DATUK SERI ALI RUSTAM – SEDEKAD MEMBELA RAKYAT!

(Rencana ini telah saya tulis sempena 10 tahun DAR menerajui Kerajaan Negeri Melaka. Ia telah diterbitkan dalam MHI pada 2 Disember 2009. Saya abadikan untuk para pembaca Blog saya, terutama orang Melaka yang tinggal di luar Melaka).

YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam telah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka sejak 2 Disember 1999. Dalam tempoh sepuluh tahun itu, kita telah dapat menikmati HASIL (bukan sekadar janji) komitmen beliau dalam meningkatkan taraf hidup rakyat (strategi pertama Bajet 2010 beliau), khususnya membela golongan miskin, di samping menjana pertumbuhan ekonomi Melaka.

Dalam kata-kata lain, beliau turut memastikan orang miskin tidak terpinggir dari arus pembangunan ke arah merealisasikan Visi Melaka Maju menjelang 2010 nanti.

Rumah PPRT yang dibina oleh Kerajaan Negeri Melaka setelah rumah asal hangus terbakar. Senator melawat bagi pihak DAR setelah ianya siap dibina

Oleh kerana ianya telah dilaksanakan selama sedekad secara berterusan maka, pada adatnya, sememanglah kejayaan ini tidak lagi menjadi news. Dan pada kebiasaanya timbullah kecenderungan to take things for granted. Ia bolehlah dikatakan sama dengan kita take for granted basikal boleh bergerak di atas dua roda; pentik suis di dinding, api dalam gelas menyala; radio ada suara serta TV ada gambar orang bergerak dan bercakap.

Percayalah generasi pertama yang melihat kejadian ini bolehlah dikatakan gayat menyaksikannya. Tetapi kita yang kononnya tidak gayat ini pun tidak tahu hendak jelaskan secara saintifik bagaimana basikal boleh berjalan di atas dua roda itu, macam mana pula kuasa letrik mengalir, gelombang suara bergerak dan satelit berfungsi.

Namun kita take for granted konon-kononnya kita faham.

Begitu jugalah kita take for granted usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh para pemimpin kita, termasuklah usaha Datuk Seri ini. Kita take for granted seolah-olah ianya boleh terhasil/terjadi dengan mudah. Kun fayakun!

Berbalik kepada berkat usaha Datuk Seri itu, kadar kemiskinan, misalnya, telah dapat dikurangkan daripada 5.7% pada tahun 1999 kepada 1.8% pada tahun 2007. Dalam tempoh yang sama, purata pendapatan isi rumah bulanan telah meningkat 51%, dari RM2,260 kepada RM3,421.

Sesungguhnya semua kaum dibela kerana pendapatan masing-masing meningkat dalam tempoh yang sama; pendapatan Bumiputera melonjak 71%, Cina melompat 35% dan India menokok 23%!

Sebagai bukti bahawa sesungguhnya pendapatan penduduk Melaka telah mengukuh ialah bilangan kereta dan motosikal baru telah melonjak 48%, dari 29 buah pada tahun 2000 kepada 43 buah bagi setiap 1,000 penduduk pada tahun 2008.

Keberkesanan usaha beliau terletak pada kekuatan strategi serampang dua mata. Pertama, inisiatif makro yang merangsang pertumbuhan ekonomi, merancakkan aktiviti perniagaan dan menambah peluang pekerjaaan sehingga mencapai tahap guna tenaga penuh sepanjang lapan tahun yang lalu.

Melaka juga berjaya mencatatkan kadar pengangguran terendah di Malaysia pada tahun 2000 dan 2001, 2004 – 2006 serta 2008 (1.1%). Sekalipun Melaka turut menerima tempias tsunami ekonomi dunia, namun kadar pengangguran hanya meningkat ke tahap 2.5% pada bulan Jun 2009; bermakna kita masih menikmati guna tenaga penuh sedangkan kadar pengangguran, misalnya, di Amerika Syarikat meningkat kepada 10.2% dan di Sepanyul pula melonjak kepada 18%!.

Kedua, inisiatif mikro iaitu menumpukan secara khusus kepada kumpulan sasar (orang miskin/kurang bernasib baik). Pendekatan ini adalah untuk memastikan tidak berlakunya keterpinggiran, ketirisan dan keciciran. Sebagai contoh, bagi tempoh 2001 – November 2009, beliau telah mengeluarkan peruntukan hampir RM320 juta untuk:

• membina baru/membaiki rumah rakyat termiskin sebanyak 3,898 buah dengan kos hampir RM36 juta,
• membantu fakir miskin melalui MAIM sebanyak RM44 juta,
• membantu mereka yang susah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Tabung Amanah Kebajikan hampir RM140 juta, dan
• memberi biasiswa/pinjaman/bantuan pendidikan hampir RM100 juta.

Memahami kesulitan hidup para sidang dan sumbangan mereka kepada masyarakat, elaun 244 orang sidang telah dinaikkan mulai 1 Mac 2008. Elaun baru mereka adalah antara RM250 – RM350 sebulan, bergantung pada tempoh perkhidmatan masing-masing. Elaun baru ini dicampur dengan pendapatan mereka yang sedia ada telah melonjakkan mereka keluar daripada tahap kemiskinan (RM740 sebulan).

Kenaikan elaun mereka adalah antara RM190 – RM230 sebulan atau antara 209% – 317%. Kenaikan ini jauh mengatasi kenaikan harga minyak sebanyak 41%! Kenaikan tersebut memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM621,700 sebulan atau 255%, dari RM244,200 sebulan kepada RM876,600 sebulan.

Lebih awal daripada itu, Kerajaan Negeri Melaka telah menaikkan gaji guru Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM mulai Januari 2008 lalu antara 35% – 160%. Gaji guru SRA tanpa SPM telah dinaikkan daripada RM288 sebulan kepada RM750 sebulan. Gaji guru SRA yang memiliki SPM pula telah dinaikkan dari RM806 sebulan kepada RM1,090 sebulan. Gaji maksima mereka dinaikkan kepada RM2,000 sebulan.

Bagi tujuan ini, JAIM perlu membayar RM15.6 juta sebulan berbanding RM10.3 juta sebelumnya (+52%). Yang signifikannya ialah, kini, semua guru SRA berada di atas paras kemiskinan!

Strategi terbaru beliau untuk menolong orang susah ialah dengan memberi pekerjaan kepada orang fakir MAIM yang sihat. Seramai 110 orang mendapat faedah tersebut dengan bayaran sebanyak RM617,400 pada tahun ini.

Mereka yang berminat berniaga pula diberi bantuan permulaan perniagaan. Seramai 616 orang menerima bantuan berkenaan pada tahun 2009 (hingga 19 November) yang berjumalah RM756,600.

Keseriusan Datuk Seri untuk menangani kemiskinan dapat dilihat melalui usaha beliau melaksanakan bancian ke atas semua isi rumah miskin yang terdapat di Melaka. Bancian tersebut telah dijalankan pada bulan November 2007. Pada bulan tersebut, semua isi rumah miskin tegar telah dihapuskan.

Oleh kerana majoriti yang miskin itu adalah orang Melayu maka penerima utama faedah dari hasil usaha Datuk Seri ialah orang Melayu. Salah satu buktinya ialah kadar kemiskinan orang Melayu adalah yang terendah pada tahun 2007 (1.3%).

Kini beliau komited pula untuk mencapai kemiskinan sifar pada tahun 2010. Kenaikan purata Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dari RM660 kepada RM740 sebulan bagi setiap isi rumah dan kenaikan harga minyak/disel pada tahun lepas serta serangan kemelesetan ekonomi dunia pada tahun ini menjadikan usaha beliau tambah mencabar lagi.

InsyaAllah, berkat usaha dan sokongan padu semua pihak, azam serta iltizam tersebut akan berjaya direalisasikan. Tanda-tanda awal yang menunjukkan kejayaan beliau mengeluarkan Melaka dari kemelut ekonomi tersebut adalah sepertimana yang saya tulis dalam MHI pada 28 Oktober 2009 lalu.

Bagi ekonomi orang Islam, kejayaan Datuk Seri itu dapat dilihat melalui kutipan zakat Melaka yang terus meningkat. Kutipan zakat melonjak 21.7% pada tahun 2008 (RM26.9 juta) berbanding 2007 (RM22.1 juta). Sebelas bulan pertama tahun ini pula, ia mengukuh 15.6% berbanding tempoh yang sama 2008 (RM21.2 juta) manakala bilangan pembayar zakat pula bertambah 12.6% (+2,477 orang) kepada 22,200 orang.

Sekali gus ia membuktikan Datuk Seri berjaya menguruskan ekonomi negeri dengan cemerlangnya, termasuk ekonomi orang Islam, mampu membela nasib rakyat dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Nampaknya beliau telah berjaya merealisasikan ayat suci ini:

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya) – maksud firman Allah dalam Surah Al Baqarah, Ayat 215.

Syukur alhamdullillah.

  1. #1 by sri hartamas on February 7, 2010 - 3:43 pm

    SEDEKAD MEMBELA RAKYAT??? bukankah itu memang kerja dia?

    • #2 by darahtuah on February 12, 2010 - 7:44 pm

      sri hartamas,

      Nampaknya sri masih takes things for granted dengan membuat kenyataan sedemikian itu.

      Sudah menjadi tugas dan tanggungjawab (T&T) ibubapa memelihara, mendidik dan menjaga anak masing-masing supaya menjadi insan yang berguna dan bertanggungjawab. Namun, bolehkah kita take for granted bahawa semua mereka itu telah/sedang/akan melaksanakannya dengan berkesan?

      Begitu juga dengan anak-anak. Mereka ada T&T untuk menjaga ibubapa masing-masing di hari tua, terutama jika mereka tiada wang / sakit / kurang upaya, agar mereka tidak merempat / terbiar / merengkuk di rumah kebajikan. Sekali lagi, bolehkah kita take for granted bahawa semua anak-anak itu telah melaksanakan T&T mereka? Lihatlah sekeliling kita.

      Begitu jugalah dengan para pemimpin. Semuanya berkhidmat untuk rakyat? Bandingkan Suharto dan Marcos dengan Tun Razak, Tun M dan DAR. Tentu sri dapat membezakannya.

      Jika adapun yang menjaga kepentingan rakyat, kajilah rakyat yang mana yang diutamakan. Lihatlah tindakan Natanyahu, Lee Kuan Yew dan pemimpin Serbia. Apa jadi pada orang Palestin, Melayu dan Islam di negara-negara berkenaan?

      Usahlah pergi jauh. Lihatlah apa yang sedang Lim Guan Eng dan Khalid buat pada peniaga Melayu dan YBK.

      Lantaran hargailah jasa orang / pemimpin, seperti kata Askar Melayu. Please don’t take for granted.

      Seterusnya, mendapat pemimpin yang baik adalah satu nikmat Allah swt. Jika kita tak menghargai nikmatNya, kemarahan Allah amatlah dahsyat. Justeru ingat dan bersyukurlah.

      T/kasih.

    • #4 by Darahtuah on February 17, 2010 - 5:05 pm

      anon,

      Bukankah Mat Sabu yg menggelar Anwar ‘al-juburi’? Bukankah KS antara MP pembangkang pertama yg membongkar kes Anwar meliwat?

      T/kasih.

      Darahtuah

  2. #6 by askar melayu on February 9, 2010 - 12:29 pm

    Saya kagum. Tahniah!

  3. #7 by askar melayu on February 11, 2010 - 11:03 am

    Sri Hartamas
    Memanglah kerja bonda untuk menyusukan anak dan ayahanda mencari nafkah tetapi tidak wajar kah diberikan penghargaan atas sebab itu “kerja” mereka?

  4. #8 by azah on February 17, 2010 - 12:43 pm

    ada kerja ada gaji…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: