HAK MELAYU DIPERTIKAI; UiTM DIPERSOAL!

1. Sebelum ini saya telah memetik rencana dari akhbar Cina SCJP dan NSP. Kali ini saya petik pula rencana dari China Press mengenai serangan ke atas UiTM. Hak-hak Melayu / Bumi yang lain turut juga dipertikai.

2. Inti pati serangan mereka adalah:

• UiTM hendaklah dibuka kepada semua kaum [untuk berlaku adil, Khoo Yuan Loong (KYL) sepatutnya mendedahkan serta mengutuk diskriminasi dan tekanan ketara dan tak ketara yang diamalkan ole semua IPTS yang dibina/sokong oleh MCA, Gerakan dan MIC terhadap pelajar Melayu sehinggakan ramai yang serik dan takut untuk memohon. Ada berapa kerat pelajar Melayu di KTAR, Wawasan Open University dan AIMST University? KYL juga patut mendedahkan serta mengutuk diskriminasi dan tekanan yang diamalkan oleh syarikat-syarikat Cina terhadap pekerja Melayu seperti gaji yang lebih rendah bagi jawatan dan kelayakan yang sama dan sengaja mengenakan syarat fasih berbahasa Mandarin. Seterusnya KYL hendaklah melaungkan supaya semua bentuk diskriminasi itu diberhentikan segera.]

• Mempersenda DSN dan konsep 1Malaysia beliau kerana UiTM tak dibuka kepada semua kaum [KYL lupa bahawa konsep 1Malaysia adalah berteraskan Perlembagaan Malaysia; bukannya bersandarkan kesamarataan. Maka hak semua kaum hendaklah terus dihormati]

• Menghina anak-anak Melayu kerana tidak bertanggungjawab sebab tidak membayar balik biasisawa [KYL, kerana sikap marahnya, terlupa bahawa biasiswa tak perlu dibayar balik]

• Mempersoalkan bilangan mahasiswa Melyu/Bumi yang kini seramai 60% di IPTA [KYL lupa bahawa rakyat Melayu/Bumi di Negara ini adalah seramai 67%; jika benarlah mereka sudah mencapai tahap 60% itu, maka ianya masih kurang 7%. Dia juga jangan lupa bahawa majoriti pleajar di IPTS adalah bukan Bumi. IPTS berkembang kerana dasar kerajaan yang kondusif terhadap institusi tersebut. Yang demikian, pelajar bukan Bumi masih ada tempat untuk belajar di peringkat tertiari. Juga KYL jangalah lupa bahawa lebih ramai pelajar Melayu / Bumi yang tak mendapat tempat di IPT berbanding dengan pelajar Cina / India]

• Curiga terhdap kemajuan dan perkembangan golongan intelektual Melayu [nampaknya KYL adalah seorang Cina yang kiasu dan chauvanis; dengki melihat kaum lain maju. Sepatutnya kita patut menyokong semua dasar kerajaan yang bertujuan memajukan semua kaum bagi kemakmuran, keadilan sosial dan keamanan semua rakyat]

• Secara tidak langsung, menyerang Hak Keistimewaan Orang Melayu/Bumi (Artikel 153) [KYL hendaklah berpegang kepada kata-kata hikmat Confucius yang membawa maksud bahawa kita jangan lakukan sesuatu ke atas orang lain perkara yang tak suka dilakukan ke atas kita. Makanya janganlah menyerang hak orang Melayu, jika tak mahu hak orang Cina diserang]

3. Bacalah petikannya di bawah.

4. Dalam pada itu, serangan oleh ketiga-tiga akhbar Cina ini memberikan petanda yang semakin jelas bahawa terdapat gerakan yang terancang dan sistematik di kalangan masyarakat Cina untuk menyerang kepentingan dan institusi strategik masyarakat Bumi, khususnya Melayu. Matlamat akhir mereka, nampaknya, adalah untuk menumbangkan kerajaan BN yang bertunjangkan Melayu (UMNO) dan mereka pula yang berkuasa nanti. Itulah strategi ketiga RJP mereka!

5. Kemungkinan malapetaka tersebut menjadi realiti sudah tentulah menakutkan orang Melayu. KYL dan kaum Cina tentulah sedar akan ketakutan orang Melayu itu. Maka serangan balas boleh berlaku berdasarkan Newton’s Third Law of Motion:

”To every action there is always an equal and opposite reaction: or the forces of two bodies on each other are always equal and are directed in opposite directions”.

6. Walaupun teori berkenaan untuk bidang fizik tetapi ianya juga applicable dalam kehidupan manusia. Lalu KYL, saya dan semua orang perlulah sedar akan tindak balas ini. Natijahnya, semua akan rugi: loose – loose situation!

7. Yang demikian, marilah kita sama-sama segera berusaha memberhentikan isu-isu merbahaya seperti ini. Ia boleh diberhentikan dengan berpandukan, antara lain, Newton’s First Law of Motion:

An object at rest tends to stay at rest and an object in motion tends to stay in motion with the same speed and in the same direction unless acted upon by an unbalanced force.

8. Pada masa ini, kuasa yang terkuat untuk memberhentikan issue in motion itu ialah 1MALAYSIA! Dengan bantuan membina media serta semangat toleransi, penerimaan dan integrasi oleh semua rakyat maka api perkauman yang boleh membakar dan menghancurkan seluruh Negara akan dapat dipadamkan sebelum ianya membesar dan merebak. Justeru semua rakyat akan menikmati labanya: win – win situation di bawah payung 1MALAYSIA!.

9. Sama-sama fikirkanlah dengan matang dan bersama dada yang lapang.

China Press
Per: UiTM
Ruangan: perbincangan umum rakyat m/s C11
Tarikh: 09 Mac 2010 (Selasa)

Tajuk:

Intelek Melayu Menanti Berkembang Maju
Nama penulis Khoo Yuan Loong/ artikal ini bukan pandangan dari akhbar ini

Menteri pengajian tinggi memberitahu, UiTM akan bina 6 kampus baru cawangannya di Seremban, Jasin Melaka, di Pasir Gudang Johor, Shah Alam Selangor, Tapah Perak di Semerahan Sarawak.

Setiap kampus yang akan dibina akan menelan belanja sebanyak 300 juta ringgit, pada peringkat awal setiap kampus akan memuatkan 5000 pelajar, pada akhirnya akan mencapai sasaran 200 ribu orang pelajar di UiTM. Kampus UiTM adalah salah satu institusi pengajian tinggi dan kolej awam yang dibangunkan hanya untuk menempatkan pelajar-pelajar Melayu sahaja (ataupun Bumiputera).

Apabila kita sebut institut Teknologi MARA, ia adalah satu pusat untuk melahirkan pelajar-pelajar Melayu oleh kerajaan, ia adalah juga pusat dan tempat untuk melatih pelajar-pelajar berkelulusan teknikal.

Cara pengambilanya kebanyakannya pelajar-pelajar yang berkelulusan cemerlang dari sekolah-sekolah menengah, selepas mereka mengikuti beberapa pengajian penting, mereka akan dihantar ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran.

Pelajar-pelajar tersebut, adalah salah satunya yang terawal mendapat biasiswa oleh pihak kerajaan dahulunya, ia juga telah melahirkan pelbagai bidang kerjaya yang ada di negara kita hari ini.

Apabila sebut tentang mereka ini mendapat biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, kebanyakkan mereka ini tidak berminat untuk pulangkan duit pinjaman biasiswa mereka, menyebabkan akhir-akhir ini duit pinjaman biasiswa menjadi deficit.

Pengeluaran untuk pinjaman biasiswa lebih 10 billion ringgit tetapi pulangannya amat terhad, akhirnya pihak kerajaan terpaksa ambil tindakan undang-undang untuk mengatasi isu ini.

Tidak dibuka kepada kaum lain

UiTM adalah sebuah universiti awam yang boleh dikatakan “universiti Misteri” kerana ia tidak terbuka kepada mana-mana pelajar kaum lain, dan orang awam langsung tidak tahu apa yang ada di dalamnya dan bagaimana ia berfungsi, ramai orang hanya mendengar sahaja yang dikatakan mereka mempunyai peralatan canggih dan tenaga pengajar yang berpengalaman. Di situ adalah tempat benteng kubu kuat untuk melahirkan intelek Melayu.

Perdana Menteri secara terbuka menegaskan, UiTM adalah kebanggaan orang-orang Melayu, ia adalah aset penting bangsa, dengan itu tidak boleh dibuka kepada kaum lain untuk belajar di situ.

Hari-hari perdana menteri mempermosikan konsep“ Satu Malaysia”, menekankan sumber Negara diberi sama rata kepada rakyat, tetapi tidak buka UiTM kepada kaum lain, menunjukkan di uinversiti itu betapa pentingnya untuk orang-orang Melayu, dan kaum lain langsung tidak berpeluang untuk memasuki universiti itu untuk mengecapi sumber yang dikatakan pembahagian sama rata.

Dalam masa setahun setengah lagi UiTM akan dirikan 6 buah kampus dijangkakan untuk memuatkan 200 ribu orang pelajar.

Di universiti-universiti awam Negara kita sekarang ini memuatkan 60 peratus pelajar-pelajar bumiputera, ditambah pulang dengan pembesaran UiTM, menjadikan pasukan itu begitu besar, jika dilihat dalam bebarapa tahun akan datang ditambah pulang dengan 200 ribu pelajar dengan 6 buah cawangan kampunnya, bermakna lambakan graduan-graduan Melayu akan memenuhi pasaran, kepada bukan bumputera yang tidak dapat memasuki universiti ini di manakah mereka akan ditempatkan nanti dan ke mana mereka akan pergi?

Hari akan menantikan dan menghitung intelek Melayu intelek Melayu ini akan berkembang maju.

Keratan akhbar China Press

  1. #1 by sputjam on March 18, 2010 - 6:59 pm

    Dalam konteks kehidupan, “those who can’t, talk, those who can, do’.
    Lebih baik, pada pandangan saya, orang melayu kurang mambazir masa bercakap, dan buat kerja positif untuk kemajuan masyarakat.

  2. #2 by a chinese on March 20, 2010 - 2:26 am

    hi, do you purposely translate it wrongly? “Di universiti-universiti awam Negara kita sekarang ini memuatkan 60 peratus pelajar-pelajar bumiputera” — it should be 60 lebih peratus. the writer didnt say 60 % , he says 60 over % ok? so there goes your balance of 7%.

    you know now a days i like to visit malay blogs especially yours, to see what you are going to say and how you like to interpret chinese articles in your special way. i will correct you if somethings not right.

    • Menghina anak-anak Melayu kerana tidak bertanggungjawab sebab tidak membayar balik biasisawa [KYL, kerana sikap marahnya, terlupa bahawa biasiswa tak perlu dibayar balik]

    hey hey hey, the writer didnt say it is a scholarship (biasiswa), he is saying that it is a loan. if it is a loan sure you need to pay back right? my sister has got scholarship from telekom, and yes, no need to pay back one. but do you guys know how difficult it is for non malays to get scholarship? you know your own answer la. i can tell you that all my other brother and sisters including me are paying PTPTN loan. sorry we are not that lucky to get biasiswa. but is it true that all MARA students can get biasiswa? no need pay back one ar? woo.. good man.

    • Curiga terhdap kemajuan dan perkembangan golongan intelektual Melayu [nampaknya KYL adalah seorang Cina yang kiasu dan chauvanis; dengki melihat kaum lain maju. Sepatutnya kita patut menyokong semua dasar kerajaan yang bertujuan memajukan semua kaum bagi kemakmuran, keadilan sosial dan keamanan semua rakyat]–
    yes, i also curiga too. the government where got give us same treatment? have you ever need to go out from your school to ask for donation to buy meja kerusi kipas? well we do, chinese and indian school only get average 3% from total education fund allocation compared to sekolah kebangsaan 97%. now the government is building more MARA institution where non-malays cannot study one. got fair meh? where got 1 malaysia?

    KYL juga patut mendedahkan serta mengutuk diskriminasi dan tekanan yang diamalkan oleh syarikat-syarikat Cina terhadap pekerja Melayu seperti gaji yang lebih rendah bagi jawatan dan kelayakan yang sama dan sengaja mengenakan syarat fasih berbahasa Mandarin. Seterusnya KYL hendaklah melaungkan supaya semua bentuk diskriminasi itu diberhentikan segera.]—
    i working in a company that 70% are chinese worker. we deal mostly with chinese customers too. so whats wrong if we wish that our employee is able to speak and communicate with our customer?

    yes, in parliament, court, government offices, bahasa melayu is a must. i totally agreed. but in commercial world it depends on demand and supply, nothing racial here, a boss only wish that the employee can make profit for his company, whether chinese, indian, malay, bangladash , it doesnt matter. i have a chinese boss friend who opened a wedding studio targeting on malays only, so all his workers including manager are 100% malays. so? it is nothing about racial issue. it is just business.

    MAA (insurance company) has got a malay boss – Tan sri Ahmad bin mohd Don, but 80% of his agents are chinese. chinese working for malay boss, any problem? no. why dont you blame him for not employing more malay agents? because not many interested. it is just business.

  3. #3 by mba on May 3, 2010 - 9:08 pm

    MARA kasi loan lar. I studied in UK, got a loan from MARA to study medicine. I’m paying it back once i started working.. like rm100-200/month. My JPA friends are the one getting the scholarship and bonded with government for 10 years (if doing medicine). They dont have to pay it back unless they breach the contract.
    And Im sure you know that JPA does sponsor chinese and indians as well.
    And I must say..there’s few chinese who got loan from JPA stay back in UK and work there. I bet they dont even pay it back.

  4. #4 by haji ahmad hatta on May 19, 2010 - 1:49 am

    kalau selama ini kita hidup aman damai dgn berbilang bangsa dan agama , kenapa hari ini kita mesti bertelagah ? carilah jalan penyelesaian dgn penuh rasa tanggungjawab demi keamanan dan kesejahteraan MALAYSIA…fikir2kanlah wahai melayu , cina dan india !

    • #5 by darahtuah on May 20, 2010 - 12:51 am

      salam haji ahmad hatta,

      Itulah yg cuba diusahakan oleh DSN melalui 1Malaysia. Kalau semua faham sptmana yg beliau maksudkan dan kita semua pula menyokongnya maka adalah harapan utk berjaya.

      T/kasih.

      Darahtuah.

  5. #6 by darahmaju on July 17, 2011 - 7:48 am

    Geli aku tengok kandungan blog ni, penuh dengan perkauman dan propaganda. ‘darahtuah’ tuah ni pernah ke duduk overseas? Pernah ke tengok demokrasi di negara maju? Saya rasa tidak.

    Apa yang saya lihat adalah seorang yang takut dengan bayang2 sendiri, yang duduk di bawah tempurung, simple minded; senang terpedaya dengan propaganda dan yang pasti seorang yang amat rasict.

  6. #8 by Terubok sarawak on May 26, 2013 - 9:56 am

    hahaha, Nampak nya dia sendiri yg kiasu dan iri dgn org lain..UITM tu memang tertubuh kerana sikap kiasu, tertutup kepada kaum lain kerana iri dan kiasu juga…mengarut lah!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: