KONVENSYEN BARISAN NASIONAL 2010 – KONVENSYEN BERJAYA, MCA / CINA GEMBIRA, UMNO / MELAYU BERDUKA?

1. Konvensyen Barisan Nasional telah berlangsung dengan gahnya di Bangunan MCA pada 5 Disember 2010; 15 tahun selepas konvensyen pertamanya diadakan pada tahun 1995. Dimaklumkan seramai 2,340 perwakilan, termasuk saya, telah menghadiri konvensyen tersebut. Mereka terdiri dari ahli parti komponen BN, ahli bersekutu, ahli langsung, sahabat BN dan Kelab Rakan Muda BN.

Kagum

2. Kejayaan konvensyen ini terletak kepada kekuatan ucapan perasmian dan penutup YAB DSN. Ucapan beliau amat mengkagumkan, memukau, persuasif, dan inspiring. Jika diadakan pilihanraya pada 6 Disember 2010, saya jangka suntikan berbisa beliau itu mampu menumbangkan beberapa kawasan pembangkang dan mengembalikannya ke pangkuan BN. Saya rasa ramai berkongsi pendapat ini.

3. Ucapan DSN kali ini lebih bernas dan tegas berbanding ucapan beliau di Perhimpunan Agong UMNO 2009 dan 2010; khusunya ketegasan beliau menuntut perubahan bermula dari pucuk kepimpinan kerana, akui beliau, ‘ikan mula busuk dari kepala’. Ketegasan tersebut mungkin didorong oleh pemerhatian beliau bahawa tidak nampak perubahan sikap dan budaya kerja yang ketara berlaku di dalam UMNO selepas dua Perhimpuan Agong itu. Business as usual; bukannya business unusual, seperti yang beliau harapkan!

Perubahan

4. Lantaran sudah tentulah ramai yang menunggu-nunggu perubahan yang ketara dan segera selepas konvensyen ini. Contohnya, ditunggu-tunggu berapa ramaikah ‘ikan busuk’ akan tersedar ekoran dari suntikan bisa DSN itu dan terus menawarkan diri untuk berundur dari kabinet secara suka rela. Jika mereka liat untuk berundur, sediakah pula DSN menamatkan perkhidmatan mereka?

5. Contoh kedua ialah ingin melihat sejauh manakah perbalahan dan perebutan dalam UMNO di Perlis, Kedah, Selangor dan Trengganu, misalnya, akan segera reda dengan ikhlas dan berkesan?

6. Jika senario tersebut tak berlaku menjelang akhir bulan ini maka semangat yang berkobar-kobar itu dijangka akan segera luntur kerana ekspektasi perwakilan dan rakyat akan meleset. Maka kembalilah masing-masing ke mode business as usual.

7. Oleh kerana dijangka ramai yang akan mengupas dan memuji ucapan DSN maka biarlah saya tumpukan pula kepada aspek lain. Saya bercadang untuk menumpukan kepada bahagian ucapan KJ dan DS Dr Chua Soi Lek yang saya lihat tidak berimbang, kurang prihatin dan seterusnya telah melukakan hati dan perasaan orang Melayu / Bumiputera (M/B) serta pendirian wakil UMNO, YAB TSM yang pula memilih untuk tidak react kepada kedua-dua ucapan tersebut.

8. Bahagian ucapan KJ yang menimbulkan kemarahan M/B ialah apabila beliau menyeru dengan nyaring supaya jangan melabelkan kaum Cina dan India sebagai ‘pendatang’ tetapi tidak pula menyeru sesuatu, sebagai timbal-balik, terhadap dua kaum berkenaan. Sepatutnya seruan itu dibuat secara seimbang atau quid pro quo.

9. Bahagian tertentu ucapan Soi Lek juga dilihat oleh M/B sebagai kurang sopan, tidak seimbang dan kurang prihatin sedangkan beliaulah yang menyeru semua orang supaya memahami sesitiviti kaum lain. Ia memalu dan melukakan hati M/B apabila ia dilihat seolah-olah mahu mengajar para pemimpin UMNO dan M/B apa yang boleh dan tak boleh dibuat serta apa yang boleh dan tak boleh dicakap. Ia dihamburkan secara terbuka dan, sama seperti KJ, tidak berimbang.

10. Justeru tujuan utama tulisan saya ini adalah untuk menuntut keadilan bagi pihak UMNO / orang Melayu / Bumiputera melalui pendekatan yang berimbang dan sederhana dengan berpaksikan fakta sejarah dan Perlembagaan Persekutuan. Seterusnya menuntut para pemimpin BN memahami dan menangani ekspektasi dan aspirasi M/B dan bukan M/B secara saksama. Sebagai pemimpin BN, bukan pemimpin pembangkang, inilah yang sepatutnya dijuarakan oleh KJ dan Soi Lek melalui platform yang telah diberikan itu.

KJ

11. KJ perlu akui bahawa ia masih dihantui oleh masalah kredibiliti. Walaupun dia cuba bercakap dengan berapi-api dan disulami dengan fakta tetapi ramai yang masih meragui dan kurang yakin terhadapnya. Misalnya, kononnya beliau benci pada war lordism. Tetapi bukankah itu yang dilaksanakannya semasa beliau menajdi menantu PM dulu? Ramai masih kekal dengan persepsi bagaimana beliau mencaturkan calon PRU ke-12 dulu secara rakus.

12. Suatu yang menjadi kemarahan perwakilan Melayu/Bumi yang hadhir di konvensyen itu ialah kelantangannya menyuruh orang M/B supaya jangan memanggil kaum Cina dan India sebagai ‘kaum pendatang’. Saranan beliau itu tidaklah salah tetapi tidak seimbang. Justeru ia melakukan ketidak-adilan kepada dirinya sendiri yang berkelulusan Oxford kerana ia bukan saja menampakkan dirinya seolah-olah kurang celik sejarah tetapi juga belum begitu mantap lagi daya inteleknya serta kurang keberanian bercakap benar dan berhemah.

13. Seelok-eloknya KJ menangani isu ‘pendatang’ ini secara pakej. Pakej itu ialah orang M/B janganlah lagi menyebut kaum Cina dan India sebagai kaum pendatang manakala mereka pula MESTILAH mengiktiraf kaum M/B adalah penduduk ASAL (indigenous) bumi Malaysia ini; bukan pendatang sepertimana yang cuba diputarbelitkan oleh Tan Cheng Loke (rujuk 13 May 1969: A Historical Survey of Sino-Malay Relations by Comber, Leon) dan Tan Lian Hoe. Itulah pakej atau quid pro quo yang diharapkan oleh perwakilan M/B.

14. Memang tidak boleh dinafikan bahawa majoriti kaum Cina dan India yang menjadi rakyat Malaysia sekarang ini adalah dilahir dan dibesarkan di negara ini. Maka mereka bukanlah bertaraf pendatang. Namun tidak boleh dinafikan juga bahawa mereka adalah berketurunan imigran.

15. Statusnya sama seperti tidak boleh dinafikan bahawa mereka adalah berketurunan Cina atau India. Malah mereka bangga dengan asal usul keturunan mereka itu, sama seperti saya dan orang lain bangga dengan keturunan masing-masing (kecuali orang seperti Nik Aziz yang tidak bangga menjadi Melayu). Itu adalah fakta sejarah dan biologi yang tidak boleh diubah.

16. Wajar diingatkan bahawa, menurut sejarah, kerakyatan untuk kaum imigran itu bukanlah otomatik. Ia dirundingkan oleh pihak British dengan wakil Raja-raja Melayu dan UMNO. The Malay Members hanya bersetuju untuk BERUNDING dengan berpaksikan ‘on the clear understanding that the Secretary of State has accepted the principle that the special position of the Malays shall be safeguarded’ (Para 79, Constituional Proposals For Malaya, 19 December 1946).

[Catatan: elok diberi perhatian kepada perkataan ‘safeguarded’ itu; ia memberi makna bahawa special positions of the Malays telah lebih dulu wujud dan hendaklah dipertahankan / dipelihara / dilindungi.]

17. Safeguard itu dipahatkan di bawah Artikle 19 (d), Perjanjian Persekutuan 1948 yang mana menjadi tanggungjawab khas Pesuruhjaya Tinggi iaitu:

‘The safegurading of the special positions of the Malays and of the legitimate interests of other communities’

18. Lantaran itu wajarlah ditegaskan di sini bahawa persetujuan Raja-raja dan para pemimpin Melayu memberikan kerakyatan itu BUKANLAH berdasarkan prinsip quid pro quo di mana kaum Cina dan India pula yang memberikan Hak-hak Istimewa (Perkara 153) kepada kaum Melayu. Hak tersebut telah lama ada dan terus dimaktubkan dalam Perjanjian Persekutuan 1948 serta dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan 1957.

19. Kerakyatan telah diberikan kepada kaum imigran yang bukan rakyat Raja-raja Melayu dan rakyat British melalui permohonan mengikut Artikel 129, Perjanjian Persekutuan 1948. Salah satu syarat yang ditetapkan ialah Pesuruhjaya Tinggi hendaklah berpuas hati ‘that he (sipemohon) has an adequate knowledge of the Malay or English language’ [129 (1) (c)] mengikut Klausa 129 (5).

20. Wajar diingatkan juga bahawa syarat tersebut telah dilonggarkan oleh pemimpin Melayu semasa hendak merdeka, sepertimana yang diakui oleh Tun Tan Siew Sin.

21. Pada orang Melayu, dari dahulu hingga sekarang, pemberian kerakyatan ini merupakan satu hadiah atau budi bangsa Melayu yang patut dihargai oleh kaum Cina dan India. Nilainya sudah tentulah berganda-ganda lebih besar dari nilai harga Alaska yang dijual oleh Russia kepada Amerika. Malah ianya priceless!

Alam Melayu

22. KJ boleh memberi tahu secara faktual bahawa Alam Melayu atau Malay World bukanlah terhad kepada Semenanjung Tanah Melayu sahaja tetapi ianya luas terbentang dari Filipina dan Champa hinggalah ke Afrika Selatan dan Madagaskar dan dari Sri Lanka hinggalah ke Irian Jaya, termasuklah Sabah dan Sarawak.

23. Bangsa Melayu telah hidup di Alam Melayu ini beribu tahun lamanya. Menurut sejarah, orang Melayu dari Jawa telah datang ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1500 BC 500 BC.

24. Puisi Tamil, Pattinapillai, di kurun kedua TM, ada meneybut tentang barangan dari Kadaram (Kedah) ada dijual di jalan-jalan di Bandar Chola. Justeru sejarah orang Melayu di Semenanjung ini bukanlah bermula dari kurun ke 14 atau ke 15, seperti yang difahami oleh ramai orang.

25. Dalam pada itu, jika orang Cina di sempadan Mongolia berpindah ke Hong Kong tidak dianggap migran maka orang Minang berhijrah ke Kuala Pilah, contohnya, juga tidak boleh dianggap sebagai pendatang. Justeru Tan Cheng Loke dan Tan Lian Hoe serta mereka yang segolongan dengan mereka berdua ini perlulah difahamkan akan sejarah Alam Melayu ini.

26. KJ sepatutnya menggunakan daya inteleknya untuk menyampaikan isu ini secara pakej dan berimbang dengan bersendikan fakta sejarah yang betul seperti di atas agar ianya dapt diterima oleh semua pihak. Maka kami tertanya-tanya mengapa KJ tidak berbuat demikian?

27. Adakah beliau tidak tahu akan fakta ini atau beliau hanya mahu memenangi hati golongan yang lebih kecil dan sanggup pula melukakan hati golongan yang lebih besar? KJ harus sedar bahawa tindakannya itu boleh mewujudkan situasi di mana ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendung bercirian.’

Soi Lek

28. Soi Lek telah memilih untuk berucap berterus terang, tidak berselindung dan tanpa memikirkan perasaan dan maruah orang lain. Ucapan beliau itu telah mendapat tepukan gemuruh dari perwakilan Cina dan India tetapi ia amat melukakan hati orang Melayu.
29. Justeru ia telah menjadi satu paradoks – beliau menyeru kepada semua kaum agar menjaga sensitiviti kaum-kaum lain; malangnya beliau sendiri tak prihatin terhadap sensitiviti kaum lain. Elakkanlah dari menjadi ‘ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan betul’! sebaliknya pamerkanlah amalan ‘kepimpinan melalui teladan’ atau ‘do what you preach’.

30. Oleh kerana itulah sifat ketidakperihatinan beliau dan demikianlah pula sambutan yang diberikan oleh dua kaum tersebut maka saya inginlah mengikut rentak tarinya sekalipun ini bukanlah nilai budi saya. Kerana kesamaan wave length, maka saya yakin Soi Lek dan kaum Cina / India menyokong dan gembira dengan cara saya yang berterus terang ini.

31. Soi Lek dilihat seolah-olah telah menggunakan sepenuhnya platform konvensyen ini untuk memalu dan memperkecilkan para pemimpin UMNO yang juga menjadi PM dan TPM negara ini. Dia mengarah atau mengajar pemimpin parti tersebut apa yang patut dan tak patut dibuat tetapi tidak ada pula arahan yang serupa kepada parti-parti lain, termasuk kepada MCA sendiri. Dia mengajar orang M/B apa yang boleh dan tak boleh dicakap (jangan maklumkan keputusan kerajaan di Perhimpunan Agong UMNO atau dalam mesyuarat MKT UMNO) tetapi tak ada pula ajaran yang serupa kepada kaum Cina dan India.

32. Sebagai contoh, dia mengajar orang M/B supaya jangan gunakan lagi perkataan / label ‘pendatang’ terhadap kaum Cina dan India, jangan sebut-sebut ayat ‘kaum Cina dan India hendaklah mengenang budi bangsa Melayu’ dan jangan gunakan ungkapan ‘ketuanan Melayu’.

33. Dijangka Soi Lek menjadi lebih galak dan berani untuk menimbulkan isu-isu tersebut ekoran daripada ruang dan peluang yang diberikan oleh KJ. Seperti KJ, beliau gagal membicarakan isu berkenaan secara berimbang dan intelektual dengan bersandarkan fakta sejarah yang kukuh di hadapan perwakilan berbilang kaum. Mengapa? Adakah beliau juga sama seperti KJ?

34. Sepatutnya, dalam usahanya hendak mengajar orang Melayu supaya jangan melabelkan kaum Cina dan India sebagai ‘pendatang’, Soi Lek, yang mewakili kaum Cina dan India, hendaklah juga mengajar kepada kaumnya dan kaum India bahawa orang M/B yang pelbagai ethnik itu sessungguhnya merupakan penduduk asal (indigenous people) Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Ia sama dengan negara Cina dan India; penduduk asal kedua-dua negara itu adalah masing-masing orang Cina dan India yang terdiri dari pelbagai suku kaum.

35. Alangkah cantiknya Soi Lek dengan ikhlas mengucapkan terima kasih, atas semangat persaudaraan 1Malaysia, kepada kaum Melayu yang telah bersetuju dengan pihak British untuk memberikan kerakyatan kepada orang Cina dan India yang mereka bawa berduyun-duyun semasa berkuasa di Tanah Melayu.

36. Alangkah moleknya Soi Lek bersikap gentleman seperti Tun VT Sambantahan dan Tun Siew Sin yang tahu berterima kasih dan pandai mengenang budi, sepertimana yang dapat dirasakan melalui petikan ucapan di bawah:

Pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: ”Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka.

Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ‘Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ”Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara”. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.”

Ini pula petikan kenyataan pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 yang menghargai budi dan pengorbanan orang Melayu untuk renungan kita semua; khususnya Soi Lek, KJ dan mereka yang segolongan dengannya:

”Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain”.

[Catatan: sila ambil perhatian terhadap perkataan ‘meneruskan’ yang digunakan oleh Siew Sin; bermakna beliau mengakui dan mengiktiraf kedudukan keistimewaan orang Melayu sudah sedia ada; bukan dirundingkan untuk diwujudkan.]

37. Lantaran bolehkah kaum Cina dan India memahami sikap, pendidiran dan pemikiran orang Melayu yang sedemikian itu? Sepatutnya boleh kerana kaum Cina telah diajar oleh Confucius mengenai nilai reciprocity:

Tsekung asked, “Is there one word that can serve as a principle of conduct for life?” Confucius replied, “It is the word shu – ‘reciprocity’: Do not do to others what you do not want them to do to you.” – (Analects 15.23)

38. Begitu juga kaum India yang diajar oleh agama Hindu:

“One should not behave towards others in a way which is disagreeable to oneself. This is the essence of morality. All other activities are due to selfish desire.” – (Mahabharata, Anusasana Parva 113.8)

39. Buktinya ialah sifat mengenang budi yang dipamerkan oleh Siew Sin dan Sambanthan. Maka Soi Lek, kaum Cina dan India wajarlah dinasihatkan supaya:

Always give something back in return for things received, including a simple “thank you.” Remember that a smile can be shared.

40. Yang menjadi tanda tanya kepada orang M/B ialah mengapakah sikap kaum Cina dan India kini begitu keras terhadap orang M/B? Mengapakah mereka amat berubah; tidak selembut Sambanthan dan Siew Sin yang pandai mengenang budi? Mengapakah kini pengorbanan Melayu itu tidak mahu dihargai dan dikhianati pula oleh kaum Cina dan India?

41. Justeru sikap dan tindakan sedemikian maka salahkah jika orang Melayu kini telah tersedar bahawa sesungguhnya datuk nenek mereka telah membuat satu kesilapan yang begitu besar iaitu bersetuju memberi kerakyatan kepada kaum pendatang? Kesilapan tersebut adalah jauh lebih besar dari kesilapan Russia menjualkan Alaska kepada Amerika! Salahkah jika kini mereka berasa amat menyesal kerana mereka umpama ‘digigit anjing setelah ianya dilepaskan oleh datuk nenek mereka dari tersepit’?

42. Soi Lek sepatutnya menggunakan platform itu secara prudent untuk merongkai pemasalahan ini. Yang demikian semua anggota BN dari pelbagai keturunan akan faham isu-siu berkenaan. Outcomenya ialah hubungan antara kaum bertaut semula, BN bertambah kukuh dan sokongan rakyat semakin mantap. Impaknya ialah BN menang besar dalam PRU ke-13 nanti.

43. Mengenai ketuanan Melayu pula, sepatutnya Soi Lek mampu memberikan penjelasan yang kredible bahawa ia tidak membawa konotasi ‘hubungan tuan – hamba’. Ia merupakan ungkapan yang mengiktiraf asal usul negara ini dan merujuk kepada peruntukan Perlembagaan yang mengiktiraf kedudukan dan kedaulatan Raja-raja Melayu (Perkara 38), Agama Islam (Perkara 3), Bahasa Melayu (Perkara 152) dan keistimewaan orang-orang Melayu / Bumiputera (Perkara 153) tetapi tidak pula mengabaikan kepentingan agama, bahasa dan hak sah kaum-kaum lain. Yang demikian, kebimbangan dan salah faham bukan M/B dapat dihapuskan. Maka sokongan bukan M/B terhadap kerajaan dan BN kembali kukuh.

44. Sesungguhnya, isu-isu yang diutarakan oleh Soi Lek secara tak seimbang itu adalah tidak kena pada tempatnya. Sebenarnya, dia telah merosakkan mood dan momentem yang dengan susah payah cuba diwujudkan oleh DSN.

45. Pada hemat saya, sekiranya Soi Lek tinggi hemahnya, dia sudah tentu memilih untuk menimbulkan isu-isu tersebut sedemikian rupa secara tertutup. Atau dia membicarakannya secara berimbang, jujur dan ikhlas di medan terbuka. Maka beliau akan dihormati sepertimana Sambanthan dan Siew Sin dihormati.

46. Tetapi Soi Lek adalah seorang naked political animal, not a team player; beliau mahu menunjukkan kejaguhannya di padangnya sendiri melalui pendekatan yang kasar, mengikut kaca mata M/B. Agaknya dengan cara kasar sedemikiann itu, beliau boleh mendapat sokongan kaum Cina kerana dia sedar bahawa kira-kira dua pertiga perwakilan MCA tidak menyokongnya tempoh hari.

47. Dalam pada itu, Soi Lek juga perlu sedar bahawa dalam pilihan raya umum nanti, beliau dan MCA amat memerlukan undi Melayu untuk menang, sepertimana calon UMNO juga memerlukan undi kaum Cina dan India untuk menang!

48. Lantaran kena pada masanya untuk menasihatkan Soi Lek supaya ‘janganlah padang orang hendak berlari, jika padang sendiri hendak berjingkit; kan diketahui suatu hari nanti, langit itu tinggi dan bumi ini berbukit-bukit’. Oleh itu, jika beliau boleh mengarahkan itu ini kepada UMNO, maka wajarlah pula Soi Lek dan MCA diarahkan, antaranya, supaya:

• Menerima dan mengiktiraf bangsa Melayu / Bumiputera adalah penduduk asal negara ini,

• Janganlah lagi mengungkit-ungkit isu-isu yang sudah selesai seperti peruntukan di bawah Perkara 3, 38, 89,152 dan 153,

• Janganlah usik isu kuota,

• Janganlah timbulkan isu komposisi kaum di sektor awam jika isu yang sama di sektor swasta tak mahu ditangani dengan saksama, dan

• Menteri bukan Melayu mengambil KSU Melayu / Bumiputera di kementerian masing-masing dengan segera.

49. Seterusnya jika Soi Lek benar-benar mahukan konsep sama rata di dalam BN (pada masa ini tanggapan tak rasmi ialah MCA adalah abang no. 2; nampaknya MCA masih tak puas hati; seolah-olah Soi Lek mahu MCA juga jadi abang no. 1), tidak ada konsep abang – adik, sepertimana yang diterima oleh Presiden PBB (UMNO ialah abang sulung), maka eloklah ditanya kenapa beliau tak mahu duduk jauh daripada Pengerusi & Timbalan Pengerusi BN? Berilah presiden parti LDP, misalnya, duduk dekat dengan Pengerusi BN – after all, statusnya sama juga dengan Soi Lek.

50. Mengapa SUA MCA juga menjadi Pengerusi Persidangan? Mengapa tak beri peluang itu kepada SUA PPP, misalnya? Nampak sangat angkuh dan tamak. Janganlah you want to have the cake and eat it.

TSM

51. Dalam pada itu, ramai perwakilan Melayu yang hadhir berasa terkilan kerana wakil UMNO, TSM tidak menggunakan peluang untuk melibas ‘bola tanggung’ yang diumpan oleh Soi Lek itu. Kami amat mengharpkan beliau menggunakan peluang keemasan tersebut dengan menerangkan secara berhemah dan sejelas-jelasnya 3 contoh / isu (perkataan / label ‘pendatang’ terhadap kaum Cina dan India, ayat ‘kaum Cina dan India hendaklah mengenang budi bangsa Melayu’ dan ungkapan ‘ketuanan Melayu’) berkenaan.

52. Ia wajar dijelaskan, buat pertama kalinya, di depan crowd berbilang kaum. Yang demikian, besar kemungkinan, ketiga-tiga isu itu, once and for all, dapat diselesaikan secara tuntas dan muktamad. Lalu perpaduan kaum kembali harmoni dan erat di bawah naungan payung 1Malaysia.

53. Sayangnya, in his wisdom (mungkin ada hikmahnya), TSM telah memilih untuk tidak menghiraukan celaan Soi Lek itu dan terus menumpukan kepada teks yang telah disediakan. Maka bersorak sorailah kaum Cina dan India manakala orang Melayu pula merintih dan marah. Lalu perasaan inilah yang dibawa balik oleh sebahagian perwakilan Melayu; bukannya pesanan DSN supaya memikirkan kaedah-kaedah untuk berubah.

54. Natijahnya Konvensyen berjaya, MCA / Cina gembira, UMNO / Melayu berduka.

55. KJ dan Soi Lek kini ada faham? Maka ikutlah nasihat DSN – bersikap sederhana (moderate) … maknanya termasuklah berimbang, berhemah dan respectful:

Always, always, always show respect. From the youngest to the oldest, from the rocks to the trees, from all animals to all peoples.

  1. #1 by rudin arianto on December 9, 2010 - 3:56 pm

    Hai Darah Tuah,

    1.

    Adakah Tuan Hamba baru sedar yang kerabat-kerabat Tuan Hamba sememangnya daripada kumpulan-kumpulan M/B HAPRAK (cuba ingatkan ucapan dasar Dr. Mahathir di perhimpunan UMNO) dan manusia0manusia M/B yang BEBAL SOMBONG. Kalau tidak begitu Mamak bernama Munshi Abdullah yang lahir di kampong Keling Melaka tidak akan mencatatkan bahawa Yang Mulia Tuanku Sultan menjualkan Temasik kepada Tuan Raffles degan harga seribu ringgit.

    2.

    Kalau tidak begitu juga seperti yang dicatat di buku-buku sejarah Yang Mulia Tuanku Sultan tidak akan mengkurniakan P.Pinang dan Seberang Perai kepada Sharikat Inggeris.

    3.

    Hai Tuan Hamba siDarah Tuah usah mengeluh lagi marilah ajak teman-teman M/B yang seangkatan begitu terjun dan menhjuman dipinggir Sungai Duyung ini.

  2. #2 by sputjam on December 9, 2010 - 5:44 pm

    a) pendapat HT, mengenai “malay archipelago” tidak tepat. tanah air melayu hanya bersempadan diantara pulau sumatra sehingga kepulauan filipina dan tidak termasuk afrika selatan, madascar dan irian jaya (new guinea).
    Orang melayu yang menetap di afrika selatan dan madascar telah dibuang negeri oleh pihak Belanda dan yang terdapat di sri lanka oleh pihak british.

    b) kalau kaum melayu pandai belayar sehingga ke afrika selatan, mengapa mereka boleh melepasi australia yang hanya terletak 30 batu ke selatan dari pulau timor. malah daerah flores di indonesia juga bukan dikenali sebagai kawasan tertakluk oleh kaum melayu. wajah dan kebudayaan orang flores amat berbedza dangan orang melayu.

    c) Chua soi lek dan kaum bukan melayu sudah muak dengan panggilan “pendatang” dan “ketuanan melayu”. Perkataan ketuanan mana mana bangsa sudah dibasmikan oleh pihak bersekutu setamatnya perang dunia kedua dieropah. malah perkataan “ketuanan” tidak langsung digunakan dalam perlembagaan.
    Sultan johore, telah mengemukakan perkataan kedaulatan, yang pada pendapat saya, adalah lebih sesuai untuk zaman kita ini dan lebih tepat untuk menyifatkan kedudukan istimewa kaum bumiputra.

    d) “social contract” yang disebutkan telah dicatitakan dalam perlembagaan. jadi kita tidak perlu menyentuh kontrak itu lagi dan cuba mengenag kedudukan negara seaktu ini, iaitu, sebuah negara pelbagai bangsa, kepercayaan dan bahasa. dan kedudukan ini patut dibanggakan dan dikekalkan.

  3. #3 by tebing tinggi on December 10, 2010 - 10:02 am

    saudara Tuah ;

    Bara api merah menyala’
    jatoh kekolam tingal asapnya,
    penderhaka diluar jelas nampaknya’
    penderhaka dari dalam mengaburi mata.

    Tidak Melayu hilang didunia’
    begitulah kata-kata Hang Tuah kononya,
    tidak rebah Melayu kerana Cina’
    rebahnya Melayu kerana dikhiati bangsanya.

    1sekolah 1bahasa 1Negara

  4. #4 by Mayday on December 11, 2010 - 12:16 pm

    Datuk,

    Terimakasih diatas penjelasan yang diberi, serta sedutan kenyataan-kenyataan sokongan dari bekas-bekas pemimpin silam MCA (Tun Tan Siew Sin.) dan MIC (Tun Sambanthan).

    Ia sepatutnya telah lama difahami oleh pemimpin-pemimpin parti-parti komponan berkenaan. Apa yang menjadi masalahnya ialah mereka sengaja buat-buat tidak faham malahan terus melupakan nasihat dan pandangan bekas-bekas pemimpin mereka. Bukan setakat itu malahan terus menggunakan isu hak orang-orang Melayu untuk meraih sokongan Cina dan India tanpa membantu menghuraikan asal usul mereka.

    Persoalannya apakah mereka akan terus menyokong kepimpinan Melayu dalam satu gabungan keluarga besar seperti BN jika semua kehendak mereka dilayan. Ianya adalah sesuatu yang amat diragui. Malahan terbukti selama ini apabila apa yang dituntut telah diperolehi mereka akan menjauhkan diri dari Melayu atau akan terus meninggalakn Melayu. Dibandar-bandar besar yang telah maju yang penghuninya dimonopoli oleh Bukan Melayu tidak lagi menjadi kubu yang mendokong perjuangan BN.

    Semoga ulasan panjang lebar Datuk itu dapat difahami bukan sahaja oleh pemipin MCA dan MIC tetapi juga oleh semua barisan pemimpin dalam UMNO. Agar tidak ada lagi pemimpin UMNO seperti KJ yang masih tidak memahami kedudukan bangsanya serta tanggungjawab nya kepada bangsanya.

    Mayday

  5. #5 by Average Joe on December 12, 2010 - 12:07 am

    @ Sputjam

    “a) pendapat HT, mengenai “malay archipelago” tidak tepat. tanah air melayu hanya bersempadan diantara pulau sumatra sehingga kepulauan filipina dan tidak termasuk afrika selatan, madascar dan irian jaya (new guinea).
    Orang melayu yang menetap di afrika selatan dan madascar telah dibuang negeri oleh pihak Belanda dan yang terdapat di sri lanka oleh pihak british.”

    clearly, pig-headed chauvinist chinese like you will try to twist and rewrite every bit of history to villify the Malays in whatver way you think you can. Those Malays in Cape Town and Sri Lanka were NOT exiles, their ancestors were NOT high-profile criminals sent away from Malaya, unlike those white Australian (whom you rever a lot) !! some of those malays could be exile but most of them were either labourers who worked for the Dutch (and later for the British) or those who had just left the Peninsula in search for new opportunities.

    and at least, they blend themselves into local culture and language while steadfastly preserving their religion. they don’t demand for such “Malay national-type School” in South Africa, Madagascar and Sri Lanka. UNLIKE you pigheaded chauvinist chinese who adamantly refuse to adopt the national language and national school system in Malaysia.

    “b) kalau kaum melayu pandai belayar sehingga ke afrika selatan, mengapa mereka (tidak) boleh melepasi australia yang hanya terletak 30 batu ke selatan dari pulau timor. malah daerah flores di indonesia juga bukan dikenali sebagai kawasan tertakluk oleh kaum melayu. wajah dan kebudayaan orang flores amat berbedza dangan orang melayu.”

    the fact is that the subcontinent of australia just wasn’t a magnet of exploration during that time, until the british came.

    cina babi macam kamu memang tidak habis-habis hendak melaga-lagakan orang Melayu dengan orang Sabah/Sarawak, jawa, flores, dan lain2 kaum PERIBUMI Nusantara. biar apa pun berbezaan, samaada Melayu, Jawa, Flores mahu pun Iban, persamaannya kami semua ialah PRIBUMI tanah Nusantara ini, bukannya pelacur PENDATANG macam kamu.

    from you first two points which i’ve rebutted, clearly you’re just too stupid that you can’t even differentiate between Malay Archipelago and Malay Diaspora.

    “c) Chua soi lek dan kaum bukan melayu sudah muak dengan panggilan “pendatang” dan “ketuanan melayu”. Perkataan ketuanan mana mana bangsa sudah dibasmikan oleh pihak bersekutu setamatnya perang dunia kedua dieropah. malah perkataan “ketuanan” tidak langsung digunakan dalam perlembagaan.
    Sultan johore, telah mengemukakan perkataan kedaulatan, yang pada pendapat saya, adalah lebih sesuai untuk zaman kita ini dan lebih tepat untuk menyifatkan kedudukan istimewa kaum bumiputra.”

    WHY should the likes of you pigheaded chinese chauvinists feel “muak” with that “pendatang” stigma-title when all your attitude and actions towards the native bumiputeras and the pillars of the nation, clearly show that you DESERVE it?!

    kalau kamu rasa kamu bukan pendatang, kamu tidak perlu sekolah aliran bahasa kamu sendiri. di US, UK, Australia yang kamu banggakan tu, there’s no such thing as chinese national-type school, let alone chinese independent school in those advanced countries ALTHOUGH the chinese community there have better financial clout than you pigheaded Malaysian Chinese Chauvinists! a non-pendatang should have no problem speaking the national official language properly and USE it with pride, too!

    one more thing for you, jangan jadi terlalu bodoh dengan mentafsir Perlembagaan negara secara harfiah (solely on what being physically written) semata-mata. memang tiada perkataan berbunyi “ketuanan Melayu” dalam Perlembagaan, tetapi klausa2 dalam Perkara 3, 11, 152, 153 dan lain2 Perkara yang kesemuanya menekankan Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu, Agama Islam, keistimewaan orang Melayu dan lain-lain penduduk Bumiputera, serta semua dasar dan rang undang2 yang digubal berdasarkan perkara2 berkenaan, ITULAH yang MENGGAMBARKAN “ketuanan” tersebut. apa yang jelas, Ketuanan Melayu bukan sekali-kali bermaksud Melayu menjadi tuan dan yang lain-lain menjadi hamba. Lain ceritalah kalau pig-headed chinese macam kamu pura-pura tidak faham.

    Apabila DYMM Tuanku Sultan Johor bertitah tentang Kedaulatan, yang dimaksudkan oleh Baginda ialah Kedaulatan itulah yang melambangkan Ketuanan. tetapi pig-headed Chinese macam kamu terlalu bodoh untuk memahami, you pigheaded chauvinists are either just too stupid to understand or just pretend not to understand. if you’re against the so-called Ketuanan then you’re against Kedaulatan Raja-Raja Melayu, too. why are you just too stupid to understand? if you’re stupid, go better yourself, don’t ever try to stupify us here!

    when the likes of you also insists for “Ketuanan Melayu” to be replaced with “Ketuanan Malaysia”, there your utter stupidity bursts beyond control. the name “Malaysia” itself is derived from “Malay”, which is exactly MELAYU. so you don’t want “ketuanan Melayu” and, well, look down and spit onto just anything Melayu huh? then, since Malaysia is derived from Melayu, please get the hell out of Malaysia and let’s see how pig-headed racist chinpig chauvinists like you are going to survive (survive exactly the way you are here) in those so-called greener pastures!

    enough said!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: