BENARKAH HUJAN EMAS DI NEGARA ORANG, HUJAN BATU DI NEGARA SENDIRI?

1. Saya terpanggil untuk memberikan pandang ekoran daripada beberapa komen, termasuk pembaca Hidup Tuah, mengenai kononnya ramai rakyat Malaysia meninggalkan Negara ini kerana suasana kehidupan yang kurang menarik.

2. Menurut kajian ILO, 2000 (Data Global Migration), hampir 785,000 rakyat Malaysia (3.1%) berhijrah ke Negara asing. Paling ramai ke Singapura (303,828 orang), Australia (78,858 orang), Brunei (57,346 orang ), Filipina (56,343 orang), USA (51,669 orang), UK (50,061), dan Indonesia (46,850 oraang). Tujuh buah Negara tersebut menerima seramai 645,955 penghijrah Malaysia atau 82.2%. Penghijrahan berkenaan, sedikit sebanyak, menyebabkan berlakunya Brain Drain.

3. Dalam pada itu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, seramai 2.1 juta warganegara asing tinggal di Malaysia atau 7.4% daripada jumlah penduduk kita. Ini bermakna lebih ramai orang luar datang ke Malaysia untuk mencari rezeki berbanding rakyat Malaysia yang berhijrah – 2.6 kali ganda lebih ramai yang datang.

4. Pada masa yang sama, fenomena penghijrahan / migrasi ini bolehlah juga dilihat secara perbandingan dengan Negara-negara lain.

5. Mari kita ambil tujuh buah Negara yang diminati oleh rakyat Malaysia itu dan lihat nisbah penduduk Negara berkenaan di luar Negara berbanding jumlah penduduk Negara masing-masing.

No.       Negara                 Nisbah

1.           Malaysia               1:36
2.           Singapura            1:18
3.           Australia              1:51
4.           Brunei                   1:22
5.           Filipina                 1:27
6.           USA                        1:137
7.           UK                           1:15
8.           Indonesia             1:126

6. Angka di atas menunjukkan bahawa bagi setiap 36 orang penduduk Negara ini hanya seorang sahaja yang berhijrah. Hanya penduduk Australia (51), USA (136) dan Indonesia (126) sahaja yang tidak ramai berhijrah dari segi nisbah berbanding Malaysia.

7. Data yang sama menunjukkan bahawa lebih ramai rakyat di empat buah Negara lain itu meninggalkan Negara mereka berbanding penghijrahan rakyat Malaysia. Dua kali ganda lebih ramai rakyat Singapura (18) meninggalkan pulau kuku besi itu sekalipun dikatakan hujan emas turun di sana berbanding dengan rakyat Malaysia (36) meninggalkan Negaranya yang dikatakan berhujan batu.

8. Lebih ramai lagi rakyat UK (2.4 kali ganda) meninggalkan pulau yang dikatakan bertemadun tinggi itu berbanding rakyat Malaysia yang berhijrah.

9. Brunai yang kaya raya itu juga mengalami kadar penghijrahan yang lebih tinggi (22); inikan pula Filipina yang miskin itu (27).

10. Justeru terbukti hujan emas di Malaysia dan hujan batu di Negara orang! Maka tidak hairanlah lebih 2.0 juta pekerja asing datang mencari ‘emas’ di Negara ini!

11. Pada masa yang sama, prakarsa Brain Gain (menarik modal insan yang berkualiti) hendaklah diperkemaskan lagi. Sumbangan mereka diperlukan untuk membantu melonjakkan pertumbuhan ekonomi Negara dalam masa sepuluh tahun ini ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

  1. #1 by Wake up! on May 31, 2010 - 11:55 pm

    Negara Singapura pun mengalami brain drain sebab itu terpaksa mencuri pekerja mahir dari Malaysia dan negara lain.

    Malaysia patut mencuri semula pekerja yang telah dicuri Singapura sehingga Singapura tiada lagi pekerja mahir dari Malaysia.

  2. #2 by http://www.ismail.com.my on June 1, 2010 - 10:50 am

    Kena awasi juga, jangan brain yang datang tu jenis brain yang bawa virus islam liberal, biasanya yang datang dari benua india…

  3. #3 by sputjam on June 1, 2010 - 11:13 am

    (3. Dalam pada itu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, seramai 2.1 juta warganegara asing tinggal di Malaysia atau 7.4% daripada jumlah penduduk kita. Ini bermakna lebih ramai orang luar datang ke Malaysia untuk mencari rezeki berbanding rakyat Malaysia yang berhijrah – 2.6 kali ganda lebih ramai yang datang.)

    malangnya, tidak pula mengatakan quality orang asing yang berhijrah keMalaysia. Jadi tidak hairanlah walaupun ramai yang masuk, tidak ramai yang membayar cukai, manakala yang berhijrah keluar, ramai terdiri daripada golongan yang membayar cukai. Kerana kurang pendapatan, maka kerajaan terpaksa mengurangkan bantuan kepada kepada yang berhak, saperti Ibrahim Ali, yang berani menegur PM secara terbuka dikhalayak orang ramai. Malangnya, orang saperti ibrahim ali kurang paham atau tidak peduli langsung hal ekonomi negara, atau masaalah yang dihadapi oleh yang lain kerana sifat tamak dan pentingkan hal diri sendiri(selfish).

    ramai lagi rakyat Malaysia yang juga berhijrah kerana mementingkan pelajaran dan kepentingan anak mereka. Suasana kehidupan diMalaysia ini boleh dikatakan agak “stressful” dari segi pelajaran dan pekerjaan. ramai yang bekerja dalam bidang marketing terpaksa bekerja sehingga lewat malam, dan sesiapa yang memiliki kedai sendiri, maka tiada hari cuti untuk mereka. bandingkan dengan pekerja di Kanada. UK atau negara-negara barat, dimana pendapatan mereka cukup untuk mewujudkan “lifestyle” yang selesa, dari sekolah sehingga bekerja.

    • #4 by darahtuah on June 3, 2010 - 12:36 pm

      sputjam,

      malangnya, tidak pula mengatakan quality orang asing yang berhijrah keMalaysia. Jadi tidak hairanlah walaupun ramai yang masuk, tidak ramai yang membayar cukai, manakala yang berhijrah keluar, ramai terdiri daripada golongan yang membayar cukai…[data penghijrahan yg lebih detel tak diperolehi, maka perbincangan tentulah lebih bergantung pd perasaan dan andaian. Pd hemat saya, lebih ramai orang M’sia yg migrate ke s’pura terdiri dari blue colar workers (spt construction workers) berbanding white colar. Ramai yg dtng ke negara kita pula terdiri drp kategori ‘labourers’ kerana permintaannya tinggi sbb orang m’sia tak minat kerja itu. mengenai pekerja berkualiti, sila baca para terakhir rencaan di atas.]

      Kerana kurang pendapatan, maka kerajaan terpaksa mengurangkan bantuan kepada kepada yang berhak, saperti Ibrahim Ali, yang berani menegur PM secara terbuka dikhalayak orang ramai. Malangnya, orang saperti ibrahim ali kurang paham atau tidak peduli langsung hal ekonomi negara, atau masaalah yang dihadapi oleh yang lain kerana sifat tamak dan pentingkan hal diri sendiri(selfish).[Dk Ibrahim Ali memperjuangkan hak bangsanya yg semakin terhakis dan bukan merampas hak orang; perjuangan itu bukan selfish melainkan pemikiran sdr (?) yg kurang sihat. ambil saja satu contoh kuota kemasukan ke IPTA 55 (Bumi): 45 (bukan Bumi). Mengapa Bumi yg syer populationnya lebih besar (67%) mendapat kuota yg lebih kecil (55%) manakala bukan Bumi yg syer populationnya lebih kecil (33%) mendpt lebih dari sepatutnya (45%)? sedangkan merekalah yg melaungkan kesamarataan! Maksud sama rata ialah 67 Bumi n 33 BB. Sama rata ini pun belum lg mengambil kira peruntukan Perkara 153. Inilah yg menimbulkan kemarahan Bumi. Do u understand the problem and Bumi’s anger n frustration? Permintaan dan desakan antara kaum yg berkonflik/bertentangan ini wajar diselesaikan di meja perundingan dgn kepala yg dingin]

      ramai lagi rakyat Malaysia yang juga berhijrah kerana mementingkan pelajaran dan kepentingan anak mereka. Suasana kehidupan diMalaysia ini boleh dikatakan agak “stressful” dari segi pelajaran dan pekerjaan. ramai yang bekerja dalam bidang marketing terpaksa bekerja sehingga lewat malam, dan sesiapa yang memiliki kedai sendiri, maka tiada hari cuti untuk mereka. bandingkan dengan pekerja di Kanada. UK atau negara-negara barat, dimana pendapatan mereka cukup untuk mewujudkan “lifestyle” yang selesa, dari sekolah sehingga bekerja.[tentang hidup stressful yg u bangkitkan itu (bekerja hingga lewat malam)- sy tak faham apa yg u lihat. sy tinggal hanya beberapa hari di kanada tetapi lebih lama di Australia, UK dan USA. Kaum pendatang (bangla, paki, arab, cina, india, thai, dll) bekerja siang dan malam dan hujung minggu. Yg tutup kedai ialah mat saleh di sana. Apa pun, yg penting bukannya mengkritik keadaan; yg matang, produktif dan membina ialah appreciating a problem / situation and help in solving it. barulah kita sama2 turut menyumbang kepada kemakmuran, keamanan dan keselamatan negara kita].

      T/kasih.

  4. #5 by CassimSelamat on June 1, 2010 - 9:22 pm

    Money isnt everything? The reason Brainiac leaves this country or never coming back after study is because lack of opprtunity. Money doesnt come first but its the platform to show their true potential is what lacking in this country.

    • #6 by darahtuah on June 3, 2010 - 3:36 pm

      CassimSelamat,

      All of us know we’ve many problems. Our PM is trying v hard and in many ways to rectify the problems and make Malaysia an excellent country to live and respected by all.

      If u want the country to be what u want, kindly help PM in improving the landscape by moving fr criticising mode to suggesting mode.

      Tq.

  5. #7 by watever on June 2, 2010 - 8:41 pm

    Assalamualaikum Dato’..

    Saya minta tolong Dato’ siarkan artikel yang Dato’ tulis di Malaysian Reserve berkenaan isu bankrap.

    Terima kasih..

  6. #8 by zainal mohd jais on June 5, 2010 - 5:50 pm

    Bila data dan angka menjadi senjata berhujah, semua yg loya buruk dgn mudah kita patah dan padan kan. Selama ini kita diserang dgn emosi dan persepsi, u keluar dgn dengan lebih berani, terbuka, terang-terangan dan heboh.
    Adunkan fakta dan angka itu dgn emosi dan perjuangan. supaya org yang bermain emosi kosong,dayus dan jahat itu kita kuburkan.
    Tahniah sahabat !

    • #9 by darahtuah on June 7, 2010 - 5:27 pm

      T/kasih, Pak Jenal.

  7. #10 by sputjam on June 8, 2010 - 3:59 pm

    kalau dunia ini mengikut nisbah penduduk, maka yang paling kaya sepatutnya orang cina dan india. tetapi malangnya, yang terkaya adalah orang berketurunan eropah. Tetapi dari segi “mental capability” nampaknya mereka sekian maju dan ini boleh dikaji dari kemasukkan penuntut teknikal di universiti yang ternama di US.
    jadi nisbah pendudok patut dibubal dari segi kemasukkan IPTA kerana ini akan menurukan darjat institusi pelajaran tersebut. Semasa badawi menjadi PM, Universiti sains penang telah digelar APEX, dan kemasukkan mengikut kebolehan sahaja. kajian patut dibuat jikalau didapati ada penurunan dari segi kemasukkan pelajar bumiputra ke institusi ini.

    cara paling baik untuk memperbaiki pelajaran penduduk bumiputra adalah dengan mengadakan kelas “kindergarten” dari umor 4 atau 5 keatas. Semasa inilah paling sesuai untuk memajukan kedudokan muridmurid bumiputra. malangnya, ianya diketepikan oleh pihak atasan dan hanya sekarang, isteri Perdana menteri sedar akan kelemahan dan sedang memujuk kementerian pelajaran untuk menjalankan usaha pelajaran pre-school untuk pendudok luar bandar.

  8. #11 by Mahdee on June 10, 2010 - 7:18 am

    Yang Berbahgia Datuk,

    Boleh saya melenchong sedikit dari tajuk……..

    Saya bersetuju akan pandangan Tun Mahathir dan pakar-pakar ekonomi yang telah memberi pandangan samada menyokong atau menentang cadangan pemotongan subsidi untuk mengelakkan negara menjadi bengkrap. Semua hujah menpunyai asas yang kiat.

    Dalam kefahaman orang bisa seperti saya ini bangkrap hanya boleh berlaku apabila kita tidak mempunyai harta atau hasil mencukupi untuk membayar hutang. Atau jumlah hutang melebehi pendapatan dan harta yang kita ada. Dalam sebuah negara kita membandingkan jumlah hutang dengan Keluaran Negara Kasar(GDP). Jika jumlah hutan melebehi GDP kita telah dianggap tergolong dalam kategori negara bangkrap.

    Yang Berbaahgia TUN dan Pakar-pakar ekonimi sekalian…. Dibumi Malaysia yang bertuah ini kita telah dianugerahkan oleh Allah SWT berbagai bentuk kekayaan – hasil bumi, kesuburan tanah, sumber manusia yang berkebolehan walaupun sebahagian darinya masih memerlukan bimbingan dan perlindungan dan sebagainya. Jika kekayaan sumber alam dibandingkan dengan jumlah penduduk yang kita ada sepatutnya kita tidak boleh menjadi bangkrap. Kesederhanaan dalam meletakkan matlamat, mengawal nafsu cepat kaya/cepat maju dan mengadakan tadbirurus yang berdisplin dan cekap kita boleh menghindarkan negara dari menjadi bangkrap.

    Malangnya sikap masyarakat kita Melayu termasuk yang berkuasa sering berselera besar. Semenjak merdeka kita telah meletakkan cita-cita yang terlalu tinggi sehingga tidak sempat atau termampu ditampung oleh keupayaan sebahagian besar rakyat negara ini. Kerana selama ini generasi mereka ditekan oleh penjajah lebih 600 tahun lamanya. Tamadun Melaka tenggelam kerananya.

    Semenjak kita berjaya membebaskan diri dari penjajahan kita masih terus terperangkap. Peracangan untuk projek yang hebat hanya untuk membangkan diri telah menyebabkan kita terjebak didalam perbelanjaan yang diluar kemampuan. Sebahagian projek itu tidak pernah dituntut oleh rakayat. Kita yang meletakkan cita-cita untuk mereka dan merancang untuk mereka. Kita juga mengharapkan rakyat turut bercita-cita besar tanpa mengambil kita kemampuan diri. Kita ingin menjadi hebat dengan kos yang tinggi. Akhirnya kita terjebak dengan hutang yang besar. Kalau tidak berhutang kita menjual harta warisan datuk nenek dengan mudah. Sama seperti remaja yang ingin kelihatan mewah atau menikmati kehidupan mewah dengan mengguna berbagai sumber hutan termasuk kad-kad kredit. Akhirnay mereka terjebak dalam bangkrap.

    dalam pemerhatian saya Skim cepat kaya sebenarnya bukan sahaja diamalkan atau diminati oleh masyarakat pertengahan dan bawahan tetapi juga oleh mereka yang berkuasa. Ini yang paling bahaya jika keinginan yang sama mempengaruhi mereka. Kita sering mengambil jalan mudah sebagai contoh jika orang tempatan tidak cukup dan kurang upaya melaksanakan tugas kita mengimpot pekerja luar dengan ramai. Akhirnya pekerja luar bukan sahaja dapat mencari rezeki tetapi juga menimba pengalaman dan kemahiran. Sikap majikan yang memilih pekerja murah dari luar untuk membolot keuntungan berlebihan memburukkan lagi keadaan ini. apabila mereka balik kenegara asal mereka menggunakan segala pengalaman dan kemahiran untuk memajukan negara sendiri. Ini yang dialami oleh negara Vietnam yang sedang menjana kemajuan. Bagi Malaysia apabila pekerja-pekerja asing ini balik kenegara asal kita menjadi buntu, menghadapi masalah untuk menggantikan mereka untuk menggerakkan ekonomi.

    Pengalaman negara-negara bekas jajahan SOVIET UNION dahulu menghadiapi sindrom yang sama. Apabil mereka mencapai kemerdekaan banyak kilang-kilang besar terpaksa ditutup hanya kerana pekerja-pekerja keturunan Russia balik kenegara asal. Negara-negara Eropah Timur yang baru merdeka ini menjadi lumpuh buat beberapa lama. Sebahagiannya masih berterusan hingga sekarang. Begitu juga negara-negara Arab seperti UEA, Saudi Arabia, Qatar, Kuwuit, dan lain-lain menggerakkan pembangunan negara bukan atas kekuatan rakyat sendiri tetapi oleh kepakaran dan pekerja asing. Setelah sekian lama keadaan ini berjalan rakyat mereka kini menjadi lemah dan tidak mampu mwembangunkan negara sendiri. Mujur Allah masih sayang dan mereka dianugerahkan minyak.

    Keadaan berbeza dengan apa yang berlaku Eropah,di Korea, Jepun, Taiwan, New Zealand, Australia, Singapura dan sekarang sedang diikuti oleh Cina, Vietnam, Indonesia dan juga Thailand.

    Bagaimana Malaysia?. Kita masih beruntung. Saya percaya nasihat Datuk Idris Jala bukan bertujuan untuk menakutkan tetapi untuk memberi amaran dan kesedaran agar kita bermuhasabah diri. Saya percaya kita boleh mengurangkan risko bangkrap jika kita mengambil langkah-langkah berikut:

    1. Mengurangkan cita-cita dan selera besar dan menjadi lebih bersederhana. Bilangan rakyat kita masih tidak membebankan berbanding dengan kekayaan anugerah Allah yang ada….. Lihat dan contohi New Zealand, Brunei Darussalam dan Indonesia. Kalau dalam negara contohi rakyat Kelantan dan Kedah (bukan kerajaannya).

    2. Kurangkan tumpuan kepada kebanjiran pakar dan pekerja asing terutama disektor moden seperti perindustrian, IT kerana ini akan melemahkan keupayaan warga sendiri dalam jangka panjang. Tumpukan kepada pekerja tempatan walaupun melambatkan kemajuan. Pekerja asing hanya boleh diteruskan disektor pertanian bagi tujuan membantu negara yang masih mempunyai ramai rakyat miskin.

    3. Pengurangan subsidi harus dibuat secara berperingkat agar tidak memberikan kejutan kepada rakyat.

    4. Kurangkan pergantungan kepada Pelaburan asing (FDI) kalau kita tidak mahu dijajah secara ekonomi yang akhirnya melemahkan kerajaan pilihan rakyat.

    5. Bersikap tegas dalam melaksanakan dasar dan undang-undang.

    6. Laksanakan semula Dasar penyusunan semula masyarakat seperti Dasar Ekonomi Baru. Agar semua rakyat tanpa mengira kaum dapat hidup selesa dalam negara merdeka.

    7. Tingkatkan hubungan dengna negara-egara pengguna baru seperti kumpulan negara-negara dibawah OIC.

    Mudaha-mudahan negara kita akan terurus dengan baik dan bijaksana. AMIN……….

  1. Kaum Cina dan Tentera « Hidup Tuah!
  2. tambang,energi,minyak,esdm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: