MUHYIDDIN ANTI CINA & JUDI BOLA

1. Artikel Hu Sou di bawah highlights 3 perkara (a) amat ketara memandang rendah YAB TPM, (b) mahu menumbangkan kerajaan BN untuk mengubah polisi sedia ada kepada yang lebih menguntungkan masyarakat Cina dan (c) bantahan masyarkat Cina terhadap kelulusan lesen judi bola bukan kerana isu moral / agama tetapi kerana isu kronisma.

2. Mengenai isu kronisma itu, selalu kita didendangkan oleh orang-orang seperti Lim Kit Siang bahawa seolah-olah hanya UMNO sahaja yang mengamalkannya dan yang dapat faedah itu pula bukanlah Bumiputera tetapi hanyalah UMNOputera.

3. Lim kenalah cermin diri/partinya sendiri – parti anak beranak (Lim dan Karpal); PKR – parti anak beranak (Anwar); PAS – parti anak menantu (Nik Aziz), Nepotism/cronism of the highest order! Begitu juga MCA, MIC dan Gerakan. Pendek kata “belanga tuduh kuali hitam”!

4. Tidak dinafikan bahawa ramai ahli UMNO mendapat faedah daripada kerajaan tetapi orang-orang seperti Lim Kit Siang hendaklah juga membaca tulisan Hu Sou ini.

5. Adalah jelas bahawa orang Cina dan India turut merupakan kroni BN/UMNO. Secebis contoh ialah pemegang monopoli dalam satu-satu perniagaan seperti judi, gula, tepong, celcos, dan IPP serta penerima kontrak / konsesi yang besar-besar seperti kereta api laju ke KLIA. Anda tentu tahu nama-nama mereka kan?

6. Lantaran timbullah persepsi bahawa sebenarnya, secara kasar, kroni bertahap jerung ialah taukeh-taukeh Cina dan India manakala Bumiputera hanyalah kroni bertaraf bilis sahaja!

7. Dalam pada itu, penyakit patronage dan kronisma ini telahpun menular ke Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

8. Maka teringatlah kata orang tua-tua “mengata dulang paku serpih; mengata orang, awak yang lebih” dan “the kettle is telling the pot is black”!

9. Pendek kata, patronage / nepotisma / kronisma wujud di mana-mana negara / masyarakat / sistem pemerintahan. Orang yang dapat faedahnya tentu gembira tetapi belum tentu puas hati kerana hendak lagi dan hendak lagi manakala mereka yang tak dapat akan marah. Mereka ini pula akan senyap / tersenyum simpul bila mendaptnya.

10. Begitulah lumrah kehidupan di dunia yang serba tak sempurna ini. We live with it.

China Press
Per: TPM- Jahat- Anti Cina-Judi Bola
Ruangan: perbincangan umum rakyat m/s C13
Tarikh: 24 Jun 2010 (Khamis)

Tajuk:

Adakah Muhyiddin Itu Orang Jahat Dan Anti Cina?
Penulis Hu Sou/ artikel ini bukan pandangan dari akhbar ini

Timbalan perdana menteri berkata, diharap orang Malaysia terutamanya orang-orang Cina jangan anggap beliau sebagai orang jahat dan anti Cina.

Apabila terbaca di surat khabar tentang berita ini, sebagai rakyat Malaysia di abad ke 21, menjadi tanda tanya pula: rakyat Malaysia telah banyak menerima kemajuan, tetapi pemikiran ahli-ahli politik masih tertinggal jauh kebelakang, fikiran mereka masih terhenti di abad ke 20 iaitu masih tertimbus ke dalam lembah pemikiran tahun 70an.

Rakyat Malaysia zaman kini (terutamanya orang-orang Cina), tidak seorang pun mendengar kata-kata timbalan perdana menteri yang merangkap menteri pelajaran itu sebagai “orang jahat”, dan tiada seorng pun yang berkata beliau “anti Cina”. Jika sesiapa sahaja yang mahu berkata mungkin hanya berkata: “beliau telah lama berkecimpung dalam politik, tetapi prestasinya biasa sahaja, kebolehannya pun biasa sahaja, beliau diibarat seorang pemimpin UMNO yang kurang inovasi”. Setiap rakyat Malaysia (terutama sekali orang-orang Cina) suka berkawan dengan timbalan perdana menteri.

Sejak merdeka sehingga sekarang, Malaysia telah melalui dua generasi politik, kematangan berfikir mungkin telah ditingkatkan sedikit, mereka dapat bezakan antara kebolehan pegawai-pegawai kerajaan dan ahli-ahli politik mereka. Jika ada rakyat Malaysia yang berkata Muhyiddin jahat dan anti Cina, Muhyiddin tidak sepatutnya dipersalahkan, kita sepatutnya persalahkan polisi Barisan Nasional. Muhyiddin hanya ada tempias sedikit terhadap Polisi Barisan Nasional, boleh dikatakan penglibatan beliau terlalu sedikit. Sebab itu jika kerana polisi Barisan Nasional yang menyebabkan orang-orang Cina berkata Muhyiddin jahat ataupun anti orang-orang Cina, kalau begitu parti dalam Barisan Nasional yang berasaskan kaum Cina seperti MCA dan Gerakan sama juga jahat dan anti Cina. Kerana mereka juga bersekongkong dan terlibat dalam merancang polisi Barisan Nasional.

Ubah Polisi Bermakna Ubah Negara

Saya percaya Muhyiddin tersalah anggap, tidak ada seorang rakyat Malaysia yang akan berkata beliau jahat dan anti Cina, sebaliknya ramai orang (terutama sekali orang-orang Cina) anggap polisi Barisan Nasional (terutama sekali polisi pendidikan dan polisi ekonomi), tidak menjamin generasi akan datang kaum Cina, kerana itu adalah polisi jahat dan polisi anti Cina, memang benar.

Tetapi hari ini pemikiran rakyat Malaysia lebih baik daripada zaman tahun 70an, lebih matang sedikit, rakyat Malaysia generasi hari ini tidak menyalahkan seorang dua itu, kerana semua orang faham bahawa itu hanya sebuah parti politik, sebuah kerajaan dan sebuah polisi sahaja. Sebab itu apabila kita ubah ahli politik, polisi yang jahat tetap kekal dan berterusan, sebab itu berlaku tsunami politik Mar 2008, kerana semua orang anggap jika mahu ubah Negara ini bukan tukar ahli politiknya sebaliknya tukar polisinya.

Kadang-kadang rakyat Malaysia anggap ahli politik telah memperkecilkan mereka, dan tidak mahu mendekati dan mengenali mereka lebih dekat. Contohnya apa yang disebut oleh timbalan perdana menteri sebelum ini, perlu kawal pihak media, kerana taraf pemikiran rakyat Malaysia rendah, mudah diperdaya.

Adakah perkara itu memang benar? Ataupun sebaliknya? Tetapi selalunya pihak kerajaan sebenarnya telah memeperkecilkan cara rakyat Malaysia berfikir dan membuat keputusan, contohnya baru-baru ini isu lesen judi bola sepak, adakah benar-benar rakyat Malaysia membantahnya?

Sebenarnya boleh atau tidak, judi bola tetap berlaku; jika diluluskan akan lebih ramai orang yang menjadi papa kedana bergolok bergadai, ada yang terjun bangunan bunuh diri. Tiba-tiba pihak kerajaan halalkan lessen judi, alasanya mahu tingkatkan pendapatan Negara, rakyat Malaysia langsung tidak percaya.

Kelulusan lesen judi yang paling rakyat Malaysia marah ialah tidak telus tidak secara terbuka, masih ditakuk tahun 90an, secara senyap-senyap lesen diberikan kepada kroni-kroni mereka. Rakyat Malaysia bertanya: kenapa lesen itu hanya satu sahaja dikeluarkan, untuk kepentingan beberapa orang sahaja? Kenapa tidak ditawarkan orang-orang yang layak, yang mempunyai kemampuan (termasuk orang-orang yang menjalankan aktiviti judi bola haram), syarikat-syarikat Malaysia yang ingin memasuki bidang ini sepatutnya boleh mendapatkan lessen lessen itu, secara telus dan sah untuk menjalankan perniagaan tersebut.

Kurang telus, lesen cuma berikan kepada seseorang, diberikan kepada berberapa kroni yang mahu menggondol kekayaan di bumi ini, inilah juga yang rakyat Malaysia secara bertungkus lumus mahu hindarkan roh dan semangat bayaran tol yang bermula pada tahun 90an. Hari ini roh roh itu kembali mencari mangsa mangsa untuk ditukar ganti, rakyat Malaysia yang kini telah terdidik dengan pengalaman itu, sekali pandang sahaja sudah tahu ada yang serba tidak kena, macam mana mereka tidak membantahnya? Dan pihak kerajaan asyik menuduh pihak media yang memutar belitkan isu, sebab itu rakyat membantah kelulusan lesen judi bola!

  1. #1 by sputjam on July 23, 2010 - 4:01 pm

    Yang saya tahu, Muhyideen telah salah guna kuasa semasa kerajaan johor mengambil alih (acquire) beberapa tanah milik pendudk singapura dan menjualnya kepada syarikat yang dikuasai oleh syed mokhtar.
    Bapak anwar Ibrahim seorang tamil, bapak Dr M seorang dari kerala. Muhyideen bagaimana pula?
    Semasa Muhyideen mentadbir johor, beliau telah menubuhkan dana saham johor. apakah cerita kesudahanya? Pegawai yang mengurus dana tersebut masih berpegang kuasa, dan dihadiahkan dengan gelaran orang ternama.
    Adakah PPSMI dimansuhkan kerana ramai buka bumi telah mula berdaftar untuk masuk kembali kesekolah kebangsaan? Dan sebab itu, golongan pelampau berbangsa cina bersyukur dan menyokong tindakan ini supaya sekolah mereka tidak luput dan tutup sama sekali?
    mengapa Muhyideen menghadiahkan suami shahrizat dengan kontrak membekal dan memelihara lembu yang bernilai beratus juta (250mil) ringgit? dakah kerana sharizat menyokong Muhyideen dan mereka terpaksa memelihara sesama sendiri untuk terus menakluk dan menjajah negara ini?
    Kesemaunya TanSri, azizan, Merican, daim Zainudeen, Mahathir mohamed, muhyideen, syed mokhtar, anwar Ibrahim kesemua menyamar sebagai melayu.
    Oleh kerana ini, melayu akan tertipu sehingga golongan melayu tulin dan berkebolehan mengambil langkah untuk mengawal keadaan negara mereka sendiri. Malangnya, walaupun berkelulusan dari Yale/harvard/oxford/MIT/LSE/Imperial College dan cambridge, kaum melayu tulin yang diberi peluang oleh kerajaan selalunya tersingkir, walaupun diberi peluang mengutip tol saperti dijambatan pulau pinang. Inilah kesudahan kalau kita semua tergopoh-gopoh mahu melipat kali gandakan perniagaan dengan masa yang singkat dengan cara berhutang

  2. #2 by Kabul on August 19, 2010 - 9:44 pm

    hentikan semua ini.. Kenapa Cina melayu India dan bukan 1malaysia???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: