DATUK SERI ALI RUSTAM – MELAKA MAJU: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN!

YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam telah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka sejak 2 Disember 1999. Sebagai pemimpin, misi beliau ialah untuk memajukan Melaka dan memakmurkan rakyatnya. Tarikh sasaran beliau ialah 2010.

Misi tersebut terangkum dalam Visi Melaka Maju 2010.

Sesungguhnya, dalam tempoh lebih sedekad yang lalu, beliau telah bertungkus lumus menyediakan “Road Map” Melaka Ke Arah Negeri Maju yang jelas; menggubal Dasar Pembangunan Negeri yang mantap, merangka Objektif Pembangunan yang konkrit, mengguna-pakai pendekatan Pembangunan Berimbang yang pragmatik dan memberi tumpuan kepada Teras Utama dalam usaha untuk mereal-aisasikan Visi tersebut.

Lantaran itu, dalam tempoh berkenaan, kita bukan sahaja telah menyaksikan perubahan yang pantas berlaku malah kita telah dapat menikmati HASIL, OUTCOME dan IMPAK (bukan sekadar janji) visi dan misi beliau itu. Bukan sahaja lanskap Melaka telah berubah dengan drastik menjadi cantik, bersih dan penuh dengan mercu tanda serta ekonomi telah berkembang pesat dengan peluang pekerjaan mencurah-curah dan kadar inflasi yang rendah malah taraf hidup rakyat (strategi pertama Bajet 2010 beliau), khususnya golongan miskin, juga telah jauh bertambah baik.

Dalam kata-kata lain, beliau turut memastikan orang miskin tidak terpinggir dari arus pembangunan ke arah merealisasikan Visi Melaka Maju menjelang 2010.Yang demikian, diharap tidak ada antara kita take for granted seolah-olah semua itu boleh terhasil/terjadi dengan mudah. Kun fayakun!

Kemiskinan

Berkat usaha Datuk Seri itu, kadar kemiskinan, misalnya, telah dapat dikurangkan daripada 5.7% pada tahun 1999 kepada 0.5% pada tahun 2009. Dalam tempoh yang sama, purata pendapatan isi rumah bulanan telah meningkat 85%, dari RM2,260 kepada RM4,184.

Sesungguhnya semua kaum dibela kerana pendapatan masing-masing meningkat dalam tempoh yang sama; pendapatan Bumiputera melonjak 118%, Cina melompat 58% dan India menokok 18%!

Sebagai bukti bahawa sesungguhnya pendapatan penduduk Melaka telah mengukuh ialah bilangan kereta dan motosikal baru bagi setiap 1,000 penduduk telah melonjak 34.5%, dari 29 buah pada tahun 2000 kepada 39 buah pada tahun 2009.

Strategi Makro

Keberkesanan usaha beliau terletak pada kekuatan strategi serampang dua mata. Pertama, strategi makro yang merangsang pertumbuhan ekonomi, merancakkan aktiviti perniagaan dan menambah peluang pekerjaaan sehingga mencapai tahap guna tenaga penuh sepanjang hampir 11 tahun yang lalu.

Melaka juga berjaya mencatatkan kadar pengangguran terendah di Malaysia pada tahun 2000 dan 2001, 2004 – 2006, 2008 dan 2009 (2.4%).

Sekalipun Melaka turut menerima tempias tsunami ekonomi dunia, namun kadar pengangguran hanya meningkat ke tahap paling tinggi sebanyak 3.0% pada suku ketiga 2009; bermakna kita masih menikmati guna tenaga penuh sedangkan kadar pengangguran, misalnya, di Amerika Syarikat meningkat kepada 9.3% dan di Sepanyul pula melonjak kepada 18%!.
Dalam pada itu, Datuk Seri pantas memulihkan keadaan. Beliau berjaya menjana banyak peluang pekerjaan dan, yang demikian, mampu menurunkan kadar pengangguran kepada 1.7% pada suku keempat 2009. Kadar pengangguran terus turun kepada 1.4% (suku pertama 2010) dan turun lagi kepada 1.0% (suku kedua 2010). Sekali gus Datuk Seri berjaya mengekalkan kedudukan kadar pengangguran terendah di Malaysia dan seluruh negara OECD!

Strategi Mikro

Kedua, strategi mikro iaitu menumpukan secara khusus kepada kumpulan sasar (orang miskin/kurang bernasib baik). Pendekatan ini adalah untuk memastikan tidak berlakunya keterpinggiran, ketirisan dan keciciran. Sebagai contoh, bagi tempoh 2001 – September 2010, beliau telah mengeluarkan peruntukan hampir RM531.3 juta untuk:

• membina baru/membaiki rumah rakyat termiskin sebanyak 5,555 buah dengan kos kira-kira RM51.6 juta,
• membantu fakir miskin melalui MAIM sebanyak RM94.3 juta,
• membantu mereka yang susah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Tabung Amanah Kebajikan hampir RM257.1 juta, dan
• memberi biasiswa/pinjaman/bantuan pendidikan sebanyak RM128.3 juta.

Memahami kesulitan hidup para sidang dan sumbangan mereka kepada masyarakat, elaun 244 orang sidang telah dinaikkan mulai 1 Mac 2008. Elaun baru mereka adalah antara RM250 – RM350 sebulan, bergantung pada tempoh perkhidmatan masing-masing. Elaun baru ini dicampur dengan pendapatan mereka yang sedia ada telah melonjakkan mereka keluar daripada tahap kemiskinan (2007 = RM740 sebulan).

Kenaikan elaun mereka adalah antara RM190 – RM230 sebulan atau antara 209% – 317%. Kenaikan ini jauh mengatasi kenaikan harga minyak sebanyak 41% pada tahun 2008! Kenaikan tersebut memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM621,700 sebulan atau 255%, dari RM244,200 sebulan kepada RM876,600 sebulan.

Lebih awal daripada itu, Kerajaan Negeri Melaka telah menaikkan gaji guru Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM mulai Januari 2008 lalu antara 35% – 160%. Gaji guru SRA tanpa SPM telah dinaikkan daripada RM288 sebulan kepada RM750 sebulan. Gaji guru SRA yang memiliki SPM pula telah dinaikkan dari RM806 sebulan kepada RM1,090 sebulan. Gaji maksima mereka dinaikkan kepada RM2,000 sebulan.

Bagi tujuan ini, JAIM perlu membayar RM15.6 juta sebulan berbanding RM10.3 juta sebelumnya (+52%). Yang signifikannya ialah, kini, semua guru SRA berada di atas paras kemiskinan!

Strategi terbaru beliau untuk menolong orang susah ialah dengan memberi pekerjaan kepada orang fakir MAIM yang sihat. Seramai 110 orang mendapat faedah tersebut dengan bayaran sebanyak RM617,400. Kini, sehingga September 2010, bilangan mereka telah meningkat kepada 213 orang dengan bayaran sebayak RM639,044 .

Mereka yang berminat berniaga pula diberi pinjaman permulaan perniagaan. Seramai 703 orang menerima bantuan berkenaan pada tahun 2009 yang berjumalah RM1,085,600. Pada tahun ini pula, sehingga bulan September, seramai 289 telah menerima faedah yang sama bernilai RM408,500.

Keseriusan Datuk Seri untuk menangani kemiskinan dapat dilihat melalui usaha beliau melaksanakan bancian ke atas semua isi rumah miskin yang terdapat di Melaka. Bancian tersebut telah dijalankan pada bulan November 2007. Pada bulan tersebut, semua isi rumah miskin tegar telah dihapuskan.

Oleh kerana majoriti yang miskin itu adalah orang Melayu maka penerima utama faedah dari hasil usaha Datuk Seri ialah orang Melayu. Salah satu buktinya ialah kadar kemiskinan orang Melayu adalah yang terendah pada tahun 2007 (1.3%) dan terus menurun kepada 0.5% pada tahun 2009.
Kini beliau komited pula untuk mencapai kemiskinan sifar pada tahun 2010. Kenaikan purata Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dari RM740 kepada RM760 sebulan bagi setiap isi rumah dan kenaikan harga minyak/disel pada tahun 2008 serta serangan kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 2009 menjadikan usaha beliau tambah mencabar lagi.

Alhamdullillah, berkat usaha dan sokongan padu semua pihak, azam serta iltizam tersebut hampir berjaya direalisasikan. Kadar kemiskinan telah dapat diturunkan ke 0.5% dan sekali gus bukan sahaja mencatatkan rekod terendah di Malaysia bahkan terendah di seluruh negara OECD!

Ekonomi Orang Islam

Bagi ekonomi orang Islam, kejayaan Datuk Seri itu dapat dilihat melalui kutipan zakat Melaka yang terus meningkat. Kutipan zakat melonjak 21.7% pada tahun 2008 (RM26.9 juta) berbanding 2007 (RM22.1 juta).

Sekalipun ekonomi dunia dan negara mengalami kegawatan, namun kutipan zakat melompat 14.1% pada tahun 2009 (RM307 juta) berbanding pada tahun sebelumnya. Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini pula, ia mengukuh hampir 4.0% (RM19.6 juta) berbanding tempoh yang sama 2009 (RM18.9 juta).

Sekali gus ia membuktikan Datuk Seri berjaya menguruskan ekonomi negeri dengan cemerlangnya, termasuk ekonomi orang Islam, mampu membela nasib rakyat dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Nampaknya beliau telah berjaya menepati maksud saranan ayat suci ini:

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya) – maksud firman Allah dalam Surah Al Baqarah, Ayat 215.

Syukur alhamdullillah. Semoga Allah SWT sentiasa memilihara dan melindungi Datuk Seri sekeluarga agar warga Melaka Negeri Bandar Teknologi Hijau boleh pula terus tumpang berteduh:

Anak duri anak tenggiri,
Dalam belanga bertemu jodoh,
Datuk Seri umpama payung negeri,
Tempat rakyat tumpang berteduh.

Projek Bantuan Rumah (PBR) di bawah KKLBW untuk rakyat miskin yang telah dibina di Kg. Tedong, Melaka selaras dengan konsep Rakyat Didahulukan. Memberi keselesaan kepada penghuninya.

  1. #1 by antudurex on October 20, 2010 - 12:55 pm

    Patut ditukarkan Najib dgn Dato Ali Rustam.

  2. #2 by sputjam on October 20, 2010 - 1:15 pm

    Saya ingin peringatkan bahawa negeri melaka boleh menikmati pertumbohan yang lagi pesat jikalau perkhidmatan KTM dapat dilaksanakan dari negeri melaka menghubungi KLIA sepang dan KL.

    Landasan keretapi KTM yang sedia ada telah diabaikan dan ia menghubungi bandar melaka/Tanjung keling ke Seremban, dimana pekhidmatan KTM komuter ke KL bermula.

    amat kesal sekali perancang KLIA tidak mengambil kira pengguna lapangan terbang yang berasal dari seremban /selatan apabila membina KLIA.

    Sekian.

  3. #3 by suka on October 20, 2010 - 10:25 pm

    tahniah kepada orang Melaka

    kekalkan kebersihan dan kecantikan melaka

  4. #4 by harizhussin on October 21, 2010 - 12:33 am

    salam saudara..
    minta izin link kn post ini ke blog saya…
    penulisan yang mantap dan berkesan..
    harap dpt diberi tunjuk ajar…
    saya telah memasukkn blog saudara dlm blog pilihan saya..
    harapan juga agar saudara membantu saya mempromosikn blog sesat jalan bertanya

    hariz hussein
    blogger sesat jalan bertanya

    • #5 by darahtuah on October 30, 2010 - 12:32 pm

      sdr harizhussin,

      Dgn sukacita diizinkan…boleh melebarkan lagi penyebaran fakta…

      Tk atas penghormatan yang diberi.

      Darahtuah.

  5. #6 by kingkong on October 21, 2010 - 12:13 pm

    Dan monorel melaka dah tak boleh maju kehadapan selepas 4 jam dirasmikan. Tak per benda baru , masih ada warranty cam kapal selam malaysia.

    • #7 by darahtuah on October 30, 2010 - 12:35 pm

      kingkong,

      difahamkan ianya disebabkan masalah teknikal – masalah bekalan letrik…masalah2 spt ini boleh berlaku dan harus dijangkakan (murphy’s law), spt pernah berlaku di heathrow airport.

      tk,

      Darahtuah

  6. #8 by Mayday on October 21, 2010 - 2:30 pm

    Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang telah berjaya menyempurnakan usaha pencapaian matlamat mejadikan Melaka negeri maju pada 20 Oktober 2010. Satu usah yang penuh cabaran, perjalanan yang penuh dengan ranjau dan onak. Hanya pemimpin yang gigih dan committed seperti beliau sahaja yang telah melbolehkan matlamat tersebut dicapai. Negeri Selangor yang juga meletakkan matlamat yang serupa tetapi masih belum berjaya diistiharkan sebagai negeri maju.

    Memandangkan wawasan 2020 telah mula diasaskan pada tahun 1991 maka terimakasih juga harus kita panjangkan kepada bekas-bekas Ketua Menteri yang telah meletakkan asas sehingga dapat mempermudahkan Melaka mencapai matlamat negeri maju pada tahun 2010.

    Sekali lagi terima kasih dan syabas kepada YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam semoga orang Melayu Melaka juga turut maju…. Amin

  7. #9 by DingDong on November 2, 2010 - 6:14 am

    Salam,

    Semoga Melaka tempat yg byk membantu saya & keluarga menjadi insan2 berguna terus maju & bertambah makmur.
    Tuan selalu ke Jasin?

  8. #10 by ACHMAD on November 2, 2010 - 4:36 pm

    1Malaysia dah tahu Melaka Negeri Maju 2010. Rakyat Melaka lagi lah tahu sebab dapat cuti umum sempena Melaka Maju 2010. Seluruh negeri Melaka terpampang pada banner dan bilboard tentang berita Melaka Maju 2010.

    Pada malam 20.10.2010 tepat jam 2010 PM mengumumkan secara online dari PWTC dipancarkan kepada puluhan ribu rakyat Melaka di Stadium Hang Jebat diketuai oleh KM Melaka tentang status tersebut.

    Anggran saya malam tersebut juga puluhan ribu duit rakyat dibelanjakan untuk upacara yang dikatakan detik bersejarah itu.

    Walaupun ada pihak mempertikaikan status Melaka Maju 2010, KM Melaka mempertahankan dengan mengatakan status itu ‘dianugerahkan’ dan ‘disahkan’ oleh Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD).

    Rupa-rupanya OECD tidak pernah mengeluarkan pengiktirafan itu kepada Melaka. Maka benarlah apa yang dikata status Melaka Maju 2010 sebenarnya status maju syok sendiri….Berita ini pastinya sekali lagi memalukan rakyat Melaka…

    Berita lanjut….sila baca di

    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/malacca-developed-status-self-declared-says-oecd-official/

    P/S : ini adalah pandangan personel aku sendiri lah, jika lihat dari fizikal, Melaka tak jauh beza dengan negeri lain seperti Perak, Kedah, Selangor (rasa selangor lebih maju tapi belum istihar lagi). Apa yang menjadikan melaka lebih maju? kerana sejarah dan budayanya kah? jika ini alasannya, tidak boleh dikatakan negeri maju. Adakah kerana banyak kilang dan perindustrian? P.Pinang, Johor dan Selangor lagi banyak industri dan kilang.. so apa yang menjadikan melaka maju. Tepuk dada, fikir sendiri…🙂

    • #11 by darahtuah on November 4, 2010 - 9:32 pm

      ACHMAD,

      Silalah baca rencana saya terkini.

      Tk,

      Darahtuah.

    • #12 by DingDong on November 4, 2010 - 11:01 pm

      “According to news reports Hall had said during the event that Malaccans had higher than the OECD’s minimum levels in virtually ALL indicators”

      Even the average income of Malaccans is higher than the lower member (Turkey) in the group.

      Hall said the only thing that the Gov did not do is engage a public debate.Since the public opinion do count as well.

      Public debate? Effing kidding me Hall? With all the DAP chingkie babs running wild in Malacca to get them agree Malacca is the original name of the state will be futile.

      If I was in the public debate to determine maju ke x I would be glad to angkat tangan & kaki sokong.Been there way before PLUS was completed & schooled there a couple of years.

      It has grown leap & bounds.

      Even aviation industry is growing in Malacca. Not a bad feat at all. Kalau dah meet almost all indicators ok la 2. Cuba tgk Kelantan nu. Berapa indicator dah meet?

      Jangan la cepat perlekeh pencapaian orang. Mmg benar masih ada 0.5% miskin. Baru bulan lepas Kakak mintak bantuan rakan diabaikan ADUN di Melaka.Lelaki sakit terpaksa berenti kerja.Tapi Jab2 berkenaan sikap acuh x acuh.Pegawai yg handle file mcm cibai.Bagi alasan rumah batu automatic x layak.Dalam setandan pisang mesti ada sebijik 2 yg busuk.Lumrah alam.

      Dari perlekeh baik kita bagi cadangan membina & berdoa supaya Melaka maju jaya.

      • #13 by darahtuah on November 5, 2010 - 7:52 am

        DingDong,

        Melaka Maju and public debate – kindly read Mr Hall’s speech attached in my latest posting. He admitted there were public debates.

        Tq,

        Darahtuah.

  9. #14 by darahtuah on November 3, 2010 - 11:40 am

    DingDong,

    Ye..saya selalu ke Jasin apabila ada urusan.

    Tk,

    Darahtuah..

    • #15 by DingDong on November 4, 2010 - 11:09 pm

      Salam Tuan,

      Upload la gambar2 Melaka kalau lapang
      Tunjuk sket mercu tanda baru
      Projek baru
      Tahap kebersihan
      Kehebatan infrastruktur
      Bagi yg pernah lihat Melaka sebelum sekarang
      Sedar tahap kemajuan yg dah dikecapi
      Manusia mudah lupa
      Kini berada dulu tiada
      Bapa pangkat SPM anak ijazah
      Itu pun dah patut bangga
      Jgn ukur kejayaan mengikut nilai harta

      -Semoga Melaka aman makmur sejahtera-

  10. #16 by nak balik melaka on November 10, 2010 - 11:34 pm

    tahniah melaka

    melaka maju secara menyeluruh.
    pembangunan merata,
    kebersihan dan kecantikan seluruh negeri,
    banyak yang berkenderaan sendiri dari berkenderaan awam
    station bas macam KLIA
    sungai kotor dan bangunan usang dah jadi hasil pendapatan negeri
    pasaraya besar sungguh besar dan banyak
    monorel pun ada
    banyak masjid baru dan lama diganti baru lagi indah
    jalan pun dah jadih lebuh raya

    tahniah melaka pemimpin ada akal

  11. #17 by anak watan on November 23, 2010 - 9:19 pm

    woi BN..mne elaun untuk pelajar sekolah yng mase bt persembahan untuk melaka maju 2010…kata melaka maju 2010 tapi elaunpenipu je lebih…menyesal aku masok

    • #18 by sputjam on November 24, 2010 - 3:48 pm

      itu biasalah babe(beb) ! ada ISO 9001 pun tak guna. bayaran semua lambat.

    • #19 by darahtuah on November 26, 2010 - 1:38 am

      anak watan,

      Saya dah maklumkan kpd mereka yg berkenaan.

      Tk,

      Darahtuah.

  12. #20 by ammel on April 7, 2011 - 4:58 pm

    sistem pengangkutan di Melaka akan lengkap sekiranya landasan KTM dari pulau Sebang ke Melaka dibina. Manakala perkhidmatan udara ke dalam negara disegerakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: