Sektor Awam diasak bertubi-tubi

1. Bukan Bumi (BB), khususnya Cina, bertubi-tubi menyerang sektor awam; kali ini oleh En. Tan Teck Yong. Seperti Cina-cina lain, beliau mahu apa yang dikatkan monopoli satu kaum (Bumi) di sektor awam dipecahkan dan kaum Cina diambil beramai-ramai, sambil merujuk kepada populasi kaumnya.

2. Jumlah tenaga kerja di Negara ini kira-kira 11 juta orang – 11% di sektor awam dan kebanyakannya Bumi manakala baki 89% di sektor swasta dan kebanyakannya Cina. Nampaknya nafsu orang Cina tidak akan puas selagi mereka tidak menguasai sektor awam sekalipun mereka telah berkubu di sektor swasta.

3. Sekiranya kaum Cina benar-benar jujur, ikhlas dan mengamalkan sikap bertolak ansur ke arah merealisasikan 1Malaysia yang bersatu padu, maka orang Cina seperti En. Tan bukan sahaja mahukan sektor awam dibuka lebih luas lagi kepada BB bahkan turut menyarankan supaya sektor swasta juga dibuka lebih luas lagi kepada Bumi.

4. Seterusnya beliau hendaklah dengan lantang menyeru supaya diberhentikan segera diskriminasi yang dilakukan tehadap pekerja Bumi dan India.

5. Sekiranya penyusunan semula hendak dijayakan di bawah terminologi baru ‘keterangkuman’ (inclusiveness) maka critical success factor nya terletak di atas kejayaan menyusun semula sektor swasta (89%) dan menghapuskan diskriminasi tersebut.

6. Penyusunan semula ini hendaklah berlandaskan pangkalan data yang lengkap dan terkini serta sasaran yang hendak dicapai menjelang 2020. Bagi tujuan tersebut, Penyiasatan Hakmilik (Ownership Survey) hendaklah dilaksanakan semula oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Kunci kejayaan survey ini, sekali lagi, terletak di atas kerjasama yang baik dan telus oleh pihak swasta.

7. Cadangan mengenai survey tersebut adalah selaras dengan syor MBE (NEM) yang mahukan “sound institutional framework for better monitoring and effective implementation” prinsip keterangkuman.

8. Dalam usaha hendak membuka atau menyusun semula sektor awam, semua pihak hendaklah diingatkan tentang hak kaum masing-masing. Sebagaimana BB tidak mahu kerakyatan mereka dipersoalkan dan tidak sesekali mahu menyerahkan hak tersebut maka Bumiputera juga tidak mahu hak mereka di bawah Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan lain yang bersangkutan dengannya dipersoalkan serta tidak sesekali mahu menggadaikannya.

9. Perkara 153 itu dengan jelas menyebutkan bahawa kuota hendaklah diperuntukkan untuk Bumi dalam perkhidmatan awam. Ditegaskan bahawa tidak ada sesiapa yang boleh mempersoalkan hak ini dan Bumi pula tidak berniat hendak memansuhkannya.

10. Kerajaan janganlah dengan mudah menjual, memajak atau menggadai kuota Bumi ini.

Sinchew Jitpoh
Per: masalah penjawat awam kaum Cina
Ruangan: Opinion Corner m/s 32
Tarikh: 25 Mei 2010 (Selasa)

Tajuk:

Kenapa Bilangan Penjawat Awam Kaum Tidak Seimbang?
Penulis Tan Teck Yong/ artikal di ruangan ini bukan pandangan dari akhbar ini

Pandangan masyarakat umum kaum Cina bertugas sebagai kakitangan kerajaan adalah periuk nasi yang amat kukuh, mempunyai kebajikan yang baik, buat kerja-kerja mudah dan boleh bekerja seumur hidup sehingga pencen. Mengikut laporan tajuk utama muka depan akhbar Sinchew Jitpoh 22 haribulan Mei, bilangan kakitangan kerajaan kini mencecah 1.22 juta orang, kaum Cina hanya mempunyai 6 peratus daripada keseluruhan bilangan tersebut dengan jumlah bilangan di antara 70 ribu orang sahaja, selainnya dimonopoli oleh kaum satu sahaja, apa masalah yang sebenarnya telah berlaku?

Pempin-pemimpin kaum Cina yang berasaskan dari parti komponen kaum Cina banyak kali mencadangkan kepada pihak kerajaan cuba dapatkan pengambilan kakitangan kerajaan dari kalangan kaum Cina, tetapi apa yang dilakukan mereka tidak tercapai, perkara ini menjadi senyap selepas setiap kali dibongkar dan dikemukakan, masalah ini terus dalam proses penapaian tanpa carta batuan masa, masyarakat Cina tidak boleh bersuara, semua orang Cina tahu tetapi tidak boleh bersuara.

Kota Roma bukan dibina dalam masa sekelip mata, selepas polisi ekonomi baru dilaksanakan, banyak isu-isu sensitif seperti isu bilangan penjawat awam yang tidak seimbang dan hak hak itu menjadi tercabar dan menjadi penyebab kepada semua yang sesuatu yang berlaku. Apabila isu-isu penjawat awam kaum Cina menjadi isu hangat, pihak yang berkenaan baru sedar ada sesuatu yang tidak kena. Dimana mereka mendapati nisbah bilangan penjawat awam antara kaum tidak seimbang, tidak dapat menunjukan jurang padu keberkesanan konsep 1 Malaysia, perbezaan dua kategori yang boleh menjejaskan perpaduan kaum dalam masyarakat. Ketua setuasaha kerajaan Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan berkata kaum Cina tidak berminat bekerja dengan kerajaan, itu adalah isu dan perkara yang sudah lapuk, isu “dahulu dan sekarang” oleh Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan cuma boleh didengar,tetapi itu semuanya pandangan dari kaca mata orang-orang bukan Cina terhadap orang-orang Cina, dan jika kita bandingkan dari segi kaca mata kaum Cina itu sendiri melihat kaum mereka menjawat jawatan dalam kerajaan, ada dua kategori pandangan yang berbeza.

Orang ramai datang berurusan ke pajabat kerajaan akan nampak bukan sahaja di kaunter-kaunter, di meja-meja pegawai dan pihak-pihak atasan dalam kerajaan semuanya dari kaum sejenis, dari segi kakitangn pentadbiran kerajaan, polis, askar dan lain-lain pegawai penjawat awam kesemuanya dimonopoli oleh satu kaum warna kulit yang sama. Timbulnya satu pemikiran bahawa penjawat awam pasti bukan dari kalangan kuam Cina yang terpaku dalam otak kita.

Sekarang ini masalah bukan kerana kaum Cina tidak suka jadi kakitangan kerajaan, tetapi perlaksanaan dan saluran pengambilan yang tidak betul sebagai penyebab utama. Gelanggang yang adil yang membolehkan orang-orang Cina boleh bertugas sepatutnya perlu dihalusi. Baru-baru ini SPRM dengan kerjasama Hua Zong membuat pengambilan untuk 40 jawatan kosong telah menarik minat seramai 400 belia kaum Cina, ini membuktikan kaum Cina bukan tidak berminat bekerja dengan kerajaan tetapi tidak diberi peluang.

Kepada masyarakat Cina, kenapa bilangan yang datang temuduga begitu ramai, bilangan itu ramai kerana atas kerjasama Hua Zong yang berjaya menyampaikan dan menghebahkan maklumat kepada masyarakat Cina, ia tiada kaitan dengan isu “dahulu dan sekarang” oleh Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan dengan kata-kata secara ambil mudah dan tidak bertanggungjawab. Sepatutnya lihat dari segi punca asalnya kenapa ia berlaku begitu dan jangan ambil sikap mudah dan terus membuat sebarang andaian.

Selain dari itu, kaum Cina yang berjawat dalam kerajaan kebanyakannya menjadi guru sekolah di bidang pendidikan sahaja, terutama sekali menjadi guru-guru sekolah menengah dan guru-guru sekolah rendah. Selain dari itu, kebanyakan pelajar Cina lepasan SPM dan lepasan Univesiti tempatan memohon masuk ke maktab-maktab perguruan, apa yang berlaku bukan sahaja gagal dalam permohonan, ada yang hilang di tengah jalan begitu sahaja. Permohonan anak-anak Cina yang ingin masuk ke maktab perguruan bilangannya memang sangat banyak, tetapi pihak pengelola pemilihan selepas pemilihan kelayakan akan adakan ujian bertulis pula, selepas lulus ujian bertulis baru layak ditemuduga, akhirnya baru layak masuk ke maktab perguruan, ditapis dan disuling berkali-kali termasuk sekatan sistem kuota yang dilaksanakan, umpama kuah lebih banyak daripada hampas nasi, menyebabkan anak-anak Cina yang dapat masuk ke penjawat awam semakin berkurangan.

Kepada kaum Cina jika mahu menjadi kakitangan kerajaan, perlu lalui tapisan yang sangat ketat, selain daripada mempunyai kelayakan untuk memohon, perlu disabitkan dengan nasib dan tabahkan diri masing-masing. Daripada bermulanya memohon kelayakan mengisi borang masuk, ujian bertulis, temuduga dan yang akhir sekali kena sabar menunggu keputusan, yang paling masyarakat Cina perihatin ialah adakah proses pengambilan itu telus dan adil, adakah tiada orang yang meyeleweng dalam hal ini?

Kepada yang berjaya dan menjadi “pegawai kerajaan yang sah” perlu lagi lalui beberapa percubaan dalam tempat kerja yang perlu mengambil masa begitu lama untuk disahkan dalam jawatan, apabila pihak kerajaan lihat rekod mereka dan melihat laluan asal yang mereka mohon, jangan hanya lihat kerja dalam satu pasukan dalam kerajaan terus membuat keputusan dan buat andaian bahawa orang-orang Cina tidak minat bekerja dengan kerajaan, tetapi terlepas pandang cara dan sistem pengambilan yang begitu rumit pada anak-anak CIna dan banyak jerangkap samar yang menyebabkan ramai anak-anak Cina gagal kerana terperangkap dengan kekejaman dan kezaliman yang nyata itu.

Keratan akhbar Sin Chew Jit Poh

  1. #1 by kay rules on June 15, 2010 - 12:52 pm

    Komplen jer kaum china ni, mcm tiada keje lain…
    Sebenarnya mereka ini dah cuba minta keje kerajaan ke belum?
    Kaum china nih suka bercakap menggunakan punggung dahulu , mana datangnya kebijaksaan mereka? Siapa yg kata mereka bijak mmg la kurang pandai…

  2. #2 by OnDaStreet on June 15, 2010 - 3:58 pm

    Salam Datuk,
    #3 yang Datuk tulis itu nyata “keras”, tetapi itulah yang berlaku. Nampaknya, “Adil” itu telah disalah tafsir..Peluang kerja disektor swasta nyata telah dihadkan dengan meletakkan bahasa sebagai pra syarat..

    saya sendiri ada mengulasnya di sini:

    http://ondastreet.wordpress.com/2010/05/31/mca-youth-calls-nem-rejection-%e2%80%98primitive%e2%80%99-malaysian-insider/

    Apakah akan jadi jika secara terang firma berbangsa lain meletakkan syarat bahasa mereka sendiri sebagai pra syarat? Kenapa kaum cina yang banyak berbuat begitu?

    Adil???

    ~ OnDaStret

    • #3 by darahtuah on June 15, 2010 - 9:57 pm

      ODS,

      Saya juga dah baca post tuan tu. Syabasy.

      Kita tahu mereka hanya tukar terminologi dari race-based kpd needs-based sedangkan asas perjuangan mereka yg racialistic itu tetap tak berubah. Ia umpama kail bersalut emas, namun ia tetap kail dan ikan yg akan mati.

      Iklan mensyaratkan bahasa mandarin / cantonese dll itu adalah a new form of discrimination. Ka siong perlu sedar yg kami sedar.

      Ka siong juga perlu sedar bahawa pembangunan ekonomi di negara kita bukan berkonsepkan permainan bola sepak atau rugbi yg bertempur tanpa mengira perbezaan kekuatan; kita perlu berkonsepkan permainan golf iaitu ada handicapped dan handicapped itu dijamin pula di bawah Artikel 153. Hak ini tak boleh ditarik oleh ka siong sptmana haknya tak blh kami cabut. Ada faham ma?

      Tk,

      Daratuah.

  3. #4 by My Longest Yard on June 15, 2010 - 4:57 pm

    Kenapa macam kurang kaum tersebut menjadi anggota polis?

  4. #5 by sputjam on June 16, 2010 - 12:15 pm

    Sekatan yang diberi kepada kaum cina untuk memasuk sektor awam juga diperguna oleh institusi pelajaran tinggi malaysia untuk mengurangkan nisbah bukan bumiputra dalam institusi tersebut.
    Saya menrayu, kalau kaum bukan bumi disingkirkan dari pertubuhan milik kerajaan, maka mereka patut diberi kebenara untuk menubuhkan maktab pelajaran tinggi penuh (bukan twinning dengan maktab overseas) untuk memenuhi keperluan ini dan bahasa pengajaran tertakluk kepada maktab tersebut iaitu, dalam bahasa inggeris atau mandarin.
    Dan saya juga merayu kepada muhyiddin, untuk membenarkan pelajaran science dan mathematic di ajar menggunakan bahasa Inggeris, iaitu bahasa “mother tongue” kepada 20=30% daripada penduduk negara ini yang terdiri daripada perbahgai kaum, iaitu melayu, cina dan india.

    • #6 by Average Joe on June 20, 2010 - 9:06 pm

      @ sputjam

      1. Kemasukan ke IPTA telah menggunakan meritokrasi sejak kemasukan 2003 lagi. secara puratanya, yg berjaya masuk lebih kurang 60% Bumiputera, 30% Cina dan 10% India. ini bukan ditetapkan melalui kouta, tetapi memang ini statistik yg terhasil setiap tahun. takkan kamu mahu di IPTA tu 95% chinese baru kamu kata adil?

      2. Memasuki sektor awam: saya sudah jawab dalam komen saya yg disiarkan pada 17 june 2010, 8.45am.

      3. kamu ni buta ke buat-buat tak tahu? tak nampak-nampak lagi UTAR dan AIMST?! orang2 seperti kamu juga mahu UiTM dibuka kepada bukan bumiputera. I am telling you, UniKL is 100% owned by MARA. Inridectly, UniKL adalah versi UiTM yg dibuka kepada semua kaum! apa lagi yg kamu mahu?

      4. PPSMI – this is your only argument that I agree with. BRING BACK PPSMI.

      • #7 by sputjam on June 21, 2010 - 3:15 pm

        a) kebanyakaan orang bukan bumi sudah lama meninggalkan harapan untuk memasuki Universiti milik kerajaan dan tidak langsung memohon untuk memasukkinya kecuali orang yang tidak berkemanpuan dari segi kewangan. Certificate yang dikeluaran oeh sekolah cina (chinese school unified certificate-setanding dengan SPM dan buka untuk semua) yang diiktiraf di singapore, taiwan, PRC dan australia, tidak diiktiraf oleh kemnterian pelajaran malaysia. Jadi macam mana nak pohon masuk tempat “local”. Selain itu, banyak mata peajaran sains sukar untuk masuk kerana kekurangan tempat, walaupun mendapat semua A dalam spm dan apabila diberi pilihan lain, ianya tidak bersetuju dengan pelajar tersebut. Kenapa metrikulasi hanya untuk bumiputra sahaja kalau betul-betul meritokrasi?

        b) kemasukan untuk bekerja dalam pekhidmatan awam tergantung kepada pihak pewawancara yang dikuasai oleh sesuatu kaum, kemungkinan graduan kursus biro tatanegara yang telah dipastikan bersifat perkauman.

        c) kalau UniKL dimilik oelh UiTM, maka ianya patut dicetak sebagai dimilik oleh UiTM dan bukan disembunyikan.

        Sekian.

        • #8 by OnDaStreet on June 24, 2010 - 9:41 am

          sputjam,
          a) Boleh nyatakan matrikulasi mana yang 100% bumiputera?

          b)Benarkah mereka bersifat perkauman? Adakah bukti yang tiada langsung pengambilan bukan bumiputera? Bagaimana pula sesi pengambilan pekerja untuk SPRM yang diadakan tahun ini? Rasanya ramai bukan bumiputera yang hadir dan diwawancara dan ada yang diterima. Perkauman? Buktikan kerajaan langsung tidak mengambil bukan bumiputera.

          c)Bagaimana pula Lotus yang tidak dicetak milik Proton? Bagaimana pula Reebok yang tidak dicetak dimiliki Adidas? Sejauhmana anda mengetahui selok belok strategi perniagaan dan penjenamaan?

          ~ OnDaStreet

        • #9 by Average Joe on July 5, 2010 - 1:48 am

          @ sputjam

          Malaysia, seperti negara-negara lain juga, ada sistem penilaian dan persijilannya sendiri di peringkat sekolah. di Malaysia, persijilan sekolah yang diterima pakai untuk masuk universiti awam dan bekerja di sektor awam ialah SPM dan STPM. siapa suruh you punya independent shinese schools memandai-mandai guna sistem UEC? kemudian nak paksa kerajaan iktiraf pula? just because UEC diiktiraf di beberapa negara lain, itu bukan sekali-kali bermakna kerajaan Malaysia juga mesti mengiktirafnya. It’s NOT uncommon to see some good certifications recognised by some countries but not recognised by some other countries. nak selesaikan maslaah ini, suruhlah independent chinese school kamu guna semula persijilan SPM dan STPM, bukannya UEC yang entah dari mana tu. reti bahasa ke tidak?

  5. #10 by Mahdee on June 16, 2010 - 3:21 pm

    Datuk!

    Sebenarnya tidak ada isu yang hendak dibincangkan. Malahan kalau ada isu pun tidak perlu dibincangkan keran isu itu sengaja ditimbulkan oleh mereka yang terlalu tamak dalam segala hal. Selagi mereka tidak dapat menguasai dan memerintah negara ini selagi itu mereka akan mendesak dan terus mendesak. Setelah mereka berjaya maka tahulah nasib bangsaku. Melayu yang akan dipinggirkan.

    Saudara-saudara kita di Singapura yang telah menjadi warganegara dipulau itu dilayan sebagai pendatang yang hidup menumpang walaupun mereka kelihatan bahagia kerana mendapat gaji 3 kali ganda lebi htinggi dari gaji di Malaysia (berdasarkan kadar tukaran semasa).

    Untuk pengetahuan bagi mereka yang kurang arif agaknya, elok mereka disarankan mengkaji apa yang diamalkan oleh kerajaan Singapura – yang diperintah oleh saudara mara mereka – yang memberikan berbagai alasan untuk menafikan hak bangsa Melayu di pulau itu. Malahan sejarah pun hendak dipinda.

    Oleh itu pada saya tidak ada sebab bilangan mereka disektor awam ditambah kerana mereka sendiri kurang memberi peluang kepada Melayu disektor swasta yang dimonolopinya.

    Oleh sebab Melayu ditekan diboikot dengan berbagai cara di sektor swasta maka Melayu tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa membberikan khidmat disektor awam disamping mencari rezeki.

    Kepada saudara-saudara kita yang masih berpeluang menegang tampuk kuasa hati-hatilah. Janganlah terlalu lemah sehingga nasi sudah menjadi bubur.

  6. #11 by Mayday on June 17, 2010 - 7:26 am

    Semoga mereka memahami kenapa Melayu sering bersuara.

  7. #12 by Average Joe on June 17, 2010 - 8:45 am

    Kenapa terlalu sedikit Cina dalam sektor awam? tidak pernah ujud diskriminasi terhadap mereka, tetapi lebih disebabkan faktor2 berikut:

    1. Many of those non-Malays who failed the SPA (Public Services Commission) as well as other govt bodies’ interview speak neither Bahasa Malaysia nor English fluently. Perhaps the only language they’re fluent in is their mother tongue, itu pun entah-entah nahunya lintang-pukang.

    2. Tak pernah ambil tahu skop tugas dan tanggungjawab bagi jawatan yg dimohon, sedangkan ini modal utama untuk menghadapi temuduga SPA. Ini masalah bagi kebanyakan calon yg tidak berjaya dalam temuduga kerajaan, bukan calon non-Melayu sahaja. Apa lagi yang susahnya sedangkan SPA sudah beri “toyol” percuma untuk tujuan ini di portal SPA?

    3. Tidak arif membincangkan isu-isu semasa. Bila berbincang hal ini ramai calon terikut-ikut dengan sentimen hingga terserlah identiti politik kepartian dan perkauman masing-masing! Terlalu terikat pada satu perspektif, dan cepat melatah bila diprovok oleh panel.

    4. Kerja kerajaan tidak boleh bikin wang besar. Memanglah, hakikatnya kerja kerajaan tidak akan menjadikan anda hidup kaya, tetapi hidup senang itu sudah pasti. Hidup senang tu bukan sekali-kali bererti goyang kaki di tempat kerja, ya! Hidup senang yg dimaksudkan ini lebih berupa gaji tetap dan sentiasa on time, pelbagai imbuhan, pelbagai pelepasan dan pengecualian (cukai terutamanya) ikut kelayakan, peluang cuti sambung belajar bergaji separuh atau penuh, EPF/Pencen dan macam-macam lagi. Malangnya kebanyakan bukan Melayu tidak pandang ‘non-monetary perks’ ini.

    5. Disebabkan ego ‘superiority complex’ palsu mereka sendiri! kalau kerja kerajaan, kemungkinan besar berboskan orang Melayu di agensi mereka ditempatkan. tak mungkin mereka ni sanggup bekerja di bawah bos yg dianggap mereka berasal dari satu kaum yg ‘inferior’ sedangkan meeka ‘superior’.

  8. #13 by koko on June 28, 2010 - 2:26 am

    Semakin lama aku fikir, semakin yakin aku kita memerlukan lebih banyak organisasi seperti PERKASA. Sekurangnya dia berani cakap apa yang terbuku di hati, bukannya macam pak Najib/UMNO, PKR dan PAS memang dah kes fail besar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: