turun padang dan pergi rumah ke rumah untuk menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan beras kepada mereka yang kurang bernasib baik dari keturunan India. Sumbangan ini adalah sempena sambutan Hari Deepavali yang akan diraikan pada 17 Oktober 2009.

11.Penerima-penerima berkenaan, dalam DUN Serkam, adalah terdiri dari ibu tunggal, warga emas dan mereka yang mengidap sakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung.

12.En. Supayah, Pegawai Penerangan MIC Bahagian Jasin yang juga Ketua Cawangan MIC Taman Datuk Abdul Aziz, Pulai telah membantu dan mengiringi saya.

1Gambar 1 – menyampaikan sumbangan kepada Puan Sunnamah (66 tahun); turut sama En. Supayah.

2Gambar 2 – kepada Puan Ramayi (55 tahun);

3Gambar 3 – kepada Pn. Paliamal (57 tahun – kiri) & Pn. Nalamma (66 tahun).

4Gambar 4 – kepada Pn. Jenaki (54 tahun) & En. Chenna (74 tahun);

5Gambar 5 – kepada Pn. Kumar (35 tahun).

13.Prakarsa tersebut merupakan kesinambungan usaha saya membantu golongan yang kurang bernasib baik. Pada tahun lepas, seramai 570 orang telah dapat dibantu, termasuk 190 orang sempena Hari Raya Aidil Fitri.

14.Pada tahun ini pula, seramai 610 orang telah dibantu, termasuk 400 orang sempena Aidil Fitri yang lalu.

15.Masyarakat / pertubuhan Cina turut dibantu, seperti Persatuan Taekwando Sekolah-sekolah Melaka dan Federation For Asian Cultural Promotion.

16.Bantuan yang diusahakan adalah sepanjang masa dan berbagai bentuk. Selain daripada kewangan, ia termasuklah membantu mendapatkan rumah PPRT, membaiki rumah, membaiki penglihatan, alat pendengaran, keperluan persekolahan dan sebagainya.

17. Sasaran terdekat ialah membantu pihak yang memerlukan bantuan di musim persekolahan yang akan datang. Usaha ini telahpun dimulakan sejak beberapa bulan yang lalu.

18.Pada masa yang sama, setiap tahun saya menghubungi sahabat, guru dan bos saya yang berlainan agama sempenan hari perayaan masing-masing, termasuklah bos saya yang telah berhijrah ke Melbourne sejak tahun 1995. Malam tadi saya menalipon beliau untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali.

19.InsyaAllah, usaha menjaga kebajikan dan kesejahteraan golongan kurang bernasib baik ini akan saya teruskan dengan sokongan berbagai pihak, termasuklah para menteri, timbalan menteri, sahabat, Bernas, Jabatan Kebajikan Masyarakat, MAIM, Hospital, TAPENM, PROKHAS, dll.

20.Prakarsa dan usaha saya itu merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan BN/UMNO untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik ini. Sila klik link di bawah:

Bantuan Pembela

21. Sesungguhnya mereka ini tidak dilupakan.

  1. #1 by asrilamirul on October 20, 2009 - 7:32 am

    Good job DT.. Giving charity is good but what need to be done is something that help those in need to alleviate themselves from poverty. Continuous charities will only create ‘subsidy’ mentality as suffered by part of the malays now.

    Just my 2 cents… umno member caw tmn merlimau baru.

    • #2 by darahtuah on November 26, 2009 - 5:58 pm

      Hai asrilamirul,

      I was waiting for your comment re my article entitled ‘Penstrukturan Semula Skim Subsidi Petrol – Baik Untuk Rakyat?’ since it is related to your comment that “Continuous charities will only create ‘subsidy’ mentality as suffered by part of the Malays now”.

      From the said article, I believe you would realize and agree that you and me are also the beneficiaries of various government subsidy schemes. At the same time, you would also have realized that the major beneficiaries of such schemes are actually the private sector / major companies / rich people. Are they mostly Malays?

      In the case of Melaka state government, poor people are classified into two categories – (a) economically active and (b) non-economically active. The 1st group is being ‘thought how to fish’ while the 2nd group, no choice, has ‘to be given a fish’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: