SAH! DSN Berjaya Mengemudikan Ekonomi Negara

Kesimpulan 2009

1. Pada 3 November 2009 saya telah menulis “Berjayakah Najib mengemudikan ekonomi negara?”. Kesimpulan saya pada masa itu ialah:

“Kombinasi parameters berkenaan [inflasi, kadar pengangguran dan jualan barangan pembuatan] menunjukkan DSN telah berjaya mengemudikan negara untuk keluar dari cengkaman kemelesetan ekonomi dunia dengan cemerlangnya.”

2. Kini prestasi ekonomi negara bagi tahun 2010 yang menggunakan ukuran pertumbuhan KDNK (GDP) sebagai proksinya telah diummkan pada 18 Februari 2011. Kadarnya ialah 7.2%; jauh lebih tinggi dari 2% – 3% yang diunjurkan semasa DSN membentangkan Bajet 2010 pada 23 Oktober 2009. Juga melebihi unjuran yang disemak semula semasa membentangkan Bajet 2012 – diunjurkan 7%. Sekalung tahniah, DS.

 

Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada DSN di atas kejayaan cemerlang beliau semasa di masjid Kg Cenderah sempena lawatan beliau ke Melaka pada 19 Februari 2011

Cemerlang

3. Kejayaan tersebut sungguh cemerlang dalam konteks persekitaran ekonomi global yang hostile. Ianya amat wajar diraikan kerana ia merupakan kadar pertumbuhan yang tertinggi sejak sedekad yang lau. Kadar tertinggi sebelum ini ialah pada tahun 2000 (8.9%).

4. Pengumuman tersebut mengesahkan bahawa kepimpinan DSN telah berjaya mengemudikan ekonomi negara keluar dari cengkaman kemelesetan ekonomi dunia. Kemelesetan tersebut telah menyebabkan ekonomi negara kita turut merudum – mencatatkan pertumbuhan negatif (-)1.7% pada tahun 2009!

5. Apa yang lebih membanggakan ialah pencapaian tersebut adalah dalam konteks output mix yang rakyat mahukan; bukan satu angkubah sahaja – kadar pertumbuhan GDP. Apa yang rakyat mahukan?

Apa rakyat mahukan?

Peluang pekerjaan

6. Pertama, selain dari aktiviti ekonomi yang rancak itu, ialah peluang pekerjaan yang banyak. Terbukti kerajaan telah berjaya menjana peluang tersebut apabila kadar penggangguran sehingga suku ketiga 2010 kekal di bawah 4%.

7. Mengikut definisi ILO, tahap tersebut (3.2% pada suku ketiga) boleh diistilahkan sebagai mencapai tahap guna tenaga penuh (full employment). Lalu bukan sahaja rakyat Malaysia dapat menikmati peluang pekerjaan itu dan menambah rezeki masing-masing malah warganegara asing yang berada di sini, dianggarkan lebih 1.6 juta orang, turut menikmati faedah tersebut.

8. Bilangan orang yang mendapat pekerjaan telah meningkat hampir 2%, dari 11,047,600 orang (suku pertama 2010) kepada 11,234,800 orang (suku ketiga 2010) manakala bilangan pengganggur pula telah dapat dikurangkan kira-kira 11%, dari 421,100 orang kepada 376,400 orang dalam tempoh yang sama.

9. Ini bermakna ungkapan ‘Rakyat Didahulukan, Presatasi Diutamakan’ telah menjadi kenyataan; bukanlah satu retorik!

10. Pencapaian DSN yang sangat baik ini amat kontras, misalnya, dengan prestasi muram Obama, Sarkozy dan Brown / Cameron yang sedang berhempas pulas untuk mengatasi masalah pengangguran yang tinggi di negara mereka (USA = 9.1%, Perancis = 9.7% dan UK = 7.9%), malah di seluruh EU juga, sekalipun GDP masing-masing telah mencatatkan pertumbuhan yang positif (USA = 2.9%, Perancis = 1.5% dan UK = 1.6%).

11. Pertumbuhan ekonomi yang positif tetapi kadar pengangguran kekal tinggi bermakna, dalam bahasa yang mudah, negara sihat tetapi rakyat menderitai penyakit kemiskinan; umpama itek di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan! Begitulah analogi senario kehidupan rakyat USA, Perancis dan UK masa kini.

Kadar inflasi sederhana

12. Kedua, ialah kadar inflasi yang sederhana (moderate), sebagaimana yang diperlukan oleh mana-mana ekonomi; bukan deflasi (seperti Jepun = -0.8%), bukan rendah (seperti Belanda = 1.1%) dan bukan hyper inflation (seperti Venezuela = 28.3%). DSN berjaya menguruskan kadar inflasi di tahap sederhana (1.7%). Ianya baik untuk masyarakat peniaga dan tidaklah pula menghakis disposable income atau kuasa beli jika pendaptan isi rumah meningkat lebih tinggi dari kadar inflasi itu.

13. Menggunakan GNI per kapita sebagai proksi, sesungguhnya pendapatan isi rumah telah meningkat sebanyak 6.8% antara tempoh 2009 dan 2010, dari RM23,567 setahun kepada RM25,180 setahun. Jelas ianya lebih tinggi dari kenaikan inflasi sebanyak 1.7% bagi tenpoh yang sama.
Kadar kemiskinan rendah

14. Ekoran daripada pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pendapatan itu, maka kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan dari 5.7% pada tahun 2004 kepada 3.8% pada tahun 2009. Kadar ini jauh lebih rendah dari apa yang terdapat di USA di mana kadar kemiskinannya adalah sekitar 14.3% (di kalangan Kulit Hitam, kadarnya ialah 25.8%!); hampir 4 kali ganda lebih tinggi dari Malaysia!

15. Yang lebih unik dan istemewa ialah jurang pendapatan telah dapat dirapatkan. Menggunakan Gini Coefficient sebagai ukuran proksi intra kaum / kawasan, jurang berkenaan di peringkat Malaysia telah dapat dikecilkan dari 0.462 (2004) kepada 0.441 (2009). Jurang intra bagi semua kaum utama juga telah dapat dirapatkan.

Jurang rapat

16. Menggunakan pula nisbah pendapatan sebagai ukuran proksi jurang antara (inter) kaum / kawasan, jurang luar badar / bandar telah mengecil dari RM1 bagi luar bandar dan RM2.11 bagi bandar pada tahun 2004 (1:2.11 ) kepada RM1 di luar bandar dan RM1.85 di bandar (1:1.85) pada tahun 2009. Jurang pendapatan antara kaum juga telah mengecil.

17. Pencapaian cemerlang ini berbeza dengan apa yang berlaku, misalnya, di USA di mana jurang pendapatan terus melebar sejak tahun 1970an. Begitu juga dengan Singapura. Sebenarnya, kejayaan yang dilaungkan itu cuba menyembunyikan pekung yang busuk – jurang pendapatan yang semakin melebar! Misalnya, berdasarkan ukuran Gini Coefficient, jurang ketidaksamarataan di Singapura telah melebar dari 0.440 pada tahun 1990 kepada 0.485 pada tahun 2007.

18. Lantaran harapan pihak pembangkang agar kesan domino di Timur Tengah berjangkit ke Malaysia amatlah tipis. Di Mesir, misalnya, kadar inflasi, pengangguran dan kemiskinan berganda lebih tinggi dari Malaysia – masing-masing 11.4%, 8.9% dan 20%. Berhentilah berangan-angan dan janganlah menjadi Don Quixote di zaman digital economy ini.

Menakjubkan

19. Berdasarkan analisa ini, adalah tidak susah jika tumpuan hanya diberikan kepada satu angkubah sahaja misalnya merangsang pertumbuhan ekonomi atau mengawal inflasi. Budak tadika pun boleh melakukannya.

20. Yang susah dan sukar ialah menghasilkan output mix (kadar pengangguran yang rendah, kadar inflasi sederhana, kadar kemiskinan yang rendah dan jurang pendapatan semakin rapat) sepertimana yang berjaya dibuktikan oleh pemimpin negara kita seperti Tun M dan DSN. Obama, Sarkozy dan Brown / Cameron terbukti GAGAL. Joesph Staglitz dan Paul Krugman pun, pakar ekonomi yang saya minati, tak akan berjaya menghasilkannya.

21. Sesungguhnya kejayaan DSN ini adalah suatu yang menakjubkan! Terbukti ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ telah menjadi kenyataan; bukan selogan semata-mata. Ada peminpin mana-mana negara mampu menandingi beliau?

Sederap melangkah

22. Maka marilah kita sama-sama melangkah sederap dan berganding bahu dalam membantu DSN merealisasikan 1Malaysia dan Wawasan 2020 bagi faedah kita dan anak cucu kita jua.

23. Justeru, saya ingin mengulangi dua ayat terakhir artikel saya pada 3 November 2009 itu kerana telah terbukti DSAI dan Nik Aziz tak berkeupayaan mempamerkan kebijaksanaan ini:

“Walau apapun, kesejahteraan hidup yang lebih baik di bawah konsep 1Malaysia akan dapat dinikamati oleh penduduk negara ini bagi tempoh yang lebih lama lagi jika sokongan padu terus diberikan kepada DSN untuk sama-sama menguruskan negara ini.

Sama-samalah kita fikirkan dengan tenang!”

  1. #1 by bulma on February 24, 2011 - 8:16 am

    Datuk terima ksih menulis artikel ni yg memberi info..Tahniah DSN diats kejyaan ni..Hidup BN..

  2. #2 by darahtuah on February 25, 2011 - 2:23 am

    Ribuan terima kasih, bulma.

  3. #3 by notheblaey on February 25, 2011 - 10:37 am

    betul..tetapi increasing GDP tidak disertai dengan increasing tax revenue…negara nmpk bgus tp hasil pndptn dr cukai kurg

    • #4 by darahtuah on February 26, 2011 - 9:26 pm

      notheblaey,

      Eloklah buktikan apa yg diperkatakan itu.

      T/kasih

  1. DSN dan DAR: BIJAK MAJUKAN NEGERI, MAKMURKAN RAKYAT « Hidup Tuah!
  2. Mengemudikan Ekonomi Negara – DSN Lebih Berjaya Dari Obama, Hollande & Cameron! | Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: