Isu Sabah dan Sarawak terus hangat

1. Klasifikasi Bumiputera Sarawak

Kes pelajar Sarawak, Marina Unau boleh menjadi satu mercu tanda dalam Perlembagaan Malaysia dari segi pengiktirafan sebagai seorang Bumiputera Sarawak.

Kes ini bermula apabila ia mendapati dirinya tidak layak menyambung pelajaran ke program matrikulasi atau IPTA pada tahun ini kerana ia diklasikasikan sebagai bukan Bumiputera. Maklumat tersebut diberikan oleh Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri bersandarkan tafsiran Artikel 161A (6) (a) yang menegaskan/mengekalkan keaslian Bumiputera Sarawak iaitu mereka hendaklah dari asal usul kaum yang asli di Sarawak sahaja:

(6) In this Article “native” means-

(a) in relation. to Sarawak, a person who is a citizen and either belongs to one of the races specified in Clause (7) as indigenous to the State or is of mixed blood deriving exclusively from those races; and

(b) in relation to Sabah, a person who is a citizen, is the child or grandchild of a person of a race indigenous to Sabah, and was born (whether on or after Malaysia Day or not) either in Sabah or to a father domiciled in Sabah at the time of the birth.

Kaum asli itu pula disenaraikan di bawah Artikel 161A (7):

(7) The races to be treated for the purposes of the definition of “native” in Clause (6) as indigenous to Sarawak are the Bukitans, Bisayahs, Dusuns, Sea Dayaks, Land Dayaks, Kadayans, Kalabit, Kayans, Kenyags (Including Sabups and Sipengs), Kajangs (including Sekapans,. Kejamans, Lahanans, Punans, Tanjongs dan Kanowits), Lugats, Lisums, Malays, Melanos, Muruts, Penans, Sians, Tagals, Tabuns and Ukits.

Oleh kerana ibu Marina adalah seorang berketurunan Cina, Puan Wong Pick Sing, maka, berdasarakan Artikel 161A (6) (a) & (7) itu, tepatlah dia bukanlah seorang Bumiputera Sarawak.

Walau bagaimanapun, dilaporkan Kabinet, in its wisdom, telah membuat keputusan bahawa seseorang pelajar itu akan diiktiraf sebagai Bumiputera walaupun hanya salah seorang ibu bapa mereka dikategorikan sebagai Bumiputera.

Keputusan tersebut menjadikan definisi Bumiputera selaras di seluruh negara. Ia merupakan satu mercu tanda dari aspek Perlembagaan negara.

Suatu yang positif timbul daripada episod ini ialah nampaknya maklumat ‘kaum dan agama’ TIDAK boleh digugurkan daripada semua dokumen rasmi.

Dalam pada itu, eloklah perkara-perkara berikut diperjelaskan untuk makluman rakyat:

• setelah diiktiraf sebagai Bumiputera maka bolehkah dia dan mereka yang segolongan dengannya turut menuntut hak-hak lain yang termaktub untuk seseorang Bumiputera Sarawak?

• tidakkah keputusan kabinet itu bercanggah / ultra vires dengan Artikel 161A (6) (a) & (7)? Jika ya, bolehkah ianya dilaksanakan?

• apakah niat / sebab-sebabnya arkitek Perlembagaan kita merangka Artikel 161A (6) (a) & (7) sedemikian rupa?

• berdasarkan Artikel 161A (6) (b), adakah seseorang itu diiktiraf sebagai Bumiputera Sabah jika, semasa ia dilahirkan (katakan di Sabah atau di luar Sabah), bapanya (bukan Bumiputera Sabah; misalnya rakyat Malaysia berketurunan India atau bukan rakyat Malaysia berketurunan Jepun) berdomisil di Sabah?

(b) in relation to Sabah, a person who is a citizen, is the child or grandchild of a person of a race indigenous to Sabah, and was born (whether on or after Malaysia Day or not) either in Sabah or to a father domiciled in Sabah at the time of the birth.

• apakah niat / sebab-sebabnya arkitek Perlembagaan kita merangka Artikel 161A (6) (b) sedemikian rupa dan tanpa menyenaraikan kaum asli bagi Sabah, sepertimana yang dibuat untuk Sarawak [Artikel 161A (7)]?

2. Orang Sabah, Sarawak Perlu Diberi Peluang

Kasihan Kerajaan Persekutuan. Ia terus menerus menghadapi berbagai permintaan, desakan dan ancaman dari pelbagai pihak.

Kaum Cina, misalnya, tidak habis-habis mengemukakan tuntutan; jika tidak dilayan, Kerajaan BN diancam akan ditumbangkan pada PRU akan datang.

Kaum India juga mengemukakan macam-macam desakan; seolah-olah mereka terpinggir dan terkebelakang dari semua kaum yang lain sehinggakan mereka mendapat perhatian / peruntukan khas di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bajet 2010. Sebenar-benarnya kedudukan mereka, umumnya, jauh lebih baik daripada kaum Melayu / Bumiputera.

Di peringkat negeri pula, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor terus memeningkan kepala PM. Sabah dan Sarawak terus menerus mengemukan pelbagai permintaan; ada yang berbau ancaman sekalipun dalam satu keluarga yang sama.

Kini Datuk Pairin, Presiden PBS, kekal lantang membangkitkan isu lama iaitu penyertaan yang sedikit oleh kakitangan awam dari Sabah dan Sarawak dalam agensi Kerajaan Persekutuan.

Tidak pula dilaporkan penghargaan beiau terhadap Kerajaan Pusat bahawa sesungguhnya penyertaan mereka itu telah meningkat. (Mungkin silap media tak lapor). Cuma ianya belum sampai ke tahap yang memuaskan hati Pairin dan mereka yang segolongan dengannya.

Apa yang amat dikesalkan ialah semua golongan ini tidak pernah mahu bertolak ansur dengan memberikan sesuatu pula kepada Kerajaan Pusat atas dasar reciprocity.

sssSebagai contoh, bagi kepentingan yang lebih besar (perpaduan, keamanan dan kemakmuran yang berkekalan di bawah 1Malaysia), apa salahnya pemimpin MCA, MIC, Gerakan, PPP, SUPP, DAP dan lain-lain parti politik yang berasaskan kaum bersetuju dan menyokong Sistem Satu Sekolah (3S)?

3S ini adalah selaras dengan syor Penyata-penyata Barnes, Fen Woo, Razak dan Rahman Talib.

3S tersebut TIDAK menghapuskan bahasa ibunda, sepertimana yang termaktub di bawah Artikel 152 (1) (a) & (b). Dan ditegaskan lagi, Artikel tersebut melindungi bahasa ibunda; BUKANNYA melindungi SRJK (C) & (I).

The national language shall be the Malay language and shall be in such script as Parliament may by law provide: Provided that-

(a) no person shall be prohibited or prevented from using (otherwise than for official purposes), or from teaching or learning, any other language; and

(b) nothing in this Clause shall prejudice the right of the Federal Government or of any State Government to preserve and sustain the use and study of the language of any other community in the Federation.

Bagi Sabah dan Sarawak pula, setelah bermacam insentif diberi, termasuklah pertambahan jawatan menteri / timbalan menteri, berbilion ringgit dicurahkan di sana dan menjadikan 16 September sebagai Cuti Umum, apa salahnya dilonggarkan urusan imigrasi dan pekerjaan warganegara Malaysia dari Semenanjung Tanah Melayu?

Dengarlah pula rintihan rakyat Malaysia dari Semenanjung Tanah Melayu!

Belajar-belajarlah memberi; bukannya sentiasa meminta-minta!

  1. #1 by Semerah Padi on November 10, 2009 - 6:20 pm

    Salam Hidup Tuah!

    Kadang-kadang terfikir saya, dalam kerajaan membuat apa-apa keputusan atas sesuatu perkara, tidak kah ada pakar Perlembagaan untuk dirujuk sebelum sesuatu keputusan itu di buat? Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara, ataupun ianya hanya layak untuk dijadikan sebagai perhiasan saja? Contoh yang ketara, adalah kedudukan Bahasa Kebangsaan, lihat sajalah bagaimana pemimpin-pemimpin sendiri, terutamanya PM, seolah-olah tidak tahu kedudukan bahasa itu dari segi perlembagaan. Inikan pula isu yang lebih rumit yang melibatkan taraf bumiputera seseorang penduduk itu.

    Saya juga teringat sepertimana yang Sdr. Hidup Tuah menulis sebelum ini. Contohnya, peranan asal atau peranan sebenar PNB. Kenapa PNB itu diwujudkan. Tindakan-tindakan kerajaan kebelakangan ini seolah-olah terlupa sebab sebenar PNB itu wujud. Tidak adakah pakar untuk dirujuk sebelum apa-apa keputusan penting di buat? Tidak ada kah yang dikatakan “kitchen cabinet” itu?

    Saya tertanya-=tanya, kenapa sampai begitu sekali hendak memujuk kaum-kaum yang tidak diberikan nama dalam Perlembagaan sehingga Perlembagaan, dasar-dasar asal negara (PNB, NEP dsb) telah nampaknya dikompromikan?

    “Negaraku Malaysia”
    Semerah Padi

    • #2 by darahtuah on November 17, 2009 - 12:18 pm

      Semerah Padi,

      Salam,

      Menurut empunya cerita, Robin Hood merompak si kaya untuk diberikan kepada si miskin; di Malaysia, sebaliknya, seperti yang diperhatikan oleh Tun M, mengambil hak si miskin untuk diberikan kepada si kaya untuk mendapatkan sokongan yang kini menjadi ‘komoditi dagangan’.

      Berapa lama boleh bertahan seperti ini?

      Akan berlaku ‘yang di kejar tak dapat, yang dikendung berciciran?’

      Siapa salah?

      Apa patut dibuat?

      Terima kasih.

    • #3 by budaksabah on July 31, 2013 - 6:46 am

      Hidup Tuah, soal urusan imigrasi sepatutnya tidak boleh dipersoalkan oleh saudara. Soal 16 Sep juga bukanlah sepatutnya dijadikan modal untuk merai simpati atau apa2 jua perkara. Sebab 16 Sep 1963 tu bukanlah tarikh kemerdekaan SABAH itu cuma pembentukan MALAYSIA. Mungkin saudara lupa bahawa SABAH itu sebuah negara…. negara yang merdeka pada 31 Ogos 1963. Jika soal imigrasi itu tidak diberikan hak mutlak kepada SABAH… maka dimana lagi kuasa Ketua Menteri SABAH. urusan imigrasi itulah satu-satunya hak SABAH yang masih lagi digunakan sekarang. Saya bukanlah RASIS terhadap negeri saya. Kenapa Saudara asyik mempertikaikan soal imigrasi… penggunaan pasport ke SABAH bukanlah disebabkan perjanjian 20 perkara. Tapi, sebab SABAH itu merupakan sebuah negara yang merdeka pada 31 Ogos 1963 dan bergabung dengan MALAYA. Jadi, adalah semestinya bila anda masuk sebuah negara kena pakai pasport. Bersyukurlah sekarang ini, imegrisen tidak meminta mana-mana rakyat Malaysia di Semenanjung yang datang ke SABAH perlu mengisi borang sebanyak 3 salinan cuma hanya diberikan pas lawatan untuk tempoh 90 hari. Jika tidak, lagi merumitkan keadaan. Soal pemberiaan berbilion ringgit yang saudara katakan tu… terfikirkah keadaaan geografi SABAH… nilai billion ringgit tu tak banyak mana pun jika dibandingkan dengan nilai yang dikaut hasil daripada SABAH. Sebagai contoh nilai billion yang sama diberikan kepada PERLIS… logik ke…? sedangkan kalau dipecahkan wilayah sandakan sahaja dan diletakkan ke Negeri Perlis maka kita tidak akan nampak perlis tu duduk kat mana. Itu perumpamaan sahaja.

  2. #4 by zainal mohd jais on November 11, 2009 - 4:46 pm

    Salam sahabat,

    Maaf lama tak hubungi u, no. hp u hilang.

    Sahabat, berkorban, memang satu perkara besar dan bukan main-main. Tapi bila pengorbanan tak dihargai, malah diperlekah dan dibalas tuba, itu yang buat kadang-kadang kita rasa hilang maruah.

    Saya fikir, selain kerajaan atau UMNO, perlu ada pihak lain yang cerdik, sedar dan tak lupa diri; memainkan peranan turun menyedarkan segolongan orang tentang kepimpinan Melayu yang berjiwa besar, yang sanggup membiarkan darah mengalir didahinya, kerana mahu membalut luka di kaki orang lain.

    Sahabat, sebenarnya banyak betul kerja dan pembetulan
    yang perlu dibuat. Saya dapat merasakan D.S Najib sedang membuatnya satu persatu.
    Tapi soalnya, sejauh mana dia mendapat peratus sokongan kerja dari orang sekeliling – itu membimbangkan saya.

    • #5 by darahtuah on November 17, 2009 - 12:18 pm

      Sdr Zainal,

      Salam.

      No. Hp saya saja yang hilang? Hp u tak hilang? Nanti saya call.

      Nampaknya terdapat tokoh Melayu yang sanggup menjualkan hampir semua hak Melayu/Bumi demi untuk mendapatkan kuasa; jangan pula terdapat pemimpin Melayu yang sanggup pula menggadaikan hampir semua hak Melayu/Bumi demi untuk mengekalkan kuasa.

      Jika benar-benar berlaku, apa yang ada lagi pada orang Melayu/Bumi?

      Malapetaka ini tidak akan berlaku jika kita bersatu padu menyokong hanya 1Pemimpin/1Parti – DSN!

      Terima kasih.

  3. #6 by bujang senang on November 11, 2009 - 8:20 pm

    salam bedal……

    Penjelasan….

    Kerajaan Sarawak mengekalkan peraturan imigresen kerana untuk mengawal jumlah kedatangan penduduk semenanjung yang sering mengundang pelbagai masalah sosial. Bukan hendak mengutuk atau menyinggung sesiapa,tetapi ini adalah hakikat. Tahun lepas semasa negara dilanda kekecohan ekoran krisis perlembagaan negeri Perak (apabila baginda Sultan dipersalahkan) beberapa rakyat Perak ‘setia’ telah merusuh di bandar Kuching, membakar dan menjahanamkan gerai di tepi jalan, dan mengamuk di kampung majoriti Melayu.

    Tetapi kejadian ini tidak mendapat liputan media arus perdana. Hanya segelintir media Sarawak sahaja yang menyiarkannya.

    Kenapa perlu mereka (penduduk Sarawak) mengalah kepada kita? Sumber pendapatan langsung negeri tersebut ialah pembalakan dan BUKANNYA MINYAK!!!. Ini kerana hasil jualan minyak disalurkan terus kepada kerajaan Persekutuan yang mana hanya 30% sahaja dikembalikan kepada kerajaan negeri sebagai royalti (dimasukkan dalam belanjawan).

    Cuba kita bayangkan jika negeri tersebut menuntut kemerdekaan?

    Fikir-fikirkan……..

    • #7 by darahtuah on November 17, 2009 - 12:18 pm

      Sdr Bujang Senang,

      Salam sejahtera.

      Di bawah RMKe-9 (5 tahun), Sabah dan Sarawak masing-masing mendapat peruntukan sebanyak RM15.7 B dan RM13.4 B; tidak termasuk peruntukan tambahan yang telah diumumkan sejak 2008. Melaka hanya menerima RN3.7 B sedangkan ia menyumbang kepada Pusat sebanyak RM10 B bagi tempoh 5 tahun. Justeru Melaka perlu senada dengan Bujang Senang?

      Di bawah konsep Federalisma Malaysia yang telah dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan, kita tidak boleh sedemikian. Namun begitu, setiap negeri berhak MEMOHON peruntukan yang sewajarnya dalam konteks keperluan negeri dan keupayaan Pusat.

      Ramai tidak terkejut jika Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia suatu hari nanti, seperti yang dilakukan oleh Pakistan Timur/Bangladesh. Suara-suara seperti ini telah lama didengari. Betul?

      Tekanan dan ancaman pula semakin kuat selepas PRU 12. Bukan begitu?

      Terim kasih.

  4. #8 by Bulma on November 14, 2009 - 12:26 am

    Salam 1 Malaysia Datuk,

    1)Minta diperjelaskan takrif BUMIPUTERA yg sebenar2nye?Asalnya @ kini.
    2)Kenyataan datuk mengenai kes Marina diterima sbg Bumiputra,adakah ini telah diluluskn oleh Kabinet @ masih diperingkat perbincangan?
    3)Apakah yg datuk maksudkn dgn semua golongan ini tidak pernah mahu bertolak ansur dengan memberikan sesuatu pula kepada Kerajaan Pusat atas dasar reciprocity?Knapa x gunakn kuasa/power DS Najib sbg PM?
    3)Sy setuju ngan datuk dimana kini semakin ramai menteri cina,india dll lantang bersuara meminta b’mcm2,malah spt kt datuk ada yg sanggup mengugut tuk menggulingkn BN,di mana menteri melayu?napa semuanye senyap tidak mempertahankan @ menyuarakn pendapat tuk meningkatkn taraf masy melayu soal ekonomi,pemilikan tanah,dsb perlu diperbincangkn bg memperkukuhkn kedudukan org melayu.Buka minda masy melayu supaya tidak menjadi mangsa.Spatutnya pupukkn semangat ini dlm kuliah2 dimasjid,ketika solat jumaat(teks solat jumaat tu perlu diselitkn isu2 sebegini tp diolah spy tidak t’lalu racialism) ini adalah peluang baik, biar masy melayu sedar betapa kritikalnya kedudukan org melayu kini,waktu sebegini sahja la peluang tuk bertemu semua org malayu.Nk adakn perhimpunan nnt kena tangkap plak.
    4)Sy juga bersetuju dgn saudara zainal.DS Najib sedang mengusahakn memperbetulkn satu persatu tp ianya perlukan sokongan menteri2 kabinetnye.Mana mereka semua ini t’utamanya melayu bangkit la menegakkn dan mampertahankn hak yg sepatutnya x dipertikaikn.
    Renung-renungkn la..

    • #9 by darahtuah on November 21, 2009 - 3:11 pm

      Salam Bulma,
      Jawapan saya seperti berikut:
      1) Sila rujuk artikle saya ‘Gugurkan kaum dan agama?’
      2) Setahu saya, ianya belum diluluskan lagi.
      3) Sabah dan Sarawak ada hak istemewa tertentu seperti hal imigrasi yang mana ianya termaktub dalam Perlembagaan.
      4) Kebimbangan Bulma itu telah banyak kali saya tulis; sila rujuk, misalnya, DAP Bermain Api? dan 2011 – Melayu Tumpas?
      5) Sesungguhnya DSN memerlukan sokongan padu daripada semua, termasuklah anggota kabinet beliau. Apa nak dikato…

      Terima kasih.

  5. #10 by me myself on November 25, 2009 - 12:50 pm

    salam semua..
    saya merupakan pnduduk sabah yg dikelaskn sbagai bumuputera(wrganegara)..ayah saya pnduduk asli sabah dan mak sya pla brasal dr indonesia..

    kat sni,sya ingin btanykn pndpt kmu semua tntng definisi bumiputera?? saya btl2 keliru skrg ini,sbb adik sya baru2 ini tidak diktiraf sebagai bumiputera tetapi sebaliknya sebagai wrga asing.sijil kelahiran dia yg dulu ditukar mjadi sebagai sijil kelahiran warga asing, dan skrg dia tpaksa memohon untk meminta taraf kwarganegaraan.padahal kami adalah adik-beradik kandung..

    persoalan disini..
    pernahkah perlembagaan diubah??knp tiba2 saja adik saya boleh dikatakn sebagai warga asing tme dia nk buat I/C (padahal,klu menurut perlembagaan dan definisi bumiputera itu sendiri,adik saya adalah seorg wrgangara iaitu bumiputera sabah..
    kedua, ada jg seorng budak perempuan yang sama umur ngan adik sya. ibunya jg b asal dr indonesia sma mcm mak saya. dia juga ingin membuat I/C thn ni.tanpa disangka,dia dgn mudah sudah mdapat I/c skrg..pelik ni..tapi org jpn ckp tidak boleh( kononya perlembagaan tlh diubah)
    keliru ini??

    atau,adakah pkerja jabatan pendaftaran negara sekarang sudah terlalu naif dengan ilmu kewarganegaraan dan malas untuk mengetahui siapa wrganegara dan siapa tidak..

    ada tak sesiapa yg sudi membantu saya..mak saya dah penat nak mengurus adik saya ;(..dan sampai skrg saya keliru..adik saya warganegra @ tidak???…bla masa perlembagaan diubah???..knp bdk perempuan yg sama situasinya dgn adik saya,dgn mudah dpt buat I/C??….kalau org jpn ckp perlembagaan kerakyataan tlh diubah,knp bdk pompuan itu still d iktiraf bumiputera??

    • #11 by darahtuah on November 30, 2009 - 6:21 pm

      Hello Me Myself,

      Pd hemat saya ianya bukanlah isu Perlembagaan; lebih kepada isu pelaksanaan. Agak mengecewakan.

      Saya syorkan supaya sdr dapatkan pertolongan wakil rakyat setempat.

      Terima kasih.

  6. #12 by johan on December 23, 2009 - 3:25 pm

    apa yang semenanjung mau bising2 lam ni thread pasal sabah sarawak….???kamu tu perlu bagi duit kami balik….berapa banyak sudah sabah sarawak tolong kamu….tanpa sabah sarawak kamu siapa…???ingat semenanjung peristiwa 13 mei….tanpa sabah sarawak PM kamu cina la sekarang…..95% hasil minyak sabah sarawak pigi semennajung kamu masih boleh tunjuk ego lagi…sudahlah kamu langgar 20 perkara untuk sabah….ada hati kamu nak sarawak pulak….ko ingat sabah sarawak ni mahu sgt ka masuk semenanjung….siapa yang merayu2 bawa sabah sarawak masuk semenanjung…???aku rasa suruhan jaya cobbold tu pun menipu la…mana org sabah sarawak mau gabung sama malaysia….kami pun suda merdeka la wei sebelum malaysia dibentuk….

  7. #13 by B0rneo on October 6, 2010 - 1:25 pm

    Betol2.d0rg ne mna tw apa2,psal prkara 20 sbh dan prkara 18 srwk bkn dia tw pun.ikt suka ati dia ja mw mansuh.k0 ingt k0 PM?k0 pkri pa yg smenanjung bg kmi 2 cukup ka?hantk kapala 2 ckit.cr negri mana yg pling mskin d mlysia?cri ngeri mna yg bg sumber hasil yg bnyk dgn malysia?jgn malas2.jgn mw mta subsidi ja tw!.klu kmu nda tw pa pkra 20 sbh n pkra 19 srwk,kmu surf ne http://knightadventure.blogspot.com/2009/04/aprilfool-malaya.html
    Laen kali sblum wt artikel,wt kajian.jgn pndai2 blagak pndai

  8. #14 by fiz on July 30, 2011 - 3:00 pm

    punulis blog ini tidak tahu sejarah!kalau di bandingkan apa yang sabah dan sarawak sumbangkan dalam pembangunan ekonomi negara apa lah sangat duit2 yang persekutuan beri kepada sabah dan sarawak.ko mmg tidak tahu sejarah,kaji dulu sejarah sebelum membuat sesuatu andaian!kalau bukan sabah dan sarawak,petronas tidak akan berjaya macam sekarang dan ekonomi malaysia tidak akan sampai ke tahap ini.orang2 semenanjung ni sangat berlagak.sudah la gunakan duit sabah dan sarawak untuk majukan semenanjung,tapi masih berlagak dan tidak sedar diri.saya sangat kecewa dengan penduduk di semenanjung.

    • #15 by akbar ali on August 2, 2011 - 8:12 am

      fiz dan segolongan dengannya,

      Apa yang tidak betulnya dengan artikel di atas?

      Berikanlah fakta, bukan sekadar bersastera.

      Faham konsep federalisma?

      Kalau kecewa dengan penduduk Semenanjung Tanah Melayu, tentu pula ada penduduk STM yang benci / marah dengan penduduk S & S. Apa nak jadi dengan Malaysia? Akan berlaku seperti Pakistan?

  9. #16 by mipoh on May 26, 2013 - 3:56 am

    apa nak jd ngan malaylsia? mmg x jadi…malaysia adalah satu persekutuan x sah or i like to say “haram” sejak penyingkiran singapura dari persekutuan itu… so,sekarang ni s &s mmg kena tipu hidup2…ha kpda member yg xpuas ht sal peruntukan “persekutuan” kepada negeri tadi, ko cuba servay brapa beza luas s& s dgn melaka tu… sal hasil negeri pula,minyak sepatutnya jd aset besar s&s tapi dah di “curi” itu la fakta yang km faham…sepatut nya seandainya malaysia sebuah persekutuan yang “sah”, minyak tu patut bagi 50-50 kerana dalam perjanjian persekutuan menyatakan setiap “negara” bersekutu adalah rakan kongsi yang sama taraf, tetapi kini so call “persekutuan” telah menurunkan status “negara” sabah dan sarawak kepada “negeri” ke 12 & 13 dalam malaysia@malaya. ada paham malingsia sekalian?????? lu pikir la sendiri… mau fakta? haa,..jgn sesekali rujuk sumber malaysia… internet ada,lbih sahih daripada buku2 ilmiah keluaran malaysia yang diputar belit kan “kerajaan”…. well so long…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: