KONTROVERSI PERKATAAN ‘ALLAH’ – PELAN A & PELAN B?

To all my readers and fellow Malaysians…Happy New Year.
May 2010 brings us better health, much more prosperity, higher quality of life, greater success and more peaceful life. InsyaAllah (God Willing).

Keputusan Mahkamah Tinggi

1. Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, YAA Datuk Lau Bee Lan telah memutuskan bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ adalah selaras dengan Perlembagaan Negara. Beliau membatalkan arahan Menteri Dalam Negeri yang melarang akhbar mingguan Katholik Herald menggunakan perkataan tersebut. Larangan berkenaan adalah “illegal, null and void”, menurut hakim itu.

2. Bagi sebahagian besar umat Islam di Malaysia, keputusan tersebut merupakan satu sejarah hitam. Ia amat memilukan dan telah menyalakan api kemarahan mereka, kecuali sebilangan kecil homo sapiens seperti MP Shah Alam.

3. Manifestasi api kemarahan itu dapat dilihat dari demonstrasi, surat bantahan / memorandum, kenyataan-kenyataan dalam akhbar arus perdana dan media alternatif, rayuan kepada Majlis Raja-raja dan sebagainya. Jika tidak terkawal, seperti nasihat Tun M, ia boleh menggugat keamanan negara yang kita semua mahu elakkan.

4. Pada masa yang sama, jika tidak berhati-hati menggunakan perkataan, seseorang itu boleh pula diheret ke mahkamah kerana menghina mahkamah jika ia sampai ke tahap mempersoalkan keputusan hakim berkenaan.

5. Keputusan mahkamah hendaklah dihormati oleh semua.

6. Justeru, para menteri seperti DS Dr Rais Yatim dan DS Shahrizat telah menasihatkan supaya kita jangan terlalu ghairah memberi pandangan yang terburu-buru dan bertindaklah secara bijaksana.

Tindakan bijaksana

7. Tindakan bijaksana pertama ialah dengan merayu di Mahkamah Rayuan / Mahkamah Persekutuan, sepertimana yang diumumkan oleh Datuk Jamil Khir, Menteri di JPM. Kemarahan dan bantahan oleh begitu ramai umat Islam, tanpa mengira fahaman politik, memberi kekuatan kepada kerajaan untuk merayu. Keamanan dan kestabilan negara boleh tergugat.

8. Dari apa yang sempat saya baca, bantahan tersebut lebih banyak berunsur emosi, budaya dan sosiologi. Sedangkan isu yang dihadapan mata kita semua ialah isu undang-undang dan perlembagaan.

9. Oleh itu, tindakan bijaksana kedua ialah para peguam yang mewakili kerajaan itu mestilah mampu berhujah dengan jitu dari sedut undang-undang dan perlembagaan, jika hendak menang di Mahkamah Rayuan / Mahkamah Persekutuan nanti. Isu-isu seperti keagamaan, budaya, amalan, adat dan faktor-faktor sosiologi hanyalah merupakan faktor sampingan yang boleh membantu jika ianya berupaya diadun dan digembeling untuk menguatkan hujah.

10. Dalam konteks berhujah ini, dan dalam hiruk pikuk kita menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan mahkamah itu, kita janganlah terlepas pandang bahawa peguam kerajaan yang diwakili oleh Datuk Kamaludin Md. Said, termasuk mereka yang membantu beliau, telah gagal dalam membuat ‘homework’ yang rapi dan berhujah dengan manatap. Beliau dan pasukannyalah yang patut dipersalahkan dan menerima tanggungjawab terhadap kekalahan tersebut yang sekaligustelah merugikan agamanya.

11. Dalam pada itu, terbukti peguam di pihak pemohon, Porres P. Royan dan S. Selvarajah, lebih bijak dan berwibawa. Makanya pemohon, TS Murphy Pakiam, telah menang. Satu pengajaran berguna di pihak Kamaludin, Kerajaan dan umat Islam!

12. Ekoran pengajaran tersebut, kebijaksanaan ketiga ialah dengan mengkaji ‘grounds of judgement’ hakim berkenaan dan mengumpulkan pula pelbagai fakta perundangan, hukum / pandangan agama Islam dan Kristian, sejarah negara, semangat Perlembagaan kita, sosio-budaya, keselamatan negara dan sebagainya untuk membuktikan kesilapan Hakim tersebut dalam membuat keputusannya itu dan arahan Menteri Dalam Negeri itu pula adalah tepat serta tidak menyalahi Perlembagaan.

Keputusan lisan

13. Dilaporkan bahawa keptusan lisan beliau adalah berasakan Artikel 3, 10, 11 dan 12, Perlembagaan Malaysia:

Artikel 3 (1) – Islam adalah agama Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana dalam Malaysia.

Artikel 10 (1) (a) – kebebasan bercakap dan mengeluarkan fikiran.

Artikel 11 (1) & (3) (a) – kebebasan beragama dan menguruskan hal-ehwal agama masing-masing.

Artikel 12 (2) – hak menubuhkan dan menyenggara institusi untuk mengajar agama sendiri.

Pelan A

14. Diakui bahawa saya tidak tahu apakah hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak untuk menegakkan benang masing-masing. Namun apa yang menghairankan majoriti umat Islam ialah apakah motif TS Pakiam yang bersungguh-sungguh benar hendak menggunakan perkataan ‘Allah’ itu sedangkan dalam kitab Injil yang asal, berbeza dengan al Quran, kalimah ‘Allah’ TIDAK pernah diggunakan.

15. Lagipun, hampir semua orang Kristian di Malaysia memaksudkan ‘God’ itu ialah ‘Tuhan’; bukan ‘Allah’. Melainkan suku kaum di Sabah dan Sarawak yang beragama Kristian. Mereka telah menggunakan kitab dari Indonesia yang menterjemahkan ‘God’ itu sebagai ‘Allah’.

16. Tidak bolehkah kitab tersebut, bila dicetak semula, menukar kalimah ‘Allah’ kepada ‘Tuhan’? Setelah lebih 40 tahun Sabah dan Sarawak merdeka dalam Malaysia di mana kadar celek huruf telah mendadak naik dan sebagai mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi serta menghormati pula sensitiviti umat Islam, tidak bolehkah mereka itu diajar supaya menggunakan perkataan ‘Tuhan’ sebagai menggantikan ‘Allah’?

17. Kengganan berbuat demikian menyebabkan ada pihak yang tertanya-tanya sama ada Pakiam mempunyai ulterior motive? Pakiam tentu tidak kesah apa tanggapan orang Islam terhadapnya. Yang penting ialah misi dan maksudnya tercapai.

18. Sehubungan itu, seluruh umat Islam hendaklah komited seperti Pakiam dalam merealisasikan objektif golongannya. Jika para peguam kerajaan dan pasukannya lebih bersedia kali ini maka peluang untuk menang melalui Pelan A ini adalah lebih cerah lagi. Apatah pula para Hakim Mahkamah Rayuan adalah lebih bijaksana dan berpengalaman lebih luas dari Datuk Lau.

Pelan B

19. Dalam pada itu, sekiranya kerajaan kalah di peringkat Mahkamah Persekutuan kelak, apakah Pelan B yang patut dirangka dari sekarang? Ini merupakan kebijaksanaan keempat.

20. Pertama, seperti yang disarankan oleh Tun M, mengenakan syarat yang ketat apabila menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam semua bentuk media, termasuk cyber / virtual. Antara syarat itu ialah memasukkan perbezaan makna ‘Allah’ dari segi Islam dan Kristian. Sebagai contoh, di akhbar mingguan Katholik Herald, perbezaan makna ini hendaklah dicetak dalam dakwat merah di sebelah atas muka depan dengan menggunakan saiz fon Times New Roman 12.

21. Kedua, jika keputusan membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ ini boleh menimbulkan huru hara, maka dengan berlandaskan Artikel 10 (2) (a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang untuk mengenakan sekatan yang didapati perlu demi kepentingan keselamatan negara. Artikel tersebut wajar mendapat perhatian Parlimen.

22. Eloklah semua cendiakawan Islam memikirkan kedua-dua Pelan A dan Pelan B itu sebelum nasi menjadi bubur.

  1. #1 by Anon on January 4, 2010 - 12:14 pm

    “Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…” (Maksud ayat 38 surah Az-Zumar).

    “Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)” (maksud ayat 64 Surah Ali `Imran.

    • #2 by darahtuah on January 11, 2010 - 1:27 pm

      Anon,

      Bagaimana nak gunakan ayat2 suce tersebuut utk menang di Mahkamah Rayuan nanti?

      TK

  2. #3 by syamsul on January 4, 2010 - 3:41 pm

    saya bersetuju pendapat tuan..dimana wakil PEGUAM KERAJAAN BANGGANG oleh itu kita mengesa semua PEGUAM HEBAT atau BERASA HEBAT MEMBANTU PEGUAM NEGARA YANG BANGGANG DALAM ISU INI

  3. #4 by Bulma on January 6, 2010 - 5:13 pm

    Salam datuk..

    Saya memang bersetuju ngan datuk yang peguam kerajaan tidak buat homework..Saya berharap peringkat rayuan ini kita akan diberikan peluang kedua n berharap agama islam x akan diperlekehkan..Ayuh peguam2 yang berwibawa n hebat bantu la kerajaan n agama islam tuk mendapatkan kemenangan..Hidup Islam..

    • #5 by darahtuah on January 11, 2010 - 1:28 pm

      Syamsul & Bulma,

      T/kasih kerana bersetuju.

  4. #6 by anti racist islam on January 7, 2010 - 8:26 pm

    orang2 islam memang suka cari pasal……racist sangat…dan suka membesarkan perkara kecil…mreka patut lihat lbih hadapan lagi….dari mana mereka tahu kami org kristian ada pakai perkataan “allah” pada hari minggu?????….ada spy kha?…bukan nya kami show dpan org islam pun……bukan nya kami jual “bible” atau pun buku kitab kat pasar malam pun….spa yg bagi kamu org tahu???…di mana nya 1 malaysia yg slalu dikatakan…..racist sangat….

    • #7 by darahtuah on January 11, 2010 - 1:28 pm

      Anti Racist Islam,

      Toonglah ingat siapa yang bawa kes ini ke mahkamah. Berbicaralah secara intelektual.

      TK

      • #8 by lky on January 13, 2010 - 9:47 pm

        dear anti racist islam

        if melayu in malaysia is really racist, i dont think there would be a chinese minster in the government..there are a few chinese and indian minister in the government.

        look around you,,other country in Asia..count for me how many minister are there from the minority community..

        be thankful,that you are in Malaysia..

  5. #9 by mahdee on January 7, 2010 - 9:34 pm

    Y.B. Datuk,

    Sekali imbas mungkin ianya mengambarkan kekurangan hujah oleh pihak peguam kita dalam mempertahankan kes tersebut. Hujah yang berdasarkan perundangan semata-mata. Namun saya pasti ianya hanya satu gambaran atau andaian. Peguam kita saya percaya sudah membuat yang terbaik berdasarkan bidang kepakaran mereka. Undang-undang tidak menyentuh soal akidah, perasaan dan sensetiviti.

    Dalam memperkatakan hal-hal yang berkaitan dengan agama dan kepercayaan, kita perlu berdasarkan kepada ajaran dan konsep akidah ketuhanan yang dipegang oleh umat Islam. Tujuan kita memertahankan kalimah ALLAH itu ialah untuk mengelakkan kecelaruan kefahaman umat kerana tuhan bagi penganut Keristian adalah 3 dalam satu – ayah tuhan, anak tuhan dan roh suci sepertimana yang di bawa oleh St Poul. Ianya bukannya ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa Alaihisalam.

    Sedangkan umat Islam mempercayai bahawa ALLAH SWT adalah tuhan yang satu. Tidak beranak dan diberanakkan, tidak ada satupun yang menyerupainya dan tidak ada awal dan tidak ada akhir.

    Maka ini bermakna tuhan yang dimaksudkan oleh penganut Keristian dan yang dimaksudkan oleh umat Islam adalah dua ‘entity ‘yang berlainan. Yang juga menuntut amalan dan ibadat yang berlainan.

    Maka wajarlah bagi umat Islam tidak membenarkan penganut keristian menggunakan kalimah Allah itu sewanang-sewenangnya. Kecuali umat Keristian berkaitan bersetuju mengucap Kalaimah Sahadat ‘Laillah hail Allah muhammad rasullAllah.

    Adakah juga bermakna selepas ini nanti Gereja Keristian dibolehkan menggunakan istilah ‘masjid katholik’ atau ‘surau Saint Paul’ dan menggunakan kalimah Allah di pintu-pintu gereja. Sudah tentu Ianya akan mengelirukan golongan yang masih dalam proses mendalami ajaran Islam.

    Jadi marilah kita sama-sama mempertahankan kesucian Islam yang menjadi tanggungjawab setiap umatnya.

    • #10 by darahtuah on January 11, 2010 - 1:30 pm

      Mahdee,

      Salam.

      Peguam kerajaan memang baik dan bijak tetapi peguam mereka lebih baik dan bijak; itu sebab kerajaan kalah dan mereka menang.

      Hakim/mahkamah hanya berkuasa membicara/menimbangkan apa2 yang within the law/constitution. Perkara2 lain spt akidah, sensitiviti dan lain lain sperti yang saya tuliskan hendaklah mampu diadunkan dgn bijak utk meraih kemenangan.

      TK

  6. #11 by Haryaty Hamdzah on January 9, 2010 - 10:35 pm

    Good article Datuk. Perbincangan secara ilmiah baik utk pembangunan negara, boleh menyelesaikan byk perkara termasuk hal ini. usaha / tindakan yg diambil secara beremosi boleh merosakkan apa yg telah bertahun2 kita bina… Namun, perlu diingat… mata pena lebih bahaya dr pedang! teruskan menulis utk kebaikan kita semua….🙂

  7. #12 by azee on January 15, 2010 - 3:44 pm

    Artikel Y.Bhg Dato’ amat menarik dan relevan. Saya suka. Terus penulisan Dato’untuk manfaat ramai. Negara kita dikenali sebagai sebuah negara yg unik dengan pelbagai kaum, budaya & anutan agama & telah sekian lama dapat hidup dengan aman sentosa & bertoleransi. Kita berdoa semoga kesejahteraan negara tidak rosak oleh anasir-anasir jahat ini demi masa depan generasi akan datang. Semoga usaha para peguam di Mahkamah Rayuan akan berhujjah dengan bernas dan beroleh kejayaan.

  8. #13 by the new generation on October 23, 2013 - 9:23 am

    try open the link and you’ll know how shameful Malaysia now

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: