SEMARAKKAN SEMANGAT KESUKARELAWAN & PERPADUAN

YAB DSN, dalam ucapan Bajet 2010, antara lain, telah menyarankan supaya semangat kesukarelawan disemarakkan dan paksi perpaduan kaum diperkukuhkan lagi. Untuk merealisasikan saranan dari parlimen itu, ianya perlulah diterjemahkan oleh rakyat di peringkat akar umbi.

Pelaksanaannya tidaklah susah. Ia boleh dilaksanakan melalui usaha yang kecil tetapi amat berkesan seperti menganjurkan acara gotong royong dan hari keluarga.

UMNO Cawangan Kg. Tedong Pekan telah menganjurkan gotong royong pada 9 Januari. untuk membersih dan mengindahkan lereng bukit. Ia mendapat sambutan yang begitu membanggakan. Saya rakamkan kebanggaan itu kerana semua kerja telah dikendalikan oleh penduduk kampong sendiri; bukan oleh kakitangan agensi kerajaan sepertimana yang sering berlaku. Sewaan jentolak dan makan minum juga ditanggung oleh penduduk kampong.

Semangat kesukarelawaan dan perpaduan penduduk begitu ketara sekali.

Namun agensi kerajaan, termasuk JKR, MPJ dan Bomba, tetap membantu seperti menyediakan peralatan dan lori untuk mengangkut sampah. Saya telah meminta pihak MPJ supaya membantu mengindahkan lanskap bukit berkenaan.

Ketika berucap merasmikan acara gotong royong di Kg. Tedong

Ketika bersama-sama penduduk setempat menebas belukar

Semak / belukar yang hampir siap ditebas

Bersama-sama peserta gotong royong menikmati jamuan rengan selepas bekerja.

UMNO Cawangan Kg. Tedong pula telah menganjurkan Hari Keluarga 14 Februari lalu. Ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan dari segenap lapisan penduduk – dari murid TADIKA, murid sekolah, belia/beliawanis hinggalah orang dewasa lelaki dan perempuan.

Pelbagai acara sukan rakyat telah disusun dari pagi hingga ke 6.30 petang. Antaranya pertandingan nyayian, bowling ‘buah kelapa’, makan telur, makan epel, menganyam ketupat, belon berair dan banyak lagi. Berpuluh hadiah untuk pemenang dan cabutan bertuah telah disediakan. Ia berjaya memikat hati para peserta dan penonton yang hadir.

Pada hemat saya, selain daripada dapat menyuntik keceriaaan, kegembiraan dan keseronokan kepada penduduk setempat, Hari Keluarga ini telah juga dapat mencungkil bakat kepimpinan, memupuk sikap kesukarelawan, mempamirkan sifat kemurahan hati  dan memantapkan lagi semangat silaturrahim. Perkara  ini telah saya ketengahkan  semasa berucap di majlis perasmian penutup.

Saya turut menyarankan agar semua penduduk Tedong bersatu untuk memajukan lagi kampong tersebut agar ianya setanding atau lebih maju lagi dari kampong-kampung yang berhampiran di bidang ekonomi, pendidikan, agama dan prasarana. “Melalui perpaduan yang utuh, kita boleh mengembeling aset dan kekuatan yang ada di kalangan kita untuk kemajuan kita, sebagaimana yang dibuktikan oleh kejayaan Hari Keluarga pada hari ini.”  Bantuan kerajaan merupakan pemangkin kepada usaha tersebut.

Kerajaan sudah tentu akan memberikan  bantuan / hadiah yang berpatutan sebagai tanda penghargaan kerana Kg. Tedong telah terbukti sebagai kubu kuat BN – peti undi terbaik di seluruh kawasan parlimen Jasin dalam beberapa pilihan raya umum yang lepas.

Pertanding bowling buah kelapa – johan Pn. Zawiyah Abdul

Pertandingan makan buah epel – Pn Siti Nadiah Raduan

Pertandingan makan telur rebus – Johan En. Anuar Jaafar (15 biji); 3 dari kanan

Pertanding menganyam ketupat – johan Pn. Dayang Suhaini Abdullah (kanan sekali)

Sewaktu menyampaikan cabutan bertuah.

Hj. Rahim Hassan, Ketua Cawangan UMNO Tedong menyampaikan cenderahati kepada saya

  1. #1 by ayuz on February 20, 2010 - 4:48 pm

    Salam Datuk.

    Pertama-tama, dipanjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana keperihatinan Datuk bagi melakukan kerja-kerja amal dengan menyertai dan turun padang bersama masyarakat setempat. Saya sebagai anak watan kampong Tedong, amat berbangga dan sebagai balasannya, hanya doa dipanjatkan agar Datuk dan keluarga sentiasa dilindungi Allah yang esa selalu. Inilah pemimpin DAMBAAN rakyat. Terima kasih juga kepada Datuk Sri Md. Ali Rustam sebagai Ketua Kerajaan Melaka.
    Cuma satu aje yang perlu saya ingatkan, Orang Tedong adalah penyokong dan pengundi UMNO/BN (90 ~ 95%). Malangnya apa yang kami dapat jauh lebih rendah dari kampong sekitarnya….sebagai contoh, Projek Mega DUN Serkam, pantai yang baru-baru ini dirasmikan oleh YB Perdana Menteri. Dari Kg. Umbai, Kg. Pulai, Serkam,Kg T……????(YB. DUN Serkam terlupa kot (overlook) dan Kg. Sempang.

    Soalannya:-

    1) Apa maksud peti undi terbaik (banyak kali) BN dalam DUN Serkam dan Parlimen Jasin.
    2) Apa yang orang Tedong dapat yang boleh dibanggakan…..’0, -1, -2.., Tak ada lebihnya malah kurang dari kampong lain, malah dengan sengaja ditinggalkan seperti projek pantai yang saya sebutkan.
    3) Yang amat malang bagi orang Tedong, minta masjid baru pun susah sangat…..dah berapa kali dibentangkan dalam mesyuarat agong UMNO, tapi…..???? YB DUN Serkam pun dah bertukar tapi masih sama…..tapak pun tak nampak. Saya merasa amat malang sebagai anak-anak cucu pejuang UMNO tapi mungkin terpaksa menggunakan FLATFORM yang lain untuk membuat amal jariah. Anak-anak tedong sekarang adalah anak-anak yang darahnya mengalir ideologi Tun M, Berani, Berkeyakinan, Bertekad dan Bermaruah. Untuk rekod Tun M, pernah dibuang oleh UMNO, keluar UMNO.

    Sekali lagi, saya pohonkan agar dipanjangkan persoalan saya ini kepada Dato’ Sri Md. Ali Rustam yang saya hormati.

    Note: Saya komited apa yang saya katakan dan akan follow up sehingga peringkat yang seterusnya.

    Sekian.

    Wassalam.

  2. #2 by Zol on February 22, 2010 - 4:57 pm

    Salam Ayuz,
    Saya amat tertarik dgn kenyataan yang diberikan dan saya adalah antara org tedong yg terkilan dgn apa yang berlaku. seperti kita ini dianak tirikan dari segi pembanggunan atau prasarana. Ada sedikit pembetulan dari keluhan awak. Projek menaik taraf pengkalan nelayan ada beberapa masalah dikenal pasti
    1. Kws parit kemang adalah milik individu dan kawasan yang mat terhad untuk dibangunkan
    2. Muara sg Tedong adalah tempat yg amat cetik tapi boleh usahakan. Akan tetapi akan menjadi nasib yg sama dgn sungai Umbai dimana sebelah kirinya kepunyaan org Tedong dan sebelah kanannya org sempang kerana sungai itu adalah sempadan Sempang Tedong.
    3. Nelayan2 tedong yang ada sekitar 30-50 org telah mendaftar keahlian dibawah persatuan nelayan luar dari tedong termasuk sempang, Serkam, Pulai, Merlimau dan ada juga ke Sebatu.
    Jadi permasalahan ini yang YB Senator sedang berusaha utk penyatuan kita org tedong Sehati Sejiwa, Serentak Seirama, Seiring dan Sekata. Jadi penyatuan antara satu sama lain yg menjadi langkah pertama perlu dibetulkan.
    Berkenaan dengan Masjid DUN serkam sebenarnya telah ada kawasan yang hendak dibuat dan status tanahnya adalah WAKAF amat sesuai di sebelah Sek. Agama JAIM. Ada bersaing dengan Pulai tetapi Pulai ada pengambilan tanah yang memerlukan belanja yang besar.
    Jadi kita sebagai org tedong perlu memberi tekanan dan juga ‘Way Forward” kepada kerajaan negeri dan MAIM utk memastikan masjid Dun Serkam akan dibina di Tedong. Setiap kali mesyuarat Japerun issue ini masih tidak lekang dibawa oleh saya, JKKK tedong dan juga YB kawasan. YB senator menjadi penunjuk arah dalam plan utuk merealisasikan impian kita penduduk Tedong.

    • #3 by tedongkita on February 28, 2010 - 12:45 pm

      Saudara Zol / Darahtuah / Ayuz

      Saya tertarik dengan kenyataan kalian:-

      1. Masjid DUN Serkam – Saya nak tanya, Orang Tedong nak minta Masjid Tedong atau Masjid DUN.Nak namakan masjid apa nanti? Jangan diulang kesilapan lampau, Taman Sri Serkam. Kawasan Tedong nama Serkam….kesian orang Tedong, rumah siap pahat baru nak berbunyi-bunyi….mari le kita nyanyikan aje lagu yang dipopularkan oleh Shidee….”sayang semuanya sudah terlambat”.
      2. Kita tak bersaing dengan Masjid Pulai. Meminjam kata-kata Hang Tuah sewaktu nak larikan Tun Teja dari Pahang (jangan marah ya darahtuah)….”aahhgghh aku tak gentar,Trangganu Trangganunya, Pahang Pahangnya….ketaatan aku cuma pada negeriku (Sultan Melaka le).Biarlah Pulai denagn Pulainya….diaorang pun nak buat masjid baru juga. Saya bukan nak mengajar….kenapa saje kita tak tubuhkan badan bertindak (tak kisah lah apa-apa nama nama pun) khas untuk membincangkan dan mencari jalan untuk kita berjuang untuk mendapatkanya. Semua masalah berbangkit dirundingkan secara terperinci….bukan setakat suara aje tanpa fakta. Mana paper work kita? Apa yang nak kita propose kan? Apa yang kita ada? Apa yang kita kekurangan dan macam-macam lagi yang perlu kita fikirkan bersama.
      3. Pengkalan nelayan……untuk memberi alasan lebih mudah dari untuk mengatasi masalah. Ditambah lagi, pemimpin-pemimpin yang ada di Tedong amat mudah dijinakkan…jangan marah ya. Undi untuk BN juga….???? Tepuk sikit belakang….lemah le orang tu…. Pada saya, memang tak ada plan pun untuk orang Tedong tu…..tak percaya, pergi tanya YB DUN dan Parlimen.
      4. Jangan marah….ini satu cabaran untuk kalian, saya ada tugas juga…tugas saya mencabar kalian….supaya jagan terlena oleh kata manis YB.

      Wasssalam

      Tedongkita

      • #4 by darahtuah on March 1, 2010 - 1:55 pm

        Tedongkita,

        T/kasih di atas cabaran itu.

        Alangkah baik jika tugas mencabar itu ditambah dengan tugas mencari jawapan dan penyelesaian kepada 9 pertanyaan yang saya kemukakan itu, jika kita hendak memajukan segera kampung sendiri?

        Langkah pertama ialah mengusahakan para pemimpin duduk semeja untuk merundingkan visi bersama. Jika semua setuju, Tedong boleh maju. Tetapi apa patut dibuat jika terdapat pemimpin yang tak berminat?

        T/kasih.

        Darahtuah

  3. #5 by darahtuah on February 24, 2010 - 6:43 pm

    Salam ayuz,

    T/kasih di atas penghargaan dan sokongan terhadap usaha saya. Juga dihargai kerana Sdr menghargai jasa dan sumbangan DAR dan Tun M yang tak ternilai itu.
    Dalam pada itu, suara hati sdr eloklah disampaikan terus kepada DAR melalui blog/facebook beliau. Lebih afdal lagi.

    Berhubung masalah di kampung kita itu, sepertimana yang sering saya sarankan, semua pemimpin perstauan yang terdapat di kampong kita hendaklah duduk semeja membincangkan pelbagai masalah yang dihadapi serta mencari kata sepakat untuk menyelesaikannya DAN merumuskan pula visi yang hendak kita capai di bidang ekonomi, pendidikan, agama dan prasarana.

    Sementara itu, sebelum kita menyalahkan orang lain terhadap ketertinggalannya Kg Tedong, eloklah terlebih dahulu kita meneliti dan mengakui kelemahan2 diri kita sendiri dan berusaha membetulkannya. Adakah kita memiliki kelemahan-kelemahan seperti di bawah?:

    1. Adakah kita tahu kekuatan sesuatu golongan dan kemajuan sesebuah wilayah/kampung itu terletak di atas kebijaksanaan pemimpin dan perpaduan mantap di kalangan pengikut?

    2. Adakah kita arif tentang kualiti kepimpinan yang diperlukan untuk memajukan kampong?

    3. Adakah kita tersilap memilih para pemimpin bagi beberapa buah pertubuhan di Tedong; umpama menyuruh orang buta menghalau ayam dan orang pekak memikul buluh sedangkan orang buta hanya sesuai meniup lesong dan orang pekak pula hanya sesuai membakar meriam?

    4. Adakah mereka yang mahu menjadi pemimpin telah mengukur baju di badan sendiri?

    5. Adakah para pemimpin kita ini pula masih mengguna-pakai paradigma lama iaitu jika ia berkelulusan SPM maka ia akan mengambil mereka yg berkelulusan PMR utk berada di sekeklingnya; ia tak seperti DAR yang mengambil bijak pandai utk membantunya?

    6. Adakah kita masih terbelengu dgn perselisihan seperti yang terpahat dalam pantun nenek moyang ini?:

    Anak raja memikul kayu,
    Kayu sebatang dibuat titian,
    Sungguh malang nasib Melayu,
    Sesama sendiri berdengki-dengkian.

    7. Adakah kita membenarkan diri kita dipecah-perentah oleh orang luar?

    8. Adakah kita lebih suka menyusukan kera di hutan dan membiarkan anak sendiri di pangkuan mati kelaparan?

    9. Adakah para pemimpin masih tidak mahu menggunakan sepenuhnya aset yang sedia ada – kuasa, kepakaran, ilmu, networking, aset fisikal, dll?
    Jika kebanyakan jawapannya adalah ‘ya’, maka sebahagian besar punca ketertinggalan kita itu bukanlah kerana orang lain tetapi kerana sial sendiri, seperti yg diingatkan oleh nenek moyang kita:
    Jangan dijolok buah kedondong,
    Jika jatuh menimpa diri,
    Jangan salahkan ibu mengandung,
    Memang sial badan sendiri.

    Jika kita terima dan akui hakikat pahit ini dan komited serta berazam pula untuk mengatasi setiap satu kelemahan tersebut maka ada harapan untuk kita melonjakkan kampung kita ke persada dunia sebagai kelas pertama.

    Kita bukan sahaja boleh membina sebuah masjid baru; malah kita akan mampu membina apa saja dengan kekuatan minda kelas pertama itu, insyaAllah.

    T/kasih.

    Darahtuah

  4. #6 by darahtuah on February 24, 2010 - 7:01 pm

    Salam Sdr Zol,

    T/kasih di atas pandangan Sdr.

    Suara dari ramai individu akan menguatkan lagi permohonan kita. Tetapi suara dari individu yang BERSATU adalah lebih kuat lagi. Lantas bacalah ulasan saya di atas.

    Isu-isu teknikal yang sdr sebutkan itu boleh dicanai dengan menjemput pakar dalam bidang berkaitan. Kita wajar ikut pendekatan Lim Goh Tong yang buta huruf itu. Beliau menjadi kaya raya dengan menggunakan kebijaksanaannya in exploiting kepandaian orang lain.

    Saya sedia membantu. Mari kita sama2 majukan kampung kita, oleh kita, kerana kita, untuk kita!

    Darahtuah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: