Kontroversi Melaka Maju 2010 Di Jawab!

1. Bukanlah di luar jangka timbulnya kontroversi di dunia cyber / media sosial mengenai usaha murni Kerajaan dan rakyat negeri Melaka hendak mengangkatkan darjat dan menobatkan negeri mereka sebagai negeri maju. Kontroversi ini timbul mungkin kerana salah faham, salah maklumat, salah lapor, misinformatioan atau disinformation. Sehubungan itu, wajarlah saya menerangkan fakta mengenai prakarsa ini sebab saya adalah antara pekerja yang terlibat secara langsung dalam usaha untuk sama-sama merealisasikan Visi Melaka Maju 2010.

2. Dalam pada itu, terdapat juga bloggers yang menyokong dan menghargai usaha kerajaan dan rakyat negeri Melaka ini; malah turut mempertahankannya pula, sepertimana yang dilakukan oleh Syed Akbar Ali.

3. Penerangan saya pula adalah untuk melengkap dan melebar-luaskan lagi penjelasan yang panjang lebar yang telah dihuraikan oleh Arkitek Melaka Maju 2010, YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam di sesi sidang Dewan Undangan Negeri pada 1 – 4 Disember 2010.

Penafian

4. Pertama ialah penafian yang dibuat oleh Ms Yasmin Ahmad, difahamkan seorang pegawai OECD, dalam Malaysia Today pada 23 Oktober 2010 lalu. Beliau menafikan penglibatan OECD.

5. OECD adalah sebuah organisasi yang besar; jabatan atau bahagiannya tentulah banyak manakala bilangan pekerjanya pula pastilah ramai. Justeru berkemungkinanlah berlakunya sindrom ‘apa yang dibuat oleh tangan tangan, tangan kiri tak tahu.’ Namun, bagi menjaga nama baik beliau dan maruah OECD, sebaik-baiknyalah beliau double check terlebih dahulu.

6. Pengakuan yang dibuat oleh Jon Hall, Administrator PARIS 21, dalam Malaysian Insider pada 2 November 2010 membuktikan penglibatan beliau dan OECD yang aktif dan sekaligus membetulkan kenyataan Ms Yasmin Ahmad itu:

“Hall however agreed that he had been in contact with the Malaccan authorities on their initiative and work over the past few years.”

7. Sejarah ringkas penglibatan beliau terdapat di sini.

Tipu

8. Kedua ialah kononnya OECD tidak mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju dan, yang demikian, ditohmahkan bahawa Ali Rustam telah menipu rakyat Melaka. Komen seperti ini, antaranya, dilaporkan oleh Sdr Sofi Wahab di sini.

9. Untuk menjawab isu ini, eloklah kita memetik / merujuk kepada ucapan terpenting dan paling relevan iaitu pada jam 2005 (8.05 malam) hingga jam 2010 (8.10 malam) pada 20/10/2010. Ucapan berkenaan disampaikan oleh Ali Rustam dan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj. Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia:

 

2000 mlm

 

 

STADIUM DAN PWTC:

BERSIAP SEDIA UNTUK VIDEO CONFERENCE BERSAMA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA

 

 

 

MEDIA PRIMA

TM

 

2005 mlm

 

 

LINTAS LANGSUNG KE BULETIN UTAMA TV3

STADIUM;

(YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam memulakan ucapan:

1.Assalamualaikum Datuk Seri Utama.

2.Terima kasih kerana dapat bersama-sama pada malam ini. Bersama-sama kita juga ada TYT Yang Dipertua Negeri.

3. Pengisytiharan Melaka Maju adalah berdasarkan kepada pencapaian 29  daripada 32 indikator terpilih atau 90.6% yang telah dipersetujui bersama oleh OECD dan Melaka.

4.Kita juga mengadakan Kajian Persepsi, yang dilaksanakan oleh UiTM dan diselia oleh sebuah badan yang kompeten. Kajian mendapati 81.5% responden bersetuju bahawa Melaka telah mencapai status negeri maju.

(YAB Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam menunjukkan Kajian kepada YAB Datuk Seri Utama Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak)

5.Kita telah bentangkan bukti-bukti ini kepada OECD dan Wakil OECD ada bersama-sama kita malam ini bagi menyampaikan Nota Tahniah daripada OECD.

(Pengerusi Parti Komponen Barisan Nasional MCA, MIC, Gerakan, PPP dan Jon Hall berdiri bersama-sama YAB Ketua Menteri)

(YAB Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam menunjukkan Nota Tahniah kepada YAB Datuk Seri Utama Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak)

6.Akhirnya, bagi pihak rakyat Negeri Melaka saya sekali lagi merakamkan setinggi penghargaan di atas sokongan dan kepimpinan YAB Datuk Seri Utama kepada Negara dan Negeri Melaka.

7. Dengan ingatan ini sukacita saya menjemput YAB Datuk Seri Utama untuk menyampaikan ucapan.

 

1 minit

 

MEDIA PRIMA

TM

 

 

2008 mlm

 

 

PWTC:

UCAPAN PERASMIAN PENGISYTIHARAN MELAKA MAJU OLEH YAB DATUK SERI UTAMA  MOHD NAJIB BIN TUN HJ ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI

(YAB Datuk Seri Utama  Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak Perdana Menteri mengucapkan:

“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullah.

  1. Saya bagi pihak seluruh warga Malaysia dan Kerajaan Persekutuan merasa sangat berbangga di atas pengisytiharan Melaka sebagai Negeri Maju.

  1. Saya melihat pencapaian ini selari dengan Wawasan 2020 negara.

  1. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga Melaka di atas pengisytiharan Melaka Negeri Maju pada malam ini.

  1. Sesungguhnya warga Melaka wajar berbangga kerana mempunyai seorang pemimpin yang rajin dan berwawasan dalam usaha memajukan Negeri ini.

  1. Sudah tentu usaha Kerajaan Negeri  akan sentiasa mendapat sokongan padu Kerajaan Persekutuan.

  1. Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. maka saya dengan ini mengisytiharkan Melaka Maju 2010.

(Pengerusi Parti Komponen Barisan Nasional berdiri di kiri dan kanan YAB Perdana Menteri)

(Tepat jam 2009:40 saat YAB Datuk Seri Utama  Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak Perdana Menteri menyentuh “touch screen”)

 

1 minit 50 saat

 

JK Perasmian

UPEN

MITCH

TM

MEDIA PRIMA

2009:40 mlm STADIUM DAN PWTC: 

COUNTDOWN DAN GIMMICK

(Sebaik sahaja YAB Datuk Seri Utama  Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak Perdana Menteri menyentuh skrin kiraan countdown jam digital dan “gimmick” Kapsul bermula merentasi time tunnel dan menuju ke Stadium Hang Jebat. Kapsul mengandungi surat tahniah daripada YAB Datuk Seri Utama Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak

 

10 saat

MITCH  

TM

MEDIA PRIMA

2010 mlm STADIUM: 

GIMMICK DAN PERSEMBAHAN BUNGA API

(Tepat jam 8.10 malam kapsul tiba di skrin Stadium Hang Jebat dan terbuka lalu memaparkan kandungan surat tahniah dan ucapan Terima Kasih dari YAB Ketua Menteri lalu diikuti ledakan bunga api, kibaran bendera Melaka, gema sorakan dan kompang oleh 5,000 orang peserta.)

 

5 minit

MITCH  

TM

MEDIA PRIMA

2015 mlm STADIUM DAN PWTC: 

TAMAT VIDEO CONFERENCE (OFF-AIR)

 

10. Tiga perkara amatlah jelas dan sepatutnya boleh difahami dengan mudah daripada ucapan Ali Rustam. Beliau memaklumkan:

(a) pencapaian Melaka sebanyak 90.6% iaitu berdasarkan 29 daripada 32 indikator yang telah melebihi tahap minima pencapaian negara-negara anggota OECD. Ia turut diakui oleh Jon Hall [… you Melakans are above the minimum levels in the OECD for virtually all of your indicators.] 32 indikator tersebut telah dipersetujui bersama antara Melaka dan OECD,

(b) 81.5% warga Melaka berpendapat negeri mereka telah maju, dan

(c) Nota Tahniah daripada OECD / Jon Hall.

11. Beliau TIDAK menyebut sikitpun OECD mengikiraf Melaka sebagai negeri maju.

12. Pengisytiharan Melaka Maju 2010 pula diumumkan oleh Najib!

13. Semua ini adalah benar, tidak ada yang tidak benar melainkan semuanya benar! Tidak ada tokok tambah dan tidak ada putar belit.

Jumud

14. Justeru tidak timbulah “kerajaan negeri ingin permainkan dan perbodohkan Perdana Menteri”. Apatah pula PM kita bukanlah sebodoh orang yang berimaginasi sedemikian itu. Ia hanyalah imaginasi liar di kalangan mereka yang kurang sihat dan jumud atau out-dated pemikirannya, sepertimana yang disuarkan oleh Jon Hall dalam ucapannya di Majlis Perisytiharan tersebut yang penuh bersejarah:

“The World is, however, changing very quickly. And many people have a world view that is 30 or 40 years out of date. Many people far from here would be very surprised to learn that Melaka was a developed state. Because they have a view that is so outdated.”

15. Sebagaimana yang dijangkakan oleh Jon Hall, bolehlah diterima dek akal jika orang jauh dari Melaka yang surprise bila mengetahui Melaka telah maju. Tetapi, yang amat menyedihkan ialah terdapatnya sekumpulan orang Melaka tertentu yang lebih jumud dan teruk lagi sikap mereka. Mereka bukan sahaja tidak turut gembira malah menghentan dan mengkritik pula tanpa usul periksa.

16. Seharusnya mereka tidak perlu bersikap seperti ‘Lebai Malang” atau “Si Luncai” kerana tidak timbul isu “rakyat negeri Melaka berasa tertipu” kecuali akibat salah lapor, salah faham, salah maklumat, misinformatioan atau disinformation.

17. Untuk makluman semua, dalam ucapannya di Majlis Perisytiharan tersebut, Jon Hall telah menegaskan tiga perkara:

Pertama – tiada definisi rasmi tentang apa itu negara maju;

Kedua – ukuran negara maju melampui pertumbuhan ekonomi, dan

Ketiga – hanya warga negeri Melaka sahaja yang boleh menentukan negeri ini maju ataupun belum lagi.

Ketiga-tiga ini menepati inisiatif Melaka.

Persepsi Warga Melaka

18. Berdasarkan kajian kualitatif yang dilaksanakan oleh UiTM, didapati persepsi penduduk Melaka adalah selari dengan apa yang dihasilkan oleh 29 daripada 32 petunjuk kuantitatif berkenaan. Hasil penemuan utamanya adalah seperti berikut:

• 81.5% keseluruhan penduduk berpendapat Melaka maju;
• 83.0% penduduk lelaki berpendapat Melaka maju;
• 80.4% penduduk perempuan berpendapat Melaka maju;
• 82.2% penduduk bandar berpendapat Melaka maju;
• 80.7% penduduk luar bandar berpendapat Melaka maju;
• 80.8% warga belia berpendapat Melaka maju;
• 84.5% warga dewasa berpendapat Melaka maju; dan
• 81.5% warga emas penduduk berpendapat Melaka maju;

19. Mereka merasakan telah maju bukan sahaja kerana mereka sudah menyaksikan perubahan dan kemajuan dalam tempoh 11 tahun yang lalu tetapi mereka sudah menikmati kemajuan itu.

20. Yang demikian, berdasarkan perkara ketiga yang ditegaskan oleh Jon Hall itu dan disokong pula oleh pencapain 29 (90.6%) daripada 32 indikator kuantitatif berkenaan, maka tepat sekalilah YAB PM “mengisytiharkan Melaka Maju 2010”.

21. Berbalik kepada kontroversi pengiktirafan oleh OECD tadi. Pada pendapat kami,

(a) kehadhiran Jon Hall sebagai wakil OECD,

(b) pengakuannya bahawa “… you Melakans are above the minimum levels in the OECD for virtually all of your indicators” dan “Many people far from here would be very surprised to learn that Melaka was a developed state”,

(c) penyerahan Nota Tahniahnya seperti di bawah, dan

(d) nota tahniahnya yang berbunyi “Congratulations to all who worked so hard to achieve these benchmarkas”

maka bolehlah ditafsirkan bahawa OECD mengakui Melaka telah mencapai tahap negeri maju, selaras dengan pendapat awal Jon Hall pada15 Mac lalu semasa bermesyuarat di Paris:

“Mindful of the fact that there is no specific definition of what is a developed country,….Melaka has most of the characteristics of a developed country. Melaka has a strong case to be declared as a developed state.”

22. Seterusnya perlulah ditegaskan di sini bahawa Melaka hanya mahu mencapai taraf negeri maju; bukan untuk menjadi anggota OECD, sepertimana yang cuba dipesongkan oleh pihak tertentu. Maka tidak wajar timbul persoalan mengapa nama Melaka tidak terdapat dalam Website OECD, sebaris dengan nama 33 buah negara anggota OECD.

23. Akhir kalam, bersama 81.5% warga Melaka yang bijaksana marilah kita berkongsi dan meraikan kejayaan yang telah diusahakan bersama serta berasa bangga di atas kejayaan cemerlang menjadi sebuah negeri maju.

24. Seterusnya marilah kita bahu membahu dan melangkah sederap dengan Ali Rustam untuk menjayakan Visi fasa kedua pula iaitu Melaka Negeri Bandar Teknologi Hijau 2020!

UCAPAN JON HALL

Prime Minister, Governor, Chief Minister, Senators and Members of the Melakan government and parliament, citizens of Melaka. It is, indeed, a great privilege to be among you today to join these celebrations. It is also very appropriate that we are here together on 20 – 10 – 2010.

20 – 10 – 2010 has been proclaimed by the United Nations as World Statistics Day. A day to celebrate the achievements of statistics. I work for the Partnership for Research in Statistics in the 21st Century – PARIS 21 – which is a part of the OECD. We are dedicated to helping developing countries build their statistical capacity. Good policies require solid statistics. And development requires good policies. And so it is particularly fitting that statistics, evidence and indicators have played such a strong part in the conversation the people of Melaka are having here today about their development. Statistics are a cornerstone of democracy. Without solid facts fruitful debate is impossible.

I congratulate the government of Melaka for recognising early on in this 11 year process that their development would need to be benchmarked. That without hard evidence, today would be meaningless. And I congratulate the Melakan statistical office for ensuring that the debate about Melaka’s development is grounded in fact, not based on anecdote.

My organisation , the OECD – the Organisation for Economic Cooperation and Development – is often called the club of developed nations. When members of the Melakan government first contacted the OECD to discuss their progress towards becoming a developed state I made three observations.

My first observation was that there is no formal definition of ‘developed nation’. There is no absolute benchmark or set of benchmarks that a country has to achieve in order to become ‘developed’. Just about everyone would agree that my own country, Australia for example, is developed, along with the other OECD member states… And just about everyone would agree that much of Sub-Saharan Africa, for example, is developing. But there are a great many other countries in the world where it is less clear cut. The World is, however, changing very quickly. And many people have a world view that is 30 or 40 years out of date. Many people far from here would be very surprised to learn that Melaka was a developed state. Because they have a view that is so outdated. This is a key message that Professor Hans Rosling, one of the heroes of development statistics, makes time and time again. It is vital that we statisticians work to correct people’s misperceptions by offering evidence about development.

Second, development is a broad concept that must go beyond economic growth. If you feel like I do that a strong economy is a means to an end, and not an end in itself, then it follows that ‘development’ should look at social, economic and environmental areas together. One of the most famous measures of development – the United Nation’s Human Development Index, inspired by the work of nobel laureate Amartya Sen – does just that, by looking at development in terms of income, education and health.

Perhaps Kofi Annan, the former Secretary General of the United Nations, has the best definition when he defined a developed country as “one that allows all its citizens to enjoy a free and healthy life in a safe environment.”

They were my first two observations. And, because of them, I recommended that Melaka produce a range of indicators of progress and development, that go beyond purely economic, to benchmark their development against the OECD member states. And this is what you have done. You have prepared the evidence for debate.

Crucially though, and this was my third observation, crucially though it can only be the citizens of Melaka who decide whether or not the country has developed. It is not for me, for the OECD, or for anyone else to decide that. Because you – the citizens of Melaka – must be the ones to decide what ‘development’ means for you. And I understand that more than 80% of Melakans feel you are a developed State. Congratulations. Once again you gathered the statistics and the data speak for themselves.

A debate about progress and development is a very healthy debate for every society to have. A debate about the future, about people’s aspirations, that goes beyond the usual short term political debate. It is a debate that is increasingly happening around the world. From Bhutan to Brazil, from Florida to Finland, societies are discussing what development means and the measures they need to decide for themselves whether or not they are developing.

It is a very important debate, perhaps the most important debate for statisticians to have in the 21st Century. As another Nobel Prize Winner, Joe Stiglitz says, “what we measure affects what we do; and if our measurements are flawed, decisions may be distorted”. It is, therefore, vital that we have the right measures.

I congratulate Melaka for having this debate. For providing the evidence the citizens need to consider development from a broad perspective. I hope your example will inspire others in this region, and around the world, to do the same thing.

According to the data you have prepared, you Melakans are above the minimum levels in the OECD for virtually all of your indicators. Your life expectancy at birth – a key development indicator – is now at the level of the USA’s in the late 1970s. More than half of all Melakans have access to the Internet. All Melakans have access to clean water and electricity. One just has to walk through this great World Heritage city to see the speed of change and development here. And other things are surely changing too here, just as they are changing everywhere. Changes that are harder to see or to measure. Changes in the social fabric of society. In people’s traditions and cultures and ways of life. Changes that need to be measured and understood in case things change for the worse before anyone can notice.

Melaka has much to be proud of. But your story does not stop here today. This is but a milestone. Development, for every country, is a continuous journey. But like all journeys, you need a map to plot your course.

I congratulate the people of Melaka on your achievements.

I encourage you to continue to debate and discuss what future you want for yourselves, for your children and for your children’s children.

And, on World Statistics Day, I urge you to demand the evidence you need. Evidence both to know whether you are developing in the right directions. And evidence to design the policies to take you where you want to go.

Congratulations Melaka for measuring – and debating – the things that matter.

  1. #1 by sputjam on November 9, 2010 - 11:54 am

    Budapest may have lower income pe capita, but their infastrucrue and their planning as a heritage city is first class.
    Their buses and trams are cheap and frequent. no traffic jams. the place is clean and the air is fresh. The river that divides the twin city of Buda and pest is pristine.

    Now of we compare to melaka town, with the horrid river/sewer running right through it, and haphazard town planning, approving horrible looking suburban malls to be built in the city centre, marring the stadhuys and the gate to the fort. And the buses are dirty and infrequent, causing people to drive and stalling traffic.

    And despite having a railroad to melaka, nobody bothers to upgrade /maintain it and it is probably useless and waiting for some crony to make an application to take over KTM’s assets to build even more shopping malls and expensive houses.

    there is no incentive to provid basic services to the people. But I have to admit, that school for pregnant teens is special, but what do you expect from a state with ex-CM like rahim Thamby Chik?

    • #2 by sputjam bodoh on November 10, 2010 - 12:49 pm

      bodohnya kau ni sputjam… bila kali terakhir ko pergi melaka???

      dah naik water taxi belum??? sungai dah bersih la bodoh..

      kalau kau ni tak pernah tengok dengan mata sendiri, jangan nak berlagak pandai kutuk sana kutuk sini.

      kau ni bangang ke? patut le sampai sekarang tak jadi boss.

      jadi kuli je. sebab ko bodoh.

  2. #3 by observer1 on November 18, 2010 - 6:33 pm

    Sputjam

    One of the problems that some of us in Malaysia is definitely being emotional and not “being sufficiently rational nor sensible” when giving thoughts. And I have to say u are one in the basket. I have travel and work in many parts of the globe, and each place is unique to the culture, norms, society upbringing and geographical distributions. Simply comparing melaka to budapest is amazingly hilarious. Budapest has its own unique and weaknesses as well, even if to compare melaka to any part of the world. The result was based on specific criteria by OECD and we Malaysians should all be proud of. Learn statistics and be more grateful and appreciative.

    When we travel overseas, we think many places are great with lots of facilities, I believe in general many foreigners find it true about Melaka and Malaysia. Count on our blessings and be grateful here…

  3. #4 by sputjam on November 19, 2010 - 1:52 pm

    @ observer 1
    I can’t help it. I am a demanding person. I cannot understand why tin pot despot third world nation in europe have

    a) better public transportation than in Malaysia.
    b) better architectural charisma and town planning than most asian cities. Europeans are not concern about tall buildings at all. They are more concern about having buildings that suit their township, i.e. blend in with the environment.
    c) and despite better public tansportation, cars in europe are much cheaper to buy. even then many don’t bother with a car, especially those in urban areas.
    d) why is it that Melaka have very few public parks. We are not talking about lake gardens, which are only for lovers. We are talking about parks where people can jog and play football, basketball and badminton (prefferably covered due to our weather).

    If malacca is a town in europe, there would be regular train service to KL, via KLIA, say every 30 minutes. It would take about 45 minutes to seremban, 1 hr to KLIA and 1.5 hrs to KL. We are not talking about high speed trains here. Just their regular kampung express which are probably made just after WWII and still in good working condition.

    How can people in melaka tolerate such neglect. If there were no racial poltics in malaysia, these guys would have been booted out a long time ago.

  4. #5 by zu on November 25, 2010 - 7:45 am

    salam tuah.
    do you have the full list of oecd indicators for developed country?i’ve been searching all over but hard to find. if you have any, can you pls forward it to me? tq

    • #6 by darahtuah on November 26, 2010 - 1:29 am

      zu,

      I understand OECD does not have a list of indicators for developed countries per se but there must be a list of indicators to be considered for admission as a member of OECD.

      tq.

      Darahtuah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: