DATUK SERI ALI RUSTAM – SEDEKAD MEMPERKASA EKONOMI MELAKA.

(Rencana ini telah saya tulis sempenan 10 tahun DAR menerajui kerajaan Negeri Melaka. Ia telah diterbit dalam MHI pada 2 Disember 2009. Saya abadikan untuk para pembaca Blog saya, terutama orang Melaka yang tinggal di luar Melaka).

Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam telah menerajui Negeri Melaka sejak 2 Disember 1999. Dalam tempoh sedekad ini, banyak kemajuan dan perubahan yang pantas telah dapat dilihat.

Pembangunan Negeri ini terangkum dalam Visi Melaka Maju 2010 yang telah beliau usahakan semenjak tahun 2000 demi untuk merealisasikan komitmen berikut:

• mengekalkan keamanan dan kestabilan politik,
• memeliharan keharmonian sosial dan kebebasan beragama di bawah payung 1Malaysia,
• meningkatkan lagi kebajikan, kesejahteraan dan taraf hidup penduduk,
• menjana pertumbuhan ekonomi mampan dan mesra alam sekitar yang berterusan,
• memantapkan lagi daya saing dan daya tahan melalui peningkatan produktiviti,
• memperkukuhkan lagi keupayaan untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi, dan
• menambah hasil (revenue) negeri.

Diakui bahawa beliau meneruskan kesinambungan usaha para pemimpin yang lebih awal. Walau bagaimanapun, beliau telah memacunya dengan lebih fokus dan pada tahap kelajuan yang lebih pantas lagi dengan berteraskan k-ekonomi dan berpandukan kreativiti serta inovasi. Kesimpulan ini bersandarkan kepada beberapa angkubah (variables) yang menunjukkan lonjakan kemajuan dalam satu tempoh masa yang sama.

Dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu, YAB Datuk Seri telah mempamerkan kecekapan luar biasa dalam mengemudikan dan memperkasa ekonomi Negeri Melaka. Kejayaan beliau amat mengkagumkan kerana beliau mampu menguruskan tujuh (7) angkubah ekonomi utama atau seven major economic variables, yang selalunya berkonflik, sehingga dapat menghasilkan output mix yang positif dan memberangsangkan dalam satu tempoh masa yang sama. Output mix dalam tempoh yang SAMA inilah yang dikatakan luar biasa dan mengkagumkan.

Angkubah pertama ialah pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) atau Gross Domestic Product (GDP) yang memuaskan. Dalam tempoh sembilan tahun yang lalu, Melaka telah mencatatkan kadar pertumbuhan purata sebanyak 5.8% setahun, berbanding kadar pertumbuhan purata Malaysia sebanyak 5.4% setahun bagi tempoh yang sama.

Pada tahun 2008, Melaka mencatatkan kadar pertumbuhan KDNK sebanyak 5.2%; satu pencapaian yang amat membanggakan memandangkan persekitaran geo-politik dunia yang tidak menentu dan ekonomi dunia pula mengalami pertumbuhan yang lebih perlahan. Sebagai contoh, pertumbuhan KDNK dunia hanyalah 1.7%, Britain 0.7%, USA 0.4%, Jepun -0.7% dan Perancis 0.3%.

Angkubah kedua ialah KDNK per kapita di mana Melaka telah mencatatkan peningkatan hampir 49% dalam tempoh yang sama, daripada RM16,670 seorang setahun pada tahun 2000 kepada RM24,847 seorang setahun pada tahun 2008. Sasaran Melaka untuk menjadi negeri maju pada tahun 2010 ialah RM26,000 seorang setahun. Berdasarkan prestasi ekonomi Melaka selama 9 tahun yang lalu, dijangka sasaran ini boleh dicapai.

Angkubah ketiga ialah purata pendapatan isi rumah bulanan yang bertambah kukuh iaitu meningkat sebanyak 51% dalam tempoh 1999 – 2007, daripada RM2,260 sebulan kepada RM3,421 sebulan. Berdasarkan prestasi ekonomi yang baik, nampaknya pendapatan isi rumah is on the right path untuk mencapai sasaran RM3,990 sebulan menjelang 2010.

Kenaikan pendapatan isi rumah bulanan ini telah membantu mengurangkan kadar kemiskinan, iaitu angkubah keempat, dalam tempoh yang sama. Kadar kemiskinan telah menurun daripada 5.7% kepada 1.8% dan telah mencapai kemiskinan tegar sifar dua tahun lebih awal dari tarikh yang disasarkan (2010).

Sesungguhnya, penurunan kadar kemiskinan ini tidaklah boleh dianggap sebagai sesuatu yang boleh berlaku dengan sendirinya ekoran daripada kenaikan purata pendapatan isi rumah itu kerana, di sesetengah negara, kenaikan kadar kemiskinan dan penglebaran jurang sosio-ekonomi boleh berlaku dalam persekitaran pertumbuhan GDP yang tinggi dan purata pendapatan yang meningkat. Fenomena ini terbukti apabila China dan Korea Selatan terus mencatatkan kadar kemiskinan yang lebih tinggi iaitu masing – masing sebanyak 10% dan 15%.

Pencapaian ini membawa kepada angkubah kelima di mana jurang pendapatan antara kaum dan antara bandar dan luar bandar telah dapat dikecilkan. Sebagai contoh, jurang antara bandar dan luar bandar telah dapat dirapatkan sebanyak 3.4% apabila pendapatan isi rumah bandar sebanyak RM1.47 pada tahun 1999 dapat dikurangkan kepada RM1.42 pada tahun 2007 bagi setiap RM1 yang diperolehi oleh isi rumah luar bandar.

Dalam pada itu, di peringkat Malaysia, dalam tempoh yang sama, jurang pendapatan ini hanya dapat dikurangkan sebanyak 2.1% sahaja apabila pendapatan isi rumah bandar telah menurun daripada RM1.95 kepada RM1.91 bagi setiap RM1 yang diperolehi oleh isi rumah luar bandar.

Komitmen kerajaan negeri ialah untuk terus merapatkan lagi jurang ini. Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dijangka akan dapat mengesahkan arah-aliran berkenaan.

Penggemblengan semua usaha tersebut telah menghasilkan kadar pengangguran yang terendah di Malaysia selama 3 tahun berturut-turut iaitu pada tahun 1999 – 2001, 2004 – 2006 dan 2008 (1.1%). Kadar pengangguran Melaka yang rendah dan terkawal adalah hasil usaha Kerajaan Negeri menjana pertumbuhan ekonomi yang membuka pula banyak peluang pekerjaan.

Di bawah lanskap di mana dunia diserang oleh The Great Recession dan negara kita turut menerima tempiasnya, kita masih lagi dapat mempertahankan kadar pengangguran yang rendah. Pada suku ke-2 2009, kadar pengangguran Melaka, iaitu angkubah keenam, hanyalah 2.5% berbanding 3.5% di peringkat Malaysia.

Kadar pengangguran Melaka ini jauh di bawah threshold 4% yang ditetapkan oleh UN International Labaour Organization sebagai guna tenaga penuh atau full employment. Kerajaan mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap keupayaan mengekalkan kadar pengangguran di bawah 3% pada tahun 2010.

Sukalah ditekankan bahawa penurunan kadar pengangguran bukanlah suatu yang mesti berlaku dalam persekitaran ekonomi yang berkembang. Namun, Melaka berjaya mencatatkan kadar pengangguran yang rendah itu berbanding dengan negara lain yang mencatatkan kadar pengangguran yang lebih tinggi seperti Britain (7.9%), Jerman (8.6%), Amerika Syarikat (10.2%) dan Sepanyol (19%).

Dalam persekitaran ekonomi yang berkembang dan pendapatan isi rumah meningkat, biasanya kadar inflasi akan turut melonjak kerana faktor tarikan permintaan atau demand pull factor. Tetapi di Melaka, kenaikan kadar inflasi, iaitu angkubah ketujuh, adalah terkawal. Dalam tempoh 9 tahun ini, purata kadar inflasi tahunan hanyalah 2.4%.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri telah berjaya mengurangkan tekanan inflasi ekoran daripada lonjakan harga minyak mentah di pasaran dunia sejak tahun 2005 yang mendorong harga bahan bakar dan tarif elektrik melompat pada tahun 2006.

Kenaikan kadar inflasi yang melambung kepada 5.9% pada bulan April 2006 telah berjaya diturunkan kepada 3.9% pada bulan Disember 2006; menjadikan kadar inflasi Melaka pada tahun 2006 adalah sebanyak 4.6%. Kenaikan kadar inflasi ini telah terus dapat diturunkan kepada 2.4% pada tahun 2007 iaitu hampir separuh di bawah paras 2006!

Serangan inflasi telah berlaku sekali lagi pada tahun 2008 di mana kadar tertinggi ialah pada bulan Ogos (9.5%). Tetapi Datuk Seri telah berjaya menawannya dalam masa yang singkat. Purata kadar inflasi pada tahun lalu ialah 5.9%. Bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini pula kadarnya telah dapat diturunkan dengan mendadak; hanyalah 0.1%!

Dijangka sasaran untuk mengekalkan kadar inflasi di bawah 3.0% pada tahun 2010 akan dapat dicapai.
Sesungguhnya kejayaan cemerlang Datuk Seri dalam menampilkan pencapaian output mix berdasarkan tujuh angkubah ekonomi utama itu dalam satu tempoh yang sama adalah suatu yang menakjubkan. Ia meninggalkan “a deep imprint on economics” – setara dengan sifat tokoh ekonomi yang diharapkan oleh Alfred Nobel.

Sekali gus penduduk Melaka merupakan umat yang bertuah kerana Allah swt telah mengirimkan pemimpin sepertimana yang dimaksudkan oleh Ayat 24, Surah As Sajdah:

“Dan kami jadikan di kalangan mereka beberapa pemimpin yang membimbing kaum masing-masing kepada perintah-perintah agama [misalnya menegakkan keamanan, memelihara kesejahteraan hidup dan membawa kemakmuran] selama mereka bersikap sabar”.

[Nota: Tanda-tanda awal yang menunjukkan kejayaan Datuk Seri mengeluarkan Melaka dari kemelut ekonomi masa kini adalah sepertimana yang saya tulis dalam MHI pada 28 Oktober 2009 lalu. InsyaAllah, berkat usaha dan sokongan padu semua pihak, azam serta iltizam beliau akan berjaya direalisasikan].

  1. #1 by lky on January 13, 2010 - 9:43 pm

    Salam

    Yes,i truly agree that Malacca is rapidly changing. Im very proud to see MITC,The Eye Of Malaysia, The Taming Sari and the like in Malacca.

    In fact, if we were to be in Malacca city during the weekend, we can see many foreign cars,which goes to say that they use Malacca as a short gateway for their shopping paradise.

    Much has been said about the Johor Iskandar Development etc…but i personally feel, Malacca is much more better than Johor in terms of infrastructure and crime rate. Singaporeans feel safer to shop in Malacca compared to neighbouring Johor.

    But i do hope the Malacca government can do some wonderful beach resort as I am very sure with the resort, there will be many more excitement that Malacca can offer.

    I dont really know much about politics, but i think Datuk Ali Rustam did a good job in managing the historical and beautiful city of Malacca.

    • #2 by darahtuah on January 21, 2010 - 11:02 am

      Iky,

      Terima kasih atas pandangan dan syor itu.

      Untuk makluman, Casa del Rio sedang dibina di muara Sg Melaka dan beach resort akan dibina di Pantai Klebang.

      TK

  2. #3 by mahdee on January 24, 2010 - 8:43 pm

    Setuju. Banyak perubahan yang dicapai semenjak 10 tahu lalu terutama dalam aspek pembangunan fizikal. Tidak semua pemimpin mempunyai kebolehan dan komitment seperti beliau. Diharap untuk beberapa tahun yang akan datang YAB Datuk Seri Ali dapat memberikan perhatian yang lebih keatas pembangunan insan. Terutama orang Melayu.

    Jika tidak dirangka lebih awal dikhuatiri orang Melayu akan menerima nasib yang sama seperti Melayu Pulau Pinang dan Singapura. Menang sorak kampung tergadai.

    Mudah-mudahan tidak

    Rakyat Perihatin

    • #4 by darahtuah on February 2, 2010 - 10:51 am

      sdr mahdee:

      Terima kasih di atas sokongan dan pandangan yg diberi.

      Ada cadangan bagaimana hendak mengelakkan orang Melayu Melaka menerima nasib yang sama seperti Melayu Pulau Pinang dan Singapura san sepertimana yg terakam dalam pantun lama ini?

      Pulau Pinang bandar baru,
      Kapten Light menjadi raja,
      Bila terkenang masa lalu,
      Nak berlenang si air mata.

      • #5 by lky on February 4, 2010 - 12:47 pm

        boleh saya menyampuk di sini..

        bagi pandangan saya,kalau Melayu di Melaka atau dimana-mana pun tak nak mengalami nasib yang sama seperti Melayu di Singapura atau di Pulau Pinang,maka janganlah menggigit tangan yang munyuap..

  1. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan di Melaka Maju 2010 |

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: