Dong Zong Menghina Bahasa Kebangsaan / Bahasa Melayu?

1. Awal-awal lagi saya perlu perjelaskan bahawa saya menerima terjemahan berita yang dikeluarkan oleh Nanyang Siangpao ini; bukan saya yang terjemahkan. Saya paparkan untuk penilaian semua.

2. Saya hanya ingin menarik kepada 3 perkara:

• Dong Zong tak wajar memutarbelitkan kenyataan TPM itu; orang Melayu adalah RAKYAT MALAYSIA dan berhak mendapat keutamaan sepertimana yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia seperti Perkara 3 (Agama Islam), 38 (Majlis Raja- Raja), 39 (Kuasa Pemerintah Persekutuan), 89 (Tanah rezab orang Melayu), 152 (Bahasa Kebangsaan), 153 (Keistimewaan orang Melayu) dan 160 (Takrif Melayu).

• Kenyataan TPM bahawa bahasa Cina dan Bahasa Tamil tidak sama dengan bahasa Melayu adalah tepat berdasarkan Perkara 152.

• Dong Zong berhak mempunyai pendiriannya, termasuk pendirian pada tahun 1985 itu, tetapi ia hendaklah selaras dengan Perlembagaan dan undang-undang negara. Justeru pendirian Dong Zong bahawa “semua kaum mempunyai kedudukan bahasa yang sama rata, mendapat penghormatan yang sama, dan boleh digunakan di dalam semua bidang” adalah ultra vires Perkara 152, Perlembagaan Negara. Seterusnya Dong Zong TIDAK boleh memaksakan pendiriannya itu ke atas kerajaan dan rakyat lain.

3. Selanjutnya, saya ingin bertanyakan 2 soalan:

• mengapa kaum Cina tidak mahu assimilatekan kaum mereka dengan masyarakat tempatan sepertimana yang telah berlaku di masa lalu sehingga wujudnya masyarakat Baba Nyonya (Chetiyar bagi kaum India) dan sepertimana yang dilakukan oleh kaum Cina di Indonesia dan di Thailand?

• apakah bukti yang menunjukkan kerajaan menyekat usaha “kembangkan pendidikan bahasa ibunda mereka”, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 152?

4. Eloklah kita sama-sama faham aspirasi berlainan masyarakat dan bagaimana hendak mencari titik penyelesaian dan kesepaduan di bawah payung 1Malaysia bagi keamanan dan kemakmuran bersama.

Rencana Nanyang Siang Pao

Nanyang Siangpao
Per: Kenyataan Tan Sri Muhyiddin
Ruangan: dalam negeri m/s A12
Tarikh: 03 April 2010 (Sabtu)

Tajuk:

Kata-kata TPM tidak sesuai, berbau orang Melayu bukan orang Malaysia: Dong Zong

2hb April KL, Dong Zong berkata, Tan Seri Muhyiddin Yasin sebagai timbalan perdana menteri Malaysia, menyatakan “keutamaan diberikan kepada orang-orang Melayu, seterusnya kepada rakyat Malaysia’ adalah tidak wajar.

Dong Zong mengeluarkan keyataan, kata-kata yang dikeluarkan oleh TPM membanyangkan umpama ada 2 kumpulan yang berbeza, bermaksud orang-orang Melayu bukan orang Malaysia, ini adalah tidak adil kepada orang-orang Melayu.

Selain dari itu, berkaitan kata-kata TPM bahasa Cina dan Bahasa Tamil tidak sama dengan bahasa Melayu, Dong Zong berkata pada 25 tahun lalu keterangan perlembagaan gabungan Cina 1985 telah dengan jelas menggariskan padangan masyarakat Cina terhadap perkara itu.

Dalam surat keterangan perlembagaan gabungan Cina 1985 kurungan 5.1 tertulis “kita terima bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, sebagai bahasa pengantaran untuk semua kaum, tidak boleh dijadikan bahasa Melayu sebagai cara untuk assimilate kaum lain atau pun pandang rendah terhadap bahasa kaum lain. Maksud yang dinyatakan, semua kaum mempunyai kedudukan bahasa yang sama rata, mendapat penghormatan yang sama, dan boleh digunakan di dalam semua bidang”.

Akta perlembagaan gabungan Cina 1985 dengan jelas menyatakan “pihak yang berkenaan perlu menghidar secara sekeras-kerasnya jika ada berlaku sebarang polisi untuk assimilation “sessuatu bahasa , sesuatu sistem pendidikan”, pihak berkenaan perlu mengikut kebebasan kaum itu sediri untuk kembangkan pendidikan bahasa ibunda mereka, pihak ibubapa berhak memilih pendidikan anak-anak mereka melaksanakan polisi ‘aliran pelajaran yang sama, penggunakan pelbagai bahasa’, bagi menepati cirri-ciri negara yang berbilang kaum”.

,

  1. #1 by sputjam on May 6, 2010 - 10:43 am

    Masaalah Malaysia sebenarnya berpunca daripada rakyat yang dikategorikan dalam dua kelas.
    Di Indonesia dan Thailand, ini tidak berlaku. Semua di iktiraf sebagai rakyat jelati. Jadi, tidak terdapat hak keistimewaan dan sebagainya yang menyekat hubungan antara kaum. Peluang pendidikan/pelajaran dan pekerjaan pun setaraf. Ini membuat mereka berbangga bertutur dalam bahasa negara masing-masing.

    Di Malaysia, kaum yang dianggap bukan bumiputra, dihalang dari mencapai matlamat impian mereka dalam pelbagai cara. halangan ini bermula dari persekolahan, sehingga ke pekerjaan bersama pihak pentadbir negara. malah MACC hari ini mengaku bahawa hanya 50 orang kaum cina sahaja yang berkhidmat dari 2000 orang pekerja. Saya fikir, angka ini boleh dianggap sebagai kebiasaan dalam semua perkhidmatan awam.

    Oleh kerana peluang pekerjaan dengan perkhidmatan awam (guru/polis/askar/kerani/pentadbir/ahli sains/juruterknik dll) dan peluang kenaikan pangkat agak tipis, maka ramai terpaksa mencari rezeki yang luar dari pengurusan kerajaan, saperti perniagaan, pihak swasta atau bekerja diluar negara yang tidak memerlukan kefahaman bahasa melayu yang dalam.

    Pemikiran mereka yang tersingkir bahasa ini mungkin akan berubah, jikalau kerajaan memastikan bahawa mereka diberi peluang yang saksama dalam bidang pelajaran dan pekerjaan dengan tidak megira kaum.

    Saya setuju, bahawa seseorang yang tidak boleh berbahas dalam bahasa kebangsaan, boleh diangap kurang sopan and angkuh.

    Untuk makluman tuan, ramai kaum bumiputra melayu mengaggap kaum lain sebagai satu ancaman. Mereka rela bekerjasamam dengan orang luar dan membeli barangan luar negara, daripada membeli barangan buatan Malaysia yang dimiliki oleh bukan bumiputra. Contohnya, “flight information board” di KLIA dan “score board” di stadium Bukit jalil. Terdapat pengusaha tempatan yang membuat barang ini, tetapi pihak pentadbir membeli daripada jenama eropah, iaitu Phillips. Tetapi stadium ASIA games di bangkok, membeli “scorboard” daripada pengusaha Malaysia, dan memberi peluang pekerjaan kepada semua bangsa di negara ini.

    • #2 by Mathematician on May 6, 2010 - 11:17 pm

      “Di Malaysia, kaum yang dianggap bukan bumiputra, dihalang dari mencapai matlamat impian mereka dalam pelbagai cara.”

      Kalau mereka yang dihalang, mengapa kaum Bumiputera pula yang masih belum dapat mencapai impian 30% bahagian kekayaan negara?

      “Jadi, tidak terdapat hak keistimewaan dan sebagainya yang menyekat hubungan antara kaum. Peluang pendidikan/pelajaran dan pekerjaan pun setaraf. Ini membuat mereka berbangga bertutur dalam bahasa negara masing-masing. ”

      Pergilah ke England atau Amerika dan saya cabar kamu cari:
      1. Menteri atau MP berbangsa Cina di Parlimen/White House.
      2. Sekolah vernakular di UK/USA.
      3. Stesen TV UK/USA menayangkan rancangan berbahasa Cina.

      “..maka ramai terpaksa mencari rezeki yang luar dari pengurusan kerajaan, saperti perniagaan, pihak swasta atau bekerja diluar negara yang tidak memerlukan kefahaman bahasa melayu yang dalam.”

      Bukankah kaum Melayu merupakan kelompok pengguna terbesar dalam negara kita? Jadi, adakah peniaga2 Cina ini memujuk kaum Melayu supaya membeli barang niaga mereka dalam bahasa Cina?

      • #3 by sputjam on May 7, 2010 - 3:38 pm

        Saudara “mathematician” salah aham.
        memang benar kaum bumiputra tidak tercapai 30% dari segi ekuiti dalam syarikat yang berdaftar.
        Tetapi, dari segi pemilikan tanah, kaum bumiputra memiliki tanah yang begitu besar, tetapi kurang terurus.
        bagaimnana tanah yang begitu luas yang tidak membawa hasil saya pun kurang faham.
        Tengok sahajalah di kampung baru, kampung datuk keramat, hulu langat, Nilai dan lain-lain kawasan. Tanak yang begitu banyak tetapi tidak membawa hasil pendapatan yang lumayan.
        dari segi ini sahaja, maka kita semua boleh membuat andaian bahawa dengan asset yang begitu banyak, orang melayu masih mengabaikan pengkurniaan tuhan.

        Buatlah kajian di supermarket(semuanya dimiliki oleh orang asing) dan buat perangkaan sebagai mathematician, peratusan buah/buahan dan sayuran yang dibekal oleh orang melayu. Mungkin agak kurang. Kemungkinan juga, durian yang dibekal juga bukan dari ladang melayu. Kalau tanah yang begitu banyak dibazirkan oleh orang meayu, apalagi kalau mereka diberi peluang pelajaran dan kewangan untuk berniaga.

        Di amerika, orang berkulit hitam pun boleh jadi presiden kalau layak.Dimalaysia? kemungkinan beberapa abad lagi.

        Orang melayu adalah terbesar dari segi pengguna, tetapi agak kecil dari segi perbelanjaan. sebab itu iklan dalam majalah melayu hanya untuk barang yang murah dan ikaln dalam surat khabar inggeris untuk barang yang lebih lumayan.

        • #4 by tenno on May 11, 2010 - 5:46 pm

          Sputjam,

          anda suka simplistic sesuatu perkara. Berkenaan hal tanah, org melayu rela kerajaan mengambil tanah mereka dengan pampasan rendah atas nama penbangunan dan kenikmatan bersama tetapi kaum lain akan berduyun2 dijalanan membantah jika diambil tanah mereka.

          Saya jiga ingin anda membuat kajian, jika tanah2 ini diberikan secara sewenang2 kepada org cina terutamanya isu2 seperti di cameron akan berleluasa. Kaum cina hanya memntingkan keuntungan atas segala2nya. Ladang babi yg airnya dialirkan kesungai (lihat di Perak) walaupun garispanduan dikeluarkan supay aliran diasingkan dari sumber tadahan. Penggunaan racun perosak yg berleluasa sehingga mengancam ekosistem cameron higland dan pada satu ketika diharamkan sayuran malaysia ke singapura dan byk lagi.

          Dan untuk pengetahuan anda obama adalah jews. Logik kah american akan memilih org seperi lim kit siang, karpal singh, nik aziz atau anwar ibrahim menjadi presiden mereka?? Amerika memilih pemimpin pada ciri2 jews nya dan anda tidak blh menyamakannya dgn malaysia.

          Kami mungkin akan memilih anda menjadi PM Malaysia walaupun pun anda adalah cina atau india atau apa2 bangsa sekalipun dengan syarat anda mestilah muslim. Kami juga tidak memandang saudra Ridhuan Tee Abdullah sebagai seorang cina tetapi sebagi seorg muslim. Inilah yg kami banggakan kerana kami tidak rasis seperti anda.

    • #5 by tenno on May 11, 2010 - 5:29 pm

      sputjam,
      anda melihat dari kacamata yg sempit, ianya bukan melayu tetapi bumiputra sebenarnya diberikan keistimewaan ini. Jika kerajaan Malaysia tidak meletakkan satu affirmative action yg sedemikian, kumpulan majoriti bumiputra akan ketinggalan kerana kurangnya capital selepas pendudukan kerajaan british. Anda harus melihat kesan langsung yg terjadi di Fiji, Zimbabwe dan Afrika Selatan bila mana golong minoriti menguasai ekonomi dan pentadbiran negara. Anda juga harus melihat kenyataan World Bank tentang keistimewaan yg harus diberikan kepada pihak asal sesebuah negara.

      Tiada istilah kelas pertama atau kedua, jika bukan kerana dasar inilah maka 8 dari 10 jutwan M’sia adalah dari kaum Cina? Anda harus melihat Robert Kuok dan Ananda Krishnan masih lagi menjadi jutawan kerana perniagaan di M’sia, apakah ada signifikan pertambahan kekayaan mereka jika mereka menjalankan perniagaan di HK @ Australia tmpt mereka bermastautin sekarang ini?.

      Halangan yg anda maksudkan bukan dtg dari kerajaan tp dari mental barrier anda sendiri. Mungkin anda tidak mempunyai ciri2 seperti boon siew, goh tong atau pek khiing, tp menyalahkan kerajaan atas ketidakupayaan anda adalah alasan yang dangkal dan lemah.

    • #6 by tebing tinggi on May 11, 2010 - 10:51 pm

      Apa-apa pon permulannya bahasa,tampa bahasa bagimana mungkin berkomunikasi dan tampa bolih berkomunakasi antara satu dengan yang lain dengan baik mana mungkin memahami antara satu dengan yang lain.
      Selagi masyarakat Cina dan Idia mengangap diri mereka pendatang yang mencari kehidupan maka selagi itulah menteliti mereka sebagai menteliti pendatang yang hanya datang mencari kesenangan hidup.
      Tidak payahlah dibuat kajian berjela kerana ianya bolih dilihat dalam kehidupan kita seharian bagimana sikap mereka, sebenarnya kata-kata mereka disisihkan itu hanya ingin menutup sikap sebenar mereka untok tidak dilihat tidak menyumbang kapada kepentingan kebangsaan.
      Kalau setakat pandai makan nasi lemak dan roti canai,jauh lagi untok mengambarkan rakyat malaysia yang sempurna.

      1sekolah >1bahasa 1Malaysia

  2. #7 by dinturtle on May 6, 2010 - 6:22 pm

    Salam Tuan, Sekali lagi saya mohon izin link dan copy ke blog saya. Menyirap darah ni….

    • #8 by sputjam on May 7, 2010 - 3:45 pm

      plagiarism i see? you must be one of the top lecturers at a local university. Heh-heh. Or maybe doing some serious aphrodisiac research, like akar som or sea cucumber.

    • #9 by darahtuah on May 10, 2010 - 8:44 am

      dinturtle,

      Semua artikel saya boleh dilink/salin/rujuk asalkan ianya diacknowledge.

      T/kasih diatas penghargaan tuan.

  3. #10 by Bingai @ Bangang on May 10, 2010 - 10:41 pm

    Blog anda telah tersenarai di e-Direktori Bloggers Malaysia

    Anda dipelawa menggunakan logo e-Direktori di blog anda.

    • #11 by darahtuah on May 12, 2010 - 2:27 pm

      Bingai @ Bangang,

      Ribuan Terima kasih.

  4. #12 by Bapak Lu Babi on October 18, 2011 - 9:31 pm

    by the way, Hang Tuah is proven to be from China. Do you want to change your blog title, blog address? haha, stupid fools.

  5. #13 by BOGIMAN on March 22, 2012 - 5:18 pm

    SEKOLAH SEK U10 SHAH ALAM SAMPAI SEKARANG UMNO SA TAK PERNAH PERJUANGKAN. BN SHAH ALAM BUAT APAAA. NASIB TOK KALID MP SA PERJUANGKAN SEKOLAH.
    OLEH KERANA RAMAI MELAYU DUDUK DI SEK U10 SHAH ALAM. MAKA KEMENTRIAN PELAJARAN LULUSKAN UNTUK PPD-PETALING PERDANA BAGI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL DI ALAM BUDIMAN SEK U10. AMEK KAU. BESOK TIMBUL LAGI ISU GURU TAK SERUMPUN MURID TAK SEBANGSA

  1. THE STAR – CHINESE CHAUVINIST & ANTI MALAY? « Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: