ALAHAI TBS BTS…PENIAGA KECIL TERHAKIS & TERPINGGIR

TBS BTS – canggih dan membanggakan

1. Tiba-tiba isu TBS BTS meletup dalam media. Lalu saya terpanggil untuk menulisnya, setelah agak lama ‘bercuti’.

2. Tujuan utama saya menulis isu ini adalah untuk (a) menarik perhatian pucuk pemimpin kerajaan agar segera insaf dan belajar dari misfortunes yang terus menerus menimpa para peniaga kecil, khususnya peniaga Melayu, (b) merayu pihak-pihak yang terlibat agar segeralah bertindak mengatasinya, (c) mendesak agar dielakkan kebodohan seperti ini daripada berulang lagi, dan (e) meminta sama-sama muasabah diri untuk mencari dan mengatasi kelemahan masing-masing; bukan menyalahkan orang lain.

3. Sebelum ini, dilaporkan, mungkin betul atau kurang tepat, para peniaga kecil Melayu telah ‘diusir/dipinggir’ dari Parkson, dari Alamanda dan dari Sg Wang. Dikatakan tiada pembelaan dari pihak berkuasa.

4. Sekarang berulang lagi sejarah hitam ini dalam riuk pikuk ‘Rakyat Didahulukan’; seolah-olah mahu sabotaj usaha murni YAB DSN. Adalah amat menghairankan isu yang sesenang inipun tidak dapat diselesaikan dengan baik dan saksama sebelum TBS hendak memulakan operasinya. Apa yang lebih membimbangkan ialah potensi malapetaka sosio-ekonomi dan ‘British Disease’ yang boleh berlaku ke atas golongan miskin, hampir 75% adalah Melayu / Bumiputera, menjelang tahun 2020 nanti, jika senario seperti ini terus berlaku.

Persepsi Buruk

5. Kekecuhan di TBS BTS boleh memberikan berbagai-bagai persepsi buruk.

Pertama, perancangan yang lemah oleh pihak-pihak berkaitan.

Kedua, nampak sangat tidak ada koordinasi antara pihak-pihak yang berkenaan.

Ketiga, kebajikan penjaja dan pengguna seola-olah diabaikan maka prinsip ‘rakyat didahulukan’ tidak menjadi kenyataan.

Keempat, wakil pihak kerajaan yang datang cuba menyelesaikan masalah nampaknya keras / kasar.

Kelima, pihak-pihak tersebut gagal belajar dari sejarah dan dari Aesop (620 BC – 560 BC) – “Better be wise by the misfortunes of others than by your own”.

6. Sehubungan kekecuhan tersebut, saya telah mengedarkan sms berikut untuk mendapatkan reaksi daripada rakan-rakan yang saya kenal.

“Salam…Sy bimbang apa yg dibisingkan olh penjaja Melayu la ni apabila TBS BTS nak buka akn berlaku pula apabila Melayu/UMNO tersedar semasa NKEA dah hampir beres nanti (2019/2020) dan mereka hanya dapat kuah/tulang aje.

Sediakah pemilik 131 EPP / 60 BO (siapa mereka?) dgn mudah beri peluang pd Melayu? Kerajaan/UMNO wajar beri penjelasan utk kikis kebimbangan ini dan supaya sokongan pd kerajaan/parti bertambah mantap. Siapa blh beri penjelasan?

Perlu elak economic genocide di Chile dan Argentina di masa lalu drp berlaku ke atas kita. Tk”

Reaksi

7. Saya ingin berkongsi sebahagian reaksi yang saya terima itu ekoran daripada sms tersebut. Ia merupakan maklum balas yang berguna, sekalipun jika ianya kurang tepat, untuk semua pihak yang berkenaan, termasuklah kerajaan / DSN sendiri.

8. Reaksi pertama

“Kebimbangan yg berasas..tapi elok berikan maksud TBS BTS & 131 EPP/60 BO..supaya mereka faham & tak tafsir BTS itu Buah Tandan Segar..”

9. Reaksi kedua (dengan sedikit suntingan):

“Kes TBS ini memang tidak adil. Pemaju dakwa banyak keluar modal untuk bangunkan terminal tu. Tetapi modal tu adalah tabung kerajaan untuk pengangkutan awam. Pelik betul.

Mereka dapat % setiap tiket yang dibeli oleh penumpang selain caj bas-bas ekspress masuk ke terminal tu. Tapi kenapa ruang niaga terlalu mahal. Di bas terminal jangnlah galakkan cafe berjenama atau nak kan kios yang canggih dan nampak mewah kerana yg ke situ hanya penumpang bas, bukan penumpang kapal terbang. Penumpang bas, kalau mampu mereka naik kapal terbang.

Jika peniaga terpaksa letak harga tinggi menjadi bebanan kepada penumpang kerana tiada pilihan lain. Dan jika penumpang berjimat tidak membeli kerana harga mahal, peniaga pula akan menerima kerugian dan susah utk bayar sewa.

Sepatutnya adakan ruang retails 8’ x 10’ sebanyak mungkin. Ramai peniaga Melayu boleh berniaga. Sepertimana di Puduraya. Bukan mahu jadi seperti keadaan Puduraya sebelum ini.

Dgn modal sekali sahaja utk papan tanda kedai yg canggih dan bersiling plaster serta shelter yg menarik sudah membolehkan peniaga tidak terbeban dengan sewa yg mahal. Hanya utk ruangan kecil tu sewa pasti tak bebankan penyewa.

Perlu diingat, peniaga peringkat ini bukannya berniaga utk jadi jutawaan. Mereka sekadar dpt bayar sewa ruang niaga, sewa rumah, sewa hidup bulanan dan menabung sikit.

Terminal yg besar dan canggih tak boleh segalanya seperti airport.

Yang pasti pada saya, ada pihak yg tidak telus dalam memilih penyewa. Memang menyakitkan hati hal ini.

Pihak penguasa bas juga ada berjumpa Perkasa tentang caj yang melampau.”

10. Reaksi ketiga:

“Tepat, sepatutnya pihak yg berkenaan ambil feedback drp usahwan. Perkara kadar sewa apabila dibincang secara terbuka memalukan kita, yg tak sedapnya Khalid Ibrahim ambil peluang, dan dilihat sebagai penyelamat. tq”

11. Reaksi keempat:
“Pejuang Melayu hanya seperti peribahasa ‘anjing menyalak bukit tak kan runtuh”.

12. Sebagaimana kemelut TBS BTS boleh memberikan berbagai-bagai tanggapan, empat reaksi di atas juga boleh mengundang pelbagai tafsiran dan persepsi. Antaranya ialah:

Pertama – ianya sudah tentulah memalukan kerajaan / DSN; rakyat menunggu apakah tindakan akan diambil ke atas mereka yang terlibat;

Kedua – damage control hendaklah dilaksanakan segera; pegawai yang kurang mesra alam / kurang PRnya usahlah ketengah; cantik saja tak cukup;

Ketiga – golongan bawah terus terabai dan terpinggir; ikan bilis terus ditelan oleh jerung!

Keempat – keyakinan terhadap pemimpin UMNO terhakis;

Kelima – parti pembangkang pasti akan eksploit isu ini – sama ada dalam PRK Tenang atau PRU 13 nanti.

13. Yang paling penting untuk disedari, diinsafi dan dipelajari segera oleh para pemimpin UMNO SEKARANG ialah bencana ini terlalu kecil, jika dibandingkan malapetaka sosio-ekonomi yang bakal menanti golongan miskin / bawahan akibat pelaksanaan ETP/NEM/NKEA ini, sekiranya terus dibiarkan ekosistem ikan jerung menelan ikan bilis berkembang. Pelaburan TBS BTS yang canggih ini, difahamkan, hanyalah bernilai 570 juta tetapi pelaburan 12 NKEA (131 EPP / 60 BO) adalah bernilai RM1.4 trillion (US$444 billion) atau 2,456 kali ganda lebih banyak! Termampukah kita membayangkan impaknya?

14. Sekiranya ekosistem eksploitatif tersebut berterusan maka, secara mudah, begitulah reaksi golongan miskin (majoriti adalah orang Melayu / Bumi) menjelang tahun 2020 nanti tetapi ianya beribu kali ganda lebih dahsyat kerana (a) kemelutnya meluas di seluruh negara; tidak lagi tertumpu di BTS saja dan (b) marah mereka meluap-luap umpama gunung berapi Merapi sebab ‘nasi sudah menjadi bubur’ dan mereka hanya mendapat kuah dan tulang.

Gunung Merapi Muntahkan ‘Kemarahannya’

15. Mereka baru tersedar pada masa itu bahawa mereka sesungguhnya sudah terpinggir dan hak mereka sudah terhakis habis. Telahan Allahyarham Aminudin Baki bertukar menjadi realiti ngeri orang Melayu / Bumi – “itek di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan”!

16. Mengapa saya katakan ‘mereka baru tersedar pada masa itu’? Sebabnya, pada MASA INI, para pemimpin Melayu, termasuk UMNO, kecuali beberapa orang serta PERKASA dan MPM, rata-rata dilihat seolah-olah tidak ambil berat mengenai potensi outcome dan impak negatif ETP/NEM/NKEA ini ke atas kaumnya. Ramai juga dilihat tidak tahu dan tidak minat hendak ambil tahu, termasuklah pegawai kanan Melayu / Bumi. Semuanya hendak dibebankan ke atas bahu DSN dan TSMY. Kesian… tak kan terkajang batu sepulau dek mereka berdua.

17. Perkiraan ini belum lagi mengambil kira orang Melayu yang bersedia menjual bangsa dan agamanya sendiri demi kerakusan nafsu mereka. Maka di manakah dahan kukuh sebagai tempat golongan 75% itu hendak bergantung? Lantaran mereka berpautlah kepada dahan PERKASA dan MPM.

18. Lalu jika berlakulah economic genocide dan British Disease terhadap orang Melayu / Bumi menjelang tahun 2020 nanti akibat penyelewengan pelakasanaan dasar-dasar yang digubal sekarang, terutamanya ETP/NEM/NKEA, maka para pemimpin UMNO SEKARANG perlulah bertanggung jawab. Tidak boleh mengelak, tidak boleh lari!

19. Namun malapetaka itu masih boleh dielakkan sekiranya tindakan SEGERA diambil SEKARANG. Yakinlah “There are no mistakes in life, only lessons. But if you don’t learn from those lessons then it will be a mistake” – Anonymous. Maka segeralah belajar daripada kesilapan TBS BTS ini untuk mengelakkan kesilapan yang sama berulang di masa akan datang.

20. Seterusnya marilah kita sama-sama sederap membantu DSN dalam menjayakan gagasan GTP/ETP/NEM/NKEA beliau dengan belajar dari misfortunes Argentina, Bolivia dan Chile di masa lalu, sepertimana yang dinasihatkan oleh Aesop – “Better be wise by the misfortunes of others than by your own.”

  1. #1 by dinturtle on January 4, 2011 - 12:48 am

    Salam darahtuah – Tahniah, satu pendedahan/peringatan yang amat bermakna bagi pihak orang Melayu. Kebetulan saya juga merancang menulis masalah peniaga kecil Melayu yang senang2 saja dipinggirkan atas nama pembangunan.

    Sedih … kerana bukan bangsa lain yang bertanggungjawab tapi orang Melayu sendiri, orang yang sama juga melaung2kan ‘Macamana Melayu nak Maju …’ Bila berdepan dengan peluang buat duit, semua cakap2 ‘tolong Melayu’ hilang.

    Pegawai2 yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan bangsa pula lebih galok melayan bangsa lain dari menolong orang Melayu. Contoh kes pegawai UDA diPenang… sering terjadi bila peniaga Melayu komplen, pegawai2 ini akan menafikan masalah itu wujud dan menyalahkan peniaga pula.

    Heran….. bayangkan, kita ada masalah dan kita pergi komplen. Tapi pegawai kerajaan kata masalah tu tak wujud ??? Habis tu, masalah yang kita tanggung tu nak panggil apa ? Kita yang merasa, kita tahulah..

    Rekalah apapun pelan ekonomi, letaklah abjad apapun sebagai nama… tidak ada maknanya jika pegawai2 yang diamanahkan untuk menjayakannya tidak ikhlas, lebih sudu dari kuah dan terlalu perasan dengan kuasa yang ada (walaupun kuasa tu tak sebesar mana )

    Saya yakin luahan ini dikongsi ramai orang Melayu lain.

    Maaf, gua terlebih layan feeling :))

    Teruskan perjuangan darahtuah ! saya sokong !!

    • #2 by Darahtuah on January 7, 2011 - 1:56 am

      dinturtle,

      Tk atas sokongan dan dorongan.

      Perubahan sikap pegawai kerajaan – itulah yg cuba diusakan oleh DSN melalui gagasan GTP beliau.

      Darahtuah.

  2. #3 by Mayday on January 4, 2011 - 9:13 am

    Terimaksih diatas penjelasan Datuk yang mendalam mengenai TBS BTS (Terminal Bas Bandar Tasik Selatan) yang menelan belanja RM570 juta.

    Apa yang menarik ialah hujah mengenai siapakah yang menggunakan kemudahan ini dan siapakah yang menjalankan perniagaan. Sepertimana lazimnya apa sahaja projek besar yang dibuat oleh kerajaan, yang menjadi pengguna ialah orang Melayu yang kebetulan masih ramai yang kurang mampu berbelanja besar untuk membeli kemudahan pengangkutan sendiri. Manakala yang akan menjalankan perniagaan dan mengaut untung ialah bukan Melayu.

    Nasihat Datuk agar pihak yang berkuasa menentukan corak penggunaaan terminal ini supaya berhati-hati dan melaksanakan yang terbaik untuk kepentingan Melayu dan Bumiputera amat peting dihayati. Jika tidak ianya hanya akan menjadi bahan sesalan 2 tahun kemudian. Ada 2 isu yang perlu diberi perhatian.

    Pertama: Kerajaan perlu sedar yang menggunakan terminal bas ini ialah 80% terdiri mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana – Melayu. Kalau tak percaya mereka yang membuat keputusan boleh meninjau sendiri di mana-mana terminal bas sekalipun dinegara ini. Bermakna mereka inilah sahajalah yang boleh membantu menaikkan dan menyokong peniaga-peniaga Melayu. Ianya berbeza dengan suasana di Airport.

    Kedua: Saya tahu mereka yang bertanggungjawab terutama yang menguruskan terminal ini ingin mendapat pulangan yang paling tinggi. Ini hanya boleh dicapai jika ruang niaga disewa kepada peniaga bukan Melayu yang yang telah berjaya. Mereka hanya membuka cawangan dan rangkaian outlet mereka – cafe berjenama atau kios yang canggih dan nampak mewah. Sebaliknya tidak ramai perniaga Melayu yang telah mempunyai keupayaan seperti mereka. Maka jika kreteri keuntungan maksima menjadi matlamat akan tertinggallah sekali lagi orang Melayu.

    Jadi pemerhati luar seperti kami yang sayangkan UMNO dan perihatin terhadap nasib bangsa tidak mahu ianya menjadi satu agenda lagi hangat dalam perhimpunan UMNO akan datang yang akan membincangkan perkara telah terlepas.- “NASI YANG SUDAH MENJADI BUBUR”. – “MENYESAL DAHULU KEDAPATAN MENYESAL KEMUDIAN BERPUTIH MATA”.

    • #4 by darahtuah on January 7, 2011 - 2:01 am

      Mayday,

      Tk atas ulasan tuan.

      Diharap pandang / kebimbingan tuan dan yang lain juga didengari oleh mereka berkuasa bertindak ke atasnya.

      Darahtuah.

  3. #5 by sputjam on January 4, 2011 - 2:11 pm

    pemaju projek TBS BTS kepunyaan orang melayu. Apa lagi yang orang mealyu mahu? pemaju terpaksa membayar balik hutang dan terpaksa menyewa kedai-kedai kepada mereka yang sanggup bayar kadar yang tertinggi, saperti macdonald, KFC, deli france etc.

    Lagi pun, KFC dmiliki orang melayu. macdonald dan deli france menggunakan pekerja melayu.

    kalau disewa kepada penjaja, kemungkinan besar pekerja-pekerja orang Indonesia. kalau tidak pecaya, pergi makan digerai tepi jalan.

  4. #6 by Antu on January 4, 2011 - 5:21 pm

    Ayo! yo! Abang Tuah! Ramai yg tersampuk penyakit ABC ni pulak dah! TBS BTS, NKEA, BO entah apa-apa lagi ABCnya lagi. Kalau ABC tu sedap dan enak, macam TDM tu ok la. Sentiasa bermain di bibir. Inikan ABC yang tidak manis, pahit, kelat, malas org-org kampong ni nak ambil tahu!

  5. #7 by Ust. Ahnaf on January 6, 2011 - 9:01 am

    Assalamualikum wbt,
    nampaknya saudara Tuah pandai serta bijak memperdaya serta membuat fitnah. Mudah sahaja… fitnah ni lebih besar dosanya dari membunuh.

    Sdr Tuah sedikit pun tidak menyatakan secara detail kos-kos yang perlu ditanggung oleh pemilik. Sedangkan kos bil letrik dab air sahaja sudah mencecah ratusan ribu sebulan.

    Oleh yang demikian, Sdr Tuah perlu lebih berhati-hati dalam mengendalikan blog. Saya tiada kaitan dgn pemilik mahupun politik.

    Hanya menegur dan mengingatkan. Akhir zaman FITNAH berleluasa. Ini peringatan Rasulullah SAW. Jangan kita seolah-olah penegak bangsa tetapi tergolong dalam golongan ini. Maka sia-sia perjuangan dan kehidupan apabila kita meninggal dunia, blog kita terus menerus menghimpit dalam kubur akibat fitnah yang berterusan.

    Wallahualam.

    • #8 by darahtuah on January 7, 2011 - 2:07 am

      Ust. Ahnaf,

      Tk atas ingatan ust.

      Ust akan dapat membantu kami yang dituduh memfitnah ini dengan menghujah terhadap apa diutarakan itu dengan bersandarkan fakta. Jika tidak, ust sendiri menimbulkan persepsi bahawa yg sebenarnya membuat fitnah terhadap kami ialah ust.

  6. #9 by Ust. Ahnaf on January 7, 2011 - 11:13 am

    Salam WBT,

    Sdr Tuah,

    Bukanlah niat saya bulat2 meletakkan beban keatas tuan memfitnah. Tetapi penjelasan yang tidak tepat dan tiada menjelaskan beban yang ditanggung pemilik menonjolkan seolah-olah tuan menuduh serta mengiyakan pemilik ini seorang yang zalim serta menindas bulat-bulat.

    Seelok-eloknya diketengahkan beban kedua-dua belah pihak dan kemudiannya membiarkan pembaca menilainya. Ini lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan blog.

    Saya tiada mempunyai blog dan kurang mahir dalam menyampaikan kata-kata. Niat hanya menyampai, menegur buat penulis, pengunjung dan diri saya sendiri.

    Saya hanya masuk ke dalam blog yang penulisnya mempunyai kredibiliti seperti tuan. Apa pun maaf banyak2 seandainya menyinggung tuan.

    PS

    Saya peroleh fakta kos penyelenggaraan dan lain2 kos melalui rakan pemberita dan rakan pegawai dari sykt.

    Sdr Tuah memperolehi fakta? Atau berdasar maklumat dan berita? Berdasarkan penyampaian berat sebelah sdr Tuah beriringan dengan imejan gunung berapi… jelas sekali tuan mengapi-apikan pembaca. Wallahualam.

    Jangan sampai diri kita kepanasan dek api neraka sudah. Semoga tuan lebih berhati-hati agar tiada yang terpengaruh sehingga bermusuhan sesama Islam.

    Wassalam wbt.

    • #10 by Average Joe on January 10, 2011 - 7:08 am

      @ “Ustaz” Ahnaf

      Sekiranya benar “Ustaz” ada fakta2 dan figure2 berkenaan, sila KONGSIkan bersama di blog ini supaya boleh dibincangkan. Maaf sekiranya saya terpaksa menyinggung “ustaz” kali ini, tapi pada pendapat saya sekurang2nya dengan berkongsi pendapat dan rintihan golongan bawahan yg dilihat dan didengar sendiri itu jauh lebih baik daripada berdegar-degar memberitahu kononnya kita mempunyai “fakta” tetapi berdolak-dalik apabila diminta berkongsi. Tidakkah org yg mengetahui kebenaran tetapi berdolak-dalik untuk mendedahkannya itu juga sebahagian daripada golongan pemfitnah, atau bersubahat dengan pemfitnah. Semoga tidak terjatuh masuk golongan munafik pula. Nauzubillah!

      DarahTuah seorang bekas pegawai kanan kerajaan yang berpengalaman dan banyak menyelami sejauh mana penerimaan masyarakat (terutamanya yg terlibat secara langsung) terhadap segala effect pro dan kontra dari dasar2 kerajaan dan pelaksanaannya. Boleh saya tahu Ust Ahnaf ini siapa dan dari mana?

      Syurga atau neraka itu Allah sahaja yg tentukan, itu hak mutlak Allah. bukan kerja manusia. Rasulullah kekasih Allah pun tidak diberi kuasa menentukan masuk syurga atau masuk neraka ke atas seseorang anak adam. inikan pulak “ustaz”. seorang “ustaz” pasti maklum perkara ini kan?

      • #11 by darahtuah on January 10, 2011 - 11:23 pm

        T/kasih Average Joe kerana meningatkan Ust Ahnaf supaya segera berkongsi fakta yg beliau ada dengan kita.

        • #12 by Ust. Ahnaf on January 20, 2011 - 12:43 pm

          Salam WBT. Peringatan Rasulullah SAW bahawa di akhir zaman fitnah berleluasa jelas benar2 berlaku sekarang.

          Fakta telah dijelaskan… tetapi average joe terus menerus menarik pembaca seolah olah fakta disembunyikan. In simple Malay kos penyelengaraan yang mencecah ratusan ribu sebulan. Meaning tinggilah kosnya. Figure saya tak tahu sebab hanya bersembang dengan pegawai mereka. Saya dah jelaskan saya bukannya berada dipihak mana2. Cuma mahu Sdr Tuan beri kepada pembaca ruang memilih dan memikir. Bukannya menghentam seolah2 apa yang diperkatakan telah jelas dan terbukti. Seperti juga sdr average Joe.

          Tak kiralah diri kita ni berpangkat atau veteran. Kita hormat semua orang. Tetapi ‘penyakit’ bloggers zaman sekarang ni asyik menghentam sahaja. Maaflah tapi ini yang berlaku dalam mana2 blog. Melayu hentam Melayu. Konon memperjuang Melayu terpinggir. Cuba beritahu selama ini selain dari berkata2 memperjuang dalan blog apa yang telah kita BANTU Melayu terpinggir atau susah. Ada? Jadi kebanyakan kita ni hanya memperjuang dengan kata2 sahaja tapi tiada tindakan atau praktikal.

          As I mentioned ealier saya tiada kaitan dgn pemaju atau mana2 politik. Saya hanya tak gemar sesuatu isu dituduh bulat2 menyusahkan orang Melayu. Sedangkan kebanyakan orang Melayu sendiri yang menyusahkan diri sendiri, terlalu bergantung kepada orang untuk membantu tanpa mahu mengusaha sendiri. Ibarat budak kecil mahu dipakaikan diapers dari kecil sampai dewasa. Kalau tak ada yang nak bantu maka dicari kesalahan orang lain dan timbulkan isu2 remeh temeh seperti diatas.

          Bak kata akimaru Melayu tak boleh mengikuti arus pembangunan. Maka ditakuk lama selamanya…

          Wallahualam…

          PS

          Average Joe,

          Setiap Muslimin & Muslimat tahu Allah SWT yang menentukan siapa ke syurga dan neraka. Gambaran kata2 tuan menarik pembaca seolah-olah saya menentukan siapa ke syurga dan neraka. Inilah yang saya katakan bloggers sekarang lebih menjurus kepada fitnah.

          Mungkin saya silap kalau saya menyatakan awal dahulu blog Sdr Tuah ni lain dan berkredibiliti. nampaknya sama juga dengan blog lain. Mungkin bukan dari ungkapan Sdr Tuah tetapi followers tuan.

          Maaf & Wassalam WBT.

  7. #13 by Richard on January 11, 2011 - 11:45 am

    Bukan sahaja ramai peniaga kecil, semua bas ekspres yg kecil juga kena….memang tak adil…

  8. #14 by akimaru on January 18, 2011 - 12:47 pm

    salam…

    bagi saya….ler kan…

    apa yg ditonjolkan jelas ….yg melayu tak boleh gi ngan pembangunan pada masa sekarang dan akan datang…

    mungkinkah sejarah akan berulang lagi suatu masa nanti…bila ekonomi tertekan …marah…perkara yg sama berlaku pada tunisia …jordan menyusul…

  9. #15 by Uncle Angah on January 23, 2011 - 12:52 am

    Salam dulu darahtuah, sebelum masuk rumah orang.

    Saya juga sama status seperti ustad, average joe, darahtuah, Mayday dan lain lain tidak berpihak kepada sesiapa.

    Supaya tidak berlaku lebih banyak spekulasi, tuduhan atau hentaman mengenai projek tbs ini, biarlah saya jelaskan fakta-fakat sebenar projek ini.

    Nilai projek RM 570 juta. RM 200 juta terminal. RM 200 juta infra dan jambatan. RM 22 juta sistem ict. RM 50 juta provisional sum. RM 30 juta fee consultan. RM 70 kos pelbagai perkhimatan, contigency dll, e.g contribution kpd syarikat utiliti, deposit deposit kepada jabatan keretapi dan lain lain.

    Kos muktamad RM 550 juta. RM 20 juta dipulangkan balik kepada MOF.

    Semua kos RM 550 juta di tanggung oleh MOT. Wang diperolehi dari pinjaman MOF dari KWAP. MOF kena bayar balik KWAP dengan bond kerajaan dan installments selama 25 tahun.

    Kontraktor telah bina dengan baik dan sempurna. Dalam proses tersebut, pihak mereka telah membantu kerajaan dengan memindahkan 200 keluarga setinggan kg malaysia, kg melayu bt 7 kg muhibbah dll. RM 500k mereka korban. Juga naik taraf infra tasik jps lebih kurang RM 1 juta.

    Beberapa jasa pun ada dari kontraktor ini berkaitan dengan membaiki dan menaik taraf infra keliling sg besi dan kuarters jkr km 9 tu dalam RM 2 juta. . Tapi bagi saya menyiapkan sesuatu yang cukup mencabar bermula dari 2008 ke hujung 2009 bukan calang calang kontraktor boleh buat, memandangkan tapak masih di penuhi setinggan sehingga hujung 2009.

    Aapabila projek dah nak siap, pihak kerajaan tak sempat siap. Bak kata orang, baby dah lahir pampers dan keperluan bayi belum disiapkan. SPAD pula ditubuhkan dan perlu transition time untuk ambil alih peranan peranan MOT LPKP JPJ dll. Kontraktor tawar diri utuk menyiapkan fungsi-fungsi yang patut di ambil alih kerajaan. Dipersetujui bagi tempoh interim satu tahun. Lepas satu tahun tender senggara akan di buat.

    Kontraktor adalah kontraktor. Tugas mereka adalah membuat keuntungan. Tapi pihak kerajaan perlu memantau mengawal supaya tercapai win win win antara kerajaan, kontraktor dan rakyat yang dah serik dengan standard perkhidmatan bas di negara ini.

    Saranan….syarikat bas yang rekod baik saja menggunakan tbs. Boleh buat kpi report card dan pilih 50 syarikat terbaik. Sama lah ….dengan nak masuk universiti. Gred 1 dan 2 saja. Gred 3 masuk polytechnic…andaiannya. LPKP selesaikan kemelut e ticketting. Jadikan mandatory…..macam cidb buat kepada 3000 kontraktor G7 yang ramainya bumiputra. Semua kena ada ISO standard. Bumiputra ni ada macam macam jenis. Jadi kita kena kenalpasti bumiputra yang berdaya saing dan jujur. Yang kurang berdaya, belajar dan ikut mereka yang sudah maju. Yang perabis dana kerajaan blacklist terus. MOF selesai kos sewaan berniaga, gunakan kadar dari KL sentral atau yang sepadan. Ruang niaga murah dan jenis bazaar adakan di sekitar taman di paras satu atau berdekatan tasik depan tu. Jaga kebersihan dan jangan punahkan alam sekitar kuniaan Tuhan. Oh satu lagi Terma terma operasi selesaikan dengan kontraktor. Gunakan contoh konsesi semasa sentral .

    Jadi semua pihak menang. Syarikat bas dapat beroperasi. penjualan tiket halal di pantau LPKP. Bas berkualiti dan mematuhi piawaian berada dijalanraya. Keselamatn penumpang terjamin. Penaiaga kecil dapat kawsan berniaga, kos sewaan diselaraskan ikut market rate, kedai dapat untung dari 40000 pengguna harian tbs dan kita boleh berbangga mempunyai kemudahan begini setanding dengan terminal di singapura dan australia.

    Dengan fakta diatas harap semua forumer judgement yang lebih jelas mengenai projek tbs.

    salam dari uncle angah.

  10. #16 by darahtuah on January 26, 2011 - 1:57 am

    Uncle Angah,

    T/kasih Uncle Angah di atas maklumat dan penjelasan bernas yg diberikan.

    Harap Ust. Ahnaf turut mampu memberikan ulasan dan fakta spt Uncle Angah; tidak berterusan melabelkan semua yg saya tulis sebagai fitnah tanpa membuktikannya secara terperinci dan berfakta.

    Darahtuah.

  1. ALAHAI TBS BTS – APA DAH JADI? « Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: