Menangani jenayah

Saya bersama CPO Melaka

1. Pagi 8 Disember 2009 saya telah berbincang dengan Ketua Polis Melaka, YBhg. Dato’ Mohd Rodwan Hj. Mohd Yusof mengenai menangani isu-isu sosial, khasnya mengenai jenayah. Ia merupakan sebahagian daripada NKRA dan KPI negara.

2. Jika berpeluang, saya akan membawa perkara ini dan juga kebajikan anggota pasukan keselamatan kita di dalam persidangan Dewan Negara yang akan bersidang mulai 9 hingga 22 Disember nanti.

3. Kadar jenayah di Malaysia telah meningkat 3.4% dari 746 kes per 100,000 penduduk pada tahun 2006 kepada 771 kes per 1,000 penduduk pada tahun 2007. Ia merupakan top 3 issues yang menjadi perhatian/kebimbangan rakyat.

4. Yang demikian, sudah sewajarnyalah kerajaan dan rakyat memberi perhatian kepada isu keselamatan ini.

5. Melaka juga akan terus memberikan perhatian khas sekalipun kadar jenayahnya telah berjaya diturunkan sebanyak 1.8%, dari 758 kes pada tahun 2006 kepada 744 kes per 100,000 pada tahun lalu. Ia bukan sahaja penting bagi penduduknya tetapi juga penting kepada para pelancung.

Negeri selamat, kadar pelancongan meningkat

6. Sebagai sebuah negeri yang mana pertumbuhan ekonominya, termasuklah penjanaan peluang pekerjaan, dipacu oleh industri pelancungan maka faktor keselamatan amatlah kritikal kepada kedatangan pelancung. Juteru Melaka bukan sahaja hendaklah dilihat selamat tetapi sesungguhnya selamat.

7. Pelbagai usaha kerajaan, termasuk memasang CCTV di ‘tempat-tempat panas’ dan meningkatkan visibility polis, telah berjaya mengurangkan kadar jenayah di negeri ini, sepertimana yang dibuktikan oleh data di atas.

8. Sebenarnya tugas membasmi jenayah bukanlah semata-mata tugas pihak Polis dan kerajaan sahaja. Kerjasama dari semua pihak, termasuklah masyarakat setempat, adalah anak kunci kejayaan usaha ini.

9. Satu consolation ialah kadar jenayah di negara-negara maju OECD adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan di negara kita iaitu di antara 2,275 (Slovak Republic) hingga 21,186 per 100,000 penduduk (Iceland).

  1. #1 by zainal mohd jais on December 16, 2009 - 1:14 pm

    Sahabat,
    Tahniah kejayaan sidang dmdi tempoh hari.
    Melaka adalah negeri yang paling berjaya perancangan pelancongannya.
    Saya yakin jika Melaka berjaya mengangkat dirinya sebagai lokasi paling selamat, akan berlaku lonjakan yang luarbiasa dari segi pelancongan.

    Semoga sukses!

  2. #2 by lky on December 23, 2009 - 8:44 pm

    I personally think Malaysia needs to improve its crime rate tremendously hence it will give foreigners a safer feeling when in beautiful Malaysia.

    On a personal note,Malacca is not too bad when compared to neighbouring Johor where carjacking,armed robbery happen to visitors on almost a daily or weekly basis.

    May Allah bless you and family always…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: