RM3 JUTA UNTUK SRJK (C) RASA – TUNAI JANJI / UGUTAN / BUNGA DIBALAS DENGAN TAHI?

1. Pada 28 April, 2010, hanya tiga hari selepas PRK Hulu Selangor, YAB DSN telah menyampaikan cek bernilai RM3 juta kepada SRJK (C) Rasa. Dari segi prinsip, beliau mahu menunaikan janji dan sekali gus hendak membuktikan kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa beliau dan kerajaan BN memegang teguh pada janji – satu prinsip yang wajar diteladani oleh semua pemimpin lain; malah oleh semua insan sejagat.

Keeping his word: Najib shaking hands with Teck Kim at the cheque presentation ceremony at the Prime Minister’s office in Putrajaya yesterday as (front row, from left) PIBG president Lee Keng Hong, Kin Mooi, Dr Chua and Liow look on.

2. Janji tersebut ditunaikan sekalipun sokongan pengundi Cina terhadap BN bertambah merosot; dari 35% (2008) kepada 28% (PRK Hulu Selangor ini). Pada masa yang sama, beliau menzahirkan harapan agar kaum Cina akan insaf dan akan mengembalikan sokongan mereka kepada BN di masa hadapan.

3. Namun apa reaksi Presiden MCA yang turut hadhir di majlis berkenaan bersama-sama dengan pemimpin atasan MCA yang lain? Tidak dilaporkan beliau berterima kasih atau membuat rayuan untuk menyokong harapan Pengerusi BN itu. Apa yang dilaporkan ialah:

“…we should not punish voters who did not support us. It is the duty of the government in power to look after their needs”.

4. Adakah ini bermakna Presiden MCA condones / endorses tindakan pengundi kaum Cina supaya terus menyokong pembangkang tapi, pada masa yang sama, kerajaan BN hendaklah terus membantu penentangnya? Adakah ini nilai moral pemimpin MCA – bunga dibalas dengan tahi? Susu dibalas dengan tuba? Anyway, apakah nilai moral yang hendak diharapkan daripadanya? DP Chew mempunyai jawapan yang tepat.

5. Jika Tun Tan Siew Sin masih hidup dan menjadi pemimpin MCA hari ini, diyakini beliau akan menolak pemberian tersebut atas rasa tanggungjawab, rasa insaf dan malu yang maha besar. Beliau sedar dan insaf bahawa masyarakat Cina di situ tidak layak menerima bantuan tersebut atas prinsip reciprocity yang menjadi salah satu nilai utama ajaran Confucius. Kaum Cina tak reciprocate!

6. Keyakinan berkenaan bersandarkan tindakan beliau menolak tawaran Tunku / Tun Razak supaya beliau dan beberapa orang pemimpin lain MCA menyertai kabinet selepas pilihanraya umum 1969. Beliau menolak kerana malu sebab MCA kalah teruk ekoran ditolak oleh para pengundi Cina dan beliau bertanggungjawab di atas kekalahan teruk tersebut.

7. Tetapi maruah dan sistem nilai para pemimpin MCA sudah banyak berubah sekarang ini. Bukan sahaja tak ada rasa malu untuk menerima sumbangan tersebut bahkan tak mahu menerima hakikat bahawa para pengundi Cina terus menolak MCA dan pemimpinnya yang mempunyai ‘rekod’ itu.

8. Bagaimana pula reaksi masyarakat Cina yang lain terhadap pemberian RM3 juta itu?

9. Salah satu reaksi ialah seperti yang disiarkan oleh China Press pada 28 April 2010. Dari terjemahan itu, nampaknya inti pati suara hati penulis tersebut ialah:

• Pemberian RM3 juta itu dicemuh;

• Dianggap sebagai satu ugutan;

• Tidak menghargai peruntukan tahunan sebanyak RM1.8 bilion yang diberi oleh kerajaan untuk sekolah Cina; seolah-olah, padanya, kerajaan meminggirkan terus SRJK (C);

• Seolah-olah dia mahu sepenuh perhatian diberi kepada SRJK (C) sahaja; semua wang rakyat hendaklah dicurahkan kepada sekolah tersebut sahaja dan dicurahkan pada satu masa. Bukan begitu?

10. Bagaimana pula reaksi kaum lain, khusunya kaum Bumiputera? Salah satu SMS yang saya terima berbunyi seperti ini:

“Kami pemimpin kerdil di bawah ni selain jadi ketua cawangan, juga pengerusi sek keb dan peng sek agama terpaksa guna duit poket untuk buat program. Alangkah bertuahnya jika kami ni jadi pengerusi sjk (c) dpt berjuta, sayu dan sedeh kami dan ada juga merajuk. Ingat perlembagaan negara bukan begitu mahunya. salam 1 malaysia.”

11. Mengambil kira pelbagai reaksi yang berbeza / bertentangan itu, apakah natijah semua ini? Apakah dia keputusan PRU ke-13 nanti?

12. Mungkinkah yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran?

Harapkan sungai selalu berubah,
Harapkan pagar memakan padi,
Harapkan sokong membawa rebah,
Harapkan laba mendapat rugi.

Rencana China Press

China Press
Perkara: Pilihan Raya Kecil H. Selangor, Pendidikan Sek. Cina?
Ruangan: Perbincangan Umum Rakyat M/S C13 (Nasional)
Tarikh: 28 April 2010 (Rabu)

Tajuk:

Mahu Pengundi Cina Kembali Tidak Sudah
Penulis samaran Shao Xue/ aritikel ini bukan pandangan dari akhbar ini

Satu pilihan raya kecil yang membelanjakan banyak wang dan kerahan ramai tenaga, akhirnya Barisan Nasional peroleh kemenangan apa yang dicita-citakan. Barisan Nasional menang majoriti 1725 undi mengalahkan Pakatan Rakyat. Taniah!!

Kalau diupama arak sudah tentu usianya lebih lama qualitinya lebih baik, tetapi apa untuk umpama pada Barisan Nasional, sudah kerap kali menggunakan cara lama hadiah gula-gula, kadang-kadang masih boleh diterima lagi. Bagi tujuan untuk menang, tidak sayang menggunakan banyak tenaga jentera dan kos yang tinggi serta keluarkan janji-janji dan peruntukan, kali ini nampaknya masih berhasil lagi, akhirnya Kamalanathan yang tidak ternama menjadi masyur.

Setelah pilihan raya kecil menutup tirainya, maka mulalah timbul suara-suara yang tidak senang hati, ada orang berkata, Barisan Nasional membelanjakan ratusan juta ringgit tetapi hanya peroleh lebihan 1725 undi, tidak sepeti jangkaan timbalan perdana Menteri Mahyuddin Yassin pada hari pengundian berkata akan berlaku olehan undi lebih daripada 6000 majoriti, sudah tentu kemengan ini tidak begitu cantik dan tidak perlu dibanggakan.

Perdana Menterin dan juga Pengerusi Barisan Nasional Najib, selepas keputusan pilihan raya kecil diumumkan berkata, kemenangan kali ini besar maknanya, tetapi didapati hilang sokongan pengundi Cina, ia perlu diperhatikan serius dan buat kajian dengan terperincin.

Barisan Nasional kehiangan pengundi Cina, kebanyakan undi lari ke Pakatan Rakyat, ia menjadi satu tamparan besar kepada Barisan Nasional, orang yang penuh dengan stategi seperti Najib, terpaksa bersusah payah hadir ke kawasan kuat pengundi Cina di Kuala Kubu Baru, sanggup turun padang mendekati rakyat, minum kopi bersama rakyat di kedai kopi Hainam dan menziarah pasakit-pesakit buah pinggang.

Menang Baru Beri Peruntukan?

Semasa hari pilihan raya sedang berlangsung beliau turun padang berkempen di Hulu Selangor sambil berkata, jika Barisan Nasional menang, akan keluarkan peruntukan untuk sekolah rendah Cina di Rasa sebanyak 3 juta ringgit untuk kos pembinaan sekolah itu.

Kata-kata itu amat lantang, apa pandangan orang-orang Cina apabila mendengar kata-kata itu, jika benar Barisan Nasional kalah, jangan harap sekolah rendah Rasa dapat peruntukan walaupun 1 sen? Sebab itu Pakatan Rakyat dapat pergunakan isu ini mendakwa Barisan Nasional politikan isu pendidikan.

Jika Barisan Nasional menang baru beri peruntukan untuk pembangunan sekolah, bukankah itu semata-mata satu ugutan?

Perpatah cina selalu berkata, biar miskin macam mana sekali pun janganlah miskin pendidikan anak-anak, dalam jiwa orang-orang Cina pendidikan anak-anak amat penting, walaupun pendidikan sekolah-sekolah Cina melalui pelbagai ranjau selama bertahun-tabun ini, kerana tidak ditangani dengan adil oleh pihak yang berkenaan, masyarakat Cina masih sentiasa bersemangat menyumbang wang untuk mendukung pendidikan sekolah-sekolah Cina, supaya dari satu generasi ke satu generasi anak-anak Cina dapat dan berpeluang belajar pendidikan Cina.

Barisan Nasional memang faham bahawa masyarakat Cina mementingkan pendidikan anak-anak mereka, setiap kali menjelang pilihan raya, pendidikan sekolah Cina menjadi permainan dan bahan politik kepada parti pemerintah dan parti pembangkang. Pada masa itulah Barisan Nasional baru menjadi perihatin kepada perkembangan sekolah-sekolah Cina sebagai bahan kempen, mereka menggunakan pelbagai taktik, sekolah-sekolah Cina yang miskin dan terpencil pada masa itulah baru nampak cahaya.

Pengundi Cina Telah Bosan

Permainan wayang memberi peruntukan dan janji-jani semasa pilihan raya, pengundi Cina telah bosan melihat keadaan itu, hak pendidikan yang sepatutnya kepunyaan kaum Cina, kenapa baru diberi perhatian semasa waktu pilihan raya sahaja?

Selama ini pendidikan sekolah Cina tidak diberi pertimbangan sama rata, pengundi Cina di Hulu Selangor tidak makan cakap Barisan Nasional, bukankah ia bukan satu perkara yang mustahil?

Jika mahu pengundi kaum Cina kembali, sebenarnya tidaklah susah sangat, jika laksanakan polisi yang adil, berikan kaum Cina keadilan dan hak yang termaktub di dalam perlembagaan Negara, pemerintah tidak rasis dan menghormati semua kaum, sudah tentu jiwa kaum masyarakat Cina pasti akan kembali menyokong.

Masalahnya sekarang adakah Barisan Nasional berani dengan sikap terbuka serta berani berpandangan jauh menerimanya?

  1. #1 by sputjam on May 4, 2010 - 10:00 pm

    memang tepat. saya akan galakan anak saya untuk berdaftar di sekolah SRJK (c) rasa. paling teruk, beiau boleh berbahas dalam tiga bahsa.
    bandingkan dengan kegiatan haram dan kurang disiplin di sekolah jenis kebangsaan sekarang. amat mencurigakan.

  2. #2 by dinturtle on May 5, 2010 - 1:58 am

    Salam Tuan,

    Mohon izin untuk link post ini dan c&p terjemahan artikel cina press ini kedalam blog saya….

    Blog tuan dah jadi tempat saya dapatkan terjemahan China Press🙂 sepatutnya Umno sudah lama mewujudkan satu pasukan memantau perkara sebegini dan postkan terjemahan2 artikel bahasa cina kedalam satu blog khusus.

    Dapat kita rasai satu perasaan sombong dan besar diri sebagai orang cina melalui tulisan itu. Semoga dapat orang2 Umno sampaikan luahan hati cina ini kepada Najib supaya beliau tahu sebenarnya pandangan orang cina terhadap kerajaannya.

    Mereka tak lut dengan segala pemberian Najib maka hentikanlah.sudah2lah ambilhati mereka yang tak pandai berterimakasih.

    • #3 by Darahtuah on May 5, 2010 - 11:27 am

      Tuan,

      Saya gembira maklumat spt ini disebarkan. Harap kesedaran kita akan meningkat.

      Tk.

  3. #4 by sujini on May 5, 2010 - 11:37 am

    Hidup Tuah

    Sudah agak lama saya tidak meninggalkan komen dalam blog Hidup Tuah.

    Izinkan saya menukuk sedikit tentang tampalan Hidup Tuah kali ini.

    Fakta utama yang menyebakan keadaan rasa tidak senang hati serta cemuhan yang diberi keatas pemberian kerajaan BN, adalah semata-mata kerana orang Melayu dan pemimpin Melayu sendiri.

    Walaupun saya seorang Melayu, tetapi yang salah tetap salah.
    Perasaan ketidaksamaan yang dirasakan oleh kaum ini adalah terbitnya daripada kesalahan orang Melayu sendiri.

    Ya, orang Melayu dan pemimpin besar Melayu!!
    Orang Melayu bersikap hendak hidup senang.
    Tidak gigih berusaha.
    DEB ada disalahgunakan.
    Projek kerajaan diperolehi kerana ada kedudukan politik dan kontrak disubkan kepada taukeh Cina.
    Yang bersusah payah membuat kerja dan membayar “Kick-back” adalah taukeh-taukeh Cina.
    Apakah pengalaman kerja atau “track record” yang diperolehi oleh kononnya peniaga Bumi yang “overnight” ini? 0%
    “Peniaga Bumi” ini hendak kaya cepat, tidak mahu leceh-leceh.Tidak perlu ada kepakaran pun boleh dapat kontrak.Pinjaman pun senang diperolehi kerana semua pihak telah di”bayar”. Yang membayarnya , adalah taukeh-taukeh Cina.

    Daripada segi pendidikan pula, kerajaan masa zaman Tunku dan Tun Razak lagi telah banyak buat kesilapan. Terlalu memberi ruang kepada segala permintaan kaum ini termasuk juga kaum India.

    Pada zaman itu pemimpin Melayu bernasib baik kerana ketua kaum Cina dan India adalah Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan masing-masing. Mereka kedua ini adalah daripada keturunan orang baik-baik.Tan Siew Sin adalah daripada keturunan Baba Melaka (saya tidak tahu pula Smabntahn daripada ketutrunan apa) dan kedua-dua mereka pada masa itu hanya ada satu tujuan (one main goal), iaitu untuk mencapai kemerdekaan. Belum lagi timbul isu kesamarataan.

    Kalau Hidup Tuah masih ingat berapa bilangan Laporan Pelajaran telah digubal dan digubal semata-mata untuk memenuhi permintaan mereka.
    Hidup Tuah sila buat kajian di mana di dunia ini terdapat sistem pelajaran kaum Cina lebih ekstensif berbanding dengan negara-negara diluar benua China, Hong Kong dan Taiwan, kalau tidak di Malaya ketika itu?

    Ini semua kerana apa? Kerana pemimpin Melayulah!!

    Tentang pendirian kaum Cina ini pula, sudah 66 tahun pemimpin Melayu memerintah.Takkanlah tidak tahu lagi hendak menilai ciri-ciri kaum ini.
    Mereka ini adalah bersikap diberi betis hendak peha.Bila diberi peha naik kepala.

    Apabila datang DEB dan disalahgunakan pula oleh kaum yang tidak lain dan tidak bukan digelar Bumiputra (kebanyakannya orang Melayu elit lah tu!) maka mana hati yang tidak sakit. Mereka pun manusia juga seperti kita yang digelar Bumiputra ini.

    Apabila anak-anak mereka yang pandai-pandai tidak dapat biasiswa tetapi anak-anak Bumi yang tidak berapa pandai dapat biasiswa, lagilah berbuku dihati.

    Jadinya nak salahkan siapa? Sistem?Pentadbiran? Politik?
    Siapa dibelakang sistem, pentadbiran dan politik?
    Bukankah pemimpin Melayu?
    Jadi salahkah mereka jika mereka mahukan kesamarataan?

    Sekarang ini bola di laman pemimpin Melayu.
    Pandai-pandailah bermain, jangan sampai seri atau kalah pula , ya.

    Terima kasih.

    • #5 by Darahtuah on May 5, 2010 - 5:18 pm

      sujini,

      Ya, dah agak lama puan tak menurunkan ulasan. T/kasih kerana memberikan pandangan kali ini.

      Masalah Bumi yang puan sebutkan tu memang diakui berlaku dan inilah yang hendak diatasi oleh YAB DSN melalui MEB (belum semua di dalam MEB itu saya setuju). Sama-samalah kita menjayakannya demi masa depan bangsa kita sendiri.

      T/kasih.

  4. #6 by halimtuah on May 13, 2010 - 3:56 am

    silalah menonton ceramah saya bertajuk “ANWAR IBRAHIM TAGHUT YAHUDI APCO” di http://www.youtube.com/watch?v=4omw9YYzd6Q

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: