BUKAN BUMI & TENTERA – JAWAPAN MENTERI PERTAHANAN FAKTUAL, TEPAT DAN BERHEMAH.

Baru-baru ini penjelasan faktual YB Dato’ Seri Dr Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan di Dewan Rakyat mengenai penyertaan kaum Cina dan India yang amat rendah dalam angkatan tentera Malaysia telah menimbulkan kekecuhan. Ia menjadi lebih hangat dan sensasi apabila dilaporkan dalam media. Boleh berjangkit menjadi isu perkauman yang tidak diundang, jika tidak dibendung dengan segera.

Untuk mengelakkan kekeliruan dan kekecuhan berleluasa, eloklah saya turunkan petikan teks ucapan Zahid seperti di bawah:

“Kementerian Pertahanan dapati penyertaan kaum bukan Melayu masih berkurangan; berkemungkinan disumbangkan atas faktor kerana kekuatiran terhadap displin yang ketat dalam ATM atau berkemungkinan kerana ganjaran yang kurang menarik berbanding dengan tawaran yang diberikan olih sektor swasta atau berkemungkinan kerana masaalah tiada galakan daripada ahli keluarga ataupun berkemungkinan kerana semangat patriotism belum cukup tinggi atau mungkin kerana masyarakat di kelompok etnik berkernaan kurang menggalakkan penyertaan dalam ATM kerana pelbagai prasangka yang negatif.

Dengan pantas potongan ayat ini “Kementerian Pertahanan dapati penyertaan kaum bukan Melayu masih berkurangan … berkemungkinan kerana semangat patriotisme belum cukup tinggi….” telah dieksploit oleh anggota pembangkang di Dewan yang mulia itu.

Pada hemat saya, potongan ayat tersebut tidak wajar dieksploit dan dijadikan isu untuk menimbulkan kemarahan masyarakt bukan Melayu dan seterusnya mahu meraih dividen politik secara murahan tetapi berbahaya.
Jika diteliti dan dihalusi potongan ayat berkenaan secara matang, maka kita akan dapati bahawa:

a) susunan ayat dan pemilihan perkataan oleh Zahid adalah cermat dan berhemah. Beliau mengggunakan perkataan ‘berkemungkinan’; bermakna ia hanyalah satu kemungkinan / agakan (one of the possibilities), bukan satu tuduhan. Beliau menyenaraikan beberapa kemungkinan untuk menerangkan sebab musabab bagi fenomena yang agak kompleks itu untuk difahami, dihargai dan ditangani secara bersama untuk mendapatkan penyelesaian yang sebaik-baiknya.

Seterusnya beliau menggunakan ungkapan ‘semangat patriotism belum cukup tinggi’. Ini bermakna beliau mengakui bahawa sesungguhnya mereka memiliki semangat patriotism dan ungkapan tersebut tidak sekali-kali membawa maksud tidak setia / tidak patriotik kepada negara.

Ia membawa maksud yang sama seperti ‘belum cukup mahir’, ‘belum cukup teguh’, ‘belum cukup pandai’ dan sebagainya. Contohnya, mereka yang lulus ijazah kelas dua atas bolehlah dianggap ‘belum cukup pandai’ apabila kita membandingkan dengan mereka yang lulus kelas pertama dari Universiti Cambridge.

b) dari sudut Islam pula, misalnya, kita boleh menyebut ‘iman belum cukup teguh’. Contohnya, menegur satu-satu kemungkaran dengan tangan atau lidah atau dalam hati sahaja mencerminkan perbezaan tahap keteguhan iman seseorang itu.

c) satu contoh lagi ialah ada antara kita ada yang sanggup berkorban untuk negara / agama / bangsa / keluarga / kekasih dengan berbagai cara – nyawa, harta, tenaga dan ada pula yang lari untuk menyelamatkan diri sendiri. Senario seperti ini memang wujud dalam mana-mana masyarakat. Sesungguhnya ia mencerminkan tahap semangat untuk berkorban yang berbeza-beza.

d) kenyatan menteri pertahanan itu sepatutnya menimbulkan kesedaran kita semua supaya lebih bersemangat lagi untuk memeprtahankan negara bagi keselematan kita juga. Justeru anak-anak muda yang sihat wajar digalakkan supaya menyertai pasukan keselamatan, termasuk kaum Cina dan India yang masih kurang bilangan penyertaan mereka.

e) kesimpulannya, penjelasaan Menteri Pertahanan itu adalah faktual, tepat, cermat, berhemah dan sewajarnya menimbulkan kesedaran kita semua; jika ia dilihat sebaliknya maka orang yang bercakap sedemikian itu (bukan menteri) akan memberikan persepsi terhadap dirinya bahawa dia sebenarnya yang ‘makan cili maka dialah yang terasa pedasnya’.

  1. #1 by sputjam on December 10, 2010 - 12:26 pm

    Malangnya, sesiapa yang kurang ikhlas, macam macam alasan yang akan diberi sebagai penjelasan. hanya tuhan sahaja yang tahu yang tahu kebenaran dan muslihat seseorang.
    Penjelasan kurang patriotik tidak wajar digunakan. bagi kaum bukan bumiputra, memang sukar untuk memasukki/mendapat bantuan/perkerjaan kerajaan. Kesudahan nya, ramai yang tidak kisah memohon apa-apa pun yang bersangkut dengan kerajaan.

  2. #2 by Average Joe on December 11, 2010 - 6:49 pm

    @ sputjam

    mengikut logik dangkal kamu sendiri, maknanya orang Cinalah yang tidak ikhlas itu. sebabnya orang Cina terlalu banyak alasan mengapa mereka tidak berminat memasuki tentera, mengapa tidak mahu sekolah satu aliran, mengapa tidak mahu matapelajaran Sejarah diwajibkan lulus, dan beribu2 alasan lagi oleh orang Cina seperti kamu untuk menolak perpaduan sebagai bangsa Malaysia sebaliknya masih mahu dikaitkan dengan tanah asal nenek moyang kamu.

    cakap bahasa kebangsaan pun tidak betul, speaking english pun tidak betul, yang kamu lancar bercakap bahasa nenek moyang kamu sahaja. macam mana mahu berjaya temuduga kerja kerajaan?!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: