Kerajaan prihatin atau lemah?

1. Pada 27 September 2009, MK2 telah mengumumkan rancangan kerajaan untuk mengstruktur semula skim subsidi minyak. Pelaksanaannya telah dijadualkan pada bula Mei nanti. Justeru pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan membatalkan rancangan tersebut (keputusan MK2) telah menarik perhatian saya. Antara alasan yang diberikan ialah kerajaan prihatin terhadap kehendak rakyat yang mahu subsidi tersebut diteruskan.

2. Soalan yang perlu dijawab oleh menteri berkenaan dengan telus dan factual ialah:

• Apakah mekanisma yang digunakan oleh menteri tersebut untuk mengetahui pendapat rakyat / massa itu?

• Siapakah yang mengendalikan mekanisma (misalnya survey) berkenaan dan adakah pengendali tersebut berwibawa?

• Bila survey itu dijalankan?

• Adakah hasil kajian yang dibuat itu representative dan reliable?

3. Mengambil kira apa yang telah saya cerakinkan, maka pengumuman menteri tersebut amatlah mendukacitakan dan kredibilitinya pula diragukan. Lantas tertanyalah soalan: benarkah kerajaan prihatin terhadap keperluan rakyat marhen (poor-biased) atau sebenarnya ia lemah terhadap tekanan orang kaya dan big businesses .

4. Konflik persepsi terhadap kerajaan sama ada prihatin atau lemah telah wujud ekoran keputusan kerajaan yang tidak tegas. Contohnya seperti di bawah ini:

• Menangguhkan keputusan mengenakan levi terhadap pekerja asing yang bekerja di kedai kopi dan restoran pada tahun lepas;

• Menangguhkan keputusan untuk memburu pekerja asing yang haram kerana sambutan Tahun Baru Cina; dan

• Membiarkan pekerja asing terus bekerja di lapangan terbang dan hotel sedangkan keputusan telah dibuat bahawa mereka tidak boleh diambil untuk bekerja di tempat berkenaan.

5. Saya yakin kerajaan sedar tentang kewujudan persepsi ini. Jika antara berani dan bodoh tidak banyak bezanya dalam keadaan tertentu maka antara prihatin dan lemah juga tidak banyak bezanya dalam keadaan tertentu. Demi menjaga nama baik dan kredibiliti institusi kerajaan maka para menteri hendaklah dapat membezakan antara kedua ini.

6. Saya prihatin.

  1. #1 by Dal on March 10, 2010 - 6:07 pm

    Ciri-ciri Malaysia nak ikut jejak langkah pembentukan “Banana Republic” di Amerika latin.

    Sekiranya urusan disambut tangan yang bukan ahlinya, tunggulah kebinasaan urusan tersebut …

  2. #2 by Kenn on March 13, 2010 - 7:02 pm

    Dear Sir,

    I’d like to take this opportunity for you Sir and your readers to enter vote regarding our Economy Policy.

    Please do vote at:-

    http:://tersenarai.blogspot.com or click the below.

    Economy Policy – What Do We Want?

    Thank you.

    Kenn

  3. #3 by shamsul yunos on March 15, 2010 - 10:19 am

    Guys, KJ’s top cybertrooper has ‘revealed’ to me KJ’s latest achievement,

    nak tau ape bacalah di SINI

    I guarantee you will like this posting

    If you don’t laugh just tell me and I will come and give you 10 hits on your blog today

  4. #4 by sputjam on March 16, 2010 - 12:51 pm

    sebenarnya, subsidi minyak menguntongkan pembekal nano-tag (sebanyak berpuloh juta setahun) dan syarikat minyak gergasi sebab orang ramai salah gunakan harga minyak yang murah.
    sesiapa yang mampu membeli kenderaan, sebenarnya mampu membeli minyak dan tidak miskin.Wang subsidi yang berjumlah berbillion boleh diarahkan ke pihak yang memerlukannya saperti sekim bas sekolah percuma atau smenyalurkan bantuan makanan kepada orang cacat.

    harga minyak akan naik lagi kerana penggunaannya bertambah sebanyak 28% di negara Cina. Kita semua kena siap sedia dengan mereka bentuk pusat bandar dan pekan kita supaya memudahkan penduduk menurangkan penggunaan kenderaan mereka.

    Just to highlight this point, petrol/diesel subsidise are not paid to the poor, but to the oil giants.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: