Lagi isu Sekolah Vernakular SJKC

1. Antara isu utama bertaraf nasional yang menghantui masyarakat Cina dewasa ini ialah pendidikan, penerusan DEB, rasuah, diskriminasi, kesamarataan, bilangan kaum Cina yang di kecil di sektor awam, ketidak-telusan dan ketidak-cekapan sistem penyampaian kerajaan. Senarainya mungkin lebih panjang lagi.

[Nota: masyarakat Bumi, India dan lain-lain juga mempunyai isu dan masalah masing-masing yang memerlukan perhatian kerajaan. Yang menjadi serius ialah apabila terdapat isu-isu berkonflik antara kaum. Memang ada!].

2. Kerajaan, UMNO dan semua Chinese-based parties dalam BN, khususnya MCA, GERAKAN, SUPP dan LDP, hendaklah dengan berani dan berfakta engaged (bukan berkhutbah) masyarakat Cina untuk merongkai semua masalah tersebut. Fahami masalah, kebimbangan dan aspirasi mereka dan, pada masa yang sama, educate and enlighten them.

3. Lebih elok lagi, semua isu sensitif yang besar ini dibincangkan secara tertib, berhemah, rasional, matang dan tenang oleh para pemimpin parti politik, pemimpin masyarakat dan para cendikiawan dalam bidang masing-masing serta mencarikan penyelesaian yang berkesan. Ia sesuai dibincangkan di bawah bumbung institusi ala Majlis Perundingan Negara, sepertimana yang pernah saya utarakan di dalam Dewan pada bulan Disedmber 2008.

4. Khusus mengenai isu pendidikan, ia merangkumi isu UEC, biasiswa, kemasukan ke IPTA, matrikulasi dan layanan sama rata terhadap sekolah SRJK (C).

5. Isu UEC nampaknya, sekali lagi, akan selesai ke arah yang menguntungkan masyarakat Cina. Jika tidak, mereka akan tenggelamkan kapal BN, atau lebih tepat lagi, kapal UMNO melalui PRU Ke-13 nanti.

6. Isu biasiswa, pinjamnan PTPTN dan isu kemasukan ke IPTA, sepatutnya, telah selesai. Kaum Cina dan bukan Bumi yang lain telah mendapat keuntungan yang amat besar – lebih daripada syer penduduk mereka. Dari segi kewargenagaraan, syer penduduk Bumi ialah 67% manakala bukan Bumi ialah 33%. Sedangkan apa yang mereka dapat adalah sekitar 45%!

7. Namun mereka terus tak puas hati kerana ramai anak mereka yang layak tak mendapat tempat di IPTA. Seharusnya mereka dapat menggunakan common sense bahawa bilangan tempat adalah terhad (bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia) sedangkan bilangan yang layak (anak Melayu dan bukan Melayu) berkali-kali ganda ramainya.

8. Maka sepatutnya mereka semua bolehlah menerima hakikat bahawa sebahagian besar pemohon pasti tak akan mendapat tempat di IPTA. Mereka ini perlulah mencari tempat di IPTS, di luar Negara dan sebagainya. Itulah sebabnya kerajaan membenarkan IPTS ditubuhkan dan pinjaman tabung PTPTN pula diluluskan. Janganlah semata-mata marahkan kerajaan.

9. Bagi kemasukan ke matrikulasi pula, mereka telah diberi tempat sebanyak 10%; lebih tinggi daripada tahap kemasukan pelajar Melayu ke UTAR dan AIMST!
10. Berapa ramai pelajar Melayu di UTAR (milik MCA) dan di AIMST (milik MIC)? Pada 2009, hanya 64 orang pelajar Melayu di UTAR dari sejumlah 18,259 orang atau 0.35%! Di AIMST pula, pada tahun yang sama, adalah seramai 234 pelajar Melayu daripada seramai 2,547 orang atau 9.19%! Itukah tahap generosity hati MCA dan MIC dalam membalas budi orang Melayu?

11. Kini tuntutan layanan sama rata antara SRK dengan SRKJ (C) / SRJK (T) pula, sepertimana yang ditulis oleh Loh Hoon Chou (LHC) dalam SCJP, adalah semakin nyaring. Silalah baca di bawah.

12. Jika apa yang dimaksudkan oleh TSMY itu adalah BETUL dan apa yang difahami serta ditulis oleh LHC itu pula adalah SALAH maka TSMY, selaku Menteri Pelajaran, hendaklah memberikan penjelasan dan rasional yang lebih berkesan dan meyakinkan lagi. Constructive engagement hendaklah diusahakan.

13. TSMY pula hendaklah dibantu secara khusus dan dengan ikhlas oleh Dr Wee Ka Siong serta para pemimpin parti yang berasaskan kaum Cina – MCA, GERAKAN, SUPP dan LDP.

14. Yang dijangkakan sudah pasti ialah isu-isu di atas akan menjadi modal utama dalam kempen PRU Ke-13 nanti dan akan digunakan sepenuhnya oleh parti pembangkang.

15. Satu soalan yang ingin ditanya ialah jika semua desakan dan tuntutan kaum Cina itu dipenuhi, adakah mereka akan kembali berduyun-duyun menyokong BN? Atau mereka akan tetap menumpaskan BN?

16. Dalam pada itu, tidakkah pula sebahagian daripada tindakan kerajaan tersebut boleh menimbulkan kemarahan orang Melayu yang merasakan hak dan maruah mereka terancam dan terus menerus terhakis? Inilah sebenarnya delicate balance yang terpaksa difikirkan oleh kerajaan agar tak berlaku scenario “yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran”!

17. Do we (Malays and Non-Malays) appreciate this dilemma faced by the government?

Sinchew Jitpoh
Per: Pendidikan-KPM-TS Muhyiddin
Ruangan: Opinion Corner m/s 28
Tarikh: 28 Jun 2010 (Isnin)

Polisi Pendidikan Perlu Patuhi Perlembagaan Negara
Penulis Loh Hoon Chou

Timbalan perdana menteri merangkap menteri pelajaran semasa di Parlimen berkata: polisi pelajaran adalah pada dasarnya untuk utamakan sekolah-sekolah rendah kebangsaan, termasuk tapak sekolah, pembinaan sekolah, pembesaran sekolah serta penyelenggaraan sekolah.

Timbalan perdana menteri bukan sekali sahaja membuat pengumuman polisi sedemikian, dua bulan lepas, semasa beliau membentangkan laporan keseluruhan pada yang pertuan aguang semasa di parlimen telah menyatakan kedudukan sekolah-sekolah Cina dan Tamil tidak boleh disamakan dengan sekolah-sekolah rendah kebangsaan, sebaliknya jika tidak berbuat demikian akan melanggar peraturan dan akta perlembagaan dan akta pendidikan.

Tetapi sayang sekali timbalan perdana menteri tidak menjelaskan akta mana di dalam perlembagaan yang melanggar peraturan tersebut dan akta yang mana yang menunjukkan pihak kerajaan mesti mengutamakan sekolah-sekolah rendah kebangsaan, dan sekolah-sekolah Cina dan Tamil tidak boleh mendapat sama rata dengan sekolah rendah kebangsaan.

Sebaliknya kita tahu (akta pendidikan 1961) bahagian 1 kurungan 2 secara jelas menyatakan sekolah rendah kebangsaan itu termasuk sekolah rendah Cina dan sekolah rendah Tamil sama taraf dan boleh mendapat bantuan bermakna pihak kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap ketiga-tiga aliran sekolah rendah itu, dengan itu apa yang disebut oleh timbalan perdana menteri dimana sekolah rendah Cina dan Tamil tidak boleh mendapat sama taraf dengan sekolah kebangsaan langsung tidak ikut peraturan dan undang-undang dalam perlembagaan.

Jika “utamakan pembangunan sekolah rendah kebangsaan”, dan “sekolah rendah Cina dan Tamil tidak boleh disetarafkan dengan sekolah rendah kebangsaan” sebaliknya ini bukan polisi pendidikan di negara ini, menteri-menteri pelajaran yang sebelum ini, serta Najib semasa beliau menjadi menteri pelajaran tidak pernah berkata demikian, kerana di dalam perlembagaan dan di dalam akta pendidikan tidak pernah ada polisi seperti ini.

Apa yang difahamkan dalam kontrak masyarakat pula? Bapa kemerdekaan Tengku Abdul Rahman semasa rakaman ucapan baliau pada tahun 1985 (pernah disiarkan di TV1 pada 9 haribulan Februari 2007) berkata: apabila perbincangan UMNO dengan MCA tidak sehaluan, melalui perbincangan sekali lagi, orang-orang Cina sanggup menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan UMNO berjanji selepas merdeka akan terus pertahankan sekolah-sekolah Cina, dan sama dengan sekolah-sekolah melayu untuk menerajui pendidikan Negara ini.

Ia diiktiraf sebagai teraju dalam pendidikan Negara, sekolah rendah kebangsaan, sekolah rendah Cina dan Tamil langsung tidak dibezakan, tidak ada perkataan yang menyebut perlu dahulukan sekolah rendah kebangsaan. Adakah ia telah melanggar perlembagaan, melanggar akta pendidikan serta melanggar kontrak masyarakat, tetapi perkataan “utamakan pembangunan sekolah rendah kebangsaan” dan”sekolah-sekolah rendah Cina dan Tamil tidak boleh disamakan dengan sekolah rendah kebangsaan” ini semua bukan polisik pendidikan Negara ini, ini semata-mata dilakukan oleh kementerian pelajaran sendiri dan polisi yang dijalankan oleh menteri pelajaran sendiri yang ada sekarang, beliau mengikut undang-undangnya sendiri, ini adalah bermaksud laksanakan undang-undang di luar undang-undang, bukankah kuasa yang dijalankan oleh menteri pelajaran dan kementerian pelajaran sudah terkeluar daripada undang-undang yang sebenar? Mereka telah melanggar akta pendidikan serta perlembagaan Negara, bolehkah kita (tinggalkan kontarak masyarakat)?

Pada tahun 1970 pihak kementerian pelajaran tidak hormati akta pendidikan, langsung tidak melalui keputusan parlimen terus membuat keputusan sendiri mengkategorikan sekolah bantun penuh dan sekolah bantuan separuh, kerana mereka buat undang-undang sendiri maka tidak secara langsung masyarakat Cina terpaksa membayar cukai pendapatan kedua.

Kementerian pelajaran sekali lagi lakar undang-undang sendiri, berani berkata “utamakan pembangunan sekolah rendah kebangsaan” dan “sekolah rendah Cina dan Tamil tidak boleh disamakan tarafnya dengan sekolah rendah kebangsaan” sebagai polisi mereka, dengan nyata telah memperkecilkan perlembagaan Negara, dan memperkecilkan kewibawaan akta pendidikan, jika kita “utamakan sekolah rendah kebangsaan” dan “kedudukan sekolah rendah Cina dan Tamil tidak boleh menikmati sama rata dengan sekolah rendah kebangsaan” polisi seperti ini sama seperti sekolah bantuan penduh dan sekolah bantuan separuh, jika ia berterusan begini, dan dilaksanakan terus polisi seperti ini, kesan buruk yang akan menimpa pendidikan Cina akan lebih teruk daripada sekolah bantuan penuh dan sekolah bantuan separuh, kerana mereka ambil sekolah rendah Cina daripada menjadi tunggak pendidikan diturunkan kepada pendidikan kedua, sebab itu masyarakat Cina tidak boleh pandang ringan dan bertolak ansur.

Artikel di dalam Sin Chew Jit Poh

  1. #1 by cucu osman janggut on July 1, 2010 - 3:24 pm

    Salam,

    Mungkin Tuan boleh ulas cadangan kerajaan memansuhkan UPSR dan PMR? Bagi saya niatnya iaitu memperkukuh sistem pendidikan adalah betul tapi bukan dengan merobohkan apa yang telah sedia terbukti kebaikannya, bak kata orang kampung saya if it aint broke dont fix it. Yang saya faham, UPSR adalah ujian setara di semua sekolah rendah kebangsaan dengan tujuan utamanya menilai kemampuan 3M pelajar (membaca, mengira, menulis) manakala PMR pula mempersiapkan pelajar ke peringkat menengah atas di mana subjek-subjeknya lebih memerlukan pemikiran analitikal seperti fizik, matematik tambahan dan sejarah tamadun dunia. Jika ia dimansuhkan, maka apakah mekanisma gantian untuk menilai pencapaian pelajar? Ia juga nampak tak logik apabila kerajaan bercadang menggantikannya dengan penilaian di peringkat sekolah dan kelolaan sekolah sahaja. Gantikan satu exam dengan exam yang lain? Bukankah ia bercanggah dengan matlamat asal untuk tidak menjadi exam-oriented? Jika dilaksanakan, saya rasa ini akan menjurus ke arah masalah piawaian dan akreditasi, sebagaimana yang berkait dengan isu sijil UEC apabila ujian di sekolah A tidak setara dengan di sekolah B, dan implikasinya pelajar A tidak memiliki set kemahiran yang sama dengan pelajar B. Dan ini akan memperhebat lagi gejala penularan sekolah2 vernakular kerana mereka langsung tidak perlu mematuhi lagi piawaian mutu pendidikan yang ditetapkan kerajaan. Tapi nak duit kerajaan, nak masuk universiti kerajaan, nak scholarship kerajaan!

    • #2 by darahtuah on July 7, 2010 - 10:17 am

      cucu osman janggut,

      Anda mengenengahkan beberapa isu penting:

      1. “if it aint broke dont fix it” – dari sudut menegekalkan status quo ianya memang betul tetapi dari sudut mencari perubahan, maka prinsip tersebut akan dilihat sbgai kolot dan tidak akan ada kemajuan.

      2. peperiksaan UPSR & PMR – pada saya isu yg lebih besar bukan mengekal / memansuhkannya. Isu yg perlu didahulukan ialah menyesuaikan dasar dan kurikulum pendidikan negara untuk memenuhi keperluan pembangunan masa depan yg mana apa yg ada hari ini tak dapatpun memenuhi keperluan MBE. Tumpuan hendaklah diberikan kpd pembinaan 4KIDS (Kepimpinan, Kreativiti, Keusahawanan, Ketahanan, Inovasi, Daya Saing).

      3. sekolah vernikular – ianya tak ada dlm Perlembagaan tetapi terdapat dlm Akta Pendidikan. Berdasarkan perkembangan sekarang, dari satu sudut, nampaknya ia umpama api dalam sekam atau bom jangka. Jika benar demikian, maka SSS amatlah wajar sebagai pilihan dan usaha utk menyelamtkan negara ini.

      T/kasih.

    • #3 by luncai on July 14, 2010 - 9:08 pm

      saya pun kurang setuju dgn usul TPM untuk memansuhkan UPSR dan PMR. bagi saya kenapa isu sebegini patut timbul. isu rombakan didalam pendidikan adalah suatu perkara yang serius. jikalau silap langkah, masa depan anak2 malaysia akan gelap, begitu juga dgn masa depan negara. ianya bukan lah suatu ‘try and error’ @ cuba jaya…kita lihat isu PPSMI juga tak kemana. kerajaan tlah membuat kputusan yg bagus apabila mengumunkan bahawa yuran exam telah dimansuhkan. ttpi bagi hal ini ianya perlu kajian yang menyeluruh dari segala aspek.

      sekian.

  2. #4 by FlyingGhost on July 2, 2010 - 1:28 pm

    Saya setuju dengan Darah Tuah. Sekolah yang berasaskan kaum hanya melahirkan pelajar yang fanatik terhadap kaum masing-masing dan tidak bertolak ansur.

    Saya masih mendapati banyak iklan kerja memberi keutamaan kepada kaum tertentu terutamanya kaum cina.

    Requirement yg biasa didapati dlm iklan.

    -Chinese preferred
    -Able to speak Mandarin

    Walaupun Mandarin hanya adalah bahasa, tapi niat majikan utk mengambil pekerja kaum cina.

    • #5 by luncai on July 14, 2010 - 9:19 pm

      quite true…

      kita melaungkan malaysia adalah negara bangsa.
      contoh baik bagi negara bangsa adalah seperti Indonesia…mereka memilih untuk bertutur dalam Bahasa Indonesia walaupun berlainan bangsa dan agama.
      tapi tdk di Malaysia…org melayu telah memberi keistimewaan kpd kaum lain, dgn kbnaran mndirikan skolah jenis kebangsaan mngikut kaum masing2…pada hakikatnya ianya lebih membentuk jurang antara kaum.

      dapat dilihat apabila mereka memasuki sekolah menengah, rata2 pelajar yg dari sekolah jenis kebangsaan terpaksa mengikuti kelas peralihan kerana tidak dapt bertutur dan menulis dlm bahasa malaysia…akibatnya ramai pelajar yang telah tercicir…

      sekian

  3. #6 by FlyingGhost on July 2, 2010 - 1:42 pm

    Satu lagi pendapat saya.

    Pada pendapat saya, MARA & PTPTN tidak patut memberikan biasiswa berdasarkan kaum tetapi berdasarkan merit dan kedudukan kewangan.

    MARA perlu lebih fokus memberi kesedaran kepada pelajar (bkn saja bumiputra) untuk bersaing dan cemerlang dlm bidang mereka. Terdapat ramai pelajar diluar bandar masih tidak sedar kepentingan pendidikan dlm hidup mereka.

    • #7 by darahtuah on July 7, 2010 - 10:34 am

      FlyingGhost,

      “Pada pendapat saya, MARA & PTPTN tidak patut memberikan biasiswa berdasarkan kaum tetapi berdasarkan merit dan kedudukan kewangan.”

      Anda bukan saja perlu faham tetapi hendaklah juga menerima dan mengakui bahawa 153 memberikan kpd Melayu/Bumiputera di Sabah & Sarawak/ Orang Asli kedudukan istimewa dari segi biasiswa. Tak ada sesiapa boleh menghapuskannya.

      Pemberian berdasarkan merit dan kedudukan sosio-ekonomi memanglah menjadi syaratnya. Sy telah mendapat faedah di bawah sistem ini. Namun, diakui bahawa pemberian itu, di masa lalu, ada berunsurkan ‘know who’; inilah yang cuba dihapuskan oleh YAB DSN.

      Persaingan hendaklah ditekankan di kalangan golongan ini mengikut (with in) stratifikasi sosial masing2; bukan antara kaum kerana masanya belum sampai lg. LKY turut mengakuinya. Bacalah sekali lagi blog sy re ‘THE NEW ECONOMIC MODEL – WHY MPM CONDITIONALLY ACCEPTS?’

      T/kasih.

      • #8 by FlyingGhost on July 13, 2010 - 6:25 pm

        153 patut dihapuskan. Org yang miskin patut mendapat bantuan. Bukannya berasaskan kaum.

      • #9 by FlyingGhost on July 13, 2010 - 6:44 pm

        “153 patut dihapuskan. Org yang miskin patut mendapat bantuan. Bukannya berasaskan kaum.”

        Mari saya ceritakan latarbelakang saya dan mungkin anda boleh faham sebab apa saya nak sangat layanan yang sama.

        Saya bukan bumiputra dilahirkan di Kemubu, Kelantan. Saya dari keluarga miskin. Ayah saya seorang pekerja buruh. kais pagi makan pagi je. saya belajar bersunguh sungguh dan mendapat 7a dlm PMR. Saya memohon untuk masuk asrama penuh tapi tak dapat. Tapi saya mendapat tawaran masuk ke MRSM.

        Lepas masuk baru saya diberitahu saya diambil untuk membandingkan tahap pelajar bumiputra. (Masa ni tak de pun kuota untuk bukan bumiputra di mrsm.) Tapi saya teruskan belajar dan akhirnya mendapat semua A, dan pelajar tebaik disekolah.

        Saya memohon beberapa biasiswa and universiti tapi satu pun tak dapat. Tapi anehnya, 40 pelajar bumiputra lain mendapat biasiswa untuk belajar di luar negara.

        Masa tu saya rasa sedih sekali dan marah tapi tak dpt buat apa apa. Saya tak dapat tempat kat uni tempatan pun.

        Jadi terpaksalah saya bekerja sebab tak de duit untuk masuk kerja sebagai direct selling, jual wallet dan pen kat KL.

        Lepas satu tahun saya apply UPU sekali lagi, dan akhirnya saya mendapat tempat kat UTM. Walaupun, saya mendapat bidang yang saya tak suka, tapi saya terpaksa akur kerana dah tak de pilihan.

        Lepas 3 tahun kemudian, saya jumpa balik kawan kawan saya yg belaja kat luar negara. Saya sungguh terkejut kerana ramai yang gagal kat sana, dan ada yang repeat semester. Cuma beberapa org je belajar dgn baik. Alangkah baiknya kalau berikan org yang betul betul nak study ni.😦

        • #10 by sputjam on July 18, 2010 - 5:25 pm

          Masaalah sebenarnya, Mr Flying ghost,
          kaum melayu masih kurang bersyukur akan bantuan yang diberi oleh kerajaan. mereka membazirkan peluang ini untuk berseronok dan berpesta.
          jalan pun bertehegeh-hegeh. Bila buat kerja, tidak memberi tunpuan, melangut dan bermimpi.
          orang yang gagal inilah yang masih memminta bantuan dari kerajaan. Sepatutnya, mereka diberi peluang sekali sahaja. Selepas itu, mereka patut berdikari.

  4. #11 by sputjam on July 4, 2010 - 2:56 pm

    darah tuah berkata :-
    3. Lebih elok lagi, semua isu sensitif yang besar ini dibincangkan secara tertib, berhemah, rasional, matang dan tenang oleh para pemimpin parti politik

    Pendapat saya :-

    Menteri pelajaran sendiri sudah membuat keputusan muktamad mengenai hal PPSMI tanpa perbincangan yang teliti dengan pelajar/ibu-bapa dan guru-guru, apalagi cadangan mengenai isu pelajaran nasional yang lain.
    Setiap kali permintaan rasional dberi oleh pihak bukan bumiputra, UMNo akan menolaknya atau mengancam mereka yang membuat cadangan tersebut dengan mengunakan artikel 153 perlembagaan.
    Malangnya, perlembagaan tidak memberi secara terperinci “hak keistimewaan” dan kerana ini, banyak salah laku dibuat atas hak ini, dari penurunan standard pelajaran kita sehingga diskriminasi dalam hal pelajaran tinggi dan kontrak/pekerjaan kerajaan.

    hanya diskriminasi kaum secara ketara ini dimansuhkan barulah kaum bukan melayu akan memeluk sistem pelajaran nasional saperti di thailand/phillipines dan indonesia.

  5. #12 by Mayday on July 6, 2010 - 7:11 am

    “Antara isu utama bertaraf nasional yang menghantui masyarakat Cina dewasa ini ialah pendidikan, penerusan DEB,….. diskriminasi, kesamarataan, bilangan kaum Cina yang di kecil di sektor awam,……. Senarainya mungkin lebih panjang lagi.”… by Darahtuah.

    Sebahagian besar dari isu-isu itu telah pun dilayan oleh kerajaan. Sehingga mereka mendapat lebih dari apa yang sepatutnya. Mereka telah masak dengan kelemahan pemimpin-pemimpin Melayu yang mudah diugut, didesak dan lemah dengan pujian. Justru mereka menggunakan strategi yang mudah tapi berkesan ini.. tanpa melibatkan kos.

    Apa yang diharapkan oleh masyarakat majoriti ialah keberanian dan ketegasan kerajaan mempertahankan dasar yang penting seperti masalah bahasa, qota, DEB, biasiswa dll. Ingatkanlah kedudukan BN dalam PRU13 nanti bukan ditangan Bukan Melayu tetapi ditangan pengundi Melayu. Sekarang pun terbukti kejayaan BN meneruskan tanggungjawab selepas PRU12 bukan lagi kerana mereka.

    Saya sangat-sangat berharap pemimpin-pemimpin UMNO janganlah lupakan amanah ini. Ingatlah kedudukan anda adalah kerana Melayu. Tidak ada bukan Melayu yang ingin memberi kuasa kepada anda…….. Belajarlah dari gaya pentadbiran Kerajaan C di Singapuran dan C di Pulau Pinang….. Insyallah kita tidak akan di merintih lagi.

  1. THE STAR – CHINESE CHAUVINIST & ANTI MALAY? « Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: