SMIDEC – Apa ada pada nama

UCAPAN MEMBAHASKAN AKTA UNTUK MEMINDA AKTA PERBADANAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA 1995 PADA 9 JULAI 2009 (BAHAGIAN 1).

Timbalan Yang di-Pertua:
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perbadanan Industri Kecil dan Sederhana 1995, dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Dipersilakan Yang Berhormat Datuk Akbar bin Ali.

9.08 mlm. – 10.05 mlm

Datuk Akbar bin Ali: Terima kasih Timbalan Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana pagi tadi semasa saya merakamkan ucapan tahniah Timbalan Tuan Yang di-Pertua tidak ada di Dewan, jadi izinkan saya mengulangi ucapan tahniah saya. Saya harap boleh tolerate repetition, dengan izin, bagi kawan-kawan Yang Berhormat yang berada di Dewan ini sejak pagi tadi hingga ke malam ini.

Yang merantau sudah kembali;
Yang hilang sudah dijumpai;
Yang dikejar sudah didapati;
Yang dicari sudah ditemui.

Begitulah apa yang berlaku kepada Yang Berhormat Datuk Armani binti Haji Mahiruddin. Saya rakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah untuk Datuk Armani binti Haji Mahiruddin.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Datuk Akbar bin Ali: Sebagai penghargaan yang tinggi yang memang saya hormati dan kalau apa yang dicakapkan oleh Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsudin itu boleh saya ulang kembali, sememanglah kita hormati kaum wanita, tetapi saya tidak bercadang hendak mengulangi puisi yang saya ungkapkan pada hari itu.

■2110

Akan tetapi sesungguhnya memang kita kena hargai wanita kerana nenek saya yang pelihara saya pun wanita, yang melahirkan saya pun wanita, saya pun juga ada anak wanita cuma girlfriend sahaja mungkin belum ada wanita. Namun demikian saya pula tidak kata kalau tanpa wanita sahaja tidak ada umat manusia di dunia ini. Kalau tanpa lelaki pun tidak boleh juga. Jadi di situlah letak keagungan Tuhan untuk meletakkan kita berkeseimbangan dan samarata dalam bidang masing-masing.

Dalam masa yang sama saya ingin merakamkan setinggi penghargaan juga kepada Yang Berhormat Dato’ Hajah Samsiah kerana dalam masa-masa terdesak yang diperlukan beliau telah menjalankan tugas untuk mempengerusikan Dewan kita yang mulia ini… [Tepuk] Kita jangka rezeki beliau akan ada juga insya-Allah selagi kita bernafas, selagi kita bernyawa, rezeki di tangan Tuhan.

Seterusnya saya ingin membahaskan rang undang-undang yang berbunyi suatu akta untuk meminda Akta Perbadanan Industri Kecil dan Sederhana 1995. Sesungguhnya huraian yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, dengan izin, enlighten saya tentang tujuan, matlamat yang hendak dicapai melalui pindaan ini.

Saya memang setuju bahawa SME telah banyak menyumbang kepada ekonomi negara dan saya juga setuju ia mempunyai potensi yang besar untuk mengangkat tahap ekonomi kita ke mercu yang lebih tinggi. Apatah lagi 99% daripada syarikat yang ditubuhkan di Malaysia adalah bertaraf SME.

Cuma malangnya, pada masa ini di Malaysia, seperti mana yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, sumbangannya kepada GDP agak rendah iaitu hanya satu pertiga daripada sumbangan keseluruhan ekonomi manakala 1% syarikat gergasi menyumbang lebih besar daripada 99% SME tadi. Pekerjaan 46% dan eksport kira-kira 15% daripada kira-kira RM600 bilion eksport kita.

Saya ingin terus menarik perhatian kepada perkara dua pindaan ini. Pertama sekali ialah berkenaan dengan perkataan dalam bahasa Inggeris ‘industry’ yang telah diubah kepada ‘enterprise’ iaitu Akta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995 diubah perkataan ‘industri’ itu kepada ‘enterprise’. Akhirnya MITI khasnya dan kerajaan Malaysia bersetuju mengubah ‘SMI’ dalam bahasa Inggeris kepada SME.

Sebenarnya masa saya menghadiri banyak persidangan antarabangsa dahulu kita sering ditanya, dan ada yang secara sinis, kenapa kita menggunakan ungkapan atau ‘phrase small medium industries’. Sepatutnya ialah dalam bahasa Inggeris ‘small and medium enterprises’. Saya pernah utarakan supaya diubah kepada SME dari SMI tetapi siapalah saya, lebih-lebih lagi yang saya tahu, ada satu orang sahaja yang cukup berdegil dan tidak hendak mengubah daripada SMI kepada SME. Namun saya bergembiralah kerana pada hari ini akhirnya pindaan ini dibuat dan kita akan luluskan sebentar lagi.

Cuma saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa perkataan ‘industri’ itu pula telah dipinda dalam bahasa Melayu kepada ‘perusahaan’. ‘Industri’ bahasa Inggeris kita gunakan industry juga. Tukar “I” sahaja di hujungnya. Macam ‘economy’ kita guna ‘ekonomi’ tetapi tidak adakah istilah bahasa Melayu yang asal selain daripada ‘ekonomi’ tadi ataupun ‘industri’ ini.

Setahu saya, dan saya mungkin akan dibantu oleh mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa yang hari ini sebumbung dengan kita semua, dalam bahasa Melayu yang asal, perkataan ‘ekonomi’ ialah, saya rasa sebahagian dalam Dewan ini mungkin terlupa atau tidak ingat dan saya juga asalnya tidak ingat juga, perkataan asalnya dalam bahasa Melayu ialah ‘ikhtisad’ dan setahu saya, semua SEDC di Malaysia ini, hanya Terengganu sahaja menggunakan perkataan ‘Perbadanan Pembangunan Ikhtisad’; yang lain semua gunakan ‘Perbadanan Ekonomi’ bagi ‘SEDC’.

Begitu juga dengan perkataan ‘industry’ dalam Bahasa Inggeris dan mengikut definisi yang diguna-pakai oleh United Nation Statistics Division (UNSD), ‘industry’ itu mempunyai makna yang khusus iaitu a function that engages in same or similar activity. Bermakna ‘industry’ itu ialah activity-based, dengan izin, dan apabila kita gunakan perkataan ‘perusahaan’ bagi bahasa Melayu dan kalau ‘perusahaan’ itu adalah tepat untuk diterjemahkan dari perkataan bahasa Inggeris ‘industry’ maka ia adalah betul kerana sekurang-kurangnya ia bersifat activity- based.

Akan tetapi apabila perkataan enterprise diterjemahkan kepada bahasa Melayu sebagai perusahaan maka ia sudah jadi berbeza dari segi maknanya dalam bentuk activity-based tadi.

Menterjemahkan bahasa biasanya memerlukan dua kepakaran. Satu kepakaran dalam bahasa itu sendiri; misal kata kepakaran dalam bahasa Melayu dan kepakaran dalam bahasa Inggeris kalau hendak diterjemahkan antara dua bahasa tadi. Satu lagi ialah kepakaran dalam subject matter.

Jadi kalau subject matter yang hendak saya perkatakan ini ialah dalam bidang ekonomi statistik, maka saya dengan rendah diri mahu mewakili kepakaran dalam bidang subject matter tersebut; bukan dalam kepakaran bahasa. Ini saya ingin jelaskan.

Maka itu enterprise adalah entity-based. Itu sebab ia boleh di plural kan, dimajmukkan; dia boleh jadi enterprises kerana ia adalah entity-based. Manakala industri dan perusahaan tadi ialah activity-based.

Jika kita translate daripada ‘enterprise’ kepada ‘perusahaan’ maka adalah tidak betul, pada hemat saya, walaupun Kamus Dewan Bahasa menggunakan istilah yang sama iaitu ‘enterprise’ diterjemahkan kepada ‘perusahaan’. Itu saya sedar tetapi sebagai pakar subject matter, pada hemat saya, ianya kurang tepat, Tuan Yang di-Pertua. Lebih-lebih lagi apabila perkataan ‘industry’ sudah digugurkan. Dalam bahasa Inggeris, ‘industry’ sebagai contoh ‘agriculture industry’ ialah ‘perusahaan pertanian’, ‘manufacturing industry’ ialah ‘pembuatan perusahaan’.

■2120

Jadi, kalau ia merupakan perusahaan, ia tidak ada kecil besar. Industri tidak ada kecil atau besar; apatah lagi kalau industri itu diukur dengan definisi berdasarkan bilangan pekerja ataupun jumlah ekuiti ataupun jumlah saham ataupun jumlah modal. Sebab kalau kita kata industri pertanian atau perusahaan pertanian, ia boleh jadi kebun sayur, ia boleh jadi sawah padi, ia boleh jadi kebun getah dan sebagainya. Ia tidak ada bertahap kecil besar di situ kecuali kalau getah, ianya adalah sebuah estet kalau besarnya seratus ekar dan ke atas. Kalau bawah 100 ekar, ia dikatakan small holdings.

Akan tetapi, yang didefinekan itu ialah entiti. Apa itu estet dan apa itu small holdings atau small holder. Ia tidak didefinisikan berdasarkan aktiviti. Yang ia definisikan 100 ekar atau sebagainya tadi ialah berdasarkan entiti iaitu estet, bukan aktiviti. Jadi di sini, apa yang saya hendak menarik perhatian ialah, dalam proses kita meminda ini, lebih baik kita pinda betul-betul dengan menggunakan perkataan yang tepat sebab mengikut definisi UNSD tadi, kita kena faham dua perkataan dalam bahasa Inggeris.

Satu dikatakan “establishment” dan satu yang dipanggil “enterprise”. “Establishment” yang digunakan dalam bahasa Melayu oleh Jabatan Perangkaan ialah “pertubuhan”. “Pertubuhan” ialah satu entiti yang melaksanakan satu aktiviti di satu lokasi dan ia mungkin sebuah “enterprise” atau sebahagian daripada “enterprise”. Bermakna, “enterprise” boleh jadi sama atau lebih besar daripada “pertubuhan”. “Pertubuhan” adalah the smallest activity unit atau unit aktiviti. Manakala, “enterprise” ialah satu institution atau unit, dengan izin, engaged in production atau it can be a corporation, non profit institution or unincorporated entity. Itu dia “enterprise”.

Maka, betullah istilah yang digunakan oleh Jabatan Perangkaan bahawa perkataan “enterprises” itu diistilahkan sebagai “enterpris”. Jadi, itulah istilah yang digunakan oleh Jabatan Perangkaan bagi maksud bahasa Inggeris “enterprise”. Sepertimana ‘firm’ diMelayukan kepada ‘firma’.

Oleh itu, saya mohon supaya gunakanlah perkataan atau istilah yang tepat agar kita tidak malu lagi. Sepanjang 20 tahun lebih di arena antarabangsa, saya adalah antara orang yang cuba mempertahankan sesuatu yang kurang tepat dahulu.

  1. #1 by Zaidee MHI on December 6, 2009 - 9:14 pm

    Tahniah Datuk, adakah cadangan Datuk unutk menukar nama itu telah dipersetujui dlm Dewan yang mulai itu?….Biarpun nampak simple (dgn izin), namun ia mempunyai kesan yang besar kepada negara….Tahniah Datuk….Teruskan amanah yang diberi dengan penuh dedikasi….Hidup Tuah….!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: