PRK Sibu – APA KAUM CINA TUNTUT KALI INI?

1. Saya tak perlu ulas panjang-panjang apa yang dituntut oleh kaum Cina di Sibu kali ini menjelangnya PRK di sana. Bolehlah baca bersama dengan ulasan saya di sini dan di sini .

2. Memang jelas semua yang dituntut itu adalah untuk mereka; adalah jugak untuk kaum Bumi tapi di nombor terakhir (no. 12) dan tak disebutkan pulak amaunnya. Hmm ..tak penting bagi mereka; sekadar mencukupkan syarat 1Maalysia aje.

3. Kalau tak dapat apa yang dituntut, DS Najib akan diugut?

4. Kaum Bumi pulak mintak ape? Longkang? Tiang letrik? Hmmm…

Perkara: Pilihan Raya Sibu
Ruangan: Artikel Petikan Dari Blog United Chinese Association SIBU
http://www.uca.org.my/cms/ (National)
Tarikh Artikel 1 Mei 2010

Tajuk:

Pilihan Raya Kecil Kali Ini Jangan Lepaskan Peluang Rebut Peruntukan
Penulis Samaran Chee Min

Selepas Najib jadi perdana menteri, setiap kali ada pilihan raya kecil apa permintaan rakyat dalam kawasan undi itu akan dikotakan.

Seluruh Negara tumpukan Sibu kerana ada pilihan raya kecil, kerajaan persekutuan sebelum ini tidak pernah endahkan Sibu, perdana menteri dalam masa satu bulan sudah 2 kali melawat Sibu yang kini memeranjatkan penduduk di Sibu: dikatakan sebelum tarikh pengundian beliau mahu datang sekali lagi, kita sepatutnya fikirkan dan rancang langkah seterusnya ambil kesempatan ini dapatkan duit (peruntukan gula-gula pun tak apa).

Selepas Najib menjadi perdana menteri, setiap kali ada pilihan raya kecil, setiap permintaan pengundi akan dikotakan:

Saya Cadang Kita Minta Peruntukan Seperti Di Bawah Ini:

1. Setiap sekolah rendah Cina 1 juta ringgit
2. Setiap sekolah menengah swasta Cina 2 juta ringgit
3. Majlis pengelola sekoah menengah Cina 5 juta ringgit
4. Majlis pengelola sekolah rendah Cina 3 juta ringgit
5. Dana persatuan buah pinggang 5 juta ringgit
6. Kelab dan gabungan persatuan-persatuan Cina 3 juta ringgit
7. Setiap persatuan di bawah persatuan Cina 200 ribu ringgit setiap satu yang bersaiz kecil 100 ribu ringgit
8. Pembangunan lapangan terbang Sibu 200 juta ringgit
9. Hospital besar Sibu 100 juta ringgit
10. Baik pulih seluruh jalan-jalan yang rosak di Sibu 500 juta ringgit
11. Untuk pusat kebajikan dan rumah orang tua 3 juta ringgit
12. Rumah panjang dan kampong serta pelbagai keagamaan diberikan peruntukan

Serahkan permohonan bajet ini terus kepada perdana menteri ataupun kepada setiausahanya ataupun kepada menteri di jabatan perdana menteri, sesekali jangan melalui pasukan Wawasan Gagasan Sibu, kerana mereka pengecut dan dikhuatiri akan menyusahkan mereka nanti.

Kerajaan persekutuan telah teroka sumber asli di Sarawak selama 40 tahun dan telah mendapat kekayaan dari hasil itu ribuan billion ringgit, pembangunan di Sibu telah terabai selama 30 tahun, kita mahu peruntukan ini hanya semata-mata mahu kembalikan wajah Sibu yang sebenar.

Kita minta kembali sedikit harta kekayaan kepunyaan kita tidak salah, sedangkan Barisan Nasional perlukan kerusi dan sokongan dari rakyat Sarawak untuk memerintah, jika sekarang kita tidak tuntut mahu tunggu sampai bila lagi?

争取拨款,千载难逢的好时机补选

周六, 2010年 05月 01日 18:55 编辑器

纳吉当首相之后,凡遇补选,对选区 内的需求几乎有求必应。

因补选,全国关注诗巫,联邦政府从来不曾这么关 爱诗巫。首相纳吉一个月内二访诗巫真让诗巫人民爱陇若惊了。投票之前他还会再来的。
惊惶之余,我们应该冷静下来好好策划一下如何乘机发一点小财 (糖果拨款也好)。
纳吉当首相之后,凡遇补选,对选区内的需求几乎有求必应。
我建议以下拨款要求:
1)    每间华小一百万。
2)    每间独中二百万。
3)    独中董联会五百万。
4)    华小董联会三百万。
5)    肾赃基金会五百万。
6)    华人社团联合会三百万。
7)    华团属下大的属会每个20万,小属会10万。
8)    诗巫机场建设2亿。
9)    诗巫中央医院1亿。
10)    全面解决诗巫主要道路沉陷问题5亿。
11)    慈善社、老人院每间300万
12)    长屋、Kampong、各宗教团体都可要求拨款。
赶紧拟定各自的发展与财政预算书,直接呈给首相或他的秘书或首相署部长,千万不要通过诗巫的宏 愿队伍去争取,他们不敢,别为难。
联邦政府在砂州40年的资源开发中获取了万亿的财富,诗巫发展已被忽略30多年了,要求十来亿拨款只是要回原属 我们的财富的一部份,一点也不为过,何况国阵政府要依靠砂州的议席执政,此时不开口要求还待何时?

  1. #1 by Dari Serdang on May 12, 2010 - 3:26 pm

    Kalau kaum Melayu mintak duit untuk organisasi Melayu, orang Cina DAP/MCA kata Melayu ni RACIST.

    Tapi kalau diorang yang mintak untuk organisasi Cina diorang… eehhhh tak pe…

    itu bukan RACIST…. CINA MANA PERNAH RACIST!!!

    KALAU NAJIB TAK BAGI APA YANG CINA MINTAK, NAJIB ITU PULAK RACIST…!

    Kann????

    Melayu PAS dok mengangguk aja…

  2. #2 by sputjam on May 12, 2010 - 8:22 pm

    The days of malay domination in malaysia is coming to an end, if the politicians of sabah and sarawak decides to form their own coalition (Say barisan borneo) and act as kingmakers to choose the next ruling coalition of Malaysia. Just like the liberal democrats of UK.
    By leveraging on this strength, they can also get
    a) no import duties for cars
    b) lower import duties for alcohol, as it is part of their culture, but not the culture of the malays in the pninsular.
    c) their own airline
    d) Petronas broken up into two, with assets obtained from sabah and sarawak be created into its own entity.
    e) English medium education, with bahasa taught for national inetrest.

  3. #3 by Abdul Razak Ahmad on May 12, 2010 - 11:40 pm

    Salam,

    Rasanya kalau dalam politik sama ja..melayu pas ke umno. kurang cerdik. bangsa cina tahu kat mana boleh pusing.

  4. #4 by Tedong on May 13, 2010 - 12:07 pm

    Cerdik dan licik politik kaum Cina, meminta apa saja yang boleh dan yang paling penting mereka bersatu dalam hal ini. Kita Melayu masih berpecah 4 (UMNO,PAS, PKR & Atas Pagar) mana satu desakan nak dapat?
    Kita MELAYU Patut contohi apa yang org cina buat..ni baru betul2 dapat membangunkan bangsa!!!
    Org kita masih meminta yang remeh temeh, Longkang, jalan, api, air, rumah PPRT dll.
    Cuba minta yang besar2 yang boleh berkekalan ke ank cucu cicit . . tak ader pun PAS, UMNO berjuang wang berjuta2 utk bantuan anak2 sekolah atau pendidikan seperti menaikan taraf sekolah, minta kelas Tuesyen dibayar dgn guru yang lebih baik mutu pengajarannya, duit biasiswa ditambah ker, kelegkapan sekolah setanding dgn Negara2 maju ker.
    Sikap org melayu sendiri suka meminta, tetapi meminta atas kepentingan diri saja..mana utk 10 jenerasi akan datang?
    Fikir-fikirkan dan terima kasih pasa YB Datuk Senator yang membuka mata pembaca Blog ini . . kita melayu makin lemah dan usaha YB Datuk pun banyak yang tak suka di kampung .. apa dah jadi dgn org kampung kalu semua di persalahkan..buat salah tak buat pun salah ….

    • #5 by darahtuah on May 14, 2010 - 6:22 pm

      Tedong,

      Isu yg Tedong bangkitakan itu – perangai Melayu dan sikap orang kampung – mungkin boleh disimpulkan melalui 2 pantun ini:

      Jangan dijolok buah kedondong,
      Patah galah menimpa dahan,
      Jangan salahkan ibu mengandung,
      Sudah nasib sialnya badan.

      Anak raja memotong kayu,
      Kayu sebatang dibuat titian,
      Alangkah malang nasib Melayu,
      Sama sendiri berdengki2an.

      T/kasih.

      • #6 by sputjam on May 17, 2010 - 3:23 pm

        Orang melayu dengki pada semua, bukan sesama sahaja.
        Umpamanya, GLC atau syarikat melayu kroni yang diberi kontrak besar-besaran, atas alasan menolong syarikat melayu oleh kerajaan.
        Syarikat ini pula meminta terma bayaran yang sangat luar biasa, iaitu sampai beberapa bulan. Ini adalah satu helah syarikat melayu gergasi menyinkirkan pembekal melayu daripada senarai pembekal, mahu pun untuk minyak diesel, atau pasir, simen atau apa-apa pun. Jadi, kekayaan yang patut dikongsikan dengan pembekal melayu tidak tercapai.

  5. #7 by iskandar on May 13, 2010 - 1:52 pm

    Itulah kekuatan minoriti Cina Sarawak.Sebab itulah Cina Sarawak(Fuchow)kuat di Sibu.Mereka bersatu dan berpadu.Jika ‘Boss” kata pangkah ‘Parti Ayam’. ayamlah mereka pangkah dan sebagainya.Orang Dayak dan orang Iban belum lagi berpadu seperti kaum Cina Sarawak..senang dimanipulasi oleh orang yang berkepentingan.Sudah rasmi di Asia Tengara ,kaum Cina menguasai Ekonomi dan penentu politik terutamanya Malaysia.Sepatutnya kerajaan beri bantuan kepada orang melayu bumiputra terutama sekolah melayu yang masih strukturnya kayu bukannya sekolah cina yang mana mereka sudah kaya tentulah kaum mereka boleh bantu bangsa mereka tetapi kerajaan masih lagi bantu berjuta-juta kepada kaum mereka.

  6. #8 by sujini on May 13, 2010 - 11:28 pm

    Hidup Tuah

    Saya ini bukanlah ulama. Tetapi niat PM untuk mengetuai perarakan penganut Tokong Tua Pek Kong di Sibu semalam, bukankah sudah lari daripada akidah?

    Namun, Allah swt masih menyayangi beliau, dan niat itu tidak kesampaian.
    Saya amat khuatir setakat mana PM kita sanggup melakukan perkara-perkara
    sebegini hanya bagi mengambil hati mereka yang bukan penganut ugama Islam.
    Perarakan bagi menyambut ulang tahun Tokong tersebut boleh dianggap mengagongkan dan menyebelahi penganut ugama tersebut.

    Malahan perkara sebegini bukanlah yang pertama kali dilakukan oleh PM. Beliau telah bersama dengan penganut Hindu bagi menyambut ibadah Thaipusam di Batu Cave.

    Rasul Allah Nabi Muhamad saw pun sepanjang pengetahuan saya, tidak melakukan sedemikian. Makanya Allah telah menurunkan Surah Al-Kafirun. Surah ini menitikberatkan kebebasan berugama.Tetapi pada masa yang sama, orang mukmin disuruh berikrar memutuskan hubungannya dengan orang kafir dalam semua aspek ibadah.

    Apa pandangan Hidup Tuah?

    • #9 by sputjam on May 14, 2010 - 4:13 pm

      orang melayu ini berpikiran remeh-temeh. Ini tak boleh, itu, tak boleh. Orang lain pun tak boleh sebut beberapa perkataan.

      saya pikir, dalam dunia ini, hanya orang melayu sahaja yang berpikiran sebegini.

      • #10 by mohamed on May 15, 2010 - 1:34 pm

        “…..saya pikir, dalam dunia ini, hanya orang melayu sahaja yang berpikiran sebegini…”

        Betul! Sebab maruah Melayu belum tergadai lagi. Nantilah…

        mohamed

    • #11 by darahtuah on May 14, 2010 - 6:10 pm

      sujini,

      Concern puan itu amat dihargai. PM mempunyai Penasihat Agama.

      Soalan puan mengenai akidah itu wajar ditujukan kepada, dan dijawab oleh, para mufti serta yang setaraf dengan mereka.

      T/kasih.

  7. #12 by Mahdee on May 17, 2010 - 9:51 am

    Ternyata segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Melayu masa kini tidak lagi memberi kesan kepada kaum Cina. Mereka merasakan mereka boleh membut keputusan sendiri tanpa perlu dirayu, dijanji ataupun ‘disogok’ dengan seberapa banyak peruntukan.

    Pendirian mereka telah jelas. Pemimpin Melayu mesti sedar siapakah selepas ini yang akan terus menegakkan Melayu untuk terus memimpin negara. Pengorbanan yang terlalu banyak dilakukan oleh pemimpin Melayu teerhadap kepentingan Melayu akan melemahkan diri mereka sendiri.

    Renungkanlah… Apa akan jadi setelah bangsa bukan Melayu tidak mahu lagi bersama Melayu dan dalam masa yang sama penggundi Melayu sendiri fed up, marah dan menjauhkan diri dari UMNO?. Nasib Melayu akan lebih malang. Janganlah salahkan orang Melayu apabila mereka melahirkan kehampaan.

    Saya berharap dan berdoa agar pemimpin-pemimpin Melayu yang masih berkuasa kembalilah ke pangkal jalan -SAYANGILAH BANGSAMU YANG MELETAKKAN SERIBU HARAPAN. Barulah orang lain menghurmati kita.

  1. PM Najib wajar henti beri habuan kepada minoriti yang sombong « The “thirteen million plus Ringgit” guy rambles….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: