KEC – ORANG CINA KINI MAHU PULAK CELAH PEHA MELAYU!

1. MCA telah menganjurkan Kongres Ekonomi Cina (KEC) pada 14 Ogos 2010; besar kemungkinan ianya sebagai reteliasi kepada Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) yang telah berlangsung pada 29 Mei lalu.

2. KEB meluluskan 31 resolusi manakala KEC meluluskan 13 (terbalik 31) resolusi!

3. UMNO tak terniat nak anjurkan kongres yang serupa? Dato’ Dr Awang Adek selaku Pengerusi Biro Ekonomi UMNO kenalah fikir masak-masak sebab, berdasarkan 13 resolusi itu, agak jelas mereka yang sudah pun dapat betis dan peha Melayu kini mahu pulak menikmati apa yang tinggal terselit di celah peha Melayu. Jika UMNO terus membisu maka Dato’ Ibrahim Ali dan Perkasanya akan smash bola tangguk ini.

4. Boleh diramalkan dengan mudah – UMNO tak akan react; kalu react pun, bisik-bisik aje macam suara itek nila. Inilah antara komen/keluhan ahli UMNO yang saya dengar.

5. Satu dunia tahu bahawa kaum Cinalah yang menguasai ekonomi Negara ini; minority is controlling the majority – sama seperti apa yang berlaku di Filipina, Indonesia dan Thailand. Lanskap yang serupa di Fiji dan Afrika Selatan. Sebagai contoh, menurut RMKe-10, kaum Cina memiliki ekuiti sebanyak 34.9% berbanding ekuiti milik Bumi hanyalah 21.9%!

6. Mereka turut mendapat faedah yang lebih daripada DEB tetapi mereka terus menyerang dasar tersebut. Mereka sepatutnya menerima pengakuan jujur Tan Sri Liew Kee Sin, Presiden dan Ketua Eksekutif SP Setia Bhd:

“Statistically, Forbes magazine shows that the Malaysian-Chinese can prosper over the last 30 years,” said the SP Setia president and chief executive.

According to Forbes, Chinese-controlled companies account for 37 per cent of market capitalisation among the top 100 Malaysian listed companies, compared to Bumiputera equity of seven per cent.

Chinese individuals also control 73 per cent of the wealth owned by the top 40 richest Malaysians and make up eight of the top 10 richest Malaysians.

“That’s wealth. Where did wealth come from? The wealth came in the last 30 years of so-called NEP (New Economic Policy) policies.”

7. Seperti yang pernah saya tulis di sini, mereka masih tak puas hati. Maka antara yang didesak melalui 13 resolusi itu dan dengan tujuan untuk menghakis kepentingan Melayu ialah:

• Menghapuskan kuota 30%,

• Membuka lebih luas lagi sektor-sektor tertentu ekonomi kepada orang Cina seperti sektor minyak & gas dan telekomunikasi,

• Mengambil lebih ramai orang Cina sebagai ahli lembaga pengarah GLCs,

• Membuka sistem perolehan kerajaan dan GLCs kepada orang Cina, dan

• Membuka kontraktor kelas F kepada orang Cina.

8. Desakan tersebut sudah tentu meghakis kepentingan Melayu sepertimana yang pernah diakui oleh The Star sendiri:

“The claim that championing one’s own community interests need not diminish another community’s interests is blatantly hollow in the Perkasa [MCA] “model”. If only that were true, some of its adherents would not be in the mess they are in now.”

9. Sebaliknya KEC tersebut langsung tidak menyebut tentang perlunya:

• Menghapuskan diskriminasi terhadap Melayu dan India di sektor swasta dari segi pengambilan, perjawatan, gaji, kenaikan pangkat dna sebagainya,

• Membuka syarikat-syarikat milik orang Cina seperti Public Bank, YTL, Berjaya, IOI kepada orang Melayu dan India dari segi pekerjaan dan tender/perolehan,

• Membuka sektor-sektor yang dikawal / dimonopoli orang Cina seperti industri gula, tepong, beras, alat binaan, alat ganti kereta, bekalan daging, ayam, ikan dan sayur kepada peniaga Melayu dan India,

• Menyediakan padang permainan yang sama rata kepada orang Melayu dan India.

10. Sepatutnya KEC itu berbincang dan mengemukakan syor yang membina dalam konteks pandangan baru dan pengakuan jujur Tan Sri Liew Kee Sin:

Liew stressed that such Malay-Chinese cooperation required a spirit of give-and-take.

“Before we start asking them to give us more liberal policies… we must also allow them to come to our sector, things that we are good at. If not, this so-called collaboration will not happen. They will not allow us,” he said.

“If we were to say we want to take a bigger pick from this economic cake from under the NEM (New Economic Policy)… we must also learn to give in.

“We must also learn to take a step back. We must also learn how to live with their culture, their mindset.”

11. Saranan jujur tokoh tersebut boleh membuka ruang kepada permulaan penyusunan semula Economic Eco-System, sepertimana yang pernah saya sarankan.

12. Malangnya, di celah-celah lonely voice tokoh Cina ini yang nampaknya faham tentang kedudukan dan mindset orang Melayu terdengar pulak suara sumbang yang amat memilukan; suara tokoh Melayu yang nampaknya menghentam NEP dan menghina bangsanya sendiri:

In the harshest rebuke yet of the abuse of the New Economic Policy (NEP), CIMB group CEO Nazir Abdul Razak described the NEP as having been bastardised by deviating from its original purpose.

‘The police, judiciary, the AG’s office, the Malaysian Anti-Corruption Commission and other civil services have all been bastardised.’

13. Sampai begitu sekali (bastardised) DEB dihentam? Maka ada yang bertanya kepada tokoh ini:

Merchant Banker: What is your brother, the PM, going to do about it? I guess both of you are fans of the Myers-Briggs behavioural theory (I learnt that from Harvard Business School) where you re-orientate your behaviour according to the situation: what your audience wants to hear.

14. Ada juga yang tertanya-tanya, bukankah beliau juga produk DEB? Kalau beliau bukan adik DS Najib dan bukan pulak anak Tun Razak, adakah beliau akan duduk di kerusinya sekarang itu? Adakah beliau akan diundang oleh MCA untuk berucap di KEC tersebut? Tidakkah undangan tersebut bermotifkan ‘ada udang disebalik batu?’ dan ‘telunjuk lurus kelingking berkait’?

15. Dilaporkan beliau turut mencadangkan supaya AP (menjadi hak Melayu di bawah Perkara 153) dihapuskan atas alasan ia hanya menguntungkan segelintir Melayu (ahli PEKEMA). Jika benarlah demikian, maka eloklah beliau turut mencadangkan supaya dihapuskan jugak lesen judi, arak dan astro serta runtuhkan monopoli gula, tepung dan sebagainya, atas alasan ia hanya menguntungkan segelintir orang Cina dan India sahaja.

16. Mohon janganlah hati orang Melayu yang telah luka berdarah ini ditaburkan pula garam dan diperahkan lagi limau ke atasnya. Yang menyayatkan lagi hati kami ialah tangan yang melakukannya bukan tangan orang lain melainkan tangan anak negarawan Melayu yang kami hormati dan sanjungi. Dibimbangi kerana “dek lenggang adik, baju abang pulak yang koyak” semasa PRU ke-13 nanti!

17. Telah pun kedengaran kata dua ke arah itu:

“Malay rights NGO Perkasa today told PM Najib Abdul Razak that he must do all he can to address the economic woes of Malays or risk losing their support in the next general election.”

Yang dikejar (undi kaum Cina) tak dapat, yang dikendung (undi Melayu) berciciran!

18. Saya tak mahu melihat malapetaka itu berlaku. Selisih malaikat 44! Lantas saya ingin memetik apa yang pernah saya tuliskan sebagai ingatan DSN dan Datuk Nazir:

“Concurrently, if he insists to go ahead with his current controversial and courageous decisions / policies [exhortations] without modifications, then he ought to be politely reminded of this line in Episode Six: The Right To Know of satirical Yes Minister… “Controversial” only means “this will lose you votes”; “Courageous” means “this will lose you the election”.

One took this liberty to sincerely remind [both] DS [and Datuk] for the sake of our collective / shared future, it’s indeed a very gentle but clear reminder:

Slowly meandering down from the foot of a mountain flows the river,
less restrained, the flotsam and jetsam are on the door step for sure.”

  1. #1 by dinturtle on August 16, 2010 - 6:24 pm

    Salam Dato,

    Post terbaru saya bersandarkan artikel tuan, dan saya c&p beberapa para.

    Artikel yang Bagus Dato ! Very calm yet direct to the heart of the matter. Thank you !

    • #2 by darahtuah on August 19, 2010 - 3:09 pm

      dinturtle,

      Salam,

      Ribuan t/kasih.

      Darahtuah.

  2. #3 by sputjam on August 16, 2010 - 7:50 pm

    Tuah mendakwa-
    • Membuka sektor-sektor yang dikawal / dimonopoli orang Cina seperti industri gula, tepong, beras, alat binaan, alat ganti kereta, bekalan daging, ayam, ikan dan sayur kepada peniaga Melayu dan India,

    i) sebenarnya, gula, beras dimonopoli oleh syed mokhtar.
    ii) barang gantian kereta oleh proton dan perodua sebab merekalah yang memegang pasaran kereta Malaysia.
    iii) ayam oleh jcorp, kepunyaan kerajaan johor yang juga miliki KFC, ayammas dan banyak lagi.
    hanya tepung dan jualan daging babi sahaja diminopoli kaum cina. Yang lain, sebenarnya tertakluk kepada “market forces”.

  3. #4 by Mayday on August 17, 2010 - 6:47 am

    Datuk,

    Tahniah diatas ulasan ringkas tetapi bermakna itu. Jika digabungkan pula dengan apa yang ditulis oleh Dr. Redhwan Tee pada setiap Mingguan Malaysia jelas menunjukkan orang Cina khususnya dari MCA masih tidak puas akan nikmat yang diperolehi selama ini. Sedangkan sebahagian besar kekayaan Cina adalah hasil kepercayaan UMNO kepada rakan MCA mereka. Orang Cina yang paling banyak mendapat keuntungan dari dasar kerajaan terutama DEB adalah mereka dari ahli atau pemimpin-pemimpin dari MCA.

    Kini 13 resolusi Kongres Ekonomi Cina (KEC) pada 14 Ogos 2010 sekali lagi menampakkan bahwwa MCA telah bersikap lebih ‘extrem’ daripada DAP dalam perjuangan bangsa Cina.

    Sebenarnya sebahagian besar rakyat Malaysia berbangsa Cina merasa bahagia akan apa yang telah mereka nikmati dibawah DEB dahulu. Mereka tahu mereka telah menikmati lebih dari yang wajar kerana mereka tahu orang Melayu belum pandai dan ‘kurang mampu’ menjalankan perniagaan seperti mereka.

    Yang menjadi masalahnya ialah sikap pemimpin-pemimpin mereka samada dalam pembangkang mahupun dalam kerajaan. Merekalah yang akan terus mendesak dan meminta yang bukan-bukan hanya untuk menunjukkan merekalah yang berjuang untuk bangsanya. Mereka bukan mempertahankan hak tetapi untuk memenuhi selera tamak haloba yang diluar kawalan. Soal apa jadi kepada rakan mereka kaum Pribumi tidak penting asalkan mereka boleh terus mendapat kemewahan dan kuasa.

    Sedarkah kita apabila kerajaan memutuskan ekonomi Malaysia akan dipacu oleh swasta ( public sector driven economy) dan Pegawai kerajaan dan pemimpin politik hanya menjadi pemudahcara (facilitator) bermakna kaum bukan Melayu terutama Cina dan India adalah pembuat keputusan kerana mereka yang menguasai sektor swasta.

    Oleh itu saya menyeru kepads pemimpin-pemimpin dalam kerajaan yang taksup kepada sistem Demokrasi ini hayatilah demokrasi sebenarnya iaitu kembalikanlah kuasa kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Tentukanlah kerajaan adalah pihak yang merancang dan yang membuat keputusan bukan swasta. Amanah inilah yang diletakkan oleh majoriti rakyat negara ini bukan amanah oleh segelintir mereka yang berniaga. Yang berniaga jangan bimbang mereka akan tetap menjadi ‘receiving end’ kepada apa yang dirancang dan diputuskan oleh kerajaan. Walau apa pun keputusan kerajaan swastalah yang akan terlebih dahulu menikmatinya hasilnya sebelum faedah itu sampai kepada rakyat.

    1MALAYSIA means happiness for everyone who live in Malaysia.

    • #5 by darahtuah on August 18, 2010 - 1:19 pm

      Mayday/Dr Ho,

      Saya pernah suarakan dlm Dewan semasa sitting July lalu re faktor pasaran ini. Saya hairan mengapa kerajaan begitu romatik memeluk ‘pasaran’ sedangkan USA, bapak capitalism, sudah berenggang dgn pasaran dan melakukan lebih banyak intervention dan kawalan.

      Anyway apa itu pasaran dan siapa itu pasaran yg kerajaan hendak berurus dengannya? Timbangkanlah nasihat Dai Rodrik, pensyarah Harvard.

      Sebelum sepoi bayu menjadi ribut dan sebelum ianya menjadi puting beliung; sebelum bumi bergegar menjadi gempa dan sebelum asap gunung berapi bertukar menjadi lahar, eloklah ketua kerajaan yang prihatin dan pemimpin masyarakat yang berpengaruh serta penghulu parti yg bertanggungjawab duduk semeja utk mematikan api dalam sekam ini.

      Bagi tujuan ini, saya pernah usulkan di Dewan dan dalam kursus di kalangan komponen parti BN – wujudkan ala Majlis Perundingan Negara…nampaknya mencurahkan air di daun keladi.

      Tk,

      Darahtuah.

  4. #6 by Mayday on August 17, 2010 - 7:01 am

    Nanyang Siangpao
    Per: peranan NGO cina
    Ruangan: kawasan editorial ms A13
    Tarikh: 13hb Jun, 2009 (Sabtu)

    “…Ibarat air boleh timbulkan kapal, air juga boleh tenggelamkan kapal, kerajaan adalah dipilih oleh rakyat, ahli-ahli politik terpaksa melihat suara rakyat, rakyat diibarat seperti air, air boleh timbulkan kapal dan juga boleh tenggelamkan kapal, jika disukai rakyat maka berjayalah mereka, jika tidak disukai rakyat maka hilang lah mereka. Ini adalah teori sejak zaman dahulu lagi….”

    Apakah mereka menganggap Pribumi bukan ‘air’ atau rakyat yang juga mempunyai keupayaan yang sama. Hanya pemimpin yang tidak bijak sahaja yang tidak sensetif kepada kenyataan ini. …… hati-hatilah.

  5. #7 by sputjam on August 17, 2010 - 12:04 pm

    Jebat mendakwa –

    5. Satu dunia tahu bahawa kaum Cinalah yang menguasai ekonomi Negara ini; minority is controlling the majority – sama seperti apa yang berlaku di Filipina, Indonesia dan Thailand. Lanskap yang serupa di Fiji dan Afrika Selatan. Sebagai contoh, menurut RMKe-10, kaum Cina memiliki ekuiti sebanyak 34.9% berbanding ekuiti milik Bumi hanyalah 21.9%!

    Saya mengulas –
    Kalau kaum cina memegang 34% ekuiti, maka mereka masih memegang minoriti. hanya ekuity melebehi 50% dianggap sebagai memegang kuasa (control).

    Ini bermakna, terdapat kuasa luar yang memegang lebih kurang 40% ekuiti dalam Malaysia.

    Saya sudah menjelaskan bahawa kaum melayu tidak menggunakan harta mereka dengan baik. Walaupun melayu menguasai beberapa bidang perniagaan, kebanyakkan perniagaan ini dikuasai oleh segelintir orang sahaja.

    Contohnya Naza group. mereka sudah pun kaya dengan memperolehi AP imot kereta. Kenapa kontrak membina banginan MITI deberi lagi kepada mereka? Juga bangunan Felda? Tidakkah terdapat orang melayu lain yang layak diberi kontrak ini, supaya kekayaan dapat disama ratakan?

    Misalan saya diatas juga dapat diulang kepada syed mokhtar.

  6. #8 by jentayu on August 17, 2010 - 2:53 pm

    YB Senator,
    rindu nak dgr yb berucap kat dewan tp dewan dah habis. apapun sy cuma nak refute apa lalat bernama sputjam ni merapu

    -sebenarnya gula beras dikuasai syed mokhtar
    komen saya : samada dia ni bodoh atau buat2 bodoh. habis cina yg paling kaya kat malaysia ni nama robert kuok tu meniaga apa? bukan gula ke?

    -barang gantian kereta proton perodua
    komen saya : nampak sgt dia ni bangang dgn supply chain kilang. proton/perodua keluarkan kereta sbg finished product. tp assembly part dan barang2 gantiannye tu dibuat oleh company jepun/cina kebanyakannya. ini hakikat x pyh la nak pusing.

    -ayam oleh jcorp mcm kfc, ayamas….
    komen saya : sama mcm proton kfc adalah service product. tp suma org tau supply source ayam dipegang oleh cina mcm company farm best, ayam dinding dll

    -hanya ekuiti melebihi 50% dianggap majoriti…
    komen saya : ini ilmu apa mangkuk ni pakai? dah bandingkan x dgn nisbah per/penduduk? lgpun dlm artikel yb x citer pun ekuiti yg lain tu sape punya. x salah saya yg lain tu ekuiti kerajaan. org luar/asing mungkin dlm 2-3 peratus ke.

    -contohnya Naza group dah kaya AP import keta knp bg kontrak bina bangunan?
    komen saya : ala bodohnya si sputjam ni. cuba tgk nama pun dah tau Naza group. dah tentulah ada business diversification dan construction adalah cabang business Naza yg lain. bukan jual beli keta semata2 ada faham? maka kenyataan kau dah contradict sbb kata melayu x guna harta dgn baik sbb Naza mmg pandai diversify business. betul x? yg kau dengki sgt ni apahel sputjam? YTL group yg kaya-raya buat jalan, bangunan, IPP kau x nak kondem gak ke? oh aku lupa ko kan cina….

    • #9 by darahtuah on August 19, 2010 - 2:56 am

      jentayu/sputjam,

      Baguslah jentayu dah reply sputjam. Atas semangat ketelusan dan kebebasan mengeluarkan pendapat (ada hadnya), saya siarkan jugaklah pendapat beliau utk dinilai oleh semua.

      Adalah aneh orang berpengetahuan spt sputjam dan mereka yg hadhir di KEC itu bersikap lebih ‘primitif’ drp MPM, spt mana yg pernah ditomahkan oleh Wee Ka Siong. TS Liew, yang bercakap penuh berimbang dan berfakta, disorakkan. Jelas mereka hanya mahu dengar apa yg mereka nak dengar. Sputjam juga tak mahu komen sebab kena batang hidungnya/kaum Cina sendiri.

      Sekali lagi saya jemput sputjam berbincang dgn saya
      secara bersemuka bagi tujuan menegakkan kebenaran.

      Tk,

      Darahtuah

  7. #10 by Dr.H on August 18, 2010 - 8:29 am

    Datuk, saya melihat isu-isu sekarang agak kritikal, kita lantang, mereka pun lantang, bagaimana nak meredakan keadaan ini supaya sikap saling faham memahami wujud. saya khuatir menang jadi arang, kalah jadi abu. Jika kita tidak memahami semangat yang ada pada Perlembagaan Persekutuan. Mungkinkah peristiwa 13 Mei akan meletus lagi? Mereka akan menjawab, zaman sudah berubah,sejarah tetap sejarah, tanggapan boleh berubah lagi, yaa, kita sedang berperang dengan penuh emosi dan sedikit statistik sekarang ini. Keluarkan statistik-statistik untuk mendapatkan kualiti fakta. Komen-komen sputjam nii menarik jugak untuk kita cari lebih banyak bukti empirikal. biar kita objektif, walau fakta sputjam pun boleh lagi kita bincang dan sanggah, sebab banyak perkara lain lagi akan timbul, maksud saya fakta-fakta lain. mari kita cari fakta-fakta lagi!

    • #11 by darahtuah on August 19, 2010 - 3:24 pm

      Dr.H,

      Dari segi fakta / statistik mengenai pencapaian DEB / berbagai kaum dan prestasi ekonomi negara, misalnya, telah banyak saya tulis (contohnya miskin bertambah miskin? dan NEM), termasuk kenyataan TS Liew di atas. Namun ada orang seperti sputjam tak akan mahu menerima hakikat ini. Benang basah juga yg mahu ditegakkan. Tapi ada juga perkara yg betul diperkatakannya. Namun, netnya, kenyataannya lebih banyak salah drp betulnya.

      Tk,

      Darahtuah

  8. #12 by Singah on August 18, 2010 - 12:10 pm

    Tahniah Datuk, yang telah banyak membuka mata orang Melayu. Blog yang paling baik jika dibandingkan dengan Blog Pemuda Jasin dan Pu3 Jasin. Lesu dan tak ada ummhhh!!!
    Tertarik dgn tulisan Datuk di Para 3 & 4, UMNO play safe? .. Apa yang dilihat di Jasin bukan Play safe tapi dikalangan AJK UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri sebenarnya tak ada ILMU DI DADA itu lah jawapanya. Tak percaya Datuk boleh cuba. Kebanyakan pun tak tahu macam mana nak patahkan balik serangan dari MCA yang didalam komponen BN sendiri. DAP lagi ler semua kecut telor. Ada ler sikit dgn PAS ajer tapi sama-sama nak bunuh Bangsa sendiri . . Pas bukan pencabar utama UMNO tetapi DAP yang akan memusnahkan masa depan anak cucu kita nanti.
    Dikalangan rakan-rakan saya semua bercakap Pemuda Melayu atau UMNO skr seperti budak BODOH dimana org yg berpelajaran di BUNUH di arena politik terutama di MELAKA. Itulah pemyumbang mereka merasa kecewa.
    Kebenaran utk golongan guru gred G41 dibenarkan berpolitik akan menjadikan PAS lebih kuat dan ber ILMU..tengoklah nanti. Kerana dalam UMNO sendiri bunuh membunuh tengok apa nasib Datuk didalam pemilihan G7? siapa yang menang? bukan nak mengutuk tapi itulah halikat bila Datuk berkeras utk tidak mengamalkan Politik Wang .. Nasibnya TEWAS.
    Dikalangan pemimpin UMNO Jasin hanya mahukan habuan WANG sahaja. Datuk adalah mangsa walaupun datuk berhak kerana Usul MEB dibawa oleh datuk tapi perwakilan menafikan sebab tu saya katakan mereka tiada ILMU. tak boleh bezakan kaca dan permata ..UMNO terus ego dan akan menerima padahnya kelak!!!

  9. #13 by Kenn on August 18, 2010 - 2:30 pm

  10. #14 by dinturtle on August 18, 2010 - 5:34 pm

    Dr H – Im all for jadi abu ! very itchy oredi…

  11. #15 by sputjam on August 19, 2010 - 12:49 am

    saya hairan kenapa melayu terpedaya oleh Ibrahim Ali dan perkasa, dan mempertikai Nizar abdul razak.

    kita jangan terikut-ikut kepada orang yang menggunakan emosi untuk menawan sokongan. Sehingga sekarang, Ibrahim Ali tidak menggunakan fakta atau memberi cadanagn bagaiman kita semua boleh bergganjak kehadapan. Hanya menekan atas ekuiti 30% dan special privilege. cadangan ini akan melembapkan ekonomi kerana banyak lagi negara yang memberi insentif kepada pelabur yang ikhlas untuk menjalankan perniagaan mereka. Hal ini juga merangkumi isu “brain drain” kerana banyak negara lain yang sentiasa mempelawa orang yang berkelayakan kenegara mereka.

    Pada pendapat saya, kalau NEP dibasmikan, dan isu pelajaran dapat diatasi, dimana sistem bahasa inggeris/melayu/cina dapat dilaksanakan selaris, dari pra sekolah, sehingga universiti, dan hukum syariah hanya tertakluk kepada hal keluargaan sahaja, ekonomi negara ini akan naik 2% lebih dari keadaan sekarang.Ini bermakna anak melayu boleh mendapat pekrjaan atau peluang perniagaan yang lebih. kalau ekonomi lembap, semua peluang pun lembap.

    Apabila robert kuok berunudur dari perniagaan perladangan(termasuk ladang gula perlis) dimalaysia kepada FELDA, harga gula naik 25sen.Syed Mokhtar dan felda mengausai pasaran gula dimalaysia sekarang, dan bukan robert kouk.

    Kalau kita bandingkan janakuasa IPP kepunyaan YTL dengan yang dikuasai Syed Mokhtar, IPP Syed Mokhtar menguasai 55%(segari/malakoff/kapar/PD power jv/tanjung bin) dari pasaran ini. Yang lain dikuasai oleh pemain kecil saperti, genting sanyen dan tanjung, perlis power dan sebagainya.

    Saya hairan, kenapa felda perlu belanja RM700 juta untuk membeli/menyewa “felda twin tower”(99 year leasehold) yang dimajukan oleh naza group? Lebih baik bagi duit ini kepada peneroka. malangnya, booking fee sebanyak RM400 juta sudah dibayar. bangunan, habuk pun belum naik lagi.

    Mengapa Sime darby, selepas digabungkan, sepatutnya menjadi juara syarikat yang diurus oleh bumiputra, mencatatkan angka yang begitu lemah.

    mengapa MAS, yang diurus oleh bumiputra, kalah dengan penyaing yang baru ditubuh, airsia? dahulu MAS mengatakan bahawa perjalanan dalam negeri tidak menguntongkan. Sekarang, mereka berlumba -lumba menambahkan penerbangan ke sabah dan sarawak.

    Ini membuktika bahawa monopoli dan sekatan ekuiti menghindar perniagaan. Kini, airasia memberi pekerjaan kepada beribu anak malaysia dan peluang perjalanan untuk beratus ribu, kerana harganya yang murah. Harga tiket penerbangan MAS pun turun.

    Contoh lain, syarikat bas komuter diKuala Lumpur. Sebelum zaman mahathir, terdapat beberapa syarikat bas milik bukan bumiputra, saperti len seng, selangor omnibus, foh hup, dan juga syarikat sri jaya, dirus melayu. semua mendapat keuntungan, walaupun terpaksa bersaing dengan “mini bus”.

    malangnya, ahli korporat melayu membuat cadangan untuk mengambil alih perniagaan ini. dan kesudahanya, kerajaan terpakasa membayar harga yang tinggi (RM400million) kepada DRB hicom kerana mereka telah gagal dalam usaha ini. malah bas yang dimiliki mereka dianggap sebagai “junk” dan hanya sedikit sahaja yang dapat dipakai. “another bailout”.

    cadangan untuk menggabungkan syarikat yang diurus bumiputra saprti Proton dan perodua akan membinasakan perusahaan ini, saperti gabungan sime-darby dengan Guthrie dan golden hope.Ini adalah kerana kedua syarikat ini bersaing dalam pasaran yang sama. kalau digabungkan maka tiada saingan, saperti MAS 10 tahun dahulu.

    • #16 by darahtuah on August 19, 2010 - 3:39 pm

      sputjam,

      Saya nak komen yg ini saja:

      “Pada pendapat saya, kalau NEP dibasmikan, dan isu pelajaran dapat diatasi, dimana sistem bahasa inggeris/melayu/cina dapat dilaksanakan selaris, dari pra sekolah, sehingga universiti, dan hukum syariah hanya tertakluk kepada hal keluargaan sahaja, ekonomi negara ini akan naik 2% lebih dari keadaan sekarang.”

      1. Mengapa NEP hendak dibasmi?

      2. Apa maksud “sistem bahasa inggeris/melayu/cina dapat dilaksanakan selaris, dari pra sekolah, sehingga universiti”?

      3. “hukum syariah hanya tertakluk kepada hal keluargaan sahaja” Mengapa anda hendak mencampuri urusan agama kami sedangkan kami tak mencampuri urusan agama anda?

      4. “ekonomi negara ini akan naik 2% lebih dari keadaan sekarang.” sila buktikan.

      Tk,

      Darahtuah

      • #17 by sputjam on August 20, 2010 - 11:10 am

        darah Tua,

        1, 2 dan 4) cadangan saya untuk memperknalkan NEP free zone tidak diindahkan. Dalam zone ini, kesemua perihal ekonomi dan pelajaran dibuat secara terbuka dan bebas dari sekatan pemerintah. Tanah rizab melayu bebas untuk ditukar milik untuk pembangunan. Untuk pelajar, yang mana mahu matapelajaran diajar dalam bahasa inggeris atau melayu atau mendarin, bebas untuk buat pilihan, dengan syarat, lulus dalam mata plajaran bahasa melayu dan boleh buat karangan dengan jelas dan betul.

        Kemudian, kawasan dimana NEP masih tertakluk. Disini, sistem pelajaran mengikut kurikulum kementerian pelajaran, perlesenan tetakluk kepada NEP 30% ekuiti bumiputra, dan hasil dari minyak dan gas, hanya boleh belanja dalam kawasan NEP. tanah rizab melayu kekal saperti sediakala.

        Kita bandingkan, selepas 10 tahun, Kita kaji dari segi sosial, ekonomi, pelajaran dan lain-lain lagi di antara dua kawasan ini. nescaya, kawasan yang bebas NEP akan mengatasi
        kawasan NEP dalam semua tahap kecuali dalam bidang keugamaan.

        untuk 3) Hal ugama islam telah memalukan negara ini, saperti merotan perempuan yang melahirkan anak dihospital kerajaan dikuala lumpur beberapa bulan dahulu. Kejadian ini telah menyebabkan kelahiran bayi diluar hospital dimana kebanyakkan bayi ini telah dibuang untuk mengelak dari terkena seksaan ini. Hal ini kita patut salahkan Jabatan agama islam Wilayah dan hishamuddin yang mebiarkan mereka menggunakan premis milik kerajaan untuk menghukum kes “civil” court.
        Kes “sodomy” yang berpangjangan juga mencelarkan nama Malaysia. Ini semua melibatkan orang melayu islam.
        Kes menyerbu dan menagkap dan merotan orang yang minum arak, khalwat dan sebagainy, dimana orang miskin disebat, tetapi, orang yang bekuasa, dibebaskan. Inilah keadilan ugama islam dan hukum syariah.

        • #18 by sputjam on August 20, 2010 - 2:01 pm

          sorry for spelling error, it should be darah tuah at the top of the page, and not darah tua.

  12. #19 by CommonerNinetyNine on August 19, 2010 - 1:53 am

    this is just the beginning.

    if the malays still can’t find a way to stand united, their rights will be further challenged.

    staying divided always make ones community weak, whether one like it or not, this is reality.

  13. #20 by Mayday on August 20, 2010 - 8:12 am

    Saya amat tertarik dengan apa yang didedahkan oleh Singah, August 18.2010. Mungkin ada kebenarannya kerana orang seperti Datuk Akhbar Ali amat sukar untuk dinaikkan walaupun beliau telah menunjukkan bukti kebolehannya, semangatnya, serta kesungguhannya. Sekarang dengan pendedahan Singah terbukti UMNO JASIN tidak inginkan mereka yang berpelajaran.

    Apabila guru gred 41 dibenarkan menyertai politik nanti maka akan semakin kuatlah PAS kerana UMNO tidak mahu guru-guru berkelayakan seperti ini. UMNO nampaknya masih berwajah tahun 60han hanya diuruskan oleh mereka yang ……. Saya difahamkan nak menguruskan mesyuarat agong Bahagian pun bercelaru. Amat memalukan….

    Nampaknya Yang berpelajaran akan teruskan dipinggirkan akhirnya akan ke PAS. Maka senanglah hati pemimpin-pemimpin UMNO Jasin kerana tidak ada gangguan.

    Jadi saya harap pemimpin-pemimpin UMNO Jasin janganlah rasa takut dengan bayang-bayang. Bersikap terbukalah dalam menghadapi kenyataan. Saya syurkan ahli-ahli UMNO naikkanlah orang seperti Datuk Akhbar Ali ini. Jasin tidak akan rugi malah banyak keuntungannya daripada mereka seperti ……….. yang ada sekarang ini.

    • #21 by darahtuah on August 20, 2010 - 8:37 pm

      Mayday,

      UMNO sudah terlalu lama berada dlm zon selesa maka ia tak bersedia dan takut untuk berubah.

      Jika adalah sesiapa mengkaji komposisi / profile ahli UMNO dari segi umur dan kelulusan maka ia akan mendapat satu cerita / senario yang memilu dan membimbangkan.

      Tk,

      Darahtuah.

  14. #22 by Mayday on August 21, 2010 - 12:45 pm

    Datuk.
    Ini hanya sebagai renungan untuk pemimpin dan ahli UMNO di Melaka.

    Akhir-akhir ini kita ahli UMNO dimana-mana banyak menceritakan hal yang berlaku di Pulau Pinang. Rata-rata orang Melayu bimbang Pulau Pinang akan menjadi Singapura apabila semakin banyak hartanah Melayu di ‘rampas’ dengan pampasan yang tak seberapa oleh kerajaan pimpinan Bukan Melayu atas alasan untuk berbagai pembangunan. Melayu sudah terpinggir. Itu di Pulau Pinang.

    Di negeri Melaka nasib yang sama akan menimpa orang Melayu 15 tahun lagi. Melayu dah ahli-ahli UMNO akan turut terpinggir. Bilangan penduduk Melayu akan bertambah sedangkan tanah tidak bertambah. Yang menyedihkan apa yang berlaku di Pulau Pingan sebenarnya telah dilakukan oleh kerajaan Melaka sejak sekian lama. Banyak tanah-tanah Milik Melayu telah di ambil dan diserahkan kepada syarikat bukan Melayu dan dijual kepada bukan Melayu. Ini termasuk tanah-tanah rizab Melayu (MCL)yang selama ini dikhaskan untuk Melayu juga telah banyak diambil dan diserahkan kepada bukan Melayu.

    Tanah tambahan melalui tambak laut juga dimajukan dan dijual kepada bukan Melayu. MELAYU MELAKA SEDANG MENEMPAH NASIB SEPERTI mELAYU PULAU PINANG. Apa yang lebih menyedihkan lagi kerajaan Pulau Pinang dfipimpin oleh bukan Melayu tetapi Melaka selama ini dipimpin oleh orang Melayu. Dimana silapnya…….?

  15. #23 by jentayu on August 23, 2010 - 11:35 am

    sputjam kata:
    saya hairan kenapa melayu ikut emosi perkasa
    – jd kamu kaum cina bukan ikut emosi bila buat penilaian berat sebelah pasal NEP? jwb dgn jujur la. kaum cina paling byk dpt kek ekonomi. mcm2 data yg boleh dirujuk. special priviledge tu atas timbal balik kerakyatan yg kamu dpt masa tok nenek kamu dpt sini dulu. kamu suka atau x itu la hakikat perlu terima. kalau nak dpt priviledge sama kena la jd ‘melayu’. sila rujuk perlembagaan. jgn la pandang pd 30% semata2. itu target kaum melayu.

    sputjam kata lg:
    cadangan ini (special priviledge) akan lembapkan ekonomi
    – kamu jwb pd YB cadangan utk wujudkan ‘NEP free zone’ yg kira ada autonomi dr segi ekonomi dan pelajaran dr sekatan pemerintah. kalau ikutkan sy boleh buat laporan polis atas tuduhan subversif terhadap kamu. mana ada kawasan hatta duty free zone yg bebas dr sekatan pemerintah? lps tu senang2 nak bg tanah rizab melayu yg terpelihara bwh kanun tanah negara? apa kamu ingat malaysia mcm hong kong di china ke berstatus special administrative region (SAR). sejarah china dan malaysia bukan sama. katalah ada autonomy state mcm kamu kemukakan ni, sape pula yg akan jd ketuanya? kamu jwb sendiri la.

    ekonomi naik 2% jika pelajaran cina selari, hukum syariah utk kekeluargaan shj. alasan ekonomi xde, peluang lain xde.
    – sy x mau citer pjg lebar psl hukum2 islam sbb pd sy pengetahuan kamu x smp ke mana pun. ini sama mcm ketam mengajar anak berjalan dgn betul. cuma sy nak memetik kata2 confucius bahawa negara yg baik berasal daripada keluarga yg baik. ekonomi, sosial, politik, budaya adalah elemen2 yg saling berkait dalam hal kenegaraan. jgnlah kamu terlalu bongkak dgn mengatakan tanpa ekonomi semua peluang akan tertutup. org islam percaya pd ketentuan ilahi. wang bukan tuhan kami.

    apabila robert kuok berundur dr bidang perladangan…
    – jd anda setuju dgn pernyataan sy bukan? hakikat tetap hakikat. walaupun beliau telah lepaskan pegangan, itu x menafikan hakikat bhw bidang perladanganlah yg membuatkannya kaya dan mempunyai tapak utk berjaya. soal dia melepaskan pegangan itu soal kedua. kamu berckp pasal ekonomi seolah2 kamu pakar dlm segala2nya. padahal subsidi yg merupakan asas ekonomi pun kamu x faham. apa yg terjadi ialah kerajaan kurangkan subsidi gula sbyk 25 sen dr keadaan dahulu. maka dulunya sy, kamu, YB syed akbar dan semua rakyat malaysia bahkan pendatang asing serta expatriate2 yg beli gula di malaysia ini dibayar sebyk 35 sen oleh kjaan (skrg kjaan masih tanggung 10 sen shj). hujah kamu ni hy hujah populis dan beremosi semata.

    hal ugama islam telah memalukan negara ini…
    – skrg mmg nampak tembelang kamu yg sentiasa cr pasal dgn org melayu/islam serta institusinya. hukum syariah x kenal pangkat. bahkan zaman umar al khatab, anaknya sendiri kena hukum sebat sbb berzina. jd hukumannye tetap sama, sebat. sama juga kes budak perempuan yg berzina dan lahirkan anak dan perempuan yg minum arak, tetap disebat. adakah sbb perempuan itu melahirkan anak dia x boleh kena hukum sebat? JAWI hy melaksanakan berdasarkan enakmen undang2 syariah wilayah persekutuan. kes buang bayi adalah kes sivil yg boleh didakwa bwh kanun jenayah. sila fahamkan undang2 kalau anda nak bising2 pasal hukuman sebat. clearly, u’re knowledge of syariah n civil law is a disgrace!

    p/s : YB sy dah bosan dgn perangai ‘i’m a victim’ dr kaum yg satu lg….

  1. sejarah ekonomi islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: