ALAHAI TBS BTS – APA DAH JADI?

Atas : YBM Raja Datuk Nong Chik, Menteri WPKB Bawah : YB Dato’ Halimah, Pengerusi LPKP

Memalukan

1. Dalam Buletin Utama TV3 yang disiarkan pada 10 Januari 2011, dilaporkan bahawa tahap kejayaan operasi TBS BTS masih lagi di takuk penyertaan sebanyak lima buah syarikat bas sahaja. Apa dah jadi? Adakah ini contoh terbaik ‘too many hands had indeed spoiled the soup’? atau ‘too many tigers wanted to control the hill top’?

2. Benar, syarikat-syarikat bas yang belum lagi berhijrah masih lagi mempunyai masa sehingga 15 Januari 2011 untuk berpindah ke Terminal canggih tersebut.

3. Itulah ‘tarikh mati’ yang diberikan. Jika masih enggan, maka, khabarnya, permit mereka akan ditarik balik. Itulah kata dua yang dilaporkan diberikan oleh LPKP! Wajar? Keras? Sudah berunding sebelum ini?

4. Jika sudah berunding, mengapakah tidak ada koordinasi, misalnya, antara LPKP (suruh pindah pada 1 Januari 2011) dengan Kementerian Wilayah Persekutuan / DBKL (suruh pindah pada 1 Februari 2011)? Masing-masing mahu tunjuk kuasa? Sebenarnya perilaku ini hanyalah memalukan kerajaan dan menimbulkan kemarahan rakyat. Pak Menteri / Pengerusi tak takut hilang undi / kuasa nanti ke? Pegawai kerajaan tak kisah. Jawatan tak hilang; gaji tetap dapat bulan-bulan.

Kebimbangan

5. Dalam tulisan saya yang lalu mengenai TBS BTS ini, tekanan, tumpuan dan kebimbangan saya bukanlah terhadap TBS BTS per se. Tekanan, tumpuan dan kebimbangan saya yang sebenar adalah potensi impak negatif pelaksanaan ETP / MBE / NKEA terhadap golongan miskin (40% di bawah) menjelang tahun 2020 nanti, sekiranya budaya buruk seperti yang menghantui TBS BTS itu berterusan.

6. Lalu saya menyarankan supaya kita semua segera belajar dari misfortune ini. Sebagai imbasan, rujuklah semula kepada rencana berkenaan, khususnya ayat ketiga, para 4 serta para 13, 14 dan sterusnya. Tetapi ada pembaca blog saya seperti Sputjam dan Ust Ahnaf nampaknya hanya memberi perhatian kepada TBS BTS.

7. Makanya kali ini saya mahu menumpukan perhatian kepada isu-isu yang menyelubungi TBS BTS itu sendiri berdasarakan kepada reaksi rakyat. Diharap mereka yang mempunyai maklumat, seperti yang diclaim oleh Ust Ahnaf, bersedia berkongsi maklumat demi mencari kebernaran.

Tujuan

8. Eloklah saya tegaskan bahawa tujuan utama rencana ini bukanlah untuk menyalahkan sesiapa. Tujuan utama ialah mahu memberi peluang kepada pihak-pihak berkenaan the right to be heard di bawah konsep natural justice. Peluang ini diberi bersandarkan keyakinan bahawa pihak-pihak tersebut memiliki fakta yang betul dan lengkap serta rasional yang munasbah.

9. Selama ini rakyat tidak mendapat maklumat yang lengakap dan tepat. Justeru segeralah respon dengan memberikan penjelasan yang tepat dan telus kepada rakyat. Yang demikian, rakyat, termasuk saya, akan faham sejelas-jelasnya dan nama baik pihak-pihak berkaitan, termasuk kerajaan, akan terpelihara.

10. Lalu pihak yang tidak bertanggungjawab dan pihak pembangkang yang tidak membina tidak boleh mengambil kesempatan dari misfortune ini. Pada masa yang sama, selesaikanlah pelbagai masalah yang dihadapi dengan pantas dan berkesan.

11. Sebelum diteruskan lagi, amatlah wajar sekali kita menghargai iltizam dan prakarsa kerajaan untuk terus memperbaiki ekosistem pengangkutan negara ini demi keselesaan pengguna / rakyat. Penubuhan SPAD, pembentangan RUU Pangangkutan Jalan (Pindaan) 2010 dan pembinaan TBS BTS tercanggih dan selesa ini, misalnya, merupakan sebahagian daripada rantaian inisiatif dan komitmen tersebut. Tetapi kemelut, bantahan dan kemarahan terhadap TBS BTS ini seolah-olah menunjukkan akan kebenaran proverb ‘road to hell is sometimes paved with good intention’!

Nasihat

12. Untuk memahami kemelut ini, disenaraikan dulu pihak-pihak yang dijangka terlibat atau wajar dilibatkan dengan TBS ini – agensi kerajaan (MOT, MOF, PEMANDU, EPU, UKAS, BHP JPM, SPAD, LPKP, JPJ, DBKL, SPRM – mungkin ada lagi; a case of too many hands?), pemaju TBS [Syarikat Kumpulan Maju Holdings Sdn Bhd (Maju Holdings)], pengurus projek, pengusaha TBS (Maju Tmas), persatuan syarikat bas, persatuan syarikat teksi, persatuan penjaja & peniaga kecil dan persatuan pengguna (mungkin ada lagi).

13. Berhubung too many hands itu, marilah kita sama-sama mengingat dan menasihatkan Menteri / Penegrusi / CEO yang berkaitan ke arah kebaikan, sepertimana yang dituntut oleh Islam:

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-‐orang yang berjaya.” (Aali Imran 3:104)

14. Pertama, dalam kemelut sekarang, janganlah sekali-kali menyalahkan pihak lain dan suka mendendangkan lagu bangau o bangau; sebaliknya masing-masing mestilah bertanggungjawab, be accountable and take ownership.

15. Kedua, mereka yang tidak tahu sejarah TBS ini, terutama the new kid on the block (SPAD); mereka yang tiada maklumat / pangkalan data yang lengkap, termasuklah LPKP dan JPJ, jika tergolong dalam kumpulan ini; dan mereka yang kurang kepakaran maka elakkanlah berperangai sombong bodoh. Benci dek orang. Be humble, mengaku dan sedialah belajar. Ramai sedia membantu, insyaAllah.

16. Ketiga, semua pihak hendaklah melakukan engagement yang membina dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah; bukan hendak menegakkan benang basah. Juga janganlah sekali-kali didorong oleh niat untuk merebut ‘harta karun’. “Hem… hem aku tahu lah”!

Soalan

17. Setelah mengetahui players yang terlibat, marilah kita susuli dengan soalan. Jika saya ada jawapannya maka saya akan berkongsi dengan para pembaca; kalau jawapan kurang tepat / tidak tepat, eloklah dibetulkan. Jika saya tidak mempunyai jawapan maka diharap ada pihak lain pula yang boleh membantunya, terutamanya Ust Ahnaf.

18. Siapakah pemilik TBS BTS? – Kemeterian Pengangkutan (MOT).

19. Siapkah pemajunya? – Maju Holdings; sebuah syarikat gergasi milik Bumiputera.

20. Bagaimanakah Maju Holdings boleh dapat projek ini? – Runding Terus (Direct Nego); tiada masalah jika syarikat ini berkemampuan, perkhidmatannya berkualiti tinggi dan harganya pula berpatutan.

21. Siapakah sub kontraktor binaan utamanya? Sebuah syarikat bukan Bumiputera – Syarikat Pembinaan Lal. Kera di hutan disusukan? Bukan. Ali Baba? Bukan.. 1Malaysia ma.

22. Kontraktor / pembekal Bumi diberi peluang pakej pekerjaan oleh sub kontarktor utama itu? – sikit sekali; dapatlah mereka merasa ‘tulangnya’. Air sama air, sampah ketepi juga?! Blood is thicker than water?!

23. Apakah kaedah pembinaannya? – Reka dan Bina (Design and Build).

24. Sumber kewangannya? – Dibiayi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia; bukan pengswastaan; bukan PFI. Justeru untuk makluman Sputjam dan mereka yang segolongan dengannya, tiada kos kepada Maju Holdings tetapi ia mendapat untung.

25. Wajarkah Maju Holdings mendapat untung? – Memang wajar kerana ia adalah hasil penat lelahnya, asalkan tidak melampau (exorbitant). Jika keuntungan yang melampau, ia mungkin bersempadan dengan riba’.

26. Berapakah jumlah kosnya? – Dilaporkan R570 juta, termasuk kos memindahkan kira-kira 200 orang setinggan dan 200 orang pelatih dadah yang dianggarkan RM500,000. Terbukti kerajaan tidak mengabaikan kebajikan mereka – manifestasi prinsip ‘Rakyat Didahulukan’. Mungkin jumlah kos muktamad lebih rendah dari RM570 juta, jika meggunapakai pendekatan pengurusan nilai (value management) + menggunakan produk dan perkhidmatan yang berteraskan teknologi hijau.

27. Tanah milik siapa? – Milik Kerajaan Persekutuan.

28. Apakah prosidur yang digunapakai untuk mendapatkan pengusaha (operator) TBS? Bagaimanakah Maju Tmas terpilih sebagai pengusaha? Adakah melalui tender terbuka, telus dan mematuhi prinsip tadbir urus terbaik? Jika tidak, mengapa? Arahan siapa? MOT? MOF? SPAD? Saya kurang arif; Ust Ahnaf tahu jawapannya?

29. Apakah syarat-syarat yang ditetapkan dan berapa lamakah tempohnya? Adakah semua stakeholders dibawa berunding sebelum syarat-syarat ditetapkan? Jika tidak, mengapa? – soalan-soalan ini mungkin layak dijawab oleh MOT, MOF dan/atau UKAS. Mungkin Ust Ahnaf boleh bantu.

30. Siapakah yang menentukan jenis / komposisi / kuantiti / kualiti perniagaan dan apakah asas / rasional yang digunapakai dalam menentukannya? MOT / MOF / UKAS / DBKL / pengusaha?

31. Adakah Maju Tmas diberikan kebebasan (free hand) untuk memilih penyewa lot-lot ruang niaga dan menetapkan semua kadar bayaran mengikut suka hati / budi bicaranya? Jika ya, siapakah yang memberi kuasa kepadanya? Apakah syarat-syarat itu yang diberikan kepadanya?

32. Adakah syarat-syarat tersebut berintisarikan prinsip keadilan sosial, keterangkuman dan turut bertujuan melakukan social engineering, di samping menjaga kepentingan pengusaha? Jika tidak, mengapa?

33. Adakah proses pemilihan penyewa yang dilakukan Maju Tmas itu telus, adil dan berketerangkuman? Jika adil mengapa ada rungutan / demonstrasi? Apa dah jadi?

Atas: Penduduk demonstrasi terhadap Maju Holdings Bawah: TS Abu Shahid

Model Perniagaan

34. Suatu yang meruntun pertanyaan ialah model perniagaan di TBS BTS. Mengapakah kerajaan hanya menyediakan kemudahan perniagaan bertaraf high end bagi sebuah terminal bas (bukannya sebuah lapangan terbang) sedangkan para penggunanya rata-rata terdiri dari mereka yang berpendapatan rendah / sederhana / menengah rendah? Mengapakah pemaju / pengusaha TBS ini tidak menggunapakai konsep ‘mix & match’ sepertimana yang diamalkan oleh Mines Wonderland?

35. Mengapakh tidak mengikut konsep jenis perniagaan di KLIA (ada restoran mahal dan ada yang murah – food court) dan konsep pengangkutan udara (MAS / AirAsia / Fire Fly) di mana pengguna (mampu / kurang mampu) ada pilihan? Ust Ahnaf ada jawapannya?

36. Nampaknya pengusaha Singapura, Capital Retail, lebih mampu memahami tuntutan keadilan sosial rakyat Malaysia daripada rakyat Malaysia sendiri. Rakyat Malaysia yang miskin sudah tentulah mengharapkan keperihatinan kerajaaan. Mereka juga menyangkutkan harapan kepada mereka yang asalnya miskin dan kini telah menjadi kaya raya / berkuasa agar bersedia menjadi pohon rimbun sebagai tempat mereka berteduh.

37. Seorang pemimpin yang boleh dicontohi ialah YAB DS Ali Rustam. Mereka berdoa agar ramailah yang berhati budi seperti Ali Rustam. Sudag barang tentu tidak siapa mahu melihat Si Tanggang versi zaman digital economy.

38. Lantaran itu, sekiranya ruang niaga sekarang sudah tidak boleh lagi diubah dari segi penyewaan dan konsep perniagaannya, tidakkah boleh digunakan ruang kosong yang masih banyak – di siar kaki, di bawah tangga, di atas jambatan dan di kawasan lanskap / taman? Konsep kios, push cart dan warong sudah tentu boleh diperkenalkan asalkan kebersihan dan keselamatan diutamakan dan dipantau.

Ruang kosong di TBS BTS

39. Kadar sewanya hendaklah munasabah dan affordable kerana golongan peniaga yang disasarkan itu ialah peniaga kecil dan penjaja to accommodate golongan pengguna berpendapatan rendah. Kunci keuntungan ialah menjual barang dan perkhidmatan yang memenuhi cita rasa mereka dan harganya hendaklah dalam ruang lingkup kuasa beli mereka.

Kadar bayaran

40. Alternatif tersebut diketengahkan kerana difahamkan kadar bayaran yang ditetapkan oleh Maju Tmas bagi satu ruang lot kedai agak mahal – antara RM20 – RM26 kps sebulan. Adakah kadar itu adil dan berpatutan?

41. Kajian rambang dibuat di sekitar pusat runcit (retail centres) yang berhampiran menunjukkan bahawa kadar sewa ruang niaga adalah antara RM10 – RM12 kps sebulan. Ini bermakna kadar yang ditetapkan oleh Maju Tmas adalah antara 100% – 117% lebih tinggi dari kadar pasaran semasa! Berapa luas lot niaga yang disediakan? 100,000 kps? Maka jumlah pendapatan sewa bulannnya? Ust Ahnaf tentu tahu!

42. Dalam pada itu, kadar tempat letak kereta ialah RM4 sekali masuk sedangkan kadar di kawasan sekitar hanyalah RM2.50 sekali masuk; bermakna kadar Maju Tmas adalah sebanyak 60% lebih tinggi! Berapa petak kereta disediakan dan apakah anggaran volumn sebulan? 100,000 buah? Maka jumlah pendapatannya sebulan?

43. Seterusnya dilaporkan Maju Tmas mengenakan caj sebanyak RM40 bagi setiap kali bas masuk / keluar terminal. Penumpang pula dikenakan bayaran sebanyak RM1 melalui harga tiket bas yang dibeli (sudah dimasukkan). Berapa ribu bas / trip sebulan? 21,000? Berapa juta penumpang sebulan? Sejuta? Maka pendapatan pengusaha sebulan? Ust Ahnaf pasti tahu.

44. Sehingga kini saya menulis komponen ‘penerimaan / pendapatan dalam penyata kira-kira’. Siapa dapat menganggar / mengunjurkan jumlah pendapatan kasar bulanan yang bakal diperoleh oleh pengusaha? Ust Ahnaf mungkin ada angkanya.
45. Apakah pula anggaran / unjuran yang diberikan oleh pihak pengusaha kepada kerajaan? RM1 juta sebulan? Dan apa pula angka anggaran sebenar yang disimpannya? RM6 – RM7 juta sebulan?

Kos perbelanjaan

46. Bagaimana pula komponen ‘pembayaran / perbelanjaan’?

47. Sudah tentu pengusaha akan menanggung kos operasi seperti pengurusan, bil api, air dan telefon, pembersihan, keselamatan dan sebagainya.

48. Siapa dapat menganggar / mengunjurkan jumlah perbelanjaan bulanan yang bakal ditanggung oleh pengusaha? Ust Ahnaf mungkin ada jawapanya.

49. Apakah pula anggaran yang diberikan oleh Maju Tmas kepada kerajaan? RM2 juta? Maka pengusaha akan memohon subsidi daripada kerajaan untuk mengatasi defisit itu (RM2 juta – RM1 juta)? Dan apakah pula angka anggaran sebenar yang disimpannya? RM0.5 – RM0.6 juta?

50. Jika benar, maka berganda-gandalah keuntungan Maju Tmas! Kita setuju ia perlu meraih keuntungan sebab ia bukan badan kebajikan. Tetapi biarlah berpada-pada; bukan exorbitant / extortionate. Oh, ya. Tidakkah keuntungan bergunung seperti ini bertaraf riba’?

51. Soalan utama yang perlu ditanya berhubung dengan anggaran / unjuran perbelanjaan dan pendapatan yang dikemukakan oleh pihak pengusaha ialah:

a) Apakah asas / metodologi / benchmarks yang reliable yang digunakannya?

b) Siapakah di pihak kerajaan yang pakar, berpengalaman, berwibawa, kredibel dan berintegriti yang diberikan tugas untuk menyemak, interrogate, verify dan validate anggaran / unjuran yang dibuat oleh pengusaha itu?

Jika tak ada yang berkemampuan sedemikian, saya boleh syorkan seseorang.

52. Kedudukan e-ticketing perlu juga ditanya kerana (a) tujuannya baik iaitu untuk menjaga kepentingan penumpang bas daripada terus menjadi mangsa ‘ulat’ dan ‘tonto’ dan (b) dilaporkan pengusaha-pengusaha utama bas telah menolak sistem / kaedah yang disediakan oleh Maju Tmas.

53. Apa dah jadi? Apakah kerja yang telah oleh sebuah Jawatankuasa / Badan yang telah ditubuhkan sejak hujung 2009 khusus untuk menyediakan kemudahan yang baik dan efisien ini? Apakah senarionya apabila Terminal di Bukit Jalil ditutup mulai 15 Januari nanti dan bas-bas dari syarikat-syarikat tersebut pula tidak dibenarkan beroperasi di TBS BTS kerana enggan menggunapakai sistem e-ticketing berkenaan? MOT / PEMANDU / LPKP / SPAD / Ust Ahnaf mungkin ada jawapannya.

Soalan tambahan

54. Seterusnya saya mahu bertanya soalan tambahan berkenaan taman awam (public park), pembinaan 2,033 buah unit flat dan enam buah banglo tersergam milik taukeh Maju Holdings kerana ia ada kaitan dengan TBS BTS:

a) Adakah taman berkenaan milik kerajaan atau milik individu (milik Pengerusi Eksekutif Maju Holdings)?

b) Jika milik kerajaan, (i) mengapakah Pengerusi Eksekutif Maju Holdings mendirikan tembuk untuk menghalang orang awam bersantai di taman tersebut? dan (ii) mengapakah DBKL atau pihak berkuasa yang berkenaan terus membiarkan tembuk tersebut dibina hingga siap? Lantaran itu, salahkah jika masyarakat umum bertanggapan bahawa ada berlaku penyelewengan / rasuah?

c) Bilakah Maju Holdings akan menyiapkan 2,033 buah unit flat yang telah disyaratkan dan dipersetujui?

d) Adakah tanah di mana beberapa buah banglo tersergam yang telah dibina itu milik kerajaan atau milik individu (Pengerusi Eksekutif Maju Holdings)?

e) Jika milik kerajaan, mengapakah DBKL atau pihak berkuasa yang berkenaan terus membiarkan banglo-banglo tersebut dibina hingga siap? Lantaran itu, sekali lagi ditanya, salahkah jika masyarakat umum bertanggapan bahawa ada berlaku penyelewengan / rasuah? DBKL dan SPRM perlulah siasat dan jawab segera serta mengambil tindakan sewajarnya tanpa berdolak dalek.

Kesimpulan / Syor

55. Berpandukan kata-kata keramat “There are no mistakes in life, only lessons. But if you don’t learn from those lessons then it will be a mistake” maka Terminal Utara (TBU) dan Timur (TBT) yang bakal dibina hendaklah belajar daripada misfortunes TBS BTS ini.

56. Projek MRT bernilai RM36 bilion yang bakal dibina bulan Julai nanti, kira-kira 60 kali ganda lebih besar kosnya berbanding TBS tersebut, hendaklah segera belajar dari misfortunes berkenaan. Bukan membazirkan wang untuk belajar di Hong Kong dan London.

57. Apa dah jadi pada SPAD? Salahkah jika timbul tanggapan bahawa ia telah gagal menyelesaikan kemelut ini? Maka raison d’etre kewujudannya boleh dipersoalkan? Tidakkah ia seolah-olah hanya menambahkan lapisan birokrasi sahaja?

58. Lebih membimbangkan kita ialah kenyataan CEOnya yang terpukau dengan pengurusan MRT Hong Kong; seolah-olah Mamat ini baru terjaga dari tidor yang lama. Dia BARU tahu pembangunan hartanah, satu pendekatan yang telah lama digunapakai, is an integral part of MRT!

59. Alahai! Jika demikian, apakah nilai tambah yang dibawanya untuk menjayakan SPAD? Untuk apa Mamat ini dibayar gaji yang besar? Datanglah belajar dengan Ali Rustam for FREE.

60. SPRM wajar segera menjalankan siasatan untuk mempastikan wujud / tidak wujudnya unsur penyelewengan / rasuah.

61. Dewan Rakyat dan Dewan Negara wajar diberikan penjelasan lengkap mengenai kemelut ini dan penyelesaiannya dalam persidangan bulan Mac / April 2011 nanti.

Penghargaan

62. Rakyat menarik nafas lega apabila YAB DSN campur tangan. Sekalung penghargaan kepada beliau kerana memberi personal attention dan mengambil alih peranan sebagai nakhoda untuk menyelesaikan kemelut TBS BTS ini. Apakah impaknya ke atas menteri / pengerusi / CEO yang berkenaan?

  1. #1 by Hasan on January 15, 2011 - 10:05 am

    SalamDarah Tuah.

    Terima kasih kerana perihatin dan konsisten dengan isu yang ditimbulkan.

    Wakil MPM iaitu Usahanita, telah meninjau TBS-BTS. Jika inilah projek yang menjadi pembuka era NEM/RMK10/MTAB, ia adalah permulaanyang amat malang.

    Lihatlah sendiri keangkuhan kenyataan Abu Juling semasa ditanya mengenai kemelut ini.

    Apa pun cara menteri dan pegawai kerajaan menjalankan tga masih cara lama,makanya GTP kedua, transformasi pentadbiran kerajaan gagal. GTP 3 Model Baru Ekonomi bermula langkah kiri. MTAB patut bincang isu ni dalam mesy ke3nya pada 8 Feb ini.

    Hasan MPM

  2. #2 by sputjam on January 19, 2011 - 7:13 pm

    aduhai.
    wah lau.
    kenapa soalan yang sama tidak ditujukan kepada klcc, ipp, matrade centre dan sebagainya.

    pihak maju sudah lama perkenakan rakyat, dari episod pewaja steel lagi.
    kini, kumpulan ini hutang keliling pinggang, tetapi pemiliknya kaya raya dan angkuh.
    sebab kontraktornya bukan bumi adalh kerana ianya dibina secara ‘turnkey’,dimana bayaran sepenuh dibuat apabila bangunan siap sepenuhnya. jadi, bila siap, maka adik beradik abu daptlah wang ‘mark up’, dalam lingkungan puluhan juta bebas cukai. mana ada kontraktor melayu yang ada kekuatan kewangan dan boleh bagi ‘kick back’.
    ini kebiasaan perniaga melayu, kerana yang tanggung risiko, adalah golongan peminjam. Bila gagal nanti, berbagai alasanlah kerajaan melayu kita akan beri untuk menyelamat pihak peminjam, saperti surat sokongan atau khuatir bank muflis.

    banyak lagi projek yang di swastakan yang pada pendapat saya, telah gagal. tetapi berbuih mulut sahaja kalau saya hendak menyebut kesemuanya.

    lebih baik kita semua bersenyap sahaja. kalau komplen, nanti kena ISA pula.

  3. #3 by cik k on April 17, 2011 - 3:56 pm

    salam.saya ingin bertanya dan mendapatkan sedikit info pasal TBS ni.berkaitan dengan final project saya.saya adalah student Interior Architecture Uitm Perak.kalau tuan punya blog dapat jawab soalan saya:kalau saya propose untuk buat retail Tourism Malaysia dalam lot TBS,sape akan jadi owner lot 2 nanti?pihak TBS,ataupun tourism malaysia?saya confuse.X_X.saya dah cuba contact email TBS,tapi takde sebarang respons.-boleh reply kat email saya minami_kay@yahoo.com-thanx

  4. #4 by cik k on April 17, 2011 - 3:57 pm

    hope reply a.s.a.p

  1. ISU HUTANG NEGARA « Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: