OECD akui Melaka maju

Tugas suci dan ikhlas memajukan Melaka telah diusahakan para pemimpin Melaka sejak ianya merdeka lebih 52 tahun lalu.

Sehubungan usaha ini, prakarsa unik YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam ialah menetapkan sasaran tarikh mencapai status negeri maju pada tahun 2010 dan menyediakan petunjuk untuk mengukur pencapaian status tersebut. Dalam pada itu, pelbagai projek pembangunan fisikal, ekonomi, insaniah dan rohaniah diteruskan dengan teratur, terancang, sistematik dan berimbang – meliputi semua kaum dan Bandar / luar bandar.

Visi Melaka Maju 2010 telah dilancarkan pada tahun 2001. Sebuah blue print telah disedia dan dibentangkan oleh UPEN. Pada tahun 2002, 23 indikator telah diperkenalkan untuk mengukur kemajuan Melaka.

23 indikator itu dipadankan daripada 43 indikator yang disediakan oleh EPU untuk mengukur kemajuan Malaysia. Tugas penyediaan, pengukuran dan pemantauan tersebut diserahkan kepada Majlis Tindakan Negeri (MTEN) Melaka dan saya menjadi Pengarah Eksekutifnya. Pada tahun 2006 MTEN bertukar nama kepada Direktorat Pelaksanaan Negeri (DPN) Melaka. Saya menjadi Pengarah Eksekutifnya hingga 4 Ogos 2008.

Kritikan hebat yang diterima oleh Selangor selepas mengisytiharkan negeri berkenaan sebagai negeri maju pada tahun 2005 telah mengilhamkan Ali Rustam untuk mendapatkan pengiktirafan daripada badan antarabangsa yang berwibawa.

Atas arahan Ketua Menteri, saya telah menghubungi OECD (Organization for Economic Cooperation & Development) pada akhir tahun 2005. Lawatan dan perbincangan dengan pihak OECD di Paris telah dipimpin oleh Ali Rustam sendiri pada tahun 2006. Saya dan Datuk Zainal, Pengarah UPEN turut hadhir.

OECD telah mencadangkan 32 petunjuk/indikator yang sesuai digunapakai untuk mengukur tahap kemajuan sesebuah negeri/Negara. Petunjuk ini merangkumi aspek ekonomi & infrastruktur, manusia, rakyat dan alam sekitar.

Kami berdua pergi sekali lagi pada tahun 2007 untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Jon Hall, pegawai OECD yang diberikan tugas khas ini, setelah kerja-kerja awal, berdasarkan perbincangan pertama itu, disiapkan.

Pada tahun 2008, seminar tahunan Melaka Maju 2010 telah diadakan pada bulan Ogos. Jon Hall telah turut hadhir. Beliau telah memberikan beberapa ulasan dan cadangan untuk tindakan lanjut.

Pada 15 Mac lalu, saya, Datuk Zainal dan Dr Zulkefli, Pengarah MAMPU telah mengadakan perbincangan awal dengan Jon Hall di Paris. Penjelasan telah diberikan dan isu-isu yang beliau bangkitkan telah dapat dijawab mudah. Kerja ini menjadi mudah kerana data terkini mengenai 32 petunjuk itu telah diemelkan lebih awal kepada Jon untuk beliau halusi.

Perbincangan awal itu disusuli pula mesyuarat rasmi antara delegasi Melaka yang dipimpin oleh Ali Rustam dengan Jon Hall, wakil OECD. Tindakan beliau mempengerusikan sendiri mesyuarat kritikal ini mempamerkan komitmentnya yang tinggi dan konsisten terhadap merealisasikan Visi Melaka Maju 2010.

Setelah diberikan taklimat, penjelasan, huraian dan jawapan yang memuaskan maka Jon Hall telah memaklumkan kepada mesyuarat bahawa

“Mindful of the fact that there is no specific definition of what is a developed country,….Melaka has most of the characteristics of a developed country. Melaka has a strong case to be declared as a developed state.”

OECD telah dapat diyakinkan dengan agak mudah kerana usaha yang dilaksanakan adalah sistematik / saintifik, pengiraan angka-angka berkenaan berasaskan metodologi yang betul, data-data yang digunapakai pula adalah data rasmi dan berwibawa serta ketelusan dalam menyusun dan menyediakan petunjuk-petunjuk berkenaan.

Tindakan susulan yang perlu dibuat selepas ini ialah:

• Mendapatkan kenyataan rasmi/bertulis itu daripada OECD,

• Menganjurkan seminar / dialog untuk menerangkan kepada rakyat mengenai usaha ini dan pencapaian 32 petunjuk tersebut,

• Mewar-warkan melalui pelbagai media / mode supaya semua rakyat mengetahui dan memahaminya, dan

• Mengadakan kajian kualitatif / perception survey untuk mendapatkan pandangan rakyat kerana, akhirnya, perasaan / penerimaan rakyat yang menentukan kemajuan Melaka.

Kini rakyat Melaka membilang hari untuk menyaksikan pengisytiharan Melaka Maju pada tarikh keramat – 2010 (masa), 2010 (tarikh) dan 2010 (tahun) nanti.

Tahniah Datuk Seri dan semua rakyat Melaka kerana negeri Hang Tuah ini berjaya menjadi negeri maju yang pertama di Malaysia yang diakui oleh OECD!

Akbar mengadakan perbincangan awal dengan Jon Hall

Ali Rustam mempengerusikan mesyuarat; turut hadir YB Datuk Wira SUK, Datuk Zainal, Jon Hall dan Akbar

Akbar bergambar kenangan dengan Jon Hall.

  1. #1 by flyingman on March 26, 2010 - 12:57 am

    Tahniah Melaka!! To all that make this possible,keep up the good work..

  2. #2 by syamsul on March 26, 2010 - 4:41 pm

    tahniah datuk!bangge saye menjadi anak melake!

  3. #3 by darahtuah on March 28, 2010 - 9:46 am

    flyingman,

    T/kasih. Arkitek utamanya ialah DAR.

  4. #4 by sarjanhassan on October 15, 2010 - 7:50 am

    Tahniah kepada semua rakyat negeri melaka kerana menjadi negeri Maju 2010!

  5. #5 by Saiful Anuar on October 21, 2010 - 10:10 pm

    Tiada Yang mustahil kalau semua kerja ini dibuat oleh Datuk Akbar Ali…he he he…tak gitu Datuk?

  1. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan di Melaka Maju 2010 |
  2. Kontroversi Melaka Maju 2010 Di Jawab! « Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: