Apa dah jadi dengan sekolah kebangsaan kita?

1. Sekolah Kebangsaan (SK) sepatutnya menjadi sekolah yang unggul di bawah sistem pendidikan negara. Ia bertapakkan Perkara 152, Perlembagaan Negara, bertiang-serikan Seksyen 2, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967, beratapkan Teras 3, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), 2006 – 2010 dan berlantaikan peruntukan berbilion ringgit setiap tahun. Justeru, SK sewajarnya mampu menarik minat jutaan ibubapa untuk menghantar anak mereka berduyun-duyun bersekolah di situ.

2. Tetapi apa sebenarnya yang terjadi?

3. Diakui bahawa di bawah PIPPP tersebut, pelbagai prakarsa telah dilaksanakan untuk memperkasa SK (Teras 3). Antaranya ialah peluasan program pra-sekolah, pemantapan kurikulum, penambah-baikan aktiviti ko-kurikulum dan sukan, peningkatan prestasi akademik serta penyediaan prasarana dan kemudahan yang berkualiti dan mencukupi.

4. Setelah semua dayausaha tersebut dilaksanakan, apakah outcomenya dari segi enrolmen di SK berbanding dengan SJK (C)? Outcome inilah yang menjadi kayu pengukur utama kejayaan / kegagalan Teras 3, PIPP.

Guru sedang mengajar di SK Tedong

5. Pada tahun 2000, di SK, bilangan murid (a) Bumiputera adalah seramai 2,020,272 (b) Cina seramai 50,786 (c) India seramai 93,056 dan (d) kaum lain seramai 60,409.

6. Di SJK (C) pula, pada tahun yang sama, bilangan murid (a) Bumiputera adalah seramai 43,147, (b) Cina seramai 566,868, (c) India seramai 8,824 dan (d) kaum lain seramai 5,264.

7. Sepuluh tahun kemudian, pada tahun 2010, di SK, bilangan murid (a) Bumiputera adalah seramai 2,196,051 (b) Cina seramai 27,381 (c) India seramai 72,698 dan (d) kaum lain seramai 45,082. Statistik ini jelas menunjukkan bilangan murid bukan Bumi semakin berkurangan di SK – murid Cina menjunam 46%; India menurun 22% dan kaum lain merosot 25%.

8. Di SJK (C) pula, pada tahun yang sama, bilangan murid bukan Cina bertambah ramai berbanding tahun 2000: (a) Bumiputera adalah seramai 56,727 (b) Cina seramai 539,908 (c) India seramai 10,193 dan (d) kaum lain seramai 6,239. Peningkatan peratus masing-masing adalah sebanyak (a) 31% bagi Bumi (b) 16% bagi India dan (c) 19% bagi kaum lain.

9. Adakah statistik ini membuktikan bahawa SJK (C) yang menjadi semakin perkasa; bukannya SK? Apa dah jadi pada SK?

10. Apakah langkah-langkah ala-Blue Ocean yang patut dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran untuk membetulkan segera keadaan ini? Seterusnya apakah pula yang patut dan mampu kita buat untuk membantu Kementerian tersebut dalam urusan yang sama?

Sila klik imej

  1. #1 by sputjam on April 30, 2010 - 11:09 am

    In corporate terms, it sound like a reverse takeover.

    Suasana di srjk sudah melampaui batas dimana tahap disiplin kian menurun, dan perangai murid-murid agak buas. Sering kali, dilaporkan dalam akhbar mengenai kes “Buli”, pergaduhan dan baru-baru ini, kes rogol di khalayak penuntut.
    Dan sering kali, murid2 yang disalahi membuat lapuran kepada pentadbir sekolah, tiada tindakan diambil kerana a) ibu/bapa kepada murid yang mengganas adalah orang ternama b) pentadbir tidak ambil tindakan untuk mengurangkan lapuran buruk kepada kementerian. Ini mungkin akan menjejaskan peluang kenaikan pangkatnya dimasa hadapan.

    Pengajaran bahasa di sekolah SRJK jelas gagal kalau kita saksikan temuduga dengan para artis dan golongan muda, dimana perkataan inggeris dicampur aduk dalam pergaulan/ayat.

  2. #2 by Zul on May 2, 2010 - 2:41 pm

    tutup sjkc..

  1. Apa dah jadi dengan sekolah kebangsaan kita? « Kempen SSS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: