Tun M, ISA dan Operasi Lalang

1. Pada 18 Julai lalu, Dewan Negara telah menganjurkan Program Pemantapan Dewan Negara. Ia merupakan tindakan follow thru’ untuk memantapkan lagi Senate dan para senator dari segi kewibawaan, kualiti dan integriti. Syabasy dan tahniah, Tan Sri YDP.

2. Bagi mencapai hasrat murni tersebut, pada kali ini, maklumat dan pengalaman mengenai status ISA, NKRA Jenayah dan ancaman terrorisma telah dikongsi bersama.

3. Yang menarik perhatian saya ialah maklumat baru yang saya tak terbaca di mana-mana. Maklumat-maklumat itu ialah:

• Akta ISA wajar DIKEKALKAN demi keselamatan Negara tetapi ianya MESTILAH dipinda demi keadilan terhadap rakyat dan mereka yang ditangkap di bawah akta tersebut. Ia wajar dipinda agar hipokrasi yang berlaku di Rhodesia / Zimbabwe tidak berlaku di Negara ini.

Semasa Ian Smith berkuasa di Rhodesia, Mugabe yang dilihat sebagai pemberontak, telah dipenjara di bawah ISA. Maka tidak hairanlah Mugabe mendesak supaya undang-undang ISA itu dimansuhkan. Apa yang menjadi hipokrasi ialah apabila Mugabe berkuasa di Negara tersebut yang kini bernama Zimbabwe, ISA terus dikekalkan dan digunakan pula terhadap musuh-musuh politiknya;

• SOP Polis hendaklah segera diperbaiki supaya jelas, telus, terperinci berhubung layanan terhadap mereka yang ditangkap di bawah ISA agar hak asasi manusia terus terpelihara;

• Prof. Emeritus Shad tidak yakin TS Samad Ismail adalah seorang komunis sekalipun TS sendiri telah membuat pengakuan. Tun Hanif mengambil peluang menerangkan bahawa TS sesungguhnya adalah seorang agen komunis yang berpengaruh dan merbahaya. LKY ada membuat kenyataan ini di dalam Memoirnya;

• DS (Tun) Dr Mahathir, mantan PM dan Menteri Dalam Negeri, TIDAK suka menggunakan ISA, berdasarkan pengakuan TS (Tun) Hanif, mantan KPN (IGP);

• berdasarkan pengakuan TS (Tun) Hanif juga, mantan KPN, DS (Tun) Dr Mahathir, mantan PM dan Menteri Dalam Negeri ketika itu, TIDAK setuju dengan Operasi Lalang pada tahun 1987 di mana 104 telah ditahan. Namun beliau terpaksa akur dengan syor KPN demi memelihara keselematan Negara. Maknanya, Operasi Lalang TIDAK berunsur political.

Natijahnya KPN tegas bertindak atas dasar profesionalisma dan integriti yang tinggi sekalipun bos beliau tidak setuju manakala Dr Mahathir pula bersedia menerimapakai nasihat/syor pegawai beliau yang mempunyai bukti dan dalil yang kukuh. Beliau tidak meletakkan blame ke atas bahu KPN sekalipun satu dunia mengutuk beliau mengenai Operasi Lalang ini. Outcomenya ialah Negara dan rakyat selamat; kehidupan harian berjalan seperti baisa.

4. Saya akan menyokong Akta ISA apabila dibentangkan di Dewan Negara nanti dengan pindaan-pindaan tertentu.

Tun Hanif mempengerusikan salah satu sesi

  1. #1 by Hesmel Faznee Faisal on July 28, 2010 - 3:20 pm

    Salam..

    Saudara, memang benar, Tun sendiri secara peribadi tidak suka dengan ISA. Perkara ini diakui sendiri oleh beliau semasa saya bersama dengan beliau berbincang mengenai sejarah dan politik negara di dalam beberapa pertemuan saya dengan beliau (selepas persaraan).

    Malah, ianya tidak menjadi satu rahsia beliau sendiri hampir-hampir dipenjarakan di bawah akta ISA semasa beliau surat beliau kepada Tunku diedarkan kepada orang ramai.

    Hesmel Faznee Faisal.

    http://www.hesmel.blogspot.com

  2. #2 by mo on July 29, 2010 - 5:06 pm

    Salam sejastera/ Isa memang patut di hapuskan, mana ada manusia yg suka di tangkap tampa tuduhan, terlalu banyak kes yg terberlalu, isa ini di salah gunakan oleh umno bn, Kalau susah sangat umno dan kerajaan umno bn nak hapuskan isa, ini memnandakan isa itu masih di perlukan bn umno, tapi rakyat dah tak mahu isa. isa crita mengerikan?????????

    • #3 by Darahtuah on August 3, 2010 - 7:43 pm

      mo,

      Kalaulah pandangan saya tak boleh dipaksakan ke atas anda maka anda tak berhak memaksakan pandangan anda ke atas saya dan ke atas sesiapapun.

      Darahtuah

  3. #4 by Shamsul Yunos on July 31, 2010 - 8:05 pm

    Datuk Tuah

    nak tanya sikit komen pasal kes Ling Liong Sik

    Anwar says Ling Liong Sik is not a big enough fish for MACC: Who does Anwar want MACC to go after? read all about it HERE

    • #5 by Darahtuah on August 3, 2010 - 7:40 pm

      Sdr Shamsul Yunos,

      Anwar is good at this kind of psy war.

      Darahtuah

  4. #6 by flyingman on August 17, 2010 - 1:44 am

    If it’s in my country, Anwar would long been in ISA… A security threat to the country.

  1. SEENTHING

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: