India anak emas?

1. Pada tahun ini, jumlah warganegara Malaysia adalah seramai 26.8 juta orang. Peratus mengikut kaum: Bumi = 67%; Cina = 24.3%; India = 7.4%; Lain-lain = 1.3%.

2. Di kalangan 3 kaum utama itu, dari segi kedudukan sosio-ekonomi, kaum Cina adalah di tahap yang tertinggi sekali, diikuti oleh kaum India dan, di tempat terakhir sekali, ialah Bumiputera.  Namun sejak akhir-akhir ini, gambaran yang diterima seolah-olah kaum India lah yang paling miskin dan terpinggir.

3. Lantaran itu, Kerajaan telah memberikan bantuan / peruntukan / perhatian khas kepada kaum tersebut; seolah-olah mereka adalah anak emas! Sebagai contoh, daripada 11 Hadiah Untuk Rakyat, sebanyak RM15 juta telah diperuntukkan secara khusus untuk usahawan muda India.

4. Di bawah Bajet 2010 pula, sebanyak RM20 juta disediakan khas untuk usahawan kecil kaum India.

5. Kini dilaporkan pula MIC akan mengemukakan 12 syor untuk memajukan kaum India agar ianya dimasukkan di bawah RMKe-10.

6. Tidak salah MIC menghantar 12 syor tersebut. Itu adalah hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Namun, untuk berlaku adil kepada kerajaan BN, makanya persepsi bahawa mereka adalah terpinggir dan tercicir hendaklah diperbetulkan segera.

7. Pada masa yang sama, persoalan yang berlegar-legar ini hendaklah segera dijawab:

• tidakkah peruntukan khas dan syor itu bersifat racist?

• jika tidak, mengapa pula apa sahaja permintaan /syor yang disuarakan oleh Bumiputera untuk kaumnya dicemuh sebagai racist?

• jika mereka mendapat layanan istimewa seperti itu, mengapakah apa saja yang dilihat condong ke arah membantu Bumiputera (kaum yang paling tertinggal dan deserve dibantu secara khusus) dimansuhkan segera atau dibuka kepada bukan Bumi atas nama liberalisasi, meritokrasi, daya saing dan kesamarataan; misalnya MECD, FIC, PNB dan biasiswa?

8. Setelah ditatang seperti minyak yang penuh itu, adakah MIC / kaum India berterima kasih kepada kerajaan BN, khasnya baik budi DSN, dengan kembali memberikan pulangan / dividen politik pada PRU ke-13 nanti atau, sepertimana yang dibimbangkan, susu dibalas dengan tuba? Justeru yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran?

9. Dalam pada itu, apakah input UMNO dan PAS dalam RMKe-10 tersebut? Jika tidak dibenarkan input berasaskan Bumi dan Islam, maka adakah UMNO dan PAS masih relevan nanti?

10. Wallahhualam…

  1. #1 by is on February 10, 2010 - 2:56 pm

    Mohon di panjangkan artikel ini kepada s/u s/u DSN dan timbalan beliau, serta kepada semua pemimpin komponen BN.

  2. #2 by melayujati on February 11, 2010 - 5:38 pm

    Itulah yang dikatakan beri betis nak peha..
    Mereka tidak akan berterima kasih pun.. percayalah..
    Ironinya, apakah kepimpinan negara tidak melihat fakta-fakta begitu?
    Dalam pada kaum minoriti ini terus mendesak & meminta, kaum bumiputra yg bilangannya adalah majoriti terus berantakan sesama sendiri.. Kesiannya masa depan anak bangsaku..

  3. #3 by sknaathan on February 12, 2010 - 10:07 am

    Apa salahnya kaum India.
    Kami tidak pernah mempersoalkan hak kaum bumiputera,
    kerana itu adalah hak mereka.
    Yang kami minta adalah untuk memperbaiki kedudukan
    kaum India.
    Kami harap agar perpaduan kaum dapat dipupuk.
    RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
    Akhbar Ali anak Malaysia , Sknaathan pun anak Malaysia.Sama-sama hidupkan SATU MALAYSIA.
    Terima kasih.

    • #4 by Darahtuah on February 14, 2010 - 3:03 pm

      sknaathan,

      T/kasih atas ulasan anda.

      Tlglah teliti dgn cermat maksud para 6 & 7 di atas.

      Eloklah kita semua terima hakikat bahawa suhu perkauman semakin panas dan polarisasi kaum semakin ketara. Jika kita akui hakikat ini maka mudahlah sedikit utk kita sama2 mengatasinya.

      Dalam konteks ‘hak’, apabila kita menuntut hak kita, janganlah menimbulkan kebimbangan di pihak orang lain bahawa hak mereka pula yang diambil atau tergugat. Namun, inilah antara perasaan / perangsaka yg wujud. Lantaran eloklah dihayati pantun ini:

      Jangan pergi ke seberang,
      Pergi sajalah ke kota,
      Janganlah ambil hak orang,
      Jaga sajalah hak kita.

      Sukalah saya tegaskan, pada umumnya, nasib kaum sknaathan lebih baik daripada kaum saya.

      Apapun, semua golongan, tanpa mengira kaum, yang tercicir hendaklah dibantu kerana mereka adalah anak Malaysia.

      T/kasih.

      Darahtuah.

  4. #5 by mahdee on February 12, 2010 - 7:44 pm

    Yg. Berhurmat Datuk,

    Telah sekian lama dan telah sekian banyak laporan tahap kedudukan ekonomi antara kaum-kaum dinegara ini didedahkan didalam laporan Rancangan Lima Tahun Malaysia, Laporan Ekonomi, Laporan Jabatan Perangkaan, Laporan Akhbar, Majallah Ekonomi, dan banyak lagi. Iaitu di kalangan 3 kaum utama dinegara ini, dari segi kedudukan sosio-ekonomi, kaum Cina berada ditahap pertama yang tertinggi sekali, diikuti tempat kedua oleh kaum India dan di tempat terakhir sekali ialah Bumiputera.

    Terbukti selama ini walaupun dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membantu Bumiputera, kaum-kaum minoriti lain telah memperolehi keuntungan berlipat ganda. Isu kaum minoriti tidak menjadi penghalang untuk mereka mengaut keuntungan dan menikmati kemewahan ekonomi.

    Bukti-bukti seperti siapa orang kedua terkaya di Malaysia, ratio bilangan doktor, engineer, peguam, usahawan berbanding dengan ratio penduduk mengikut kaum menunjukkan India jauh lebih tinggi dari ratio kaum Bumiputera. Jadi benarlah apa yang dikatakan di Malaysia kaum India adalah ANAK EMAS walaupun mereka tidak lagi menjadi penyokong kuat Nasional Nasional.

    Namun golongan ini seolah-olah mesih menafikan kebenaran laporan-laporan tersebut. Seolah-olah mereka sahaja yang perlu diberikan perhatian. Sikap tamak seperti inilah yang membuatkan timbul rasa curiga dan meluat dikalangan kaum lain terutama Bumiputera. Jika tidak dibendung rasa meluat ini akan diikuti dengan tindakan yang lebih merumitkan. Mudah-mudahan tidak berlaku.

    Maka telah sampai masanya pemimpin-pemimpin kerajaan merenung sejenak dan membetulkan halatuju agar kita tidak terus hanyut melayani desakan demi desakan sehingga lupa tanggungjawab yang lebih besar iaitu membetulkan perbezaan ekonomi antara kaum.

    Semoga spirit 1MALAYSIA tidak disalah tafsirkan sehingga menjurus kepada wujudnya jurang perbezaan yang lebih besar.

    Saya setuju dengan saranan Is bertarikh 10 Februari 2010 agar artikal ini di panjangkan kepada semua kementerian dan kerajaan-kerajaan negeri.

    Berharap YB Datuk terus menulis

    • #6 by Darahtuah on February 19, 2010 - 5:15 pm

      En. mahdee,

      Samy terus memperjuangkan hak2 orang India; yg terkini minta ditubuhkan agensi khas (MINDA) untuk menjaga kepentingan kaum India. Tak salah.

      Ong TK pula membawa concerns kaum Cina ke telinga PM. Juga tak salah.

      Kedua2 mereka tak bercakap pasal concerns orang Malaysia; apatah pula masalah Bumiputera. Tak salah?

      So, siapa yang nak laksanakan 1Malaysia? DSN sorang?

      Bercakap pasal kepentingan Bumi pulak dibrand sebagai racist. Jadi kaum Bumi nak cakap apa? Membisulah.

      Yg dibimbangkan, silent majority Bumi akan memberontak melalui peti undi yg mana akan rugi, akhirnya, Melayu jugak. Setuju?

  5. #7 by azman on February 13, 2010 - 1:37 am

    kenapa kerajaan umno tidak memerintah secara autokrasi bagi mengelak parti komponenan besar kepala, seperti di singapora lee kuan yew sgt autokrat terhadap orang dibawhnya, apatah lagi ketua pembankang mereka telah dihumban ke dalam penjara dan menjadi muflis…saya suka cara doktor mahathir memerintah..kerana beliau menggunakan cara autokrasi…baru disegani dan ditakuti…senang untuk mentadbir…

  6. #8 by Darahtuah on February 19, 2010 - 5:23 pm

    azman,

    Saya tak lihat Tun M sebagai pemimpin yg otokratik; pada saya beliau sorang pemimpin yg tegas di tapak kebenaran dan demi kepentingan negara.

    Keputusan dibuat di kabinet; justeru ia merupakan tanggungjawab bersama. Kalau beliau salah maka seluruh ahli kabinet turut bersalah, termasuk DSAI semasa dia dlm kabinet dulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: