SMIDEC – Bahagian 3

Berkenaan seksyen 13(9) saya memang minat ini. Apa yang disarankan di situ iaitu pangkalan data atau data base akan diwujudkan. Saya sanjung, dokong dan sokong usul ini. Oleh itu, saya harap mana-mana kelemahan yang terdapat dalam SMIDEC dapat diperbaiki kerana, pada masa ini, setelah beberapa tahun SMIDEC ditubuhkan, data base yang lengkap saya rasa belum lagi dapat diwujudkan.

Ini saya faham kerana MITI lebih menumpukan kepada industri perkilangan. Perkhidmatan dan pertanian tidak ada data yang detail. Sekalipun perkhidmatan di bawah MITI, pertanian memang diakui di bawah kementerian lain. Apabila sekarang MPPB sudah pun diletakkan di bawah MITI maka pembangunan SME dan usahawan Bumiputera, seperti mana yang saya sarankan pada 7 April lalu, kini sudah ternyata terletak di bawah satu bumbung yang sama.

Maka kita haraplah SMIDEC akan mempunyai data base yang lengkap, detail dan merangkumi bukan sahaja saiz tetapi juga ekuiti, saham dan ia hendaklah mengikut hak milik kerana kita sekarang melaksanakan konsep 1Malaysia. Pemilikan SME mengikut kaum mesti ada maka barulah mudah kita memastikan tidak ada mana-mana kaum tercicir kerana tanpa maklumat mengikut kaum maka kita tidak tahu kaum mana yang tercicir.

Masalah besar sekarang ialah tidak ada maklumat mengikut kaum kerana kita sudah lama tidak melaksanakan ownership survey sebab Jabatan Perangkaan sudah diarahkan supaya ownership survey diberhentikan. Saya cadangkan supaya ownership survey ini diwujudkan semula supaya kita boleh tahu data mengikut kaum; bukan kerana perkauman tetapi untuk membantu dan memastikan tidak ada kaum yang tercicir seperti mana yang sudah dijanjikan oleh Yang Berhormat Menteri.

Seterusnya berhubung dengan data base ini, kita harap bukanlah data bertaraf input semata-mata iaitu berapa banyak loan yang diberi? Berapa banyak geran yang telah didisbursedkan? Itu input. Input penting tetapi itu tidak cukup. Haruslah ada dalam data base ini output, outcome dan impaknya. Saya tidak bercadang untuk menghuraikan apa maksud empat perkataan ini kerana ia sudah ada dalam pekeliling ICU tahun 2005. Saya yakin pegawai-pegawai MITI faham apa yang dimaksudkan oleh pekeliling ini, apa yang dikatakan output, outcome dan impact, selain daripada input.

Saya harap apa yang saya cakap pada bulan Disember lalu, dalam Bajet 2010 kali ini, mestilah turut memasukkan maklumat berkenaan output, outcome dan impact; bukan semata-mata berapa banyak kali bermesyuarat atau berapa banyak pegawai pergi melaksanakan rombongan ke luar negeri. Itu tidak cukup.

Saya sudah komen pada bulan Disember lalu dan saya sudah masukkan dalam blog saya berkenaan Bajet 2010. Saya harap pegawai MITI secara khusus memberi perhatian kerana ulasan secara khusus saya telah berikan pada bulan Disember lalu. Seterusnya tidak guna ada data base dan tidak lengkap ada data base kalau tanpa KPI, seperti mana yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon pagi ini. Jadi apakah KPI SMIDEC sekarang? Apakah benchmarknya?

Sehubungan itu, di samping sumbangan kepada GDP, eksport dan employment, saya sarankan sekurang-kurangnya menggunakan Taiwan atau Korea Selatan ataupun Thailand, apatah lagi menggunakan Jerman sebagai benchmarknya. Ini kerana sumbangan SME di negara-negara yang saya sebutkan itu jauh lebih besar dari apa yang sudah kita capai pada masa ini. Di sinilah saya akui, seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tadi, di sinilah ruang untuk memperkasakan SME sungguh luas sekali.

■2150

Tadi saya sudah katakan, apakah strategi yang harus diubah selaras dengan Steven R Covey, anjakan paradigma, thinking outside the box dan Blue Ocean Strategy? Izinkan saya menyarankan, terutama dalam konteks krisis sekarang. Tadi telah disebutkan krisis ekonomi. Penyair Hugo ada menyatakan, the crisis lah yang driving us untuk melampaui the frontiers; kerana kegelapan malam, kita mencipta lampu; kerana fog…, saya pun tidak tahu apa fog, kalau kita ke laut yang gelap itu kan, terutama waktu subuh atau waktu hendak hujan very foggy, kerana ada fog lah maka adanya kompas.

Krisis ini yang mendorong genius kita mencipta benda-benda baru, dan kita harap krisis sekarang ini akan mendorong pegawai-pegawai, warga MITI untuk mencipta strategi yang baru dan kalau menurut ahli Poet Italian, Horace, “Adversity reveals genius, prosperity conceals it.” Jadi kita harap, kita akan membuka minda kita supaya kita dapat menunjukkan keintelektualan kita, dan genius kita dalam krisis tsunami ekonomi yang melanda kita.

Jadi strategi yang ingin saya sarankan, di samping usaha yang penuh dedikasi yang telah dilaksanakan oleh pegawai SMIDEC ialah, yang mana dalam masa yang sama mengelakkan kronisme dan sebagainya, kita tengok rekod di TEKUN, kita lihat rekod di MARA, kita lihat rekod di SME. Kita minta rekod pembayaran hutang dan kita lihat rekod di bank seperti di Agrobank; siapa di kalangan SME ini yang tekun membayar hutang dan siapa yang sentiasa menunjukkan turnover yang tinggi dan menunjukkan a good balance sheet; proses data ini. Maka kita akan dapat tapis; di mana ramai yang mungkin tidak membayar hutang, maka tinggilah NPL dan bagaimana turn over mereka. Kita proses data ini, maka kita mungkin dapat tidak sampai 10,000, atau mungkin tinggal 5,000.

Inilah 5,000 SME Bumiputera dan mungkin SME non-bumiputera yang betul-betul berdaya maju dan berdaya tahan serta berdaya saing. Mereka inilah yang harus dipupuk dan dibaja supaya boleh dilonjakkan ke tahap yang lebih tinggi; hatta ke persada dunia.

Proses mengenal pasti EKS seperti ini sudah tentu tidak melambai pendekatan yang bersifat kronisme. Dia betul-betul bertahap profesionalisme dan dia selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membantu Bumiputera yang ada daya maju dan ada daya tahan serta ada daya saing.

Jadi tidak payahlah SMIDEC pergi kejar ke akar umbi, tarik ahli-ahli EKS yang tidak berminat dan cuba bantu dan akhirnya gagal. Tengok rekod ini. Ini adalah administrative record yang cukup afdal, yang cukup baik untuk digunakan bagi membuat keputusan. Saya rasa cukuplah saya berhenti di sini, hampir pukul 9 malam dan saya ucapkan terima kasihlah terutama kepada…

Beberapa Ahli: Pukul 10!

Datuk Akbar bin Ali: Hampir pukul 10 malam.

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain: Teruskan.

Datuk Akbar bin Ali: Saya rasa kalau saya hendak teruskan pun sudah hampir pukul 10 malam kawan-kawan. Saya cuma mengharapkan sekali lagi usaha yang dibuat oleh MECD dahulu dapat disambung, dapat diperkukuhkan serta dapat dimantapkan supaya segala kelemahan itu dapat dipelajari dan kemudian diatasi. Maka barulah fungsi dan matlamat SMIDEC ini diwujudkan, dan sekarang kita pinda, sebenar-benarnya dapat direalisasikan; seterusnya mencapai wawasan baru yang digambarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mana sama-sama hendak kita capai, kita gapai dan kita kejar, kita peluk dan kita dakap.

Sehubungan dengan model ekonomi baru ini, kalau saya boleh sambung sedikit atas permintaan ramai, sering ditekankan pada masa ini ialah kita hendak mencapai tahap negara yang berpendapatan tinggi.

Ini yang sering dimaklumkan kepada kita, ditasak dalam telinga kita supaya kita sama-sama faham apa yang hendak dicapai. Saya setuju kita memang harus meningkatkan tahap ekonomi negara kita supaya dari medium level income kepada high level income atau pendapatan yang bertaraf tinggi seperti Amerika, seperti Jepun, seperti Singapura. Pada masa ini Malaysian GDP per kapitanya ialah sekitar USD16,000 in PPP atau purchasing power parity, berbanding dengan USA sendiri ialah USD45,000.

Memang benar kita kena tingkatkan pendapatan ini. Kita kena lonjakan ekonomi dan apabila kita bahagi dengan penduduk, maka kita akan dapat apa yang dikatakan GDP per kapita x dollars. Mengikut World Bank, sekiranya pendapatan kita melebihi USD10,000 itu sudah dianggap high income level, tetapi itu USD bukan PPP dan kalau Malaysia menggunakan just USD bukan PPP, kita masih di bawah USD10,000. Jadi kita adalah di tahap income level yang pertengahan.

Melonjakkan pendapatan negara melalui GDP adalah satu perkara yang gambang, yang mudah, kata orang Indonesia kerana kita boleh gunakan high tech dan sebagainya; maka kita boleh pacu ekonomi ini, maka dapatlah GDP kita lebih RM700 bilion lebih. Itu kita boleh capai dengan mudah kalau semata-mata kita hanya hendak melonjakkan pertumbuhan ekonomi.

Akan tetapi kita harus ingat bahawa pertumbuhan ekonomi yang tinggi itu tidak cukup kerana dia boleh menjadikan satu keadaan yang tidak adil di Malaysia. GDP per kapita yang tinggi tidak semestinya pendapatan isi rumah juga tinggi. Sebagai contoh, Terengganu mempunyai GDP per kapita yang tinggi kerana minyaknya. Akan tetapi pendapatan isi rumah di Terengganu jauh lebih rendah daripada pendapatan isi rumah di Melaka dan kadar kemiskinan isi rumah di Terengganu lebih tinggi daripada di Melaka. Sebab pendapatan negeri atau negara yang tinggi itu tidak semestinya dia trickle down…

Profesor Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Minta laluan.

Datuk Akbar bin Ali: Ya, saya.

Profesor Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terlajak Yang Berhormat menyebut tentang GDP dan apa lagi tadi…?

Datuk Akbar bin Ali: Pendapatan isi rumah.

Profesor Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Adakah Yang Berhormat merasakan bahawa ratio perbandingan nisbah itu patut dijadikan KPI oleh kementerian berkenaan? Dibuat satu formula supaya nisbah GDP dan…

Datuk Akbar bin Ali: Pendapatan isi rumah.

Profesor Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Pendapatan isi rumah itu dirapatkan jurangnya dan ini dianggap sebahagian daripada KPI untuk kementerian ini. Terima kasih.

■2200

Datuk Akbar bin Ali: Sudah tentu Dato’ ya. Seterusnya saya hendak menyebut beberapa angkubah ekonomi ini lagi. Bila kita liputi ini dan kita capai maka barulah dia menjadi suatu output mixed yang kita cita-citakan. Kalau hanya cakap satu saja maka dia tidak cukup.

Ada enam angkubah dalam ekonomi yang harus kita capai sekali gus. Okey, jadi saya hendak katakan tadi pertumbuhan ekonomi yang tinggi belum tentu menghasilkan pendapatan isi rumah yang tinggi; juga kerana manfaat pertumbuhan ekonomi itu kalau tidak diagihkan dengan adil, maka hanya sekelompok sahaja yang akan memanfaatkannya.

Ini bermakna pertumbuhan ekonomi itu mestilah disertai dengan peningkatan pendapatan isi rumah. Di sinilah SME memainkan peranan. Kalau SME ini dapat diperbesarkan aktivitinya serta dirancakkan maka pendapatan akan meningkat. justeru dengan sendirinya pendapatan isi rumah boleh juga bertambah. Akan tetapi kalau SME ini pula hanya ditumpukan kepada 2% SME yang bertahap sederhana, sebab daripada 550,000 hanya 2% bertahap sederhana, 18% bertahap kecil dan selebihnya bertahap mikro iaitu lebih kecil daripada yang kecil maka pendapatan majoriti rakyat tiadak akan bertambah

Ketiga, iaitu tadi pastikan ekonomi tinggi, kemudian kita sudah pastikan pendapatan isi rumah juga meningkat. Ketiganya, melalui bantuan SME, bilangan pekerjaan juga hendaklah diperbanyakkan.

Macam saya katakan tadi, pertumbuhan ekonomi dengan merangsang ekonomi belum tentu bilangan pekerjaan akan meningkat sewajarnya kerana, kalau digunakan teknologi intensif, banyak menggunakan kapital dan teknologi tinggi, bilangan pekerjaan tidak bertambah seperti mana yang diperlukan oleh penduduk…

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, kalau boleh saya bagi lima minit lagi kerana Yang Berhormat telah mengambil masa satu jam.

Datuk Akbar bin Ali: Syukur alhamdulillah.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada lagi Ahli-ahli Yang Berhormat hendak berucap?

Datuk Akbar bin Ali: Lima minit ya, terima kasih banyak. Jadi okey saya ringkaskan bermakna sekarang yang enam variables yang saya sebutkan tadi, angkubah yang harus sama-sama dicapai oleh SME ataupun SMIDEC ialah, antaranya:

(i) pertumbuhan ekonomi yang tinggi
(ii) pendapatan isi rumah yang bertambah
(iii) bilangan pekerjaan yang meningkat supaya kadar pengangguran rendah
(iv) kemiskinan dapat dibasmi kerana pendapatan meningkat
(v) kadar inflasi terkawal; dan
(vi) jurang pendapatan mesti dapat dirapatkan.

Kalaulah enam angkubah ini dapat dicapai dalam satu masa, dalam satu output mixed, itulah kehebatannya. Itulah tahap cemerlang, gemilang dan terbilang. Ini bukan suatu yang tidak mungkin kerana Melaka sudah pun berjaya dalam usaha ini. Bacalah buku “Pencapaian Melaka Cemerlang, Gemilang, Terbilang 2008”; cukup jelas di situ tahap pencapaiannya.

Saya ucapkan tahniah kepada arkitek pembangunan Melaka, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ali Rustam. Itulah yang patut dijadikan KPI oleh SMIDEC dan enam angkubah inilah juga patut dijadikan KPI oleh Kerajaan Malaysia. Dalam keadaan ekonomi yang menurun, seperti tahun 1997 dan tahun 1998, kemiskinan meningkat, Profesor Dato’ ya serta jurang juga meluas kecuali Melaka. Jadi ia suatu yang mungkin boleh dicapai, pasti telah dicapai dan juga suatu yang tidak boleh dicapai berdasarkan dua contoh yang saya sebutkan tadi.

Jadi itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih di atas kesabaran dan toleransi yang diberikan kepada saya.

Untuk makluman Datuk, saya telah masukkan dalam Twitter saya pelantikan Yang Berhormat Datuk pada pagi ini, saya bagi tahu satu dunia bahawa Yang Berhormat adalah the first woman Senator to be appointed as Deputy Senate of Malaysia… [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Datuk Akbar bin Ali: Satu dunia sudah tahu tadi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih atas puji-pujian, saya ingat dia minta sambung lagi masa… [Ketawa] Okey dipersilakan Yang Berhormat Hajah Zainun Abu Bakar.10.05 mlm.

  1. #1 by Admin SSS on December 31, 2009 - 10:49 am

    Kepada e-Patriot SSS,

    Sempena kita melangkah ke tahun 2010, kami di Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) ingin menghulurkan setinggi perhargaan dan terimakasih kepada Tun/Tan Sri/Puan Sri/Dato Seri/Datin Seri/Tunku/Tengku/Tuan/Puan di atas sokongan padu yang kami terima terhadap kempen SSS ini.

    Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk kita sama-sama menyemarakkan lagi sokongan terhadap kempen ini dengan melibatkan saudara mara dan sahabat handai yang masih belum lagi menandatangai petisyen kempen ini di SINI dan juga para bloggers untuk menzahirkan sokongan masing-masing dengan mempamirkan logo SSS di laman blog masing-masing.

    Terima kasih sekali lagi atas sokongan padu yang diberikan. Kami amat menghargainya.

    Salam Sejahtera,

    “SATU BAHASA, SATU BANGSA, SATU NEGARA”
    Admin SSS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: