Bumiputera tertinggal bas lagi

MULIAKANLAH BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

SALAM RAMADHAN
DIDOAKAN TEGUH IMAN
SIHAT TUBUH BADAN
GENAPLAH SEBULAN BERPUASA
SEMOGA BERKAT MENDAPAT PAHALA
LAYAK MENJADI WARGA SYORGA… AMIN.

1. Setelah 7 siri dialog dianjurkan oleh MITI, baru kini saya berpeluang menyertainya.

2. MITI menganjurkan secara bersiri dialog dengan pertubuhan-pertubuhan yang mewakili usahawan Bumiputera. Ia merupakan sebahagian daripada tugas tambahan MITI setelah diserahkan sebahagian fungsi MECD kepadanya ekoran daripada pembubaran kementerian berkenaan.

3. Objektif utama dialog ialah untuk mengetahui keperluan, masalah, isu, kebimbangan serta mendapatkan maklumbalas dan mendengar syor-syor daripada golongan ini. Ia merupakan tindakan pro-aktif kementerian dalam usaha untuk memahami dunia sebenar usahawan dan merangkakan dasar, strategi serta program yang relevan ke arah memantap serta memperkasakan lagi masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB).

4. Siri dialog Bil. 7/2010 telah diadakan di Puterajaya pada 10 Ogos 2010. Ia dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Mustapa Mohamad. Kira-kira 40 buah pertubuhan telah hadhir; antaranya ialah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, GABEM, BUMITRA, PKMM, USAHANITA dan Majlis Perundingan Melayu (MPM). Saya mewakili MPM.

5. Kerajaan pula diwakili oleh pelbagai kementerian dan agensinya seperti Kementerian Kewangan, EPU, MARA, MIDA, MTRADE, SME Bank dan lain-lain lagi.

6. Pelbagai isu telah dibangkitkan dan bermacam syor telah dikemukakan. Yang saya ketengahkan ialah:

(a) NKEA

• Bumiputera telah ‘ketinggalan bas’ dari segi memberikan input untuk menggubal Model Baru Ekonomi (MBE). Maka tidak ada Agenda Bumiputera dipahatkan dalam MBE tersebut. Namun ia telah sempat dipintas oleh MPM melalui Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) pada 29 Mei 2010. Lantas Agenda Bumiputera sempat dipahatkan dalam RMKe-10.

• Kini lab bagi membincangkan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) sepertimana yang dikenalpasti di bawah RMKe-10 telahpun selesai. Sekali lagi Bumiputera ketinggalan bas!

• Difahamkan laporan NKEA ini akan dibentangkan kepada YAB PM pada 16 Ogos nanti. Antara bidang tersebut ialah minyak & gas, kelapa sawit, perkhidmatan perniagaan, borong & peruncitan dan pelancongan. Agak hairan ialah kenapa getah tidak dimasukkan? Kerana ramainya pekebun kecil Melayu di sektor ini?

• Proses pemilihan ahli lab ini meragukan kerana kurang ketelusan dan wakil Bumiputera pula dalam lab-lab tersebut adalah membimbangkan; seperti ‘pakar’ Bumiputera dalam NEAC, dibimbangi mereka tidak mempunyai ‘roh’ Melayu/Bumi. Lantaran, ditakuti tidak ada agenda Bumiputera di dalam NKEA tersebut, sepertimana yang berlaku kepada MBE.

• NKEA adalah pemacu RMKe-10; jika tidak ada Agenda Bumiputera maka punahlah ekonomi Bumi; lantas, seperti MBE, digeruni ia akan menjadi alat untuk menjajah Bumi pula https://darahtuah.wordpress.com/2010/06/08/model-baru-ekonomi-alat-menjajah-bumiputera-senjata-menumbangkan-kerajaan/

(b) EPP

• Dilaporkan “The 12 National Key Economic Areas (NKEA) have identified 118 entry point projects (EPPs) and 35 business opportunities with an estimated annual gross national income (GNI) contribution of about US$156bil (RM514.8bil) by 2020.” Diakui dan dipersetujui bahawa menjana pertumbuhan ekonomi yang tinggi adalah pra-syarat untuk melonjakkan Negara ke tahap berpendapatan tinggi (dari segi GDP per kapita).

• Dalam pada itu, kita hendaklah dengan tegas bertanya siapakah major benefeciaries daripada kerancakan aktiviti ekonomi tersebut? Adakah kera dihutan yang kenyang manakala anak di pangkuan mati kelaparan? Adakah Bumiputera akan makan tulang manakala orang lain yang meratah daging nanti?

• Lebih memilukan lagi jika harta dan aset sendiri akan terlepas ke tangan orang lain jika institusi Bumi seperti PNB dan LUTH sudah hilang ‘roh’ Melayunya kerana terlupa akan raison d’être nya.

(c) EKS/SME

• Pemberian pinjaman dan geran oleh SMIDEC / SME Ciorp di masa lalu adalah lebih menguntungkan EKS bukan Bumiputera berbanding EKS Bumiputera pada kadar nisbah 70:30. SMECorp hendaklah memperbaiki segera keadaan ini.

• Pada masa ini, daripada 524,000 EKS, komposisnya dari segi saiz ialah 2% sederhana, 18% kecil dan 80% mikro; disyorkan agar SMECorp menetapkan sasaran menjelang 2020 untuk mengubah komposisi ini kepada 20% (sederhana): 40% (kecil) : 40% (mikro).

• Juga disyorkan SMECorp mengubah komposisi dari segi industri daripada 90% perkhidmatan dan 10% lain-lain industri kepada 40% perkhidmatan, 40% pembuatan dan 20% lain-lain industri.

• Dengan perubahan ini maka barulah EKS boleh menjadi jentera pertumbuhan (engine of growth) ekonomi negara, sama seperti di Korea, Taiwan, Jepun dan di Jerman.

(d) Perkara 153

• Sebagaimana semua bukan Bumi layak menikmati hak-hak kewarganegaraan di bawah Perlembagaan Persekutuan maka SEMUA Bumiputera juga layak menikmati keistimewaan di bawah Perkara 153. Golongan 40% terkebawah (tanpa mengira kaum) hendaklah dberi perhatian yang lebih dalam usaha meningkatkan mobiliti sosio-ekonomi mereka; namun Bumiputera yang berada dalam golongan 40% menengah dan 20% teratas hendaklah juga mendapat faedah-faedah di bawah Perkara 153.

• Namun ditegaskan bahawa golongan Bumi 20% teratas dan 40% menengah itu hendaklah bersaing di kalangan mereka (dalam strata sosio-ekonomi yang sama); jangan merampas hak golongan yang lemah.

(e) Sistem Eko Ekonomi (Economic Eco-System – EES)

• Disarankan supaya EES yang ada sekarang diubah jika mahu melihat Bumiputera berjaya dalam semua bidang, khususnya di bidang ekonomi / perniagaan. Pada masa ini EES dikawal oleh pengusaha / peniaga asing, kaum Cina dan kaum Iindia

• Jika usaha seperti yang dibuat sekarang diteruskan juga tanpa perubahan EES, misalnya sekadar memperuntukkan premis khas untuk peniaga Bumi, maka mereka akan tetap gagal kerana peniaga / pengusaha Bumiputera akan terus dieksploitasi sepertimana yang berlaku di KLCC dan di Almanda, Puterajaya.
[more specifically about the Economic Dominance of the Chinese in Malaysia… When the distribution channel is controlled by a particular community who acts in the interest of its own community rather than the general interest of the population, naturally they have the ability to make other communities economically uncompetitive vis-à-vis their own community – Social Capital, The Modern MALAYsian Dilemma and Economic Models ]

7. Harapan kita ialah Dato’ Seri Mustapa akan meneliti dengan serius semua isu dan syor yang telah dimajukan itu dan membentangkanya pula kepada YAB Perdana Menteri selaku Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Bumiputera yang telah ditubuhkan untuk menjaga kepentingan Bumiputera. Majlis ini dijadualkan akan bermesyuarat buat kali pertamanya pada 12 Ogos 2008.

8. Sesungguhnya harapan usahawan Bumiputera khasnya dan kaum Bumiputera amnya terhadap Tok Pa amatlah tinggi; yang demikian, tanggungjawab Tok Pa pula sangatlah besar!

9. Kami yakin Tok Pa mampu menggalas tanggungjawab tersebut. Amin.

YB Dato’ Seri Mustapa Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri mempengerusikan sesi Dialog Bil. 7/2010 di Putrajaya

Sebahagian daripada para peserta dialog yang mewakili usahawan Bumiputera

Wakil pihak kerajaan

  1. #1 by sputjam on August 12, 2010 - 3:50 pm

    Sebenarnya, kaum melayu bumiputra mengawal banyak peniagaan, tetapi berusaha secara “part-time”.

    Misalan, menjual cucur/goreng pisang. kalau yang bagus, garing dan rapuh. Boleh djual dari pagi sehingga malam. Boleh bersaing dengan roti canai dan kopitiam. Goreng pisang boleh dimakan dengan kopi atau teh. tetapi tidak padan kalau dimakan dengan beer. malangnya, tidak ramai yang serious beniaga menjual goreng pisang dengan tekad dan full=time. hanya menjual waktu petang sahaja, tanpa minuman. Itu pun digerai. Kalau dijual secara drive-in, lagi laris.

    Satay makanan melayu tulin. malangnya penjual satay paling berjaya pula keturunan jawa, dan hampir kesemua pekerjanya orang jawa dari indonesia.

    Ikan bakar. kalau nak buat order, kelam kabut. Tak ada sistem. Dulu, kita ada pilihan, bakar, goreng atau rebus(steam). Dimakan dengan bermacam sambal. Malangnya, beer tidak dijual. Jadi kuranglah dilanggan oleh bukan melayu.

    Nasi lemak antarabangsa kampung baru. Orang bukan melayu pun singgah makan disitu, walaupun kedainya agak kotor. Pemilik cuba buat “franchise”, tetapi harga lebih mahal dari “Big-Mac”. Tidak pula dijual secara “set” dimana minum juga diberi, dengan percuma. Overprice.

    Petani sawah padi, penoreh kebun kecil dan banyak lagi. kesemua ini dikawal oleh kaum melayu bumiputra. Bermacam subsidi diberi. Tetapi, keadaan ekonomi golongan ini masih ditahap yang rendah, sehingga tiada anak mereka yang mahu meneruskan kerjaya ini.

    Dalam bidang hartanah- tanah risab kaum melayu terbiar. Tidak mendapat pulangan yang memuaskan. Generasi akan datang akan merunsingkan lagi keadaan, kerana makin tambahlah nama yang termasuk sebagai pemilik.

    rumah kampung melayu.- Kini tidak lagi dibina atas tiang.Malah, ramai orang melayu terikut-ikut cara binaan kaum lain. Corak binaan melayu diabaikan. Ini termasuk bangunan milik kerajaan yang canggih. semua bercorak India Moghul, termasuk “palace of justice-Putrajaya/ High Court, jalan kuching, KL/ jabatan perdana menteri Putrajaya/ Kediaman Agung yang sedang dibina dijalan Duta. mana kemelayuan dalam reka bentuk bangunan ini?

    Contoh diatas adalah atas teori saya bahawa kaum melayu, tengok kaum lain maju, nak tiru buta tuli kaum itu. kekuatan kaum melayu dketepikan dan diabaikan.

    kita semua tahu bahawa, “market share” adalah satu bidang yang perlu dipertahankan. kalau sesebuah syarikat kehilangan “market share” maka ianya dianggap sebagai syarikat yang telah gagal dalam tempuh perhitungan itu dibuat. Dalam konteks perniagaan melayu pula, kekuatan melayu dalam bidang yang mereka mahir, diketepikan, dan mereka cuba pula masuk dalam perniagaan yang dikuasai oleh kaum lain.

  1. KEC – ORANG CINA KINI MAHU PULAK CELAH PEHA MELAYU! « Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: