SCJP MENGHASUT BUKAN MELAYU SUPAYA MENENTANG MATA PELAJARAN SEJARAH DIWAJIBKAN?

1. Nampaknya perasaan masyarakat bukan Melayu, terutama kaum Cina, terus dibakar supaya menentang keputusan kerajaan yang mahu menjadikan mata pelajaran Sejarah wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, seperti tulisan di bawah. Kalau dunia barat dilanda Islamphobia, di Malaysia pula, secara tiba-tiba, kaum Cina ala DAP, dilanda sejarahphobia.

2. Sepatutnya ZDX, sebagai Timbalan Editor sebuah akhbar yang bertanggungjawab, memberi ruang dan peluang kepada Kerajaan untuk membuat penjelasan dan memberi peluang pula kepada rakyat untuk mezahirkan pandangan masing-masimg secara sihat untuk mencari titik persetujuan.

3. Yang jelas, sejarah mampu memantapkan jati diri, meningkatkan semangat patriotisma dan seterusnya mengukuhkan perpadauan rakyat, sepertimana yang disarankan oleh Laporan Razak. Lantaran tiga aspek sejarah akan diberi penekanan – kewargenegaraan, patriotisma dan Perlembagaan Negara.

4. ZDX dan SCJP sepatutnya mengenengahkan juga pandangan tokoh sejarawan seperti TS Prof Emeritus Khoo Kay Kim yang menyokong keputusan kerajaan itu dengan syor-syor untuk memperbaiki pelaksanaannya.

5. Seterusnya bacalah keputusan tinjauan yang dibuat oleh Utusan Malaysia yang mempamerkan betapa dangkalnya pengetahuan sebahagian rakyat Negara ini tentang beberapa perkara pokok mengenai sejarah Negara sendiri. Sama seperti yang saya tuliskan, terdapat anak muda yang tak tahupun nama asal Semenanjung Malaysia! Adakah itu yang disukai oleh ZDX dan SCJP?

6. Seolah-olah begitulah nampaknya kerana ZDX dan SCJP lebih condong untuk menyokong pandangan cauvanist Cina seperti LKS. Mengapa? Adakah kerana tidak banyak sumbangan kaum-kaum mereka di masa silam untuk dibanggakan selain cerita secret society / gangsterism di Perak?

7. Dalam pada itu eloklah sejarah Tanah Melayu / Malaysia ditulis / diolah mengikut perspektif Negara ini; bukan mengikut perspektif penjajah. Yang demikian, kita akan tahu hakikat sebenar; misalnya benarkah Yap Ah Loy yang membuka Kuala Lumpur? Betulkah Tan Cheng Loke lari ke India untuk menyelamatkan dirinya semasa Perang Dunia ke-2?

8. Tetapi janganlah mengada-adakan perkara yang tidak ada dan jangan sesekali mengikut jejak LKY yang memutarbelitkan sejarah Singapura. Pelajar Singapura diajar melalui sistem pendidikannya bahawa sejarah pulau itu seolah-olah hanya bermula dari Stamford Raffles. Khabarnya mereka tak tahupun ujudnya Sang Nila Utama.

9. Pada masa yang sama, para guru yang mengajar subjek sejarah / tawarikh ini hendaklah dilatih semula dan memperkasakan diri sejajar dengan tuntutan suasana semasa.

10. Sepatutnya pandangan yang diberi oleh ZDX dan SCJP serta mereka yang segolongan dengannya biarlah membina dan bukannya secara sinis ataupun angkuh, seperti di bawah. Barulah ianya tidak mengundang Newton’s Third Law of Motion. Maka bolehlah bermulanya engagement secara sihat.

Sinchew Jitpoh
Perkara: mata pelajaran Sejarah SPM wajib lulus
Ruangan: Opinion Corner muka surat 30
Tarikh: 26 Oktober 2010 (Selasa)
Tajuk:

Mahu Sejarah Wajib Lulus, Politik Perlu Sejajar Dan Betul
Zheng Ding Xian/ timbalan editor akhbar ini

Bahasa Malaysia kena lulus, baru dapat sijil SPM; perkara seperti ini semua orang boleh terima, kerana ini adalah Malaysia, memang wajib diperlukan.

Bermula pada tahun 2013, mata pelajaran sejarah juga wajib lulus, baru layak menerima sijil, apakah keperluannya untuk ini?

Orang ramai akan tanya, kenapa tidak bahasa Inggeris? Kenapa tidak mata pelajaran matematik? Kenapa tidak bahasa Ibunda?

Mata pelajaran mata pelajran itu semuanya penting; sekurang-kurangnya bagi mengejar serta mahu mencapai negara maju dan negara berpendapatan tinggi, itu adalah satu perjalanan yang penting, dan boleh menjadi penambahan nilai yang sebenar.

Tetapi memang bahasa Inggeris, matematik dan satu lagi bahasa diperlukan oleh negara ini, bukannya keperluan untuk tujuan politik.

Sejarah itu memang diperlukan untuk politik.

Contohnya seperti sejarah pemerintahan kerajaan Raja Melaka, UMNO menerajui negara ini sehingga mendapat kemerdekaan, adanya kontrak masyarakat yang tidak boleh diganggu gugat, Barisan Nasional telah membawa negara ini aman dan makmur….; peraturan ini mungkin mahu diturunkan kepada generasi anak cucu mereka.

Itu semata-mata hanya sebagai satu inspirasi teori barulah boleh menepati kepada tujuan politik.

Apabila itu semua dimasukkan ke dalam mata pelajaran sejarah, jika lulus baru layak dapat sijil; sudah tentu anak-anak di sekolah rendah dan sekolah menengah anggap mata pelajaran sejarah itu seperti mereka sedang hadapi musuh yang kuat, semasa di bilik darjah mereka tidak berani lagi leka dan tidur, selepas balik sekolah mereka akan pergi tuisyen mata pelajaran sejarah, sebelum hadapi peperiksaan mereka perlu menghafalnya dengan mahir dan yang terbaik.

Permulaan dari saat ini, apa maksudnya sejajar dan betul terhadap politik, kita perlu betul-betul ingat di dalam otak kita, jelas nampak di hati, tidak berani melupakannya dan tidak berani mencabarnya.

Sejarah itu memang penting, mata pelajaran sejarah ada sebab dikatagorikan sebagai mata pelajaran wajib lulus; tetapi terlebih dahulu perlu ada syarat-syaratnya, syarat-syarat ini hanya sesuai dan digunakan untuk negara-negara maju yang tertentu sahaja.

Di negara-negara maju, bahan sejarah bukannya pendidikan idealogi mereka, sebenarnya mereka mahu bahan sejarah menjadi bahan inspirasi pemikiran awal rakyat mereka, dan tidak jadikan mata pelajaran sejarah sebagai alat untuk berkhidmat kepada politik, ia semata-mata untuk pendidikan naluri kemanusiaan, sebab-sebab kewujudan pelajaran sejarah itu semata-mata untuk kemajuan dalam masyarakat mereka.

Contohnya, dalam mata pelajaran sejarah di Amerika Syarikat, cikgu akan terangkan sejarah orang-orang Europah berhijrah ke tanah besar Amerika, selepas itu mahu murid-murid secara berkumpulan kecil mengkaji bahan sejarah itu, murid-murid akan pergi ke liabrary mencari bahan-bahan dan buku bacaan, membuat laporan tasis, menceritakan bagaimana orang-orang Europah berhijrah ke Amerika, adakah mereka hapuskan tamadun orang-orang Red Indian?

Ataupun cikgu akan terangkan perperangan di kawasan Utara dan Selatan Amerika, selepas itu bahagikan murid-murid kepada dua kumpulan besar, satu kumpulan mewakili Utara Amerika dan satu kumpulan lagi mewakili Selatan Amerika, mereka diberi masa untuk berdebat, diakhir perdebatan mereka mencari resolusi dan apakah kebaikan dalam peperangan itu.

Inilah baru benar-benar cara mendidik mata pelajaran sejarah.

Tetapi kita tidak berani untuk memikirkannya, akan datang cara mendidik mata pelajaran sejarah di sekolah menengah kebangsaan, adakah cikgu-cikgu benarkan murid-murid perdebatkan sejarah semenanjung Melayu ini, tamadun Hindu berlaku sebelum tahun 1400 sebelum masih, ataupun sejarah selepas tahun 1400 zaman Paramisuara datang ke Melaka.

Sama juga seperti sejarah UMNO, MCA dan MIC, selain daripada parti ini adakah sejarah parti-parti lain dimuatkan ke dalam sejarah termasuk pertubuhan-pertubuhan dan gerakan-gerakan sayap kiri serta sejarah sebenar perjuangan untuk kemerdekaan, dan dalam sejarah pihak Inggeris memang telah membuat keputusan untuk tinggal kawasan penjajahannya yang bergoncang itu, mungkin sejarah ini tidak ditimbulkan pun.

Berkaitan kontrak masyarakat pula, sedangkan benda-benda ini pihak pakar sejarah tidak faham dan tidak dapat ungkaikannya.

Pendidikan mata pelajaran sejarah untuk negara maju, perlu diberi pendedahan kepada murid dalam perbezaan pendapat, mereka dapat berfikir dan ia akan dapat mencungkil makna-makna yang tertentu.

Sebelum memasuki kajian dalam pendidikan sejarah negara, semua orang mempunyai pemahaman yang tersendiri, isu mata pelajaran sejarah wajib lulus, bukankah itu hanya menggerunkan murid-murid sahaja.

Sedangkan keputusan itu dibuat di perhimpunan Agong UMNO, bukan diserahkan kepada pakar sejarah untuk dikaji dan dibincangkan, keputusan dibuat seperti tidak dipolitikan, tetapi menyebabkan orang ramai rasa janggal.

  1. #1 by sputjam on November 1, 2010 - 2:32 pm

    a) ramai rakyat sudah kurang berkeyakinan dengan sistem pelajaran diMalaysia, sejak Dr mahathir menjadi menteri pelajaran dahulu.

    b) Sistem pelajaran Malaysia dijadikan sebagai satu cabang UMNO/ barisan nasional untuk memperkukuhkan sokongan terhadap mereka.

    c) Dengan mewajibkan pelajaran sejarah, maka tiada ruang untuk yang berpendapat berlainan dari yang sudah ditentukan oleh pentadbir pelajaran.

    d) Sebagai contohnya, ramai golongan masyarakat kita yang takut untuk menegur para pentadbir ugama, jadi, para pelajar juga akan menceburi pelajaran sejarah ini, hanya untuk mendapat kelulusan, tetapi dari segi kefahaman mereka terhadap mata pelajaran berikut, belum dapat dipastikan.

    e) Menteri pelajaran sendiri mempunyai sejarah yang agak buruk sebagai menteri besar johor, dimana dia menggunakan akta tanak kerajaan negeri untuk merampas tanah milik persendirian untuk keuntongan golongan tertentu. adakah sejarah ini juga akan dipelajari untuk membuka mata setiap pelajar?

  2. #2 by OnDaStreet on November 1, 2010 - 7:30 pm

    Daripada artikel yang ditulis oleh ZDX, nyata beliau cuba mengarahkan perhatian ke arah lain. Sebagai seseorang yang tahu akan perkembangan semasa apatah lagi melaporkan, beliau seharusnya tahu kenapa matapelajaran Sejarah diwajibkan.

    Ini bukan soal survival Barisan, tetapi menghormati apa yang menjadi asas negara ini.

    Artikel itu nyata seperti memberi perspektif Sejarah diwajibkan hanya tujuan politik.

    Beginilah, jika tidak mahu campur adukkan pelajaran dan politik, Pakatan mungkin mampu memberikan contoh lebih baik, buktikan dinegeri-negeri yang ditadbir, tunjukkan sejarah tidak penting dengan DAP, PKR dan PAS tidak lagi memainkan sentimen sejarah dalam kempen mereka. Saya mahu lihat tiada satu pun perkara yang diungkitkan yang dilakukan oleh mereka kerana apa jua yang mereka telah lakukan hanya tinggal SEJARAH.

    ~ OnDaStreet

  3. #3 by santoinperak on November 2, 2010 - 4:30 pm

    kalau sejarah dalam versi bahasa melayu,oklah jangan sahaja ditukar ke versi bahasa english..seperti matematik dan sains dalam bahasa english telah terbukti gagal 100%.

    kaedah pengajaran guru-guru sejarah perlulah menarik dan kelihatan mencabar kerana majoriti pelajar tak suka subjek sejarah sebab ianya membosankan ketika sesi pembelajaran kelas.(ini melalui pengalaman saya sebagai pelajar )

  4. #4 by safleyadmad on May 31, 2013 - 8:56 pm

    “KELONGGARAN” syarat perlu lulus dlm peperiksaan utama dlm sistem pendidikan m’sia sejak beberapa taun lepas menjadikan rakyat sekarang semakin KURANG AJAR sbb dorang BUTA SEJARAH.

    – Menteri Pendidikan perlukan sorang berjiwa patriotik n TEGAS!
    – Jangan TERLALU dengar rakyat berikan pendapat sbb majoriti klau boleh dorang xmau tau “tanpa mak-pak” xkan ada anak!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: