Salam dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

Kunang-kunang terbang ke lembah,
Hinggap bersarang di rumpun buluh,
Pinang mengadap sirih menyembah,
Saya menyusun jari sepuluh.

Hinggap bersarang di rumpun buluh,
Terselamat dari ribut taufan
Saya menyusun jari sepuluh,
Kita beraya dan bermaafan.

Terselamat dari ribut taufan,
Gagah berdiri si pohon jati,
Kita beraya dan bermaafan,
Jangan disimpan di dalam hati.

  1. #1 by Kharere Basri on September 10, 2010 - 10:37 am

    Selamat Hari Raya

    • #2 by darahtuah on September 11, 2010 - 7:05 pm

      Kharere,

      Datanglah ke rumah terbuka saya pd 19/9 jam 10 pg – 3 ptg.

      Tk.

  2. #3 by Taib Wahab on September 14, 2010 - 9:01 am

    Habis saya tak dijemput kah? Walaubagaimana pun saya mengucapkan Selamat Idil Fitri buat Datuk dan keluarga. Semoga Datuk akan terus berjuang untuk menegakkan kebenaran. Salam dari saya.

    • #4 by darahtuah on September 14, 2010 - 10:48 pm

      Taib Wahab,

      Kan sms dah dihantau…masa tu kat mana, pak? Medan? Phnom Penh?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: