PRK HULU SELANGOR: PILIH PKR, PILIH ANWAR – BINASALAH NEGARA!

1. Semasa berkempen untuk pilihanraya kecil di Hulu Selangor dan juga di tempat-tempat lain, DSAI dan konco-konconya sering meniupkan trumpet tentang bertapa hebatnya DSAI mengemudikan ekonomi Negara. Seolah-olah beliau adalah seorang pakar ekonomi yang hebat.

Berceramah di Sg. Tengi, Hulu Selangor pada 19 April 2010.

2. Sebenarnya, jika Dr M, PM pada masa itu, membiarkan DSAI mengendalikan Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997, ekonomi Malaysia telah ranap seperti ekonomi Filipina dan Indonesia; atau seperti Korea Selatan dan Thailand yang terpaksa menjual harta Negara untuk membayar hutang kepada IMF.

3. Bukan sahaja menanggung hutang yang besar dan maruah tergadai tetapi kehidupan rakyat turut bertambah sengsara sehingga boleh berlaku kacau bilau dan akhirnya akan timbullah desakan supaya Tun M berhenti. Penggantinya ialah, siapa lagi, kalau bukan DSAI yang ketika itu adalah TPM.

4. Itulah yang DSAI idam-idamkan sejak menyertai BN pada tahun 1982. Yang untung adalah beliau serta keluarga dan kroni-kroninya tetapi yang malang dan rugi ialah rakyat dan Negara yang terpaksa mengikut telunjuk IMF/World Bank/ USA/Yahudi!

5. DSAI sebagai PM Malaysia pada masa itu, jika berlaku (na’auzubillah!), hanyalah seorang BONEKA.

6. Kita berasa bersyukur kerana Tun M seorangyang shrewd dan pantas mencium bau mengenai tindak tanduk DSAI dan mereka yang berada dibelakangnya. Tun telah menubuhkan MTEN dan terus mengambil alih sebagi pilot untuk memandu ekonomi Negara keluar daripada krisis berkenaan.

Makan malam bersama petugas BN Melaka pada 19 April 2010

7. Walaupun Tun M dikritik hebat oleh DSAI/IMF/Soros dan geng-gengnya pada masa itu tetapi, akhirnya, mereka telah menjilat semula air ludah masing-masing. IMF/World Bank/Soros telah mengakui dan memuji kebijaksanaan Tun M dalam mengendalikan krisis kewangan itu secara unorthodox. Satu hakikat sejarah yang tak boleh diubah dan dinafikan lagi!

8. Secara ringkas, dibandingkan tindakan DSAI/IMF dengan tindakan Tun M/MTEN dalam menangani krisis tersebut untuk rekod dan tatapan semua.

9. Dipendekkan cerita, DSAI bukanlah seorang pakar ekonomi; satu imej yang cuba diprojekkannya kepada dunia. Orang pun tau apa latar belakang pendidikannya.

10. Rakyat Malaysia juga kini dah tahu bahawa DASAR EKONOMINYA ITU BOLEH MEMBUNUH NEGARA!

  1. #1 by noriranaz on April 20, 2010 - 3:41 pm

    salam,

    tahniah, tuan memang seorang pakar dalam meramal masa depan. memang, klu anwar jd PM binasa negara sebab orang ramai yang tidak undi Anwar akan memberontak.

    Parti-parti politik yang tidak menyokong anwar akan berdemontrasi seperti di thailand dan sudah tentu negara tidak akan aman.

  2. #2 by Cucu Panglima Awang on April 21, 2010 - 2:43 pm

    Tuan,
    Semoga Allah Taala melindungi kita umat Melayu Islam dan Malaysia daripada kegelojohan manusia yang ingin menjadi pemimpin tetapi sebenarnya bakal menghancurkan, seperti ketam yang bakal memesongkan dan seperti syaitan yang bakal mengheret kita ke lembah kemurkaan dan kebinasaan. Nauzubillah…..

  3. #3 by mazar on April 22, 2010 - 9:42 am

    Tuan,
    PILIH BN PILIH NAJIB….NKRA(najib kerja rosmah arah)lagi teruk,,siap membunuh rasuah dan mcm2 lagi…so jng sedap jari menaip…cuba cermin2 diri sendiri sebelum menyurakan sesuatu…

    • #4 by darahtuah on April 23, 2010 - 7:31 am

      mazar,

      Fokuskanlah hujah kepada isu pokok iaitu para 8 di atas.

      Tentang isu membunuh, rasuah dan mcm2 lagi yg dibangkitkan tu – ayohlah buat laporan dengan pihak yang berkuasa; jangan tunggu2 lagi!

      Dalam pada tu, tak dengar/baca ke apa yg dilondehkan YB Zahrin dan YB Zulkifli di Dewan Rakyat baru2 ni? Tak baca ke apa yang didedahkan oleh Nalla tentang wang berjuta yang diperoleh oleh Azmin? Nalla sudah disaman?

      T/kasih.

  4. #5 by sputjam on April 22, 2010 - 10:59 pm

    Nampak gayanya, tiada perbedzaan diantara blog JMD (jebat must die) dan hidup tuah.
    malah, blog JMD patut ditukar kepada AMD (Anwar must die).

    • #6 by darahtuah on April 25, 2010 - 1:39 pm

      sputjam,

      Pohon kayu tak boleh ditumbangkan oleh kapak tetapi ianya boleh ditumbangkan oleh ulunya yang diperbuat daripada batang kayu. Apa natijahnya?

      Natijahnya ialah bangsa sendiri tak boleh ditumbang / dibinasakan oleh kaum lain tetapi ia boleh ditumbang / dibinasakan oleh bangsanya sendiri dan sekutu dengannya.

      Hence, for the sake of Malays’ continued survival, AMD! Indeed, his political demise is long overdue.

      Terima kasih.

      • #7 by sputjam on April 26, 2010 - 10:57 pm

        old wives tale, tuah.
        i do not support DSAI. he is as useless as any malay administrator.
        He was a failed ‘menteri pendidikan’ and menteri kewangan.
        but I believe, mhathir had more failures economically than DSAI, and he was never charged for anything.

      • #8 by sputjam on April 27, 2010 - 9:30 am

        surely, anwar is not one and only. We have read, many times the story of hang tuah and hang jebat.
        Until today, it is still undecided amongst the populace, on who the real traitor is.
        Or the last king of france and russia. It was treason to defy their orders, but in the end, the people removed the obstacles.
        And change will surely come to the malay race, for better or for worse. By removing UMNO from power, and then revitalise the education system to focus more on science, maths, arts, music, sports, history, economics and less in terms of religion, which should not be in the school curriculum in the first place.
        Religion and knowledge does not mix. It merely confuses the people.

  5. #9 by kasturi suda mari on April 23, 2010 - 10:10 am

    well mazar..atleast najib tidak bermain punggung..hehehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: