Berjayakah Najib mengemudikan ekonomi negara?

Lanskap ekonomi dunia

1. Data-data ekonomi terkini menunjukkan kemelesetan ekonomi dunia sudah sampai ke tahap paling rendah (bottom out) dan mula beransur pulih.

2. Berdasarkan data-data berkenaan, unjuran terbaru telah dibuat oleh pihak-pihak yang berwibawa. Misalnya, IMF dan Kerajaan Malaysia telah menyemak semula unjuran masing-masing mengenai prestasi ekonomi dunia dan Malaysia pada tahun ini dan 2010.

3. Pada awal Oktober lepas, IMF telah meminda unjurannya mengenai pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun ini kepada -1.1% berbanding -1.4%, sepertimana yang diunjurkan pada bulan Julai lalu. Pertumbuhan pada tahun depan pula diunjurkan sebanyak 3.1%; lebih tinggi daripada unjuran awal sebanyak 2.5%.

4. Kerajaan Malaysia turut menyemak semula unjurannya. Jumaat lepas, YAB Dato’ Sri Mohd Najib, Perdana Menteri, melalui ucapan pembentangan Bajet 2010, telah memaklumkan bahawa ekonomi negara diunjurkan tumbuh sebanyak -3% pada tahun ini, berbanding antara -4% hingga -5%, sepertimana yang telah diumumkan pada 28 Mei lepas.

5. Pada tahun 2010, beliau mengunjurkan pertumbuhan GDP kita adalah sekitar 2% – 3 %.

6. Data Petunjuk Serentak terkini menunjukkan bahawa ekonomi kita buat pertama kalinya mencatatkan pertumbuhan positif di era kemelesetan ini pada bulan Ogos lepas. Seterusnya data Petunjuk Pelopor pula menunjukkan pertumbuhan ekonomi bagi enam bulan akan datang adalah positif; melengkap/mengukuhkan penemuan Petunjuk Serentak.

7. Lantaran, saya mengunjurkan bahawa pertumbuhah GDP kita pada tahun ini, besar kemungkinannya, akan lebih baik daripada unjuran DSN sebanyak -3% itu.

8. Dalam pada itu, kita wajarlah optimistik secara berwaspada (cautiously optimistic) kerana pertumbuhan ekonomi di peringkat global belumlah begitu mantap lagi. Sekiranya ‘pucuk-pucuk hujau’ itu bertukar menjadi ‘coklat’ maka impak ke atas ekonomi negara kita yang terbuka ini tentulah tidak dapat dielakkan.

9. Namun begitu, DSN telah berjaya mengemudikan ekonomi negara dengan baiknya di bawah persekitiran ekonomi dunia yang sungguh hostile ini.

Inflasi

10. Satu kejayaan besar beliau ialah kemampuan mengawal kenaikan harga runcit (inflasi). Selepas kenaikan harga runcit minyak petrol pada bulan Jun 2008, kadar inflasi tahun ke tahun telah melonjak dari 3.8% pada bulan Mei kepada 7.7% pada bulan Jun dan seterusnya memuncak kepada 8.5% pada bulan Julai/Ogos 2008.

11. Walau bagaimanapun, serangan inflasi itu telah dapat dikawal dan dipatahkan mulai bulan September 2008 (turun kepada 8.2%). Ia terus menjunam kepada -2.0% pada bulan lepas.

12. Purata kadar inflasi Malaysia bagi 9 bulan pertama tahun ini pula hanyalah 0.9% berbanding tempoh yang sama 2008.

13. Natijahnya, DSN telah dapat menjinakkan keganasan inflasi manakala para pengguna pula telah menikmati harga runcit yang berpatutan.

14. Pada masa yang sama, para peniaga masih boleh mendapat keuntungan kerana kadar inflasi bulan September berbanding bulan sebelumnya tetap meningkat walaupun ianya pada kadar yang perlahan (0.3%).

15. Sekali gus senario ini menamatkan kebimbangan terhadap ancaman deflasi; kalau-kalau ianya akan pula menggantikan serangan inflasi.

16. Penduduk Malaysia lebih bernasib baik lagi kerana kadar inflasi yang rendah ini disokong pula oleh kenaikan gaji para pekerja. Sebagai contoh, purata gaji bulanan pekerja sektor borong dan sektor runcit negara kita telah masing-masing meningkat 5.4% dan 4.6% pada suku kedua 2009 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

17. Justeru, hasil titik peluh DSN dan pucuk pemimpin kerajaan, para pekerja/pengguna negera ini telah menikmati peningkatan kuasa beli sebenar (real increase in purcahsing power/disposable income).

Kadar Pengangguran

18. Akibat kemelesetan ekonomi dunia yang berterusan sejak akhir 2007, kadar pengangguran di semua negara telah melonjak. Di USA dan di UK, misalnya, kadar pengangguran masing-masing adalah sekitar 10%. Di Sepanyol ianya menjangkau 18%.

19. Alhamdullilah, kadar pengangguran negara kita yang meningkat kepada 4% pada suku tahun pertama 2009, naik dari 3.1% pada suku terakhir 2008, telah dapat diturunkan kepada 3.6% pada suku kedua 2009.

20. Dari segi teknikal, Malaysia terus menikmati guna-tenaga penuh (full employment) kerana berada di bawah treshold 4%, sekalipun ianya dilanda kemelesetan ekonomi. Penyumbang utama ialah sektor perkhidmatan/pelancungan yang dinamik dan sektor pembuatan yang kembali pulih.

21. Sungguhpun demikian, Kerajaan masih perlu bekerja keras untuk mejana peluang pekerjaan bagi mengurangkan bilangan penganggur seramai 415,700 orang itu.

Jualan Barang Pembuatan

22. Dijangka kadar pengangguran Malaysia akan terus menurun kerana pengambilan pekerja baru ekoran daripada pemulihan ekonomi ini. Antara petunjuknya ialah jualan produk pembuatan telah meningkat 23% antara bulan Januari dan Ogos 2009 kepada RM41.5 bilion. Ia menunjukkan permintaan domestik dan dunia telah mula mengukuh.

pekerja kilang

Pekerja Kilang di Malaysia

23. Pada masa yang sama, bilangan pekerja di sektor pembuatan telah meningkat 0.4% antara bulan Mei dan Ogos 2009 kepada 935,284 orang. Begitu juga dengan sektor peruncitan.. Bilangan pekerja terus menokok dari suku pertama 2008 (291,000 orang) hinggalah suku kedua 2009 (317,000 orang); naik 9%.

24. Kombinasi parameters berkenaan menunjukkan DSN telah berjaya mengemudikan negara untuk keluar dari cengkaman kemelesetan ekonomi dunia dengan cemerlangnya.

25. Impaknya ialah penduduk Malaysia kembali menikmati kualiti hidup yang beransur baik. Kadar kemiskinan, sebanyak 3.6% pada tahun 2007, diunjurkan menurun kepada 2.8% pada tahun depan.

26. Salah satu buktinya ialah, seperti yang dinyatakan di atas, para pekerja/pengguna negera ini telah menikmati peningkatan kuasa beli sebenar (real increase in purchasing power/disposable income).

27. Walau apapun, kesejahteraan hidup yang lebih baik di bawah konsep 1Malaysia akan dapat dinikamati oleh penduduk negara ini bagi tempoh yang lebih lama lagi jika sokongan padu terus diberikan kepada DSN untuk sama-sama menguruskan negera ini.

28. Sama-samalah kita fikirkan dengan tenang!

  1. Mengemudikan Ekonomi Negara – DSN Lebih Berjaya Dari Obama, Hollande & Cameron! | Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: