SUMBANGAN MELAKA KEPADA KERAJAAN PUSAT BERLIPAT GANDA! Menepati Idea Utama RMK10 yang Kesepuluh.

Melaka Maju 2010

1. Sukalah saya menyentuh dahulu mengenai Melaka Maju yang nampaknya telah dipolimikkan. Saya telah menerangkan dengan agak panjang lebar di sini.

2. Membangun dan memajukan Melaka telah lama diusahakan. Tetapi Visi Melaka Maju 2010 hanya diwar-warkan mulai tahun 2000. Diakui arkiteknya ialah YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Mohd Rustam.

3. Dalam usaha mengejar Visi tersebut sejak 11 tahun yang lalu, pelbagai strategi, pendekatan dan usaha telah beliau rancang dan laksanakan. Akhirnya, berdasarkan lanskap sosio-ekonomi Melaka masa kini (bukan 20 – 30 tahun lalu) dan dengan menggunakan 32 indikator yang telah dipersetujui bersama antara Melaka dan OECD, didapati 29 (90.6%) daripada 32 indikator tersebut telah memenuhi tahap minima yang di‘benchmark’kan dengan negara anggota OECD itu. Statistik ini telah diteliti dan dishkan oleh Mr Jon Hall, pakar dari OECD.

Di Stadium Hang Jebat Bersama Jon Hall – Beberapa Minit Sebelum Majlis Bermula Jam 20:10 20/10 2010

4. Pada masa yang sama, 81.5% warga Melaka berpendapat negeri mereka telahpun mencapai tahap negeri maju. Justeru tanpa peranan OECD pun, Melaka sudah boleh mengisytiharkannya sebagai negeri maju kerana yang penting dan diterima-pakai ialah pandangan penduduknya sendiri. Namun pendekatan melakukan benchmarking dengan negara-negara OECD itu memantapkan lagi kedudukan Melaka.

5. Sukalah ditegaskan sekali lagi bahawa tahap negeri maju itu diukur berdasarkan pencapaian sosio-ekonomi semasa. Pihak yang mengukur tidak memberi perhatian pun kepada kedudukan sosio-ekonomi di masa silam kerana ianya tidak relevan. Maka, dalam konteks mengukur status Melaka maju ini, isu “Jangan lupa jasa pemimpin lalu” adalah juga tidak relevan dan tidak wajar terlintas di hatipun.

6. Dalam pada itu, kejayaan tersebut tidak pernah Ali Rustam monopoli seorang sahaja kerana beliau sedar ia adalah input, output dan outcome daripada usaha sama jentera kerajaan, pihak swasta dan seluruh warga Melaka.

7. Malah beliau juga sedar dan akui bahawa usaha dan kejayaan beliau itu adalah kesinambungan daripada usaha gigih dan kejayaan para pemimpin di masa lalu; sejak awal merdeka dan sehinggalah dari era Parameswara lagi. Justeru kita wajar menghargai perjuangan dan sumbangan, misalnya, Allahyarham Tun Ghafar Baba.

8. Juga menghargai kebijaksanaan dan jasa Parameswara yang telah membuka dan membangunkan Melaka kerana, tanpa Parameswara, mungkin tidak ada Melaka sepertimana yang kita ketahui hari ini. Sejarahnya sudah tentulah lain.

9. Jika terdapat mana-mana pihak yang ingin mengetahui lebih lanjut lagi urusan dan kaedah mengukur tahap kemajuan ini maka saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Data Melaka Maju 2010 bersedia melakukan proses engagement yang sihat ini.

Outcome

10. Kembali mengejar Visi Melaka Maju 2010. Sepertimana yang telah saya rekodkan dalam beberapa rencana yang lalu, penduduk Melaka telah menikmati banyak faedah daripada usaha merelaisasikan Visi tersebut.

11. Secara rengkas, outcomenya ialah Melaka bertambah cantik dan bersih, sistem perkhidmatan bertambah cekap, kadar kemiskinan hampir mencecah sifar, pendapatan isi rumah terus meningkat, jurang pendapatan bertambah rapat, kadar pengangguran sentiasa rendah dan sebagainya.

12. Semua ini dimungkinkan oleh perancangan yang teliti, pelaksanaan yang cekap, pemantauan yang rapi dan tindakan susulan yang pantas serta didokong oleh aktiviti ekonomi yang rancak.

13. Outcome aktiviti yang rancak itu bukan sahaja dinikmati oleh warga Melaka, sepertimana yang saya senaraikan tadi, malah ia turut dinikmati oleh Kerjaan Pusat. Salah satu outcome yang dinikmati itu ialah sumbangan hasil yang berlipat ganda, sepertimana yang dapat dilihat melalui jadual dan carta di bawah.

Sumbangan dua kali ganda

14. Berdasarkan rekod lima agensi Kerajaan Persukutuan, jumlah hasil yang telah masuk ke kantor Perbendaharaan pada tahun 2009 adalah sebanyak RM2.36 bilion atau melompat sebanyak 215% berbanding dengan tahun 2001 (RM753.29 juta).

15. Bagi tempoh 2001 – 2009 pula, jumlah hasil yang telah mengalir ke Pusat adalah sebanyak RM13.0 bilion. Membandingkan peruntukan sebanyak RM6.5 bilion yang diterima oleh Melaka di bawah RMK8 (RM2.5 bilion) dan RMK9 (RM4 bilion) maka Melaka telah menyumbang kepada Pusat dua kali ganda lebih banyak dari apa yang telah diterimanya dalam tempoh yang sama.

16. Lantaran itu wajarlah Melaka mendapat peruntukan yang lebih besar dari Kerajaan Pusat untuk merancakkan lagi pembangunan di negeri ini. Yang demikian, Melaka boleh memberi lebih banyak lagi pulangan kepada Pusat.

17. Ekoran daripada pembukaan lebih banyak kilang, hotel dan restoran maka Jabatan Kastam Diraja telah berjaya mengutip cukai eksais, cukai jualan dan cukai perkhidmatan serta lain-lain bayaran sebanyak RM1.47 bilion pada tahun 2009 berbanding RM255.42 juta pada tahun 2001 atau melonjak 477%.

18. Persekitaran perniagaan yang kondusif dan menguntungkan telah membolehkan LHDN mengutip cukai pendapatan dan cukai korporat sebanyak RM747.72 juta pada tahun lepas berbanding RM403.94 juta pada tahun 2001 atau meninkat 85%.

19. Kerancakan aktiviti ekonomi juga telah menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan isi rumah / individu. Maka bukan saja cukai pendapatan menokok tetapi pengukuhan disposable income ini telah melariskan lagi jualan kenderaan.

20. Dalam pada itu, walaupun jualan kenderaan baru bertambah 41% pada tahun 2009 (30,907 buah) berbanding tahun 2001 (21,965 buah) tetapi hasil JPJ hanyalah RM56.23 juta pada tahun 2009; merosot sebanyak 18.5% berbanding dengan tahun 2001 (RM68.96 juta). Kemerosotan tersebut adalah disebabkan penurunan / penghapusan kadar cukai / lesen bagi faedah rakyat, khususnya yang berpendapatan rendah.

21. Jabatan Imigresen pula telah berjaya menokok hasil kutipannya dari RM20.65 juta pada tahun 2001 kepada RM76.39 juta pada tahun lalu; menokok 270%. Antara penyumbang utamanya ialah bayaran levi, paspot dan pas yang meningkat; outcome daripada usaha memajukan Melaka.

22. Pihak Polis juga mampu menambah kutipan hasilnya iaitu dari RM4.32 juta pada tahun 2001 kepada RM6.15 juta pada tahun 2009; bertambah 42%.

23. Dalam pada itu, Ali Rustam telah berjaya menjana hasil kerajaan negeri berlipat ganda; melonjak hampir 100%, dari RM152.59 juta pada tahun 2000 kepada RM299.59 juta pada tahun 2009. Hasil tertinggi adalah pada tahun 2008 iaitu sebanyak RM328.89 juta. Punca utama penurunan hasil pada tahun 2009 adalah kerana impak tsunami ekonomi global yang ombaknya turut melanda pantai Malaysia dan Melaka.

Idea Utama

24. Natijahnya, peruntukan yang diberikan oleh Pusat kepada Melaka adalah merupakan pelaburan yang telah menghasilkan pulangan yang berlipat ganda kepada stakeholdernya. Justeru Melaka telah awal-awal lagi menepati Idea Utama RMK10 yang kesepuluh – “Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing”. Malah bukan sahaja berdaya saing bahkan terbukti telah berjaya memberikan keuntungan yang sungguh besar pula kepada Kerajaan Persukutuan sejak tahun 2000 lagi!

Syarikat Honda di Alor Gajah, Melaka

Holiday Inn Melaka

Indahnya Sg Melaka di waktu malam

MITC...lebih sibuk dari PICC

  1. #1 by Cencaluk on November 10, 2010 - 2:30 pm

    Setuju dengan Artikel saudara. Melaka adalah negeri yang kecil tetapi berjaya menjana pendapatan yang besar.

    Kerajaan Pusat sepatutnya memberikan banyak inisietif agar perkembangan Melaka lebih pesat dan membangun dengan seimbang demi membantu rakyat melaka agar dapat hidup dengan aman dan keluar dari paras kemiskinan.

    Melaka sememangnya negeri yang berjaya menarik pelaburan dan pelancongan yang merupakan pendapatan yang besar.

  2. #2 by mohd faizal on January 25, 2011 - 6:47 pm

    assalamualaikum dato.,sy sbagai true blues melaka sgt berbanga dgn pencapaian kerajaan negeri,walaupon pengistiharan dr OECD dibangkang byk pihak its good to know where melaka stand incomparison to other country..

    tpi disini sy amat terkilan dgn peranan kerajaan persekutuan dlm pembangunan melaka,.spt yg datuk tulis,melaka hanya menerima setengah sahaja dr hasil cukai yg dikutip..this is a far cry as in new york,the city receive $0.98 of every dollar of tax paid..malah krjn persekutuan juga tidak mempunyai any tax incentive program utk melabur di melaka,sdgkn bandar yg lebih besar spt JB(iskandar) dan penang ada..malah kuantan diberi taraf SEZ,melaka xdpt aper2 pon?

    selain itu,melaka juga adalah satu2nya negeri yg tidak terlibat dlm mana2 koridor pd zmn pak lah(sebahagian N9 telak dimasukkan dlm kws greater klang valley)..dan tiada inisiatif jua utk melaka pd zmn dato najib..

    melaka juga adalah satu2 negeri dimana EDT utk KTM tidak melalui pusat bandaraya,dgn hanya 2 stesen yg terletak 40km dr pusat bandar..melaka juga ketingalan berbanding dgn kuching,ipoh n JB dlm dual cariageway road..malah tiada berita mengenai MIOT di p.besar yg sgt hampir dgn laluan utama perkapalan tetapi yg dicanang dijohor pula lebih 90 km dr laluan utama perkapalan..

    sy berharap datuk dpt memberi input agar diadakan tax incentive for selected industri di melaka dan juga lebih byk infrastruktur berimpak tinggi.melaka amat memerlukan higer speed broadband,better electricty access,jln raya kesempadan melaka,a good public transport system,melaka branch of KTM line,international theme park dn yg terutama,melaka harus fokus juga pada industri maritim,melaka xade port,shipyard dll..

    bukan apa,krna sy mendapati bahawa terdapat pertingkatan ketidak puasan hati dr rkyt melaka, terhadap kerajaan pusat,seolah2 walaupon cemerlang,tpi dianak tirikan oleh pusat..

    selain itu terdapat kekeliruan diklgan rakyat mengenai negeri bandar teknologi hijau yg dicanang,sy ada melihat dokumentari megacities ttg kushing,di taiwan yg merolak teknologi hijau sbgai sebuah industri yg berdaya saing

    disini,sy ingin memberi pandangan bahawa melaka perlu mendapat pengiktirafan dr kerajaan persekutuan utk memberikan melaka some form of tax incentive n better infra..it would be nice if it were plan like the melbourne 2030, ” iskandar malaysia comprehensive development plan” atau SEZ kuantan..dimana satu masterplan yg mengrangkumi semuanya..krn dlm pengetahuan sy negeri mempunyai sedikit autonomi dlm perancangan bandar,.dan prinsip smart growth serta “intelegence urbanism policies” mencadangkan bahawa perancangan perbandaran juga boleh menjadi perancangan ekonomi sesebuah bandar..

    trima kasih

  3. #3 by darahtuah on January 26, 2011 - 1:52 am

    mohd faizal,

    Tk atas input tuan yg berguna itu. Melaka perlu terus dimajukan; bahkan mendahului negeri2 yg lain.

    Sama2lah kita usahakan.

    Darahtuah.

  1. penang island

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: