KAUM CINA TAK SOKONG MATA PELAJARAN SEJARAH DIWAJIBKAN?

Dilihat semacam ada kontradiksi di alam pemikiran kaum Cina mengenai sejarah.

Di satu pihak, sering terdengar mereka tidak suka jika disebut-sebut perkara lama seperti Peristewa 13 Mei. Komen LKS tentang syarat wajib lulus dalam mata pelajaran Sejarah (di bawah) adalah satu lagi contoh.

Tetapi, dalam masa yang sama, difahamkan masyarakat Cina telah giat mengumpul dan menyusun sejarahnya. Mereka juga mahu Memorial Tan Cheng Loke dibina oleh kerajaan. Ia menjadi salah satu mercu tanda ‘sejarah’ kaum Cina.

Dalam pada itu, tanyalah anak-anak belasan tahun sekarang – adakah mereka tahu apa dia nama asal Semenanjung Malaysia dan adakah mereka tahu apa dia nama asal KTMB?

Apa patut dibuat demi merealisasikan 1Malaysia?

Sinchew Jitpoh
Perkara: wajib lulus sejarah-Lim Kit Siang
Ruangan: Dalam Negeri muka surat 11
Tarikh: 25 Oktober 2010 (Isnin)

Tajuk:

Sejarah SPM Wajib Lulus
Lim Kit Siang Rasa Ragu Samada Ia Diperlukan Ataupun Tidak

24hb Batu Pahat, pengumuman Timbalan Perdana Menteri merangkap menteri pelajaran Muhyiddin Yassin terhadap wajib lulus sejarah kertas SPM, ahli parlimen DAP Lim Kit Siang rasa ragu sama ada keputusan itu masuk akal ataupun tidak.

Lim Kit Siang juga ahli parlimen kawasan Ipoh Timur, semasa di Restoren Long Cheng di Yong Peng semasa adakan perhimpunan perwakilan DAP negeri Johor kali ke 16” berkata demikian, isu ini perlu diperbincangkan oleh semua pihak industri media, supaya dapat dihalusi sama ada ia perlu dilaksnakan ataupun tidak dan sepatutnya mata pelajaran yang mana yang sepatutnya wajib lulus, sama ada mata pelajaran bahasa Inggeris ataupun mata pelajaran sejarah yang perlu wajib lulus?

Beliau berkata: “saya ada banyak persoalan, kenapa timbalan perdana menteri mengumumkan isu dan polisi yang sangat penting itu di dalam perhimpunan Agong UMNO? Kenapa mata pelajaran sejarah perlu wajib lulus? Dan bukan mata pelajaran lain seperti bahasa Inggeris?”

Mata Pelajaran Sejarah Yang Ada Tidak Memberi Impak Kepada Sejarah

Beliau berkata, bahasa Inggeris boleh membawa Negara kita menjadi Negara maju yang menepati sasarannya kerana bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa, selama ini penggunaan bahasa Inggeris di negara kita memang pun sudah lemah, sebagai seorang menteri pelajaran lebih faham keadaan masalah itu.

Beliau berkata, hari ini ada banyak aduan dibuat, mengatakan sukatan pelajaran sejarah tidak langsung menceritakan dan membayangkan bab sejarah negara ini, sejarah sebenar sudah bertukar menjadi Sejarah Tamadun Islam, pada hakikatnya kita perlu melalui sejarah, dan ada banyak cara untuk ditunjulkan, supaya semua orang ramai tahu kisah sebenar sejarah pembangunan negara ini.”

Beliau berkata lagi, isu guru besar di Kulaijaya Johor sudah membuktikan bahawa guru besar itu langsung tidak tahu sejarah, jika tidak kenapa dia halau anak-anak Cina balik negeri China. Beliau berkata BTN asyik menanamkan pemikiran semangat perkauman yang sempit, sebab itu jika pihak kerjaan mahu ambil langkah untuk perkukuhkan mata pelajaran sejarah, ia hanya akan timbulkan perasaan orang ramai rasa ragu sama ada keputusan itu masuk akal ataupun tidak.

  1. #1 by ahmad on October 29, 2010 - 1:15 am

    Sudah masanya kerajaan menguatkuasakan satu sekolah untuk semua demi generasi Malaysia yang akan datang. Jika tidak dibimbangi perpecahan akan terus membara sehingga membawa kepada huru hara akibat hasutan pemimpim pemimpin yang tak bertanggungjawab kaum cina. Memang kewujudan sekolah jenis kebangsaan dijamin kewujudannya dalam perlembagaan, tetapi kerajaan jangan membantu menambah subur kewujudannya. Kerajaan tidak perlu memberi peruntukan untuk membantu sekolah-sekolah ini sebaliknya guna wang itu untuk memperkasakan sekolah kebangsaan kerana itu tanggungjawab kerajaan. Hanya lulusan sekolah kebangsaan yang diiktiraf dan diterima melanjutkan ke sek. menengah kebangsaan. Hanya lulusan sekolah kebangsaan yang layak dipertimbangkan untuk biasiswa atau pinjaman pendidikan. Hanya lulusan sekolah kebangsaan yang dipertimbangkan untuk masuk ke universiti. Kerajaan tidak perlu menghantar guru-guru kerajaan ke sekolah jenis kebangsaan ini. Wujudkan undang-undang atau peraturan yang menetapkan hanya lulusan dari sekolah kebangsaan sahaja layak bertanding dalam pilihanraya.

  2. #2 by sputjam on October 29, 2010 - 3:19 pm

    memang mengelirukan.
    baru-baru ini, menteri pelajaran kita telah membuat lawatan sambil belajar ke sekolah yang terunggul di australia dan england.
    Di sana, mereka hanya memerlukan lima mata pelajaran “O” level, iaitu peringkat persamaan SPM di malaysia. mata pelajaran yang diambil terpulang kepada pelajar sendiri untuk memilih.malah
    mata pelajaran English tidak diwajibkan.

    Mereka yang berminat bidang bahasa sahaja yang akan mengambil pelajaran Inggeris, literature dan sebagainya.

    Yang bergemar bidang sains dan matematik tidak memerlukan mata pelajaran bahasa Inggeris, tetapi perlu menjawab soalan dalam bahasa Inggeris dengan sempurna.

    malah, kerajaan baru british akan mengurangkan lagi kuasa pentadbir atas sekolah dan memberi kuasa yang lebih kepada murid dan ibu-bapa.

    A) kalau mata pelajaran yang diambil oleh murid dikurangkan, maka murid itu dapat memberi tumpuan kepada bidang yang diminati.

    B) dan dengan demikian, pihak kerajaan dapat mengurangkan guru-guru dalam penggajian awam dan menjimat pembelanjaan.

    C) Murid tersebut dapat mempelajari bidang mereka dengan lebih mendalam dalam masa yang lebih singkat.

    D) Pelajar-pelajar di england dan australia menamatkan kursus ijazah mereka dua tahun lebih awal dari pelajar malaysia, iaitu 21 tahun berbanding 23 untuk malaysia.
    Jadi, mereka dapat bekerja dan membayar cukai pendapatan 2 tahun lebih awal. Ini menguntongkan negara.

    E) menteri pelajaran kita berfikiran sama saperti LKS, dimana dia mengambil kesempatan untuk “brain-wash” pemikiran pelajar, melalui mata pelajaran sejarah, untuk kepentingan agama, budaya dan bangsa ahli-ahli UMNO.

    F) Buku Chin Peng ” the finest hour” yang baru diterbitkan, akan memberi peminat sejarah negara, pandangan dari pihak cpm yang mungkin berlainan daripada pihak pemerintah. Adakah buku ini juga akan jadi bahan rujukan, atau hanya buku-buku dari pihak pentadbir yang dibenarkan. kalau begitu, maka ianya tidak memberi menafaat kepada pelajar untuk pelajari pendapat sesuatu pandangan sahaja. Lebih baik ponteng kelas dan atau masuk sekolah private dan kemudian universiti “private”.

    G) Sehinga sekarang, ramai yang berpendapat bahawa Hang Jebat adalah wira melaka, dan berkemungkinan golongan melayu akan memperolehi status “republik” 500 tahun jika dia tidak tertumpas kepada rakannya yang mendeharka kepadanya.

    H) Adakah penterjemahan perlembagaan akan mengikut kefahaman UMNO, dan bukan kefahaman yang berlainan tidak diindahkan? Kefahaman ugama isalm juga terdapat pelbagai perbedzaan, walaupun semua mengiktiraf Quran.

    I) kalau menteri pelajaran kita berperangai sebegini, maka tertundas lagi lah tahap pelajaran pelajar-pelajar dimalaysia.

    Sekian.

    • #3 by Raksasa Gorgon on November 1, 2010 - 11:23 am

      Sputjam,.. jangan buat kelakar lah…

      Buku Chin Peng the finest hour tu tak sebut langsung peristiwa peristiwa pembunuhan org org awam yg tidak berdosa.

      Malah kalau u baca buku tu, seolah olah takde sorang pun yang mati masa kekejaman rejim komunis dibawah pemerintahan Chin Peng.

      Sejarah yang cuba ditulis oleh chin peng tu pun dah berat sebelah.. macamana nak jadikan bahan rujukan.

      Sputjam.. u kena tahu sebab kenapa Chin Peng tulis buku tu.. Sebabnya ialah dia nak cuba gambarkan yang dia tu hero padahal dia tu pembunuh yang kejam!

      Sejarah mesti berdasarkan fakta. Bukan berdasarkan buku buku yang syok sendiri. Chin Peng tajk malu betul cuba tulis buku pasal dirinya yang syok sendiri.

      Bayangkan… dia tak sebut langsung mengenai beribu ribu manusia yang tenteranya dah bunuh.

    • #4 by OnDaStreet on November 1, 2010 - 7:03 pm

      sputjam,
      Anda keliru, atau anda tidak faham kenapa diwajibkan matapelajaran sejarah atau anda buat-buat tidak faham?

      ~ OnDaStreet

  3. #5 by FlyingGhost on November 1, 2010 - 10:55 am

    Saya sokong matapelajaran Sejarah diwajibkan lulus. Tetapi kandungkan sejarah perlu lebih seimbang. Beberapa bab hanya fokus kepada agama islam sahaja. Ya, memang benar semuia faktu tu, tapi ada banyak lagi fakta tamadun lain kita patut pelajari.

  4. #6 by FlyingGhost on November 1, 2010 - 10:59 am

    Oh ya, satu lagi, saya tak sokong sekolah vernacular.
    Sekolah cina, india, agama dan sekolah melayu patut dihapuskan. Sekolah nasional patut diwujudkan dlm bahasa inggeris dan mewajibkan mengambil bahasa malaysia (kerana bahasa kebangsaan) dan satu lagi bahasa optional (cth. bahasa mandarin,tamil,french).

    Cadangan je ye.

  5. #7 by sputjam on December 13, 2010 - 1:54 pm

    Please read “History textbooks biased, say writers” at http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/36630-history-textbooks-biased-say-writers

    Our history lesson has turned up to be nothing more han propagating religion and race.
    This situation has also inflicted the whole govenrment adminsitration.
    What we need is a messiah that can overcome this disparity.

  6. #8 by sputjam on December 14, 2010 - 11:05 am

    and more feedback from the enlightened people on the history subjects. at http://khookaypeng.blogspot.com/2010/12/umno-nised-history.html

    May the leaders of this country, take into account all views and opinions, before implementing their sordid directive. To me, forcing the rakyat to do something they do not wish for, is like being raped and sodomised. Especially in the field of eduaction, where third graders in the education department, are promoting their useless agendas into the mind of the young and youthfull, and turning energetic and enthusiastic peiople, into useless bullies and day dreamers who cannot do any work, but complain, complain and complain about other races.

  7. #9 by sputjam on December 17, 2010 - 12:00 am

  8. #10 by resethaa on January 8, 2011 - 7:49 pm

    saya amat bertuah kerana dapat mempelajari sejarah pada masa kini.

  9. #11 by Hafiz Fizz on January 14, 2013 - 10:17 pm

    Saya memang sokong kalau sejarah tidak wajib lulus ….gila betul….

  1. SCJP MENGHASUT BUKAN MELAYU SUPAYA MENENTANG MATA PELAJARAN SEJARAH DIWAJIBKAN? « Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: