MEB & RMKe-10 – APA INPUT KITA?

MEB?

1. Rakyat telah dimaklumkan bahawa Model Ekonomi Baru (MEB) akan diumumkan oleh YAB PM pada bulan depan manakala RMKe-10 pula akan dibentangkan di Parlimen pada 10 Jun nanti.

2. Sebelum ini dasar ekonomi negara yang popular dan berkesan ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ia amat berjaya dari segi membasmi kemiskinan SEMUA kaum, menambah pendapatan SEMUA kaum, membesarkan golongan profesional dari SEMUA kaum yang tertinggal, merapatkan jurang sosio-ekonomi intra kaum dan antara kaum dan antara bandar / luar bandar serta merangsang pertumbuhan ekonomi dan menjana peluang pekerjaan.

3. Walau bagaimanapun, Dasar tersebut kurang berjaya dari segi mencapai sasaran pemilikan ekuiti dan aset serta menyusun semula tenaga kerja sektor swasta. Pelaksanaannya juga perlu diperkemaskan lagi.

4. Kini kita akan diperkenalkan pula dengan MEB. Apa dia sebenar-benarnya MEB itu kita belum tahu lagi tetapi apa yang diwar-warkan ialah penekanan terhadap aktiviti ekonomi yang mempunyai nilai tambah yang tinggi (high value-added) dari sudut KDNK (GDP).

5. Outcome yang diharapkan ialah negara kita akan melonjak dari tahap berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi menjelang 2020. Ukuran yang digunapakai ialah KDNK per kapita (dalam US$).

6. Pada tahun 2007, pendapatan per kapita Malaysia ialah sebanyak US$6,686 (tahap sederhana). Pada tahun 2020 kelak, sasarannya ialah lebih US$14,818 (tahap tinggi yang minima sepertimana yang ditakrifkan oleh Bank Dunia).

7. Lain-lain elemen MEB tidak diketahui lagi. Namun ianya membuktikan kesungguhan DS Najib untuk memajukan negara dalam konteks 1Malaysia.

8. Dalam pada itu, mungkin ianya boleh dilihat melalui ‘tingkap’ deraf RMKe-10. Road-show untuk menjelaskan deraf Pelan ini sedang berjalan. Ianya diketuai sendiri oleh Menteri di JPM, TS Mohamed Noor Yackop.

Deraf RMKe-10

9. Dari ‘tingkap’ deraf RMKe-10 tersebut, diperhatikan:

9.1 Ianya masih berpaksikan ‘roh’ 5 Teras Nasional;

9.2 Menggunapakai beberapa pendekatan baru:

• membentangkan lebih awal iaitu pada 10 Jun 2010; 6 bulan sebelum tamatnya RMKe-9,

• memperkenalkan rolling plan (setiap 2 tahun),

• pendekatan berasaskan outcome (KRA / KPI),

• pelaksanaan berasaskan program,

• perundingan meluas dengan stakeholders,

• penglibatan aktif pihak swasta melalui PFI, dan

• mengambil kira pandangan kerajaan negeri.

9.3 Hala tuju strategik RMKe-10 adalah ke arah negara berpendapatan tinggi (sasaran per kapita, 2020 = US$15,340);

9.4 25 KRA RMKe-10 turut mengambil kira 6 NKRA;

9.5 31 Program Nasional di bawah RMKe-10 telah dikenalpasti;

9.6 Sasaran purata pertumbuhan GDP, 2010 – 2015 = 5.5%;

9.7 Sasaran GDP per kapita, 2015 = RM35,544; dan

9.8 Sasaran defisit kewangan / fiskal kerajaan diturunkan kepada -3% (2015) daripada -7.6% (2009).

10. Difahamkan banyak pihak telah memberikan input mereka; sama ada untuk membantu menjayakan inisiatif ini ataupun untuk menjaga kepentingan masing-masing. Antaranya, termasuklah MCA, MIC, DAP serta dewan perniagaan Cina, India dan Antarabangsa. Sudahkah UMNO, DPMM dan GABEM pula memberikan input mereka?

Input

11. Input saya seperti berikut:

11.1 hendaklah mampu mengadunkan 7 angkubah utama ekonomi, sepertimana yang saya huraikan dalam rencana DATUK SERI ALI RUSTAM – SEDEKAD MEMPERKASA EKONOMI MELAKA dan Bajet 2010 – Dirancang Untuk Siapa? serta menggariskan sasaran bagi setiap angkubah berkenaan;

11.2 selaras dengan pendekatan berasaskan outcome, mengunjurkan outcome dan impak ke atas kelompok / golongan beneficiaries yang berlainan;
11.3 menyatakan sasaran bagi setiap 31 Program Nasional berkenaan,

11.4 memberikan keyakinan bahawa pelaksanaan kesemua 31 Program Nasional itu akan sesungguhnya turut memberi faedah ketara kepada semua kaum dan golongan bawahan;

11.5 Program Nasional – sepertimana pembasmian kemiskinan disenaraikan secara khusus, maka:

• merapatkan jurang sosio-ekonomi,

• membesarkan dan memperkasa MPPB, serta

meningkatkan syer pemilikan ekuiti saham dan aset golongan yang terciri dalam konteks keadilan sosial 1Malaysia

hendaklah juga ditegaskan.

11.6 Program Nasional – turut masukkan penyelidikan, pengkomersialan dan penggunaan teknologi hijau dan menangani kepanasan dunia;

11.7 memperkenalkan petunjuk kuantitatif untuk mengukur pencapaian tahap:

• negara maju, dan

• perpaduan negara / 1Malaysia

serta sasaran / penanda aras yang hendak dicapai;

11.8 mampukah kita mencapai tahap negara maju dengan unjuran purata kadar pertumbuhan GDP sebanyak 5.5% setahun itu sedangkan semasa W2020 diperkenalkan dulu dunia diberi tahu bahawa, untuk mencapai tahap tersebut, kita memerlukan kadar pertumbuhan sebanyak 7% setahun? dan

11.9 betulkah pelaburan sebanyak RM954 bilion itu akan mampu menjana purata pertumbuhan tahunan sebanyak 5.5%?

12. Mohon para sahabat di EPU dan di NEAC meneliti 9 perkara di atas. Pandangan dari kalangan pembaca blog saya juga dialu-alukan.

  1. #1 by melayu bersatu . blogspot on February 4, 2010 - 10:19 am

    Blogger Unspinners fitnah Anwar, baca di SINI
    ataku klik http://kitaanakmelayu.blogspot.com/2010/02/blog-unspinners-fitnah-anwar.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: