MENANGANI GEJALA SOSIAL ALA ALI RUSTAM – REALISTIK & MENEPATI TUNTUTAN NEGERI MAJU

1. Semua orang tahu bahawa penyakit sosial (dadah, HIV/AIDS, mat rempit, ponteng sekolah, jenayah, seks luar nikah, buang bayi dll) di Malaysia kini meningkat gila-gila. Tanpa statistiks pun masyarakat percaya akan realiti ini. Ia terpapar di dada media setiap hari. Contoh seperti di bawah:

Buang bayi

SANDAKAN [ 3 Julai 2010 ] Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim . Sandakan Sabah .

JOHOR BHARU [ 12 Julai 2010 ] Mayat bayi lelaki yang disimpan di dalam sebuah beg plastik di kawasan semak ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu . Johor Bharu .

JOHOR BHARU [ 22 Julai 2010 ] seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak – gerak .

KUALA LUMPUR [ 24 Julai 2010] Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri KelantanBandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .

NIBONG TEBAL [ 31 Julai 2010 ] Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di taman Cegar Simpang Ampat .

KUALA LUMPUR [ 6 August 2010 ] seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.

GEORGE TOWN [ 9 August 2010 ] Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.

TAMPIN [ 10August 2010 ] Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .

TANAH MERAH [ 12 August 2010 ] Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga.

MELAKA [ 12 August 2010 ] Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010 ] 3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .

PETALING JAYA [ 15 August 2010 ]- Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.

Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan Pakar Runding Kanan HKL Datuk Dr J. Ravindran berkata kes wanita melahirkan anak luar nikah di hospital tersebut mencatatkan peningkatan pada tahun ini berbanding tahun lepas.
“Tahun lepas 392 wanita melahirkan anak luar nikah. Daripada itu, 62 adalah berumur bawah 18 tahun. Pada tahun ini terdapat penambahan kes iaitu sehingga bulan Julai, terdapat 301 kes termasuk 34 kes bawah umur 18 tahun,” katanya.
Beliau berkata hasil temuramah HKL dengan para pesakit mendapati antara faktor yang menyebabkan kes kehamilan luar nikah adalah kurangnya pengetahuan sains.
“Ada remaja yang tidak tahu biologi diri, tidak tahu akan mengandung jika melakukan hubungan seks,” katanya.
Dr Ravindran berkata faktor lain termasuk kurang didikan agama, pergaulan bebas, keluarga bermasalah, terlibat dengan dadah dan gemar menonton bahan lucah.

2. Biasanya dan paling mudah ialah kita bersikap (a) “ini bukan masalah aku” (b) “ini bukan tanggungjawab aku” (c) “ini tanggungjawab dan tugas orang lain” (d) “ini bukan kelemahan / kegagalan aku” (e) “mereka yang gagal” dan (f) “adakan seminar / forum / persidangan untuk faham masalah ini”.

3. Maka terdapatlah manusia yang mengambil kesempatan daripada penyakit gejala sosial ini untuk mencari duit dengan menganjurkan pelbagai seminar, simposium, forum dan persidangan itu. Hasilnya? Seminar tinggal seminar; resolusi seminar entah di mana.

4. Berbeza sekali dengan YAB DS Hj. Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka. Beliau berusaha memahami masalah berkenaan, khususnya isu para remaja yang kuat nafsu; tidak boleh dikawal hingga melakukan seks luar nikah, mengandung dan membuang bayi mereka.

5. Dalam sibuk-sibuk orang bercakap dan bercakap, salah menyalah antara satu sama lain, beliau fokus dengan bertanya dan mencari jawapan kepada 3 soalan yang mudah tetapi jelas dan tegas ini:

(1) kahwinkan atau tanggung dosa zina?
(2) jaga kebajikan bakal ibu muda yang termengandung itu atau biarkan mereka yang sudah jatuh itu terus ditimpa tangga?
(3) selamatkan bayi yang tidak berdosa itu atau bersubahat dalam pembunuhan?

6. Beliau memilih untuk membantu mengahwinkan mereka jika mendapat persetujuan ibu bapa masing-masing, termasuk menyumbang sebanyak RM500 bagi tujuan majlis pernikahan.

7. Beliau memilih untuk menjaga kebajikan bakal ibu muda yang telah tersilap langkah itu dengan membuka Sekolah Harapan, Rumah Harapan untuk mereka meneruskan persekolahan semasa mengandung. Selepas bersalin, ibu muda itu dikembalikan kepangkuan keluarga, jika mereka mahu menerimanya; atau ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat bawah jagaan JKM untuk meneruskan persekolahan, jika masih dalam lengkungan umur bersekolah.

8. Beliau memilih untuk selamatkan bayi yang bakal lahir itu, tidak berdosa dan bersih ibarat kain putih, dengan mengembalikan kepada datuk nenek mereka untuk dipelihara atau ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat. Di rumah tersebut, bayi berkenaan akan mendapat penjagaan yang rapi atau ia boleh diambil sebagai anak angkat mengikut proses/prosidur biasa.

9. Maka selesai dan bereslah usaha beliau sementara pihak-pihak lain masih lagi bertengkar, bercakap dan berseminar. Inilah mutu kepimpinan negeri maju yang diharapkan oleh rakyat iaitu cepat dan tepat dalam membuat keputusan serta pantas dan berkesan pula dalam bertindak. Lantaran rakyat dapat menikmati faedahnya iaitu outcome sebagai negeri maju.

10. Lantas sahihlah (legitimate) kita boleh berbangga bahawa sesungguhnya, dari segi petunjuk / indikator keberkesanan kerajaan (government effectiveness) iaitu salah satu dari 32 petunjuk yang digunapakai untuk mengukur tahap negeri maju, Melaka telahpun dapat mengatasi beberapa buah negara yang menjadi ahli kelab OECD seperti Ireland, Mexico dan Turki.

11. Sesungguhnya cirri-ciri berkenaan turut terangkum dalam konsep / nilai 1Malaysia yang diwar-warkan oleh YAB DS Mohd Najib…
“1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.”

12. Lantaran itu usaha Ali Rustam ini telah mendapat penghargaan dan pujian dari banyak pihak . Majlis Sosial Negara mungkin boleh belajar dari kaedah dan usaha beliau ini.

13. Sebagai pemimpin yang insaf bahawa beliau tidak tahu semua maka sama-samalah kita baiki kaedah Ali Rustam ini dengan memberikan idea yang bernas dan membina serta bantulah Sekolah Harapan Rumah Harapan ini dari segi kewangan, mata benda dan perkhidmatan.

Ali Rustam membincangkan dengan Akbar dan para pemimpin GPMS tentang Sekolah Harapan Rumah Harapan

Berikut adalah keratan akhbar Melaka Hari Ini berkenaan Sekolah Harapan Melaka. Sila klik pada gambar untuk membaca dengan lebih jelas. Terima kasih.

  1. #1 by sputjam on October 5, 2010 - 2:15 pm

    Normally, i don’t like to say good about anything, but this particular case, the chief minister, whom I detest, made a wise decision.

    I made a comment on JMD saying that caning muslim girls for giving birth at govenrment hospital will bring negative effect, and I was correct on that issue, as baby dumping ballooned after the incident. And where was JAWI and hishamuddin, who allowed the caning to be done on federal govenrment premise meant for civil cases when babies were found dumped everywhere? Both very quiet hor! Did not take responsibility hor! did not think before they act hor!
    The Jawi chief should be sacked. same with hishamuddin. Now every muslim girl will avoid giving birth in govenrment hospital, plus they cannot afford a private clininc, giving them only one option. At least for now, i melaka, they have another option, and a life is saved.

    And melaka govenrment should continue on the welfare momentum, by giving aid to those old and neglected folks, by giving them a similar home.

    Those guys at Jawi or MAIs or whatever, are not insterested in charity, forgiveness etc. Only interested in spying and punishing. I wonder what amount of zakat money was actually spent on helping others in need.

    • #2 by darahtuah on October 9, 2010 - 5:42 pm

      sputjam,

      This time u’re wise enough to support/agree on what is right/wise.

      Tq.

  2. #3 by Mayday on October 8, 2010 - 8:34 am

    Salam pagi Jumaat

    Dengan program Sekolah Harapan, Rumah Harapan yang dibuat oleh kerajaan negeri Melaka seolah-olah remaja-remaja boleh terus melakukan maksiat dan jika hendak nikah kita akan bantu dan kalau belum nikah dah mengandung akan diberi perlindungan. Apakah perbuatan tersebut merupakan kesalahan disisi agama Islam atau tidak perlu dipersoalkan. Yang penting mereka perlu dilindungi.

    Sebagai masyarakat beragama kita tidak mahu memberikan mesej seolah-olah melahirkan anak luar nikah itu satu yang biasa. Orang yang melakukannya tidak perlu merasa takut dan merasa bersalah. Jika ini berlaku ianya bukanlah satu tindakan untuk mengelakkan dari dari bersubahat dengan orang yang membuat dosa tetapi seolah-olah menggalakkan umat Islam/remaja remaja Islam membuat maksiat.

    Sebenarnya apa yang dilakukan leh kerajaan Melaka itu bukanlah satu perkara baru sebenarnya telah pun dilakukan oleh JKM. Tetapi ianya telah berjalan sekian lama tanpa banyak publisiti. Ianya juga dilakukan mengikut lunas agama dan undang-undang.

    Pada penelitian saya kita bukan sahaja perlu mengutamakan aspek perlindungan tetapi yang lebih penting lagi aspek pencegahan. Ianya memerlukan banyak perbincangan mendalam.

    Dengan ulasan diatas bukan bermakna kita tidak bersimpati dan tidak menyokong tetapi cara perlaksanaannya memerlukan penelitian mendalam dengan mengambil kira aspek pencegahan disamping perlindungan. Kita masih belum terlewat untuk melalukannya.

    Mayday

    • #4 by darahtuah on October 9, 2010 - 5:45 pm

      mayday,

      Kerja-kerja preventive dan curative memang perlu diteruskan; bukan satu substitute.

      Tk.

  3. #5 by shazaz on October 12, 2010 - 10:40 pm

    Saya merasakan Datuk Wira Ali Rustam telah menjalankan satu tindakan yang berani dan BIJAK.Saya amat berharap ramai pemimpin dari kalangan UMNO dan PAS membuka mata mereka dengan tindakan yang menyelamatkan 2 nyawa,nyawa ibu yang mengandung dan nyawa anak yang dilahirkan.

  4. #6 by pinkviolurve on October 17, 2010 - 10:38 pm

    Sekolah Harapan? kewujudan sekolah ini, ada kebaikan dan keburukannya..diharapkan dengan penubuhan sekolah ini dpt membantu remaja kembali ke pangkal jalan dan jgn sekali-kali menjadikan sekolah ini sebagai satu tempat untuk mereka mengambil jalan mudah sebagai langkah untuk menutup segala masalah yang dicari sendiri..

  5. #7 by Jubah Fesyen on August 17, 2013 - 2:09 am

    Kali pertama saya baca blog awak… saya agak kurang bersetuju dengan idea2 awak…

    tapi setelah berkali2 baca… saya dah mula faham… saya
    minta maaf sbb buruk sangka dengan awak selama nie…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: