Model Baru Ekonomi – Alat Menjajah Bumiputera? Senjata Menumbangkan Kerajaan?

1. Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) pada 29 Mei 2010 telah mengupas luar dalam Model Baru Ekonomi (MBE). MBE tersebut telah dibentangkan oleh Prof. Dr Normah, Setiausaha Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) dan diulas pula oleh empat orang ahli panel – Senator Datuk Akbar Ali, Datuk Halipah Esa, En. Rajani Ramlan dan Prof. Datuk Ramlah Adam.

2. Tujuan MBE untuk melonjakkan Negara ke tahap berpendapatan tinggi, dari GNP Per Kapita US7,250 (2008) ke US$15,000 (2020), adalah baik dan disokong. Tetapi, setelah mengkajinya dengan teliti, KEB, dengan sebulat suara, telah menerimanya secara bersyarat atau pada prinsipnya ianya DITOLAK. Pendirian ini terpahat dalam Resolusi yang mengandungi 31 syor.

3. Pendirian tersebut dibuat kerana didapati:

3.1 MPEN mengenepikan Dasar Ekonomi Baru (DEB); yang demikian mengingkari arahan DSN yang mahu objektif DEB terus dikekalkan tetapi kaedah pelaksanaannya yang perlu ditransformasikan;

3.2 MPEN tidak berlaku adil kepada DEB dengan meletakkan kesemua kegagalan / kelemahan pengurusan ekonomi negara ke atas Dasar tersebut dan, yang demikian, tujuan sebenar adalah untuk menyerang dan menghina pemimpin Melayu, khususnya, Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir;

3.3 MPEN menghumbankan ke longkang hak-hak keistemewaan Bumiputera di bawah Perkara 153, Perlembagaan Negara dan Peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengannya;

3.4 MPEN tidak menyatakan dengan jelas agenda pembangunan Bumiputera; hanya dua kali perkataan ‘Bumiputera’ disebut dalam buku Ringkasan Eksekutifnya;

3.5 MBE tidak menjamin output / outcome kerana MPEN lebih mengutamakan proses daripada output / outcome; bertentangan dengan arahan TSMY;

3.6 Potensi outcomenya membimbangkan di mana jurang akan semakin melebar dan Bumiputera akan semakin terpinggir – umpama ayam di kepuk mati kelaparan, itek di air mati kehausan;

3.7 MBE boleh menjadi alat untuk menjajah Bumiputera;

3.8 MBE boleh menjadi senjata untuk menumbangkan kerajaan (BN) kerana analisanya yang tidak seimbang – menelanjangkan kelemahan / kegagalan kerajaan (BN) dan kurang memaparkan kejayaannya;

3.9 Kerangka teori MBE agak lemah;

3.10 Bahasa yang digunakan oleh MPEN terhadap kerajaan adalah keras dan kasar; dan

3.11 MPEN tidak jujur serta membuat perbandingan yang tidak adil terhadap usaha kerajaan.

4. Di Majlis Makan Malam pada 29 Mei 2010 anjuran MPM sempena penyerahan Resolusi tersebut kepada DSN, beliau membuat pengakuan berani berikut:

4.1 menegaskan bahawa MBE adalah dokumen MPEN, bukan dokumen kerajaan; ia belum dimuktamadkan (makna PM menjauhkan diri dari dokumen berkenaan);

4.2 memberi jaminan MBE tidak ketepikan agenda Melayu dan Bumiputera;

4.3 meminta orang Melayu jangan khuatir, beliau akan meneliti semua pandangan, termasuk daripada MPM sebagai rakan perundingan utama; dan

4.4 memberi pengakuan bahawa sebagai Presiden UMNO, tidak mungkin beliau tidak mendengar suara orang Melayu yang merupakan majoriti penduduk Malaysia.

5. Laporan / ulasan terhadap KEB ini terdapat di sini, di sini, di sini, di sini dan di sini.

6. Pandangan awal saya mengenai MBE terdapat di sini, di sini dan di sini. Ulasan lanjut saya di Kongres tersebut terdapat dalam slides ini – > KEB-MBE.

7. Semua rakyat Malaysia (Bumi dan bukan Bumi) mempunyai stake ke atas MBE ini. Bukan Bumiputera telah memberikan perhatian yang tinggi terhadap model tersebut demi untuk mempastikan kepentingan masa depan mereka terjamin. Itu hak dan tanggungjawab mereka ke atas anak cucu mereka. Justeru, kaum Bumiputera tidak menyanggah usaha mereka itu memajukan permohanan kepada MPEN.

8. Apa pulak usaha dan tindakan kaum Bumiputera? Terus tidur, lalai dan leka di mana kubur telahpun digalikan untuk bangsa kita? Atau bingkas bangun mempertahan dan memperjuangkan hak anak cucu kita?

9. MPM telah melaksanakan tindakan (a) yang berani dengan MENOLAK MBE dan (b) mengemukakan pula syor yang mantap kepada MPEN. Tindakan tersebut perluhlah disokong oleh semua kaum Bumiputera atas prinsip bulat air kerana pembentung dan bulat masyarakat kerana muafakat. Sebaliknya jika kita tidak bersatu maka yang pastinya ialah antan sama lesung berlaga, ayam yang kenyang!

10. Anehnya mengapa bukan Bumi mengutuk usaha MPM itu dan menghina pula DSN seperti yang terkandung dalam twitter ini?

@weekasiongmp YB, commendable s’ment on MPM. But ur BN Big Boss still took time off 2 address this “primitive” group. How shd we label him? 2:21 AM May 31st via web.

Apa patut dilabelkan orang seperti ini dan tindakan yang sesuai patut diambil?

  1. #1 by sputjam on June 9, 2010 - 12:52 pm

    Saya cadangkan supaya dua kawasan dismenanjung Malaysia, iaitu Pulau Pinang/Prai dan Iskandariah di johor diisytihar kawasan bebas NEP. Pengisytiharan ini dibuat supaya kita semua boleh mengkaji dengan jelas pengaruh NEP keatas ekonomi dan masyarakat.

    Universiti saperti USM (gelugor) dan UTM(skudai) akan menjalankan pentadbiran yang bebas dari cengkaman NEP mengikut kebolehan pelajar/pensyarah dan semua diberi peluang yang sama dan adil. peluang ini dibuka juga kepada semua perniagaan dan cara pentadbiran kawasan tersebut.maknanya, tender untuk kerja pentadbir dibuka kepada semua dan tidak perlu garis panduan ekuiti bumiputra dari MOF.

    Selepas 10 tahun, kita akan meneliti keputusan dari kajian kedua kawasan ini, dan bandingkannya dengan kawasan saperti lembah kelang, dimana pentadbirannya mengikut saperti biasa.

    kalau cadangan ini tidak diindahkan, maka angka angka dan pebualan dan diberi adalah spekulasi sahaja.

    Sekian.

    sekian

    • #2 by darahtuah on June 16, 2010 - 7:26 pm

      sputjam,

      1. Tak perlu syor itu. Potensi impaknya jelas – akan jadi spt s’pura: maju tetapi Melayu terpinggir. Kamu dan orang2 spt kamu akan bersorak sorai.

      2. Sila beri bukti dan fakta makro bahawa NEP itu merugikan Cina dan India di Malaysia dan hanya menguntungkan orang Melayu sahaja.

      Tk.

  2. #3 by zainal mohd jais on June 9, 2010 - 2:28 pm

    Sahabat, kita sedang berhadapan dan berurusan dgn sekelompok manusia yg sudah tercabut akar (jatidiri), akibat pengabaian kpd aspek budaya, tradisi dan patriotisma puluhan tahun yg lalu.
    Kita gila dan rakus kpd matematik dan sains, dan teknologi, sehingga soal roh, jiwa dan batang tubuh manusia kita lihat spt robot yg mahu kita jadikan produk dlm acuan yg diimpikan.
    Saya bukan mahu menyalahkan generasi terdahulu.
    Tapi iktibarnya ialah, kita jangan hilang fokus, jangan keliru dgn prioriti.

  3. #4 by Tedong on June 9, 2010 - 9:09 pm

    Tahniah dan terima kasih Datuk senator serta 3 panel yang lain. Telah membuka mata semua orang2 MELAYU, tidak tahu pula MELAYU yang tidak ambil peduli!!!. Melayu akan terus dipinggirkan sudahlah Subsidi yang diberi selama ini siapa yang untung? Kalau bukan Bagsa CINA? kita ambil kira dari subsidi Gula, Petrol, Perikanan, pertanian dll. semua dia ambil dan mendapat keuntungan yang mudah . . subsidi yang dia dapat adalah dikira UNTUNG BERSIH nya.
    Berbalik kepada MBE ini UMNO perlu memain peranan utama dan sedih sekali pada mesyuarat Agong peringkat Cawanagn tiada satu usul pun dari cawangan di Jasin yang membawa perkara ini ketengah atau hanya senator saja yang berjuang berseorang di Jasin?.. mana AJK UMNO Jasin yang lain? adakah tidak ambil peduli? tidak tahu menahu? atau tiada pengetahuan?..kesin!!! (Seperti kerangka 8)Nasib baik MPM ada bertugkus lumus utk menentang MBE tapi mana pemimpin Melayu yang lain? adakah yg dari kepimpinan cawangan…siapa pandang? . . mana kepimpinan Bahagian, Negeri dan MT?
    Masih berharap dan berdoa agar Perpaduan Melayu akan terlaksana bukan sekadar nama sahaja tetapi dari perbagai sudut i.e. Ekonomi, Perdagangan, pelajaran, pembanggunan, pertanian, kemasyarakatan dll

    • #5 by darahtuah on June 15, 2010 - 6:45 pm

      Tedong,

      Perjuangan MPM berbaloi kerana perkara2 pokok yg diperjuangkannya (tak ada dlm MBE) telah dimasukkan di saat2 akhir ke dlm RMK 10 (draf awalnya tak ada).

      Apa yg dikemukakan oleh Biro Ekonomi UMNO Pusat tak pulak diketahui. UMNO perlu lebih visible memperjuangkan hak orang Melayu / Bumiputera sptmana yg dibuat oleh rakan2nya dlm BN spt MCA, MIC dan Gerakan.

      Nampaknya bukan saja UMNO Jasin kurang beri perhatian kpd MBE / RMK10, UMNO seluruh negara spt membisu. Maka jangan salahkan NGO spt MPM mengambil alih tugas yg sepatutnya dipikul oleh UMNO.

      Namun, dlm MPM itu, ramai juga orang UMNO spt saya.
      Saya terus diminta menyumbang idea dlm menyediakan MBE Bhgn 2.

      Tk.

      Darahtuah.

  4. #6 by Mahdee on June 10, 2010 - 8:33 am

    Yang Berbahgia Datuk,

    Boleh saya melenchong sedikit dari tajuk……..

    Saya bersetuju akan pandangan Tun Mahathir dan pakar-pakar ekonomi yang telah memberi pandangan samada menyokong atau menentang cadangan pemotongan subsidi untuk mengelakkan negara menjadi bengkrap. Semua hujah menpunyai asas yang kiat.

    Dalam kefahaman orang bisa seperti saya ini bangkrap hanya boleh berlaku apabila kita tidak mempunyai harta atau hasil mencukupi untuk membayar hutang. Atau jumlah hutang melebehi pendapatan dan harta yang kita ada. Dalam sebuah negara kita membandingkan jumlah hutang dengan Keluaran Negara Kasar(GDP). Jika jumlah hutan melebehi GDP kita telah dianggap tergolong dalam kategori negara bangkrap.

    Yang Berbahgia TUN dan Pakar-pakar ekonimi sekalian…. Dibumi Malaysia yang bertuah ini kita telah dianugerahkan oleh Allah SWT berbagai bentuk kekayaan – hasil bumi, kesuburan tanah, sumber manusia yang berkebolehan walaupun sebahagian darinya masih memerlukan bimbingan dan perlindungan dan sebagainya. Jika kekayaan sumber alam dibandingkan dengan jumlah penduduk yang kita ada sepatutnya kita tidak boleh menjadi bangkrap. Kesederhanaan dalam meletakkan matlamat, mengawal nafsu cepat kaya/cepat maju dan mengadakan tadbirurus yang berintergriti, berdisplin dan cekap disemua peringkat kita boleh menghindarkan negara dari menjadi bangkrap.

    Malangnya sikap masyarakat kita Melayu termasuk yang meminpin dan berkuasa sering berselera besar. Semenjak Dasar Ekonomi Baru dilenyapkan kita telah meletakkan cita-cita yang terlalu tinggi sehingga tidak sempat atau termampu ditampung oleh keupayaan sebahagian besar rakyat negara ini. Mungkin kerana selama ini generasi kita dahulu telah ditekan oleh penjajah lebih 600 tahun lamanya. Tamadun dan kerajaan Melayu Melaka yang menjadi pusat perdagangan rantau ini dahulu tenggelam kerananya.

    Semenjak kita berjaya membebaskan diri dari penjajahan kita masih terus terperangkap. Kita hapuskan DEB. Peracangan untuk projek yang hebat hanya untuk membangkan diri dan untuk dipuji telah menyebabkan kita terjebak didalam perbelanjaan yang diluar kemampuan. Sebahagian projek itu tidak pernah dituntut oleh rakayat. Kita yang meletakkan cita-cita untuk mereka dan merancang untuk mereka. Kita juga mengharapkan rakyat turut bercita-cita besar tanpa mengambil kita kemampuan diri. Kita ingin menjadi hebat dengan kos yang tinggi. Akhirnya kita terjebak dengan hutang yang besar. Kalau tidak berhutang kita menjual harta warisan datuk nenek dengan mudah. Sama seperti sebahagian remaja yang ingin kelihatan mewah atau menikmati kehidupan mewah dengan mengguna berbagai sumber hutan termasuk kad-kad kredit. Akhirnya mereka terjebak dalam bangkrap.

    Dalam pemerhatian saya Skim cepat kaya sebenarnya bukan sahaja diamalkan atau diminati oleh masyarakat pertengahan dan bawahan tetapi juga oleh mereka yang berkuasa. Ini yang paling bahaya jika keinginan yang sama mempengaruhi mereka. Kita sering mengambil jalan mudah unutk kelihatan mewah. Sebagai contoh jika orang tempatan tidak cukup dan kurang upaya melaksanakan tugas kita mengimpot kepakaran dan pekerja luar dengan ramai. Seolah-olah begitu ramai penuntut kita yang dihantar keluar negara untuk belajar dalam berbagai bidang tidak memberi impak kepada peningkatan keupayaan sumber manusia. Akhirnya pekerja luar bukan sahaja dapat mencari rezeki tetapi juga menimba pengalaman dan kemahiran. Sikap majikan yang memilih pekerja murah dari luar untuk membolot keuntungan berlebihan memburukkan lagi keadaan ini. Apabila mereka balik kenegara asal mereka menggunakan segala pengalaman dan kemahiran untuk memajukan negara sendiri. Ini yang dinikmati oleh negara Vietnam yang sedang menjana kemajuan. Bagi Malaysia apabila pekerja-pekerja asing ini balik kenegara asal kita menjadi buntu, menghadapi masalah untuk menggantikan mereka untuk menggerakkan ekonomi.

    Pengalaman negara-negara bekas jajahan SOVIET UNION dahulu menghadiapi sindrom yang sama. Apabila mereka mencapai kemerdekaan banyak kilang-kilang besar terpaksa ditutup hanya kerana pekerja-pekerja keturunan Russia balik kenegara asal. Negara-negara Eropah Timur yang baru merdeka ini menjadi lumpuh buat beberapa lama. Sebahagiannya masih berterusan hingga sekarang. Begitu juga negara-negara Arab seperti UEA, Saudi Arabia, Qatar, Kuwuit, dan lain-lain menggerakkan pembangunan negara bukan atas kekuatan rakyat sendiri tetapi oleh kepakaran dan pekerja asing. Setelah sekian lama keadaan ini berjalan rakyat mereka kini menjadi lemah dan tidak mampu mwembangunkan negara sendiri. Mujur Allah masih sayang mereka dan dianugerahkan minyak….. tapi untuk berapa lama?

    Keadaan berbeza dengan apa yang berlaku dahulu Eropah, di Korea, Jepun, Taiwan, New Zealand, Australia, Singapura dan sekarang sedang diikuti oleh Cina, Vietnam, Thailand dan juga Indonesia.

    Bagaimana Malaysia?. Kita masih beruntung. Saya percaya nasihat Datuk Idris Jala bukan bertujuan untuk menakutkan tetapi untuk memberi amaran dan kesedaran agar kita bermuhasabah diri. Saya percaya kita boleh mengurangkan risko bangkrap jika kita mengambil langkah-langkah berikut:

    1. Mengurangkan cita-cita dan selera besar dan menjadi lebih bersederhana. Bilangan rakyat kita masih tidak membebankan berbanding dengan kekayaan anugerah Allah yang ada….. Lihat dan contohi New Zealand, Brunei Darussalam dan Indonesia. Kalau dalam negara contohi rakyat Kelantan dan Kedah (bukan kerajaannya).

    2. Kurangkan tumpuan kepada kebanjiran pakar dan pekerja asing terutama disektor moden seperti perindustrian, IT kerana ini akan melemahkan keupayaan warga sendiri dalam jangka panjang. Tumpukan kepada pakar dan pekerja tempatan walaupun mungkin melambatkan kemajuan. Pekerja asing hanya boleh diteruskan disektor pertanian bagi tujuan membantu negara jiran yang masih mempunyai ramai rakyat miskin.

    3. Pengurangan subsidi harus dibuat secara berperingkat agar tidak memberikan kejutan kepada rakyat. Rakyat bawahan dan berpendapatan rendah diberikan insentif untuk mereka meningkatkan produktiviti – seperti yang penghasilannya lebih diberi imbuhan tambahan.

    4. Kurangkan pergantungan kepada Pelaburan asing (FDI) kalau kita tidak mahu dijajah secara ekonomi yang akhirnya melemahkan kerajaan pilihan rakyat. Tentukan pembangunan hartanah dimonopoli oleh rakyat tempatan dan hartanah tidak boleh dimiliki oleh warga asing.

    5. Bersikap tegas dalam melaksanakan dasar dan undang-undang.

    6. Laksanakan semula dasar penyusunan semula masyarakat seperti Dasar Ekonomi Baru. Agar semua rakyat tanpa mengira kaum dapat hidup selesa dalam negara merdeka. Jangan ada rakyat merakasakan terpinggir dalam menikmati kemewahan negara.

    7. Tingkatkan hubungan dengna negara-egara pengguna baru seperti kumpulan negara-negara dibawah OIC.

    8. Tentukan negara ini adalah negara Islam maka semua rakayt akan terbela. Sebaliknya jika negara ini bukan bukan Islam belum tentu kehidupan umat Islam terbela.

    Mudaha-mudahan negara kita akan terurus dengan baik dan bijaksana. AMIN……….

    • #7 by darahtuah on June 15, 2010 - 6:26 pm

      Mahdee,

      Elok pandangan Tuan ini dipanjangkan juga ke Blog YAB PM.

      Tk.

      Darahtuah.

  5. #8 by Wake UP! on June 12, 2010 - 1:14 am

    Melayu baru sudah moden dan liberal serta tidak kisah apa nak jadi dengan kaumnya sendiri.

    Treason law.

  1. THE NEW ECONOMIC MODEL – WHY MPM CONDITIONALLY ACCEPTS? « Hidup Tuah!
  2. Ular Makan Gajah « Hidup Tuah!
  3. Bumiputera tertinggal bas lagi « Hidup Tuah!
  4. NEM – SYSTEMATIC DESTRUCTION OF THE BUMIS? (Part 1) « Hidup Tuah!
  5. NEM – SYSTEMATIC DESTRUCTION OF THE BUMIS? (Part 2) « Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: