MCA Parti Primitif Dan Self Centred?

1. Terlebih dahulu saya ingin menegaskan bahawa apa yang ditulis ini adalah impak hakikat Newton’s Third Law of Motion. MCA perlu faham dan menerima hakikat ini. Semua pihak juga kena demikian. Saya juga kena anticipate hakikat akan adanya reaksi terhadap apa yang saya tulis ini.

2. Selepas MPM menganjurkan KEB yang mengganyang MBE pada 29 Mei lalu dan mengemukakan kepada NEAC 31 syor untuk menjayakan Agenda Bumiputera, Dr Wee KS telah dengan lantang dan tanpa segan silu melabelkan MPM sebagai primitive. Pada 14 Ogos lepas, MCA bertindak balas dengan menganjurkan KEC dan mengemukakan 13 syor yang keras dan angkuh.

3. Manifestasi keangkuhan tersebut dapat dilihat awal-awal lagi dari backdrop Kongres tersebut yang mengaggungkan bahasa mandarin dan bahasa Inggeris sahaja dan menghina pula Bahasa Kebangsaan dan Perlembagaan Persekutuan sebab Bahasa Rasmi kita tidak turut digunakan.

4. Mengenai KEC itu, harap Dr CSL dan Dr WKS mampu membezakan antara 2 Kongres ini:

• MPM adalah sebuah NGO dan ianya bukan sebahagian daripada BN; maka ia tidak perlu tunduk kepada BN manakala MCA pula adalah sebuah parti politik yang merupakan sebahagian daripada ahli keluarga BN. Justeru ia tertakluk kepada semangat setiakawan dan roh BN, kok masih ada;

• MPM mengemukakan syornya kepada NEAC selaras dengan kehendak kerajaan yang mahukan maklumbalas terhadap MBE dalam tempoh yang diberikan; langkah yang sama telah diambil oleh NGO-NGO lain, termasuk NGO kaum Cina. Tetapi 13 Syor MCA itu sudah pun di luar masa yang diberikan untuk mendapatkan maklum balas kerana RMKe-10 telahpun diluluskan oleh Parlimen.

Dan apa yang perlu disedari oleh Dr CSL ialah RMKe-10 telahpun dipersetujui sendiri oleh MCA melalui wakilnya di kabinet dan di dalam Parlimen. Janganlah berperangai hodoh – rumah siap, pahat berbunyi!

• MPM, kerana tahap inteleknya tinggi dan bertamadun, tidakpun mencaci cela badan / individu yang mengemukakan syor masing-masing sebab ia menyedari bahawa (a) badan / individu berkenaan mempunyai hak demokrasi untuk berbuat demikian dan (b) kuasa menimbang pula terletak di bahu NEAC / Kerajaan; bukannya di tangan MPM atau di mulut Dr WKS. Sebaliknya Dr WKS menurunkan daya intelek dan tahap tamadunnya apabila ia mentomahkan MPM sebagai prrimitif; dan

• 31 Syor MPM adalah bagi kepentingan Melayu dan tidakpun mengambil hak kaum Cina. Sebaliknya, 13 syor MCA itu pula bukan sahaja memperjuangkan hak kaum Cina tetapi, pada masa yang sama, secara tersurat mengancam dan mahu menghapuskan hak kaum Bumiputera. Yang demikian, bukankah Dr WKS dan MCAnya adalah bersifat lebih primitive of the worst kind? Dalam hal ini, tepat sekali jika diapplykan bidalan Melayu “mengata dulang, paku serpih; mengata orang, awak yang lebih”!

5. Pada masa yang sama, MCA hendaklah dapat menerima perjuangan kaum-kaum lain dan mengakui persamaan tertentu. Misalnya, jika MCA berpendapat ia berhak memperjuangkan hak kaum Cina dan tidak boleh dianggap sebagai racist, sepertimana benang basah yang dengan susah payah cuba diluruskan oleh DS Liow (kerana beliau terpaksa defend bosnya yang teruk itu), maka TSM, MPM, Perkasa dan Utusan Malaysia juga mempunyai hak yang sama dan tidak boleh dilabelkan sebagai racist.

6. Malangnya, sejak di bawah kepimpinan baru ini, nampaknya MCA tidak berfikiran terbuka/liberal sepertimana yang diharapkan. Di bawah Dr CSL, nampaknya ia sudah menjadi sebuah parti yang inward looking, kotor/busuk kerana skandal seks Presidennya (misalnya tak dapat diterima oleh mantan Ketua Wanitanya yang berprinsip dan kira-kira dua pertiga perwakilan MCA yang menolaknya). Ia juga semakin lemah kerana dibenci oleh kaum Cina sebab infighting, sifat self centred dan kerakusan para pemimpinnya.

7. Kersakusan itu dapat dilihat melalui tindakan Dr CSL apabila ia mengamalkan nepotisma kerana mementingkan anaknya yang masih green itu (lebih banyak merapu semasa menjawab di Dewan Negara) dan mengenepikan para pemimpin MCA yang lebih kanan dan berpengelaman luas seperti Timbalan Ketua Wanitanya.

8. Sesungguhnya, sepak terajang politiknya adalah self centred demi menjaga survival dan nyawa politiknya sahaja; bukan demi kepentingan seluruh kaum Cina. Bacalah petikan keputusan survey oleh Merdeka Centre sepertimana yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider:

• Datuk Seri Dr Chua Soi Lek’s recent attempts to embolden the MCA appears to have failed to recapture the confidence of the Chinese community as a recent poll here found that only nine per cent of the electorate regard him as a capable leader.

• Many believe that the veteran politician’s tainted past would hamper his ability to serve as an effective party president while some even think that he is an embarrassment to the Chinese community.

• Both the leaders’ lack of support from the Chinese electorate was further expounded in a general sentiment among voters that the MCA and Gerakan, as Chinese-based parties, were becoming increasingly irrelevant.

• 62 per cent of voters were dissatisfied with the MCA’s performance.

• MCA leaders were self-centred and that the party was marred by too many internal conflicts

9. Keputusan tersebut jelas menunjukkan bahawa MCA sudah tidak relevan, ditolak oleh masyarkat, mempunyai general yang tainted and weak serta tidak ada soldiers. Kedudukan ini lebih jelas apabila ia gagal mendaftarkan orang Cina sebagai pengundi baru dan tiada atau hampir tiada penyertaan ahli MCA dalam program-program kerajaan dan BN seperti Juara Rakyat.

Program Juara Rakyat - Bukti Tiada Pemimpin MCA & Gerakan

Usahawanita mengambil bahagian dalam Program Juara Rakyat

Penyertaan Ahli-ahli MIC dalam pertandingan memasak, Program Juara Rakyat

10. Maka, dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan bagi dirinya, ia sering mempamerkan sikap yang ia lebih kiasu dan chauvinist daripada pemimpin DAP dengan bertopengkan slogan “demi kepentingan kaum Cina”tanpa menghiraukan semangat setia-kawan dan prinsip tolak ansur yang menjadi tiang seri kewujudan BN. Nampaknya dia dah terlupa bahawa MCA adalah sebahagian daripada parti pemerintah; bukan pembangkang.

11. Lalu terpamerlah dirinya bukan sebagai pemimpin parti pemerintah yang berwibawa dan dihormati. Sebaliknya ia tergambar sebagai pengerusi sebuah badan NGO biasa yang hanya tahu menjerit. Ia menjerit bagi kepentingan dirinya (menggunakan kepentingan ahli sebagai camourflage) tanpa ada rasa tanggungjawab kepada Negara.

12. Ia memilih untuk tidak mahu menerangkan dengan jelas dan meluas tentang betapa baiknya kerajaan BN terhadap kaum Cina dan kaum-kaum yang lain. Dia gagal memimpin masyarakat Cina agar tahu berterima kasih dan bersyukur. Sebaliknya dia hanya menjadi cheer leader sahaja. Ohh…malunya kerana MCA adalah rakan karib kami (UMNO).

13. Kalaulah dia seorang pemimpin yang matang dan berintelek tinggi, ia tentu tahu bahawa, di Negara Malaysia yang majmuk rakyatnya, untuk selamat, aman dan makmur, tidak ada siapa yang boleh dapat semua dan tidak ada siapa yang akan hilang semua. Sebagai penuntut aliran sains, sepertimana yang dicanangkannya, dia tentu faham bahawa, like in a line graph, for the welfare of our plural society and pursuant of the principle of inclusivity, BN is striving very hard to achieve optimal position; not maximum position and with minimum marginalisation.

14. Dengan bersandarkan falasafah tersebut maka BN mengamalkan konsep “win-win situation” manakala MCA pula nampaknya berdegil memperjuangkan “win (Cina)-loose (Melayu) situation”. Dia hendak menjadi jaguh yang keras kepala dan recalcitrant dengan terus memperjuangkan 13 syor itu dan, pada masa yang sama, cuba menafikan tuntutan Bumiputrera dan kaum-kaum lain. Bagaimana jika parti-parti lain dalam BN, termasuk UMNO, mengambil sikap / pendekatan yang sama seperti MCA?

15. Misal kata, atas desakan semua ahli UMNO/Bumiputera dan mengambil kira sikap MCA yang sudah tidak mahu bertolak ansur itu dan mengancam pula survival Bumiputera, maka UMNO turut memekikkan tuntutan berikut yang sememangnya membara di hati mereka:

• Atas prinsip keterangkuman, perpaduan nasional, keamanan dan kemakmuran Negara, diwujudkan hanya Sistem Satu Sekolah (SSS) sama seperti di Singapura, Indonesia dan Thailand sebab (a) antara punca sikap perkauman yang semakin menebal ini ialah kewujudan SJK sedangkan (b) kewujudan SJK pula tidakpun disebut dalam Perlembagaan;

• UMNO mengambil semula semua kawasan pilihanraya yang pengundinya adalah majoriti Bumiputera/Melayu;

• Menghapuskan jawatan Menteri / Timbalan Menteri Cina/India yang sudah lebih daripada amalan biasa atau menambah menteri / timbalan menteri UMNO inorder to establish a new equilibrium;

• Menghapuskan diskriminasi terhadap Melayu dan India di sektor swasta dari segi pengambilan, perjawatan, gaji, kenaikan pangkat dan sebagainya;

• Membuka syarikat-syarikat milik orang Cina seperti Public Bank, YTL, Berjaya, IOI kepada orang Melayu dan India dari segi pekerjaan dan tender/perolehan;

• Membuka sektor-sektor yang dikawal / dimonopoli orang Cina seperti industri gula, tepong, beras, alat binaan, alat ganti kereta, bekalan daging, ayam, ikan dan sayur kepada peniaga Melayu dan India; dan

• Menyediakan padang permainan yang sama rata kepada orang Melayu dan India.

16. Sekiranya desakan dan tuntutan seperti di atas dibuat secara lantang dan terbuka, seperti yang disarankan oleh Dr CSL, maka sudah tentu BN akan pecah berderai. Tetapi nampaknya Dr CSL tidak kisah itu semua. BN boleh lingkup tetapi dia mesti terus hidup kerana dia bersedia melompat masuk DAP (Yesterday, the outspoken leader boldly said the party would not hesitate to side with its political foe DAP) kerana, nampaknya, tendensi chauvanist dan opportunisnya itu tidak jauh beza dengan cara CJM.

17. Kerana dia taksub (self centred) dengan jawatan Presiden itu, sepertimana DSAI taksub hendakkan jawatan PM, maka nampknya dia menjadi DSAI Junior.

18. Jika ia mementingkan survival MCA dan demi untuk terus kekal menjadi sebahagian dari parti pemerintah dalam BN maka ia akan turut memikirkan sokongan dan kemenangan MCA dalam PRU ke-13; khusunya sokongan pengundi Melayu. Namun, kerana angkuh dan paniknya itu, ia terus antagonise dan melukakan hati Bumiputera; ia terlupa bahawa kaum Cina sudahpun dump MCA semasa PRU ke-12 yang lalu (kini MCA sudah tidak relevan lagi) dan yang menyelamatkan MCA ketika itu ialah pengundi Melayu.

19. Semua calon MCA telah kalah di kawasan majoriti pengundi Cina. Yang menang itu, termasuk anak Dr CSL, Dr Wee dan Dr Fong, adalah kerana sokongan kuat pengundi Melayu. Rupan-rupaya Cina juga mudah lupa! Dan nampaknya perilaku Dr CSL menepati maksud perumpamaan Melayu “melepaskan anjing tersepit”.

20. Orang Cina dan MCA perlu ingat bahawa bukan sahaja orang Cina boleh menjadi air untuk menenggelamkan kapal , Bumiputera juga boleh menjadi air untuk menenggelamkan kapal MCA dan Gerakan, sekiranya CSL meneruskan perangai destruktifnya itu.

21. Dia bersifat destruktif kerana menggunakan senjata politik lapuk untuk mendapatkan sokongan orang Cina – ekstrimisma dan racisma- dan yang demikian, mengancam serta menakutkan orang Melayu.

22. Outcomenya, besar kemungkinannya baki 15 MP MCA dan 2 MP Gerakan akan kalah dalam PRU ke-13 kelak. Sekiranya BN berjaya menubuhkan kerajaan, maka kerajaan itu adalah TANPA wakil MCA dan Gerakan. Jangan nanti salahkan orang lain melainkan Dr CSL.

23. Maka dalam konteks ini, ingatan/nasihat yang diberikan oleh para pemimpion UMNO seperti TSM dan DSH adalah bertepatan dan relevan. Malangnya, bukan ia hendak minta maaf atau mendengar kata; sebaliknya dengan sombong, Dr CSL dan kaum Cina menyanggah nasihat yang diberi, termasuk mengherdek YAM TPM dan menyanggah DSH!

24. Yang memalukan Melayu pulak ialah DSH hendak “mengadap kepimpinan MCA untuk perjelaskan isu itu”. Sila baca petikan daripada NYSP di bawah.

25. Dulu tak pasal-pasal DSH mintak maaf pada orang Cina kerana isu tikam keris ke udara (bukan tikam perut Cina) dan sekarang hendak mengadap pulak kerana memberi nasihat yang tepat. Apa punya kualiti pemimpin seperti ini? Macam tak ade ???. Buat kemaluan besau aje! Pigi lahhh… Itulah kemarahan sebahagian besar orang Melayu / ahli UMNO terhadap DSH, kalau beliau belum tahu dan hendak tahu.

26. Sebenarnya saya sedar bahawa serangan balas seperti di atas tidak menguntungkan sesiapa, termasuk Dr CSL, saya, MCA, UMNO, Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dr WKS, DS LTL, DW Chor, En. Koh (Ketua MCA Bahagain Jasin) dan En. Chin Chai yang semuanya merupakan kawan baik saya pasti akan marah saya.

27. Namun, sebelum terlambat, awal-awal lagi saya sengaja memilih untuk menjadi the devil’s advocate dengan menuliskan secebis lanskap sedemikian demi untuk menyedarkan orang-orang seperti Dr CSL mengenai implikasi buruk pendekatannya itu dari segi politik, ekonomi dan masyarakat akibat impak Newton’s Third Law of Motion.

28. Justeru, sebelum sepoi bayu menjadi ribut dan sebelum angin berubah menjadi puting beliung; sebelum bumi bergegar menjadi gempa dan sebelum asap gunung berapi bertukar menjadi lahar, maka eloklah ketua kerajaan yang prihatin, pemimpin masyarakat yang berpengaruh serta penghulu parti yang bertanggungjawab, tokoh agama dan budaya yang tenang, para akademik dan cediakawan yang bijak dari semua kaum duduk semeja ‘berunding di dalam terang, bermuafakat di dalam gelap’ ala Majlis Penasihat Perpaduan Negara.

29. Marilah kita sama-sama faham concerns dan aspirasi semua kaum dan collectively berusaha menyelesaikannya secara optima (bukan maksima) dan ‘win-win’.

30. Amat penting, perbincangan tersebut menghormati batas sempadan atau TOR tertentu. Sepertimana yang pernah saya gariskan di para 9 sini, TOR itu termasuklah:

• a list of what cannot be discussed/negotiated,

• a list of what can be discussed/negotiated,

• all ethnic groups must be given the freedom to vocalize their rights but NOT encroaching on others as guided by this pantun from DSU Dr Rais Yatim:

Jangan hampir di seberang,
Hampir saja dekat kota
Jangan ambil hak orang
Ambil saja yang hak kita.

• time-frame,

• implementable solutions – what and how?

31. Tujuan utama ialah untuk mematikan segera api di dalam sekam dan mengelakkan situasi di mana yang kalah akan jadi abu, yang menang akan jadi arang. Sebenarnya, outcome yang diharapkan oleh semua rakyat ialah environment di mana mereka dapat menikmati keamanan, kemakmuran, kebaikan dan kesejahteraan hidup yang berkekalan di bawah payung 1Malaysia.

32. Syor seperti ini sudah beberapa kali saya kemukkan di Dewan dan juga semasa kursus BN di Ulu Kenas bulan Jun lalu. Betul Datuk Gan dan En. Koh?

33. Apa reaksi Dr CSL, Dr WKS, MCA, MIC dan yang lain lain?

Nanyang Siangpao
Per: Chua Sui Lek-Hishamudin
Ruangan: dalam negeri m/s A5
Tarikh: 17 Ogos 2010 (Selasa)

Tajuk:

Chua Sui Lek Mengkritik Hishamudin Secara Keras
Jangan Lupa Perjanjian Persefahaman Dalam Barisan Nasional

16hb Kuala Lumpur, Presiden MCA Dato Seri Chua Sui Lek hari ini secara keras mengkritik Naib Presiden UMNO Dato Seri Hishamudin, ada sesetengah pemimpin dalam Barisan Nasional sehingga ke hari ini masih tidak faham dan tidak dapat pelajaran dalam pilihan raya umum Mar 2008.

Beliau berkata keputusan pilihan raya umum Mar 2008 dengan jelas menunjukkan apa yang telah berubah dalam pemikiran rakyat sekarang ini, kemimpinan baru dalam MCA juga sedar bahawa perlu ada sesuatu pembaharuan secara menyeluruh supaya dapat kembalikan kepercayaan rakyat, jika semua pemimpin dalam Barisan Nasional hanya masih bersikap pentingkan diri sendiri, ia bukan sahaja akan memudaratkan MCA, dan Barisan Nasional akan terus kehilangan undi.

Chua Sui Lek menyatakan isu ini berkaitan Hishamudin yang mengingatkan MCA jangan lupa terhadap perjanjian persefahaman dalam Barisan Nasional, ini umpama boleh menyebabkan MCA dan masyarakat Cina seperti sudah tiada harapan lagi, dan pada pilihan raya akan datang MCA sudah tidak ada peluang lagi.

“Hishamudin boleh berpandangan secara peribadi beliau sendiri, tetapi jangan anggap perbezaan pandangan dari kalangan sama ada MCA ataupun parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional itu dianggap sudah tidak mengikut persefahaman dalam Barisan Nasional.”

Berjanji Mahu Kotakan Permintaan Di Majlis Persidangan Ekonomi Orang-Orang Cina

Beliau berkata, kepimpinan baru MCA secara mantap anggap MCA perlu teruskan perjuangan dalam politiknya, itu adalah berpatutan dan sah dari segi undang-undang, MCA tidak boleh kerana mahu ketepikan sesuatu isu itu dituduh bersamaan dengan pandangan DAP, akhirnya dituduh oleh masyarakat Cina MCA bersekongkong dengan cara berdiam diri, cara MCA seperti itu adakah ia masih dapat sokongan dari masyarakat Cina?

Chua menekankan, MCA tetap berpegang kepada mahu kotakan janji dan rebut peluang untuk laksanakan 13 perkara tuntutan yang diputuskan dalam majlis persidangan ekonomi orang-orang Cina, perkara itu bukan sahaja melibatkan kepentingan dalam masyarakat Cina, sebenarnya ia juga berkait rapat dengan kepentingan keseluruhan masa depan ekonomi negara ini, MCA faham terhadap suqiu (tuntu rayu) masyarakat Cina untuk menharungi tuntutan globalisasi sekarang ini, MCA tidak boleh lari daripada tanggujawab tersebut, jika sebaliknya, MCA akan kehilangan nilai-nilai politik di dalam masyarakat Cina.

Nanyang Siang Pao

Nanyang Siangpao
Per: Hishamudin-Chua Sui Lek
Ruangan: dalam negeri m/s A5
Tarikh: 17 Ogos 2010 (Selasa)

Tajuk:

Hishamudin Akan Perjelaskan Secara Berdepan
Tidak Berniat Tuding MCA

16hb Kuala Lumpur, berikutan pemimpin MCA mengkritik Naib Presiden UMNO Dato Serri Hishamudin, hari ini Dato Seri Hishamudin berkata akan berdepan dengan kepimpinan MCA untuk perjelaskannya, beliau berkata beliau bukan berniat untuk menuding MCA.

MCA pada hari Sabtu lepas dalam persidangan majlis ekomomi orang-orang Cina, Presiden MCA Dato Seri Dr. Chua Sui Lek secara terbuka mahu pihak kerajaan secara dinamik lepaskan sekatan 30 peratus kuota bumiputera, menyebabkan dikritik oleh menteri dalam negeri Dato Seri Hishamudin, dimana MCA telah membalakangkan semangat Barisan Nasional dan berdiri di pihak parti lawan, telah membelakangi persefahaman yang selama ini yang ada dalam Barisan Nasional.

Presiden MCA Chua Sui Lek bersama Timbalan presidennya Chor Chee Heung di tempat yang berlainan telah membuat keyataan yang sama sekeras-kerasnya mengkritik kenyataan Hishamudin.

Hari ini Hishamudin selepas melawat pihak media SinChew Jitpoh, mengadakan sidang media, beliau berkata beliau langsung tidak berniat untuk mengkritik MCA, dan akan megadap kepimpinan MCA untuk perjelaskan isu itu.

“saya menekankan saya langsung tidak berniat untuk mengkritik MCA”

Beliau sekali lagi berkata, beliau mahu MCA seiring dengan perjalanan parti-parti komponen yang lain dalam Barisan Nasional, untuk tujuan dan matlamat yang sama.

Selepas beliau menghadiri mesyuarat UMNO di Terengganu malam semalam beliau berkata, apa yang MCA pertahankan yang masyarakat Cina mahukan adalah berebut-rebut dengan perjuangan DAP, tetapi MCA perlu ingat bahawa kita dalam Barisan Nasional ada persefahaman, dan pendirian perlu tetap.

“MCA tidak patut dipergunakan oleh Pakatan Rakyat terutama sekali orang-orang Cina yang majoritinya adalah penyokong DAP.” Beliau berkata, beliau telah mengingatkan pemimpin-pemimpin MCA jangan terkeluar dari konsep persefahaman dalam Barisan Nasional dan sama-sama terus berjuang, sama-sama mengeratkan silaturahim dan saling mempercayai antara satu sama lain.

Beliau berkata lagi, sebelum ini UMNO diancam oleh Pas, tetapi tetap dengan pendirian tidak pernah berfikirkan untuk melebihi dari itu, dan tidak terus memperjuangkannya kerana berpegang kepada semangat persefahaman antara komponen Barisan Nasional.

Nanyang Siang Pao

China Press
Per: UMNO-MCA-Gerakan
Ruangan: perbincangan umum rakyat m/s C15
Tarikh: 18 Ogos 2010 (Rabu)

Tajuk:

Adik-Beradik Bertelagah Sesama Sendiri
Penulis Shao Xue/ aritikel ini bukan pandangan dari akhbar ini

Di sebelah sini perdana menteri kerja keras untuk buka jalan pilihan raya akan datang, di sebelah sana UMNO dengan MCA kerana sedikit isu jadi pertengkaran, kali ini yang bertelagah semuanya orang-orang yang berkedudukan tinggi, kini dapat dituntun umum yang dengan agak luar biasa.

Pertengkaran kali ini Pak dalangnya dan pelakonnya ialah presiden MCA Chua Sui Lek dan timbalan presiden UMNO Muhyiddin Yassin serta Hishamudin Naib Presiden UMNO, seterusnya pemimpin-pemimpin atasan MCA berperanan membantu dan menyokong ketuanya, nampaknya wayang dan lakonan yang sungguh “indah” dipersembahkan.

Kerusi nombor satu dan kerusi nombor dua dalam Barisan Nasional kadang-kadang ada berlaku pertengkaran, itu bukan perkara yang ulung berlaku, akhirnya semua orang akan tahu, pemenangnya akan tetap berpihak pada UMNO, MCA lebih-lebih hanya dapat bertahan dan ambil kembali air muka yang telah jatuh itu, dan adakah kali ini mungkin ia berlaku tidak secara sengaja?

Selepas pilihan raya Mar 2008, MCA yang kecundang teruk kini diherdik dan diejek serta dihina teruk oleh UMNO, sehinggakan MCA dipersalahkan kerana beberapa negeri telah kecundang, kekalahan itu semuanya dipersalahkan MCA dan Gerakan, sehinggakan MCA dan Gerakan diibarat seperti bukan serupa manusia lagi.

MCA mohon atas kuasa Hishamudin sebagai menteri dalam negeri menggugurkan perintah larangan dimana orang-orang bukan Islam tidak boleh menggunakan perkataan “Allah” , ini yang dikatakan timbulnya perbalahan, sebenarnya MCA menggunakan dan ulangi perkataan-perkataan yang dikeluarkan oleh pemimpin UMNO itu sendiri, tetapi menjadi perbalahan yang berpanjangan.

Chua secara keras mengkritik Hishamudin, mengatakan ada sesetengah pemimpin Barisan Nasional masih tidak dapat terima pengajaran dari peristiwa Tsunami politik pilihan raya Mar 2008 lepas, lebih-lebih lagi masih tidak faham apa yang rakyat mahukan.

Beliau berkata lagi, jika kempimpinan Barisan Nasional masih bersikap tidak mahu berubah, ia bukan sahaja akan menjejaskan MCA malah tiket undi Barisan Nasional akan berterusan hilang.

Beliau menegaskan, jika MCA tidak berani menangani isu-isu secara terang dan jelas mempertahankan kepentingan masyarakat Cina, ini akan boleh menyebabkan orang-orang Cina sudah tidak perlu bergantung harapan kepada MCA lagi, dan pada pilihan raya akan datang tidak akan beri sekali lagi peluang kepada MCA.

Perjuangan Telah Terkeluar Dari Landasan Barisan Nasional

“Hishamudin boleh berpandangan secara peribadi, tetapi tidak boleh melihat kerana pandangan MCA tidak sama dengan parti komponen Barisan Nasional yang lain, terus dianggap telah terkeluar dari landasan persefahaman dan matlamat dalam Barisan Nasional.

UMNO rasa kurang senang, apabila Chua berkata jika mahu menjaga kepentingan untuk kaum tetapi tidak berani kemukakannya, MCA tidak takut jika pandangan MCA itu sama pandangan dengan DAP.

Kata-kata yang “bernas” itu sudah tentu UMNO sebagai ketua dalam organisasi itu rasa tidak gembira, anggap MCA terlalu cuai, dengan itu Muhyiddin dan Hishamdin dengan hormatnya mahu MCA jangan lupa matlamat perjuangan Barisan Nasional, jangan kerana mahu perjuangkan kepentingan masyarakat Cina tetapi telah menyinggung perasaan kaum lain.

Saling tuding menuding antara satu sama lain,Chua menegaskan, MCA tetap akan pertahankan 13 perkara ketetapan usul yang dibuat di persidangan Kongress Ekonomi Cina itu, usul tersebut bukan sahaja berkait rapat dengan kepentingan kaum Cina, secara amnya ia juga melibatkan keseluruhan ekonomi dan nasib masa depan negara ini pada masa akan datang, MCA faham bahawa orang-orang Cina kehausan perubahan globalisasi yang mendesak dan telah membuat suqiu (tuntut rayu), MCA sudah tidak boleh lari daripada tanggungjawab dan kemahuan masyarakat Cina lagi, jika tidak MCA akan tiada gelanggang dan tiada nilai untuk menjadi badan politik kaum Cina.

Pandangan Chua sungguh berani, beliau menunjukan kekerasan dan keterampilan yang tersendiri, orang ramai nampak apa yang beliau lakukan, semuanya tiada sebab untuk dipersalahkan, kenapa ramai orang dari kalangan UMNO masih tidak bersikap lebih terbuka terima nasihat itu walaupun membesit telinga.

MCA kena diingatkan, lambat laun Perkasa juga akan tampil masuk ke dalam gelanggang ini sebagai penyelamat mereka, Perkasa akan lawan sekeras-kerasnya, MCA perlu bersedia terima langkah serangan seterusnya.

Kita jangan pandang kecil perbalahan dalaman dalam Barisan Nasional ini, kalah atau menang ia berkait rapat dengan tuntutan keputusan pilihan raya umum akan datang, kata-kata yang akan dikeluarkan Perkasa nanti adalah satu cabaran yang lebih besar lagi!

China Press

  1. #1 by Mayday on August 22, 2010 - 9:45 am

    Tahniah diatas ‘commitment’ Datuk dalam mengenegahkan isu-isu politik semasa untuk tatapan umum. Ianya sudah tentu sedikit sebanyak memberi pengetahuan dan pengajaran kepada mereka yang sedang mengelamun. Sebagai tambahan ulasan saya pula adalah seperti berikut:

    Pemimpin Melayu terutama pemimpin UMNO harus sedar bahawa pemimpin Cina dan orang Cina tidak lagi berminat untuk bersama-sama orang Melayu dalam mengurus dan mentadbir negara. Setelah lebih 50 tahun bersama mereka telah dapat apa yang mereka perjuangkan selama ini. Kekayaan ? warganegara?, kuasa? Kedudukan semuanya telah diperolehi . Malahan walaupun telah terbukti kalah dialam pilihanraya ke-12 dulu mereka masih menikmati kuasa yang sama –jawatan menteri, Timbalan Menteri, SUP dan lain-lain yang sama. Malahan mungkin lebih banyak agaknya. Tidak ada yang kurang. Namun begitu mereka masih lantang malahan lebih lantang dari dulu menekan BN dan UMNO.

    Sebenarnya sikap terlalu menekan dan ugutan mereka seolah-olah sengaja diada-adakan untuk dijadikan alasan agar UMNO memutuskan tali persahabatan. Dengan tidak berkawan dengan UMNO dan meminggirkan diri dari perjuangan BN bermakna satu kejayaan kepemimpinan MCA masa ini. Dengan landasan perjuangan yang selari dengan DAP atau lebih DAP ( sikap membangkangnya) dari DAP sendiri mereka berjaya membuktikan bahawa barisan pemimpin MCA masa kini adalah satu kumpulan pejuang bangsa Cina yang ‘serious’ dan ‘committed’ dan tidak mudah mengalah.

    Jadi, dengan landasan perjuangan yang selari itu adakah MCA akan bergabung dengan DAP?….. Pada pemerhatian saya ianya tidak akan berlaku. Kerana tindakan ini akan merugikan dan lebih menyulitkan perjuangan mereka. Melainkan mereka yakin bahawa Cina akan menguasai politik Negara. Strategi pemimpin–pemimpin Cina ialah DAP akan dikuatkan supaya dapat menguasai kerajaan di beberapa negeri dan menjadi pembangkang paling kuat dan paling lantang di Parlimen. Manakala MCA dan mungkin juga Gerakan akan terus kekal didalam BN. Ini kerana mereka tahu walaupun pengundi Cina tidak menyokong calun MCA nanti dalam PRU-13, akan ada calun-calun merek masih diberi peluang dikawasan majority Melayu. Dan boleh menang kerana orang Melayu akan didesak dan dipaksa supaya menyokong calun-calun MCA atas semangat setiakawan. Disamping itu mereka tahu kalau BN masih berkuasa atas sebab-sebab tertentu pemimpin-pemimpin UMNO akan tetap sayangkan mereka dan akan menganugerahkan jawatan-jawatan penting dalam kerajaan kepada pemimpin MCA seperti biasa. Mereka akan bebas meneruskan dengan kelantangannya. Dengan cara ini pemimpin Melayu tidak akan ada masa untuk memikirkan han-hal mengenai nasib orang Melayu.
    Harap pemimpin Melayu pelajarilah dari analisan ringkas ini.

    MAYDAY

    • #2 by darahtuah on August 23, 2010 - 10:57 pm

      MAYDAY,

      Kalau kita bersatu, kita boleh beri kata dua kepada pemimpin kita, kepada MCA dan sesiapa saja demi menjaga kepentingan kita tak terus tergadai dan kepentingan orang lain kita lindungi.

      Tokoh Melayu yang menentang perpaduan dan mengkhianat bangsanya sendiri ialah Nik Aziz dan DSAI. Apa patut dibuat dan dibuat segera?

      Perahu sudah di air, dayung sudah di tangan…tepuk dada, tanyalah selera.

      Tk,

      Darahtuah.

  2. #3 by Keturunan Jebat on August 22, 2010 - 5:31 pm

    Bro,

    Patut tengok dlm History Channel Program “Malayan Emergency” kasi sedar sikit…. Kalau nak ikut kepala otak Cina depa dah lama jadi komunis

    Keturunan Jebat

  3. #4 by sputjam on August 23, 2010 - 10:46 am

    kalau dahulu, tanah melayu didiami orang melayu, kini tanah melayu sudah dibasmikan, dan menukar wajah menjadi negara Malaysia berbilang bangsa. Malangnya, masih ramai yang tidak mengindahkan matlamat ini.

    Untuk orang berbnagsa cina. mereka hanya memetingkan pelajaran dan peluang untuk meraik kejayaan dalam bidang yang mereka menceburi.

    Oleh kerana banyak lesen yang memerlukan ekuiti bumiputra sebanyak 30% atau 51% (Petronas atau MOF atau GLC saperti TNB dan lain-lain) ini menyekat peluang orang bukan bumiputra. Maka, kerana ini, bangsa cina berniaga antara satu sama lain, dan bertutur dalam bahasa mandarin. Kalau mereka berpeluang untuk memasuki secara “merit” untuk perniagaan GLC/MOF dan Petronas, maka mereka akan berusaha bertutur dalam bahasa “Pelanggan”.

    Begitu juga dalam sistem pelajaran kita. semasa bahasa melayu dijadikan bahasa utama, ramai bukan bumiputra yang berkelayakkan, tidak berjaya memasukki universiti, kerana amalan bumiputra.

    mereka yang muda kini mempersalahkan MCA kerana bertuduk kepada UMNIO dan membri terlalu banyak “special privilage” kepada kaum bumiputra sehingga menjejaskan keadaan bukan bumiputra. Jadi, saya kira sokongan kepada MCA dan semua parti kaum Cina BN sudah luput.

    Jadi jangan persalahkan bukan bumiputra, kalau mereka jarang menggunakan bahasa melayu. Polisi kerajaan sendiri yang menyebabkan suasana ini berlaku. Di Indonesia, walaupun mereka mertutur dengan fasih bahasa nasional, mereka masih ditegur dan persalahakn atas kemiskinan kaum pri-bumi. Di Thailand lain pula, sudah terdapat beberapa pemimpin cina yang menjadi PM. Mungkin kerana ugama bangsa Thai dan cina sama, jadi ruang perbedzaan halus.

    • #5 by darahtuah on August 25, 2010 - 6:20 pm

      sputjam,

      Untuk aman dan makmur, Malaysia perlukan lebih ramai rakyat Cinanya spt TS Liew dan keturunan India spt Dr Siva, bukan spt anda.

      Dr CSL telah nasihatkan orang Cina yg menjadi Ketua Kampung / JKKKP supaya ‘don’t bite the hands [government] that feed them [Chinese]” – The Star 24/8/10 m/s N12. Dr CSL perlu nasihatkan anda.

      Bacalah sekali lagi artikel saya di atas, terutama para 15 dan mulai para 26 hingga akhir.

      Anda sekali takut untuk menyahut saranan saya.

      Tk,

      Darahtuah.

  4. #6 by jentayu on August 24, 2010 - 9:12 am

    YB,
    saya kira dah tiba masanya org melayu pun belajar jd self centred tp bukan primitif. zaman skrg ni bukan politik je yg perlu kita jg tp yg lg penting kuasa ekonomi perlu kita lantang. masalahnya org melayu ni lantang bersuara tp x lantang dr segi perbuatan. jd apa kata mulai hari ini kita lantang dr segi perbuatan. pergi ke kedai-kedai melayu/bumiputra shj. beli barang keluaran melayu/bumiputra shj. buy chinese last.

    • #7 by darahtuah on August 25, 2010 - 6:04 pm

      jentayu,

      ‘buy chinese last’ – nampaknya sudah semakin ramai suarakan ini. Wajar diberi perhatian dan dihalusi utk pastikan kejayaannya.

      Tk.

      Darahtuah

  5. #8 by jentayu on August 30, 2010 - 6:15 pm

    sanggahan utk sputjam lg (entah knp sy suka jdkan dia sbg punching bag. hehe)

    ‘tahah melayu sudah dibasmikan menjadi tanah utk berbilang kaum’
    – halo, bukak la buku sejarah. perlembagaan pun dibuat di bawah persekutuan tanah melayu, bukan malaysia. so tanah melayu dtg dulu br malaysia. kamu mmg suka kalau apa2 berkaitan melayu dihapuskan bukan?

    ‘oleh kerana ada ekuiti bumiputra, org cina terpaksa berniaga dan guna bahasa cina. kalau x, mesti mereka guna bhs pelanggan.
    – haiyaa apek lo. apa lu ckp ni. manyak soi la! semua org tahu sejak zaman british dulu, semua kaum dipecah perintah ikut peranan ekonomi masing2. cina berniaga, melayu bertani dan india dgn ladang estetnya. dan semua org tau betapa kaum cina begitu tebal dasar tertutup dr segi berkongsi penguasaan ekonomi kaum lain. jd sila jgn bg lame excuses knp kamu x mau berbahasa melayu dgn baik. satu, sbb kamu sendiri suka hidup terasing dan hy bergaul kalau ada keuntungan. kedua, kjaan terlalu berlembut dgn bg sekolah cina, dewan perniagaan cina, persatuan2 cina dsbnya.

    ‘ramai bukan bumiputera yg berjaya dr segi merit x berjaya masuk U krn amalan bumiputera’
    – sy sebenarnya dah bosan dgn mentaliti burung kakak tua mcm sputjam ni yg x habis laung pasal merit2. tp merit adalah sesuatu yg subjektif. dasar pelajaran utamakan sekolah kebangsaan dan bahasa melayu. ini adalah MERIT bg dasar pelajaran kita. jd, silalah buang mentaliti ‘sy adalah mangsa’ anda dan berbahasa melayulah dgn betul. knp perlu fight the system? jgn sebab xde keuntungan wang/karier maka kamu bg alasan bodoh knp x boleh berbahasa melayu dgn betul!

    ‘jd jgn dipersalahkan non bumi jika perkara ini (x boleh berbahasa melayu dgn betul) terjadi. sbb ia adalah polisi kjaan.’
    -sy nak tempelak anda kalau betul2 ada depan sy. bg manusia mcm kamu semua org salah kecuali kamu. cuma kamu tunjuk satu polisi yg mengatakan kjaan x suruh rakyat berbahasa melayu dgn betul? kalau ada knp ada keturunan cina mcm prof khoo kay kim yg bukan sahaja fasih bahasa melayu tp juga celik sejarah negara? sebenarnya jwpnnya sudah jelas dan nyata iaitu kamu x mau berasimilasi dlm negara yg kamu huni skrg. period!

    • #9 by sputjam on September 1, 2010 - 2:48 pm

      Adoi! lebam kepala otak saya kena pukulan jentayu.

      Inilah akibatnya apabila seseorang tidak menyaksikan dengan mata sendiri dasar diskriminasi dalam sistem pelajaran kita, lebih lagi semasa 70 hingga kesembilan pulohan. Walaupun semua bangsa mempelajari pelajaran dalam bahasa melayu, tetapi peluang untuk memasukki universiti unutk bukan bumiputra agak tipis, langsung pada masa kini, mereka mengelak terus dari sistem ini denagn memasuki sistem alternatif, iaitu, sekolah cina untuk yang berpendapatan rendah, dimana peluang untuk memasuki universiti singapura dan taiwan, dan PRC lebih cerah dan murah jika dibandingkan dengan UK/US. Yang berkemampuan, masuk sekolah kebangsaan sehingga SPM, kemudian terus ke “a” level dan overseas ke UK/US.

      dalam perkara business, kalau kita berpelajaran sederhana, sudah tentu kita mempelajari tentang market share, dimana kita cuba dominasi sesuatu market, supaya kentunganya dapat dipertahankan. Sebab itu, syarika gergasi saperti microsoft. coca cola, hewlett packard, google dan sebagainya melapurkan “market share” selain daripada keuntungan dan kenaikan “revenue” setiap suku tahun.
      Cara melayu buat perniagaan pula, serah terus kepada kaum lain untuk mengurus, saperti tanah KTM disingapura, pajak tanah kebun kepada kaum lain semasa musim buah, pajak lesen dan lain-lain lagi. Dalam business, kalau diberi market share pada kaum melayu pun tak guna. Mereka akan partner dengan orang luar negara untuk menghapuskan perniagaan rakyat malaysia yang bukan bumiputra.Ini adalah kenyataan yang benar.

      Sehingga sekarang, Hanya Ramli burger yang mendominasi market Burger dimalaysia dalam perniagaan melayu. Inin sajalah satu-satunya industri yang didominasi orang melayu sudah beberapa abad yang dapat saingi secara terbuka.
      Seorang yang lagi juara kaum melayu ialah “lat” kartun, dimana kartunya dijadikan sebagai contoh sehingga kekorea selatan, dan diminati disingapura. Inilah melayu yang saya banggakan. Orang melayu saperti ini tidak banyak berheboh, walaupun sudah berjaya. Mereka tahu betapa susahnya untuk mencapai kejayaan.
      Kalau saya boleh bagi cadangan, kugiran “search” dam “wings” sepatutnya mencari vokalis baru yang berbahsa mandarin untuk menakluki pasaran muzik “rock” dinegara Cina. kalau berjaya, pulangan dari segi kewangan mungkin lumayan. apa lagi kalau diMalaysia, sukar untuk membuat “live” performance secara besar-besaran kerana bantahan kerana ugama.

      Tidak ada “short cut” kalau ita semua mahu membantu kaum bumiputra. Yang penting ialah sistem pelajaran yang bermutu, dari umor 5 tahun keatas. Malangnya, sampai sekarang, murid hanya mula membaca dan menulis semamsa memasukki sekolah ketika unor 7 tahun dikawasan luar bandar. salah siapa agaknya? dan tahap graduan melayu amat kecewa sekali mengkut pendapat pengurus syarikat dalam dan luar negara yang telah bertapak dimalaysia.

  6. #10 by merpati putih on September 2, 2010 - 3:20 pm

    bagi aku sputjam tu tak yah layan..bercakap tanpa ilmu sejarah…nak kata bangang tp pergi sekolah…bangang dlm kehidupan…haha
    ‘buy chinese last’ aku cukup sokong yg ini…sepatutnya org melayu dan islam dah lama sedar tentang wala dan bara….ikut dok mana pun kena sokong org islam tu sendiri dulu..kalau dah terpaksa hujung2 baru bangsa lain. Kalau kena 10 tahun bergabung mahu lumpuh perjalanan ekonomi depa…

    • #11 by twocents on September 11, 2010 - 7:10 pm

      lagipun ditanggong HALAL. dah banyak kisah tentang logo Halal yang tipu

      mereka ni bukanlah rajin sangat cuma banyak tipu helahnya

  7. #12 by jentayu on September 6, 2010 - 3:07 pm

    inilah akibatnya bila tidak menyaksikan dengan mata kepala sendiri diskriminasi dlm sistem pelajaran
    – sila kemukakan fakta dgn statistik lengkap. jgn main serkap jarang je sempatjem. mula2 kena ambil permohonan ikut kaum brp byk. lps tu kena tgk drpd bil permohonan brp yg diterima masuk ipta. itupun kena tgk berdasarkan keperluan, kelayakan, polisi pendidikan dsbnya. barulah kita boleh tentukan sama ada betul atau tidak dakwaan bhw kaum kamu tu betul2 didiskriminasi. lgpun x de pulak tawaran oleh mana2 ipta yg kata kena beri keutamaan pada melayu shj. kalau keutamaan pd anak negeri tu mungkin ada based on lokasi negeri universiti tu. lainlah keje kosong yg bersepah iklan chinese male/female preferred atau must speak mandarin padahal keje sbg salesgirl/promoter je. lu pikirlah sendiri. masalah manusia mcm kamu ni suka main persepsi. x abis2 main silap mata.

    cara melayu buat perniagaan pula serah terus pd kaum lain secara terus…
    – sy nak bg tau berdasarkan pengalaman lah ye. ada saudara sy di muar yg betul2 kena goda dgn kaum mata sepet kamu sbb dia nak bukak tanah pertanian atas tanah saudara sy ni. jumpa, rayu, cuba sogok dan tah apa2 taktik lg diguna atas sedara sy. tp dia x JV la ngan cina tu. jd jgnlah salahkan org melayu semata2. bangsa kau tu yg gila duit. xde tanah merayu2 nak buat atas tanah org. janji kongsi untung. bila dah kaya hina balik org melayu contohnya spesis mcm kau ni. lg satu bukan byk ke company2 multinational yg jugak kaum cina partner dgn org luar? satu contoh golden arches yg ambil hak franchaisee mcdonald kat malaysia ni yg cina. ini business mah biasa la nak JV dgn mat salleh ke, melayu ke, india ke, cina ke, org asli ke, nepal ke asalkan boleh bawak keuntungan. kamu tu masalahnya dah busuk hati sbb org melayu pun dah pandai bab2 joint venture ni. baca balik la ayat yg kamu taip tu kamu mmg takut kalau org melayu pun maju padahal kalau ikut jahat org melayu ni, jgn kata nak bg kamu cari rezeki di bumi bertuah ni, cium bumi melayu ni pun jgn harap kamu dpt tau! joint venture smp tahap buat JV company kan salah satu taktik mengembangkan perniagaan? xde la bagus sgt otak bisnes kau ni pun yek.

    Hanya Ramli Burger dan Lat yg berjaya…
    – ya ramli burger semua org suka. kartun lat pun ramai org gemar.tp mengatakan itu shj kejayaan org melayu menampakkan bhw kamu mmg suka memperkecilkan melayu. lps tu melalut suruh kump wings ngan search nyanyi lagu mandarin utk pasaran negara china. org seni berkarya bukan semata2 utk wang. feeling kalau nyanyi lagu lain bhs mungkin lain. kalau mcm tu suruh la alan tam nyanyi lagu dlm bhs melayu/indon. kan pasaran nusantara ni kira besar jugak. indonesia tu rakyat lebih 200 juta ke 5 terbesar di dunia. search ngan wings dah brp kali buat konsert besar2an xde masalah pun. ikut jela tatacara yg kjaan dah sediakan tentu xde masalah. talent worth more than a skimpy clothes!

    tidak ada shortcut kalau kita semua mahu bantu bumiputra
    – bumiputra dah lama sedar benda tu la kawan. dan dah lama bumiputra ni keje keras memakmurkan bumix payah la nak ajar kami. siapa yg berkerat tulang tanam padi di sawah utk bg kamu makan kalau bukan bumiputra majoritinya? siapa yg meredah laut cari hasil laut utk dibuat lauk pauk yg enak kita kalau bukan bumiputra? apa bagus sgt ke tahap graduan cina2 kat malaysia ni? ckp english pun byk pelat jilo, jilo (zero, zero). yg aku nampak kalau kaum kau yg monopoli alamatnya mmg diskriminasi la jwbnya. contoh mangsa mcm aku ni. korang cuma bernasib baik sbb kaum kamu ada byk perusahaan. tp jgn ingat melayu ni lemah sgt. kamu akan menyesal nnt!

    merpati putih dan senator akbar ali,
    ye mari kita sokong kempen ‘buy chinese last’ secara menyeluruh. buat sedikit2. kita attack dlm bidang makanan dulu sbb inilah yg jd darah daging kita. lgpun byk org kita yg dah mula keluarkan produk sendiri. sy dah buat recce ke bbrp pasaraya dan minimarket dan sy dapati ada kaedah dan cara utk kita amalkannye.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: