DAR: BERJAYA MEMANTAPKAN EKONOMI MELAKA – KEDUDUKAN SEBAGAI NEGERI MAJU SEMAKIN KUKUH!

Pada 28 Oktober 2009 akhbar ini (Melaka Hari Ini) telah menyiarkan analisa saya tentang usaha YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka mengemudikan ekonomi negeri ini untuk keluar dari cengkaman kemelesetan ekonomi dunia yang dipanggil sebagai The Great Recession. Data-data sahih ketika itu, seperti mana yang telah dipaparkan, menunjukkan bahawa beliau telah berjaya dalam usaha tersebut.

Selepas empat bulan berlalu, saya menyemak semula prestasi ekonomi Melaka ketika itu untuk mempastikan sama ada data-data awal terus bergerak dalam arah aliran yang sama atau sebaliknya. Semakan dan analisa tersebut telah disiarkan oleh akhbar ini pada 8 Mac yang lalu.

Natijahnya, berdasarkan empat angkubah yang dikaji itu iaitu kadar penggangguran, kadar inflasi, pendapatan isi rumah dan kadar kemiskinan maka sudah boleh disahkan bahawa Ali Rustam telah berjaya memacu dan memandu ekonomi Melaka keluar dari cengkaman The Great Recession yang menggerunkan itu!

Bagaimanana pula lanskap ekonomi Melaka, khususnya bagi enam bulan pertama tahun ini?
Untuk mendapat gambaran yang sebanding (comparable) maka saya akan menggunakan empat angkubah utama yang sama.

Kadar Pengangguran

Pada umumnya pemulihan ekonomi global akibat daripada the Great Recession yang bermula pada akhir 2007 belumlah lagi mantap. Senario ekonomi sedemikian rupa adalah kerana pemulihan ekonomi di negara-negara besar seperti Amerika Syarikat, Britain, Jepun, Perancis dan Sepanyol masih lagi lemah atau fragile.

Keadaan menjadi rumit kerana negara-negara berkenaan masih lagi dihantui kadar pengangguran yang tinggi seperti di USA (sekitar 10%) dan di Sepanyol (kira-kira 20%) dan dibelenggu pula oleh deflasi yang berterusan seperti di Jepun. Lantaran ada pihak yang melabelkan masalah sekarang sebagai The Human Recession.

Dalam konteks pengangguran ini, Melaka berada di dalam keadaan terbaik. Bahkan Cemerlang!

Sepertimana yang pernah saya tuliskan, di masa-masa lalu, Melaka sering menjadi juara kadar pengangguran terendah di Malaysia: 1999 – 2001, 2004 – 2006 dan 2008. Diakui kesan tsunami kemelesetan ekonomi dunia turut memberi tempias kepada Melaka di mana kadar pengangguran telah meningkat kepada 2.4% pada tahun 2009. Namun Melaka terus mengekalkan kejuaraannya bukan sahaja di Malaysia bahkan juga menjadi juara di kalangan negara anggota OECD (Organization for Economic Cooperation & Development)!

Sebenarnya kadar tersebut masih lagi merupakan rekod yang baik kerana ianya masih berada jauh di bawah threshold 4%. Menurut ILO, kadar pengangguran di bawah 4% dianggap sebagai penanda aras guna tenaga penuh (full employment). Oleh kerana orang Melaka sudah terlalu biasa dengan kadar penganggguran di bawah 2% maka tahap tertinggi sebanyak 3% pada suku ketiga tahun lepas telah mengejutkan sesetengah pihak.

Walau bagaimanapun, berkat kecekapan Ali Rustam mengemudikan proses pemulihan ini maka kadar pengangguran pada setengah tahun ini telah dapat diturunkan kepada 1.2% berbanding dengan 2.5% pada tempoh yang sama tahun 2009. Sekali gus beliau berjaya mengembalikan kecemerlangan Melaka kerana rekod tersebut merupakan kadar terendah yang dicatatkan di Malaysia.

Pada masa yang sama, jabatan Tenaga Kerja melaporkan pula bahawa terdapat sebanyak 21,147 jawatan kosong di Melaka bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 12,293 jawatan kosong bagi tempoh yang sama tahun 2009. Data tersebut mengukuhkan lagi integriti data kadar penggangguran yang terendah itu.

Lantaran, Ali Rustam tidak ada masalah untuk membantu para penganggur dari Sabah atau dari mana-mana negeri, termasuk Kedah, Kelantan dan Selangor, kerana mereka juga rakyat Malaysia. Yang demikian kemakmuran sebagai negeri maju turut dinikmati oleh rakyat dari negeri-negeri lain di Malaysia dan juga para pekerja asing.

Kadar Inflasi

Penduduk Melaka, di bawah teraju Ali Rustam, telah dibiasakan dengan kadar inflasi yang rendah – bawah 2.5% setahun. Namun, lonjakan harga minyak mentah dan komoditi-komoditi lain di pasaran dunia berserta dengan beberapa faktor lain telah mendorong kenaikan harga runcit di negara ini. Lantas Melaka telah mencatatkan kadar inflasi tertinggi pada bulan Ogos 2008 (9.5%).

Walau bagaimanapun, momentum kenaikan kadar inflasi ini telah dapat disekat. Akhirnya ia berada pada purata 5.9% bagi sepanjang tahun berkenaan dan berjaya diturunkan dengan mendadak kepada 0.1% pada tahun 2009.

Kadar inflasi yang rendah ini berjaya mengatasi kadar inflasi di sebahagian besar negara anggota OECD, termasuklah Australia, Belanda, Britain, Denmark dan Korea Selatan.

Arah aliran kadar inflasi yang menurun secara mendadak itu pula menimbulkan kebimbangan baru iaitu ancaman deflasi, sepertimana yang masih dialami oleh Jepun sejak tahun 1990an. Selama enam bulan pertumbuhan harga runcit kita adalah negatif.

Dari segi ekonomi, deflasi yang berterusan tidak baik, inflasi yang tinggi (hyper inflation) seperti di Zimbabwe dan Israel juga tidak baik dan stagflasi (seperti di Malaysia pada awal 1970an) turut tidak sihat. Yang sihat ialah kadar inflasi yang sederhana.

Dalam hal ini, Ali Rustam telah sekali lagi berjaya mengemudikan ekonomi Melaka dengan kadar inflasi yang sederhana. Pada bulan Januari – Jun 2010, kadar inflasi Melaka ialah 1.6% iaitu satu tahap pertumbuhan yang modest!

Pada masa yang sama, kejayaan tersebut adalah outcome prakarsa Kerajaan Pusat dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekang potensi ancaman inflasi akibat kenaikan harga minyak mentah dan komoditi tertentu di pasaran global yang boleh merangsang kenaikan harga runcit di pasaran domestik. Antara prakarsa berkaitan ialah tindakan pre-emtif Governor BNM menaikkan kadar OPR secara beransur-ansur (3 kali) dalam tempoh bulan Mac – Julai tahun ini. Setiap kenaikan adalah sebanyak 25 mata; dari 2.00% hinggalah kepada 2.75%.

Tindakan mengekang kenaikan inflasi itu nampaknya tidak menjejaskan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi apabila Malaysia berjaya mencatatkan kadar pengangguran yang rendah (1.2%) dan pertumbuhan yang memberangsangkan (9.5%) bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. Yang demikian, rakyat dapat menikmati kenaikan sebenar disposable income, hasil daripada pertumbuhan tersebut.

Pendapatan Isi Rumah

Penjanaan peluang pekerjaan yang memberikan pendapatan telah mendorong kenaikan purata pendapatan bulanan isi rumah orang Melaka sebanyak 85%, dari RM2,260 pada tahun 1999 kepada RM2,791 pada tahun 2004 dan seterusnya meningkat kepada RM4,184 sebulan pada tahun 2009.

Sesungguhnya pendapatan semua kaum telah meningkat dalam tempoh 1919 – 2009: Melayu (118%), Cina (58%), India (16%).

Kenaikan tersebut adalah ekoran daripada kejayaan Ali Rustam memacu dan memandu ekonomi Melaka keluar dari cengkaman The Great Recession, sepertimana yang saya tegaskan awal-awal tadi. Sekali gus ia membuktikan bahawa tidak ada kaum yang dipinggirkan dari arus perdana Visi Melaka Maju 2010.

Peningkatan pendapatan ini telah mengukuhkan kuasa beli yang merangsang pula permintaan domestik. Impak peningkatan pendapatan, pengukuhan kuasa beli dan rangsangan permintaan domestik boleh dilihat melalui peningkatan bayaran zakat (bagi umat Islam) dan kenaikan pendaftaran kenderaan baru di Melaka.

Pusat Zakat Melaka melaporkan bahawa bayaran zakat bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun 2009 telah mengukuh sebanyak 10.3%, dari RM11.7 juta (2009) kepada RM12.9 (2010).

Pihak JPJ pula melaporkan bahawa bagi tempoh enam bulan pertama 2009, pendaftaran kenderaan baru adalah sebanyak 14,510 buah. Bagi tempoh enam bulan pertama 2010 pula, jumlah pendaftarannya adalah sebanyak 17,295 buah, meningkat 19.2%!

Dengan kenaikan kadar inflasi yang sederhana, sepertimana yang dihuraikan tadi, maka tidak salah jika dikatakan bahawa pertumbuhan ekonomi Melaka telah turut disertai oleh kenaikan sebenar disposable income. Buktinya ialah kenaikan kadar pendaftaran kenderaan baru itu. Inilah yang penting bagi rakyat kerana kenaikan sebenar disposable income lah yang mempastikan taraf dan kualiti hidup terus meningkat.

Kadar Kemiskinan

Berkat kegigihan Ali Rustam memacu ekonomi negeri yang turut diikuti oleh gunatenaga penuh (berbeza dengan negara-negara seperti Jerman, Perancis, Sepanyol, UK dan USA yang dihantui oleh kadar pengangguran yang tinggi) dan kenaikan pendapatan bulanan isi rumah maka kadar kemiskinan telah juga berjaya diturunkan. Ianya telah menurun dari 5.7% pada tahun 1999 kepada 1.8% pada tahun 2007 dan seterusnya mengecil kepada 0.5% pada tahun 2009. Sebaliknya, sebagai bandingan, kadar kemiskinan di Malaysia telah meningkat dari 3.6% pada tahun 2007 kepada 3.8% pada tahun 2009.

Yang menjadi kebanggaan kita ialah kadar kemiskinan 0.5% itu bukan sahaja yang terendah di Malaysia malah yang terendah juga di seluruh OECD! Maka tidak ada siapa yng boleh menafikan kejayaan gemilang Ali Rustam, termasuklah musuh politik beliau!

Kesimpulan

Huraian yang lebih terperinci tentang bagaimana Ali Rustam mengemudikan ekonomi Melaka selama sedekad telah saya huraikan dalam rencana yang diterbitkan oleh akhbar ini pada hari yang sama di ruangan yang lain.

Namun, berdasarkan empat angkubah di atas, sudah boleh disahkan bahawa Ali Rustam telah berjaya memantapkan pertumbuhan ekonomi Melaka; suatu sasaran yang masih jauh hendak dicapai oleh Pres. Obama!

Keyakinan ini bersandarkan lonjakan nilai jualan barangan pembuatan sebanyak 25% dan peningkatan bilangan pelancong sebanyak 20% bagi tempoh Januari – Jun 2010 berbanding tempoh yang sama 2009 serta pengukuhan permintaan domestik seperti yang dicerminkan oleh kenaikan jualan kenderaan baru di atas (19.2%). Proksi-proksi ini adalah reliable.

Seterusnya mengambil kira pembangunan dan pembelaan rakyat yang telah beliau usahakan selama sedekad lalu maka gelaran yang diberikan kepada Ali Rustam sebagai Arkitek Pembangunan adalah tepat sekali.

Kini kedudukan Melaka sebagai negeri maju yang dinobatkan pada 2010 (masa) 2010 (tarikh) 2010 (tahun) semakin kukuh!

Apa yang penting dilaksanakan olek warga Melaka pada masa sekarang dan di masa akan datang ialah berganding bahu, sederap melangkah dengan beliau untuk sama-sama memajukan lagi negeri tercinta ini agar ianya dinobatkan pula sebagai Negeri Bandar Berteknologi Hijau menjelang tahun 2020 nanti.

Gambar – Gambar Sungai Melaka

*semua gambar di ambil tanpa kebenaran dari internet. Terima kasih

  1. #1 by sputjam on October 18, 2010 - 2:11 pm

    Thanks for the report on the situation in melaka.
    But I wish to remind the state administrators that

    a) melaka is a heritage town and any new development must take into consideration the old buildings/sites and any new development must be designed to blend in.

    Thus it dismay me to see horrificly designed shopping centres (possibly built at a cheap cost) being built in the now defunct padang (right at the centre of heritage sites). The padang itself, a place where tengku abdul rahman landed after getting the nod for merdeka from the british, is a mere remnant of its former glory.

    Now, there is talk of two 40 story structures.

    May I advise the town administrators of melaka to study from european cities, like Paris, whereby, even the walls are all of similar colour for all building within the city centre.

    b) there was a news conference given several years ago that the foundation of the wall of the portugese fort was uncovered. Due to this, they were proposing rebuilding the wall at certain sections of the city of melaka. What happened to that?

    c) The excessive reclamation work being done will hinder further discoveries in terms of historic shipwrecks off the coast. Can’t the state build another parallel town in a malay reserve area, thereby helping the malays develope their land and making them prosperous? The area around tanjung keling seems ideal for such development. With a proper town planning and interconnecting highways, melaka can turn several kampung folks into developers.Hopw? by making govenrment department lease the buildings from the malay owners instead of building it by themselves.All buildings leased must conform to requirements of course and designs agreed to.

  2. #2 by mohd faizal on January 25, 2011 - 7:10 pm

    dear sputjam

    me think,as long as the modern development are well outside the UNESCO buffer zone its ok..as it would provide facilities and amenities to visitors that flock the historical site..

    just look at tokyo,where modern building are design around the emperor palaces..or singapore historical district also surronded by modern building

    but mlk did build new town,its MITC,but now melaka are worried that the current city are getting less vibrant..this is bad news,as a vibrain and exciting CBD like in tokyo,HK or times square NY is a destination in its own right!

  1. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan di Melaka Maju 2010 |

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: