DATUK SERI ALI RUSTAM MEMBELA RAKYAT; PEMBANGUNAN TERANGKUM & BERIMBANG

YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam telah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka sejak 2 Disember 1999. Dalam tempoh sebelas tahun it, kita telah dapat menikmati HASIL (bukan sekadar janji) komitmen beliau dalam meningkatkan taraf hidup rakyat, khususnya membela golongan miskin, di samping menjana pertumbuhan ekonomi Melaka.

Dalam kata-kata lain, beliau turut melaksanakan strategi KETERANGKUMAN melalui pendekatan pembangunan BERIMBANG untuk memastikan orang miskin tidak terpinggir dari arus pembangunan ke arah merealisasikan Visi Melaka Maju menjelang 2010 nanti.

Oleh kerana ianya telah dilaksanakan selama sebelas secara berterusan maka, pada adatnya, sememanglah kejayaan ini tidak lagi menjadi news. Dan pada kebiasaanya timbullah kecenderungan to take things for granted. Ia bolehlah dikatakan sama dengan kita take for granted basikal boleh bergerak di atas dua roda; pentik suis di dinding, api dalam gelas menyala; radio ada suara serta TV ada gambar orang bergerak dan bercakap.

Percayalah generasi pertama yang melihat kejadian ini bolehlah dikatakan gayat menyaksikannya. Tetapi kita yang kononnya tidak gayat ini pun tidak tahu hendak jelaskan secara saintifik bagaimana basikal boleh berjalan di atas dua roda itu, macam mana pula kuasa letrik mengalir, gelombang suara bergerak dan satelit berfungsi.

Namun kita take for granted konon-kononnya kita faham.

Begitu jugalah kita take for granted usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh para pemimpin kita, termasuklah usaha Datuk Seri ini. Kita take for granted seolah-olah ianya boleh terhasil/terjadi dengan mudah. Kun fayakun!

Berbalik kepada berkat usaha Datuk Seri itu, kadar kemiskinan, misalnya, telah dapat dikurangkan daripada 5.7% pada tahun 1999 kepada 0.5% pada tahun 2009. Kadar kemiskinanan ini bukan sahaja terendah di Malaysia malah juga terendah di kalangan 33 buah negara anggota OECD.

Dalam tempoh yang sama, purata pendapatan isi rumah bulanan telah meningkat 85%, dari RM2,260 kepada RM4,184; lebih tinggi dari Malaysia (RM4,025).

Sesungguhnya semua kaum dibela kerana pendapatan masing-masing meningkat dalam tempoh yang sama; pendapatan Bumiputera melonjak 118%, Cina melompat 58% dan India menokok 16%! Yang demikian, dalam tempoh yang sama jurang pendapatan antara kaum dan antara luar bandar / bandar telah turut mengecil. Misalnya, jurang pendapatan antara luar bandar / bandar telah menegcil sebanyak 7% dalam tempoh yang sama itu.

Sebagai bukti bahawa sesungguhnya pendapatan penduduk Melaka telah mengukuh ialah bilangan kereta dan motosikal baru telah melonjak 41%, dari 29 buah pada tahun 2000 kepada 41 buah bagi setiap 1,000 penduduk pada tahun 2010.

Keberkesanan usaha beliau terletak pada kekuatan strategi serampang dua mata. Pertama, inisiatif makro yang merangsang pertumbuhan ekonomi, merancakkan aktiviti perniagaan, mengawal inflasi di tahap yang sederhana (2010 = 1.9%) dan menambah peluang pekerjaaan sehingga mencapai tahap guna tenaga penuh sepanjang sebelas tahun yang lalu.

Melaka berjaya mencatatkan kadar pengangguran terendah di Malaysia pada tahun 2000 dan 2001, 2004 – 2006, 2008 dan 2009 (2.4%). Sekalipun Melaka turut menerima tempias tsunami ekonomi dunia, namun kadar pengangguran hanya pada tahap 0.8% pada suku ketiga 2010; bermakna kita terus menikmati guna tenaga penuh sedangkan kadar pengangguran, misalnya, di Amerika Syarikat meningkat kepada 9.6% dan di Sepanyol pula melonjak kepada 19.8%!.

Sekali lagi kita boleh berbangga bahawa kadar pengangguran di Melaka pada tahun 2010 bukan sahaja terendah di Malaysia malah juga terendah di kalangan 33 buah negara OECD.

Kedua, inisiatif mikro iaitu menumpukan secara khusus kepada kumpulan sasar (orang miskin/kurang bernasib baik). Pendekatan ini adalah untuk memastikan tidak berlakunya keterpinggiran, ketirisan dan keciciran. Sebagai contoh, bagi tempoh 2001 – 2010, beliau telah mengeluarkan peruntukan hampir RM452.37 juta untuk:

• membina baru/membaiki rumah rakyat termiskin sebanyak 4,907 buah dengan kos RM46 juta,

• membantu fakir miskin melalui MAIM sebanyak RM59.8 juta,

• membantu mereka yang susah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Tabung Amanah Kebajikan sebanyak RM228 juta, dan

• memberi biasiswa/pinjaman/bantuan pendidikan berjumlah RM118 juta.

Memahami kesulitan hidup para sidang dan sumbangan mereka kepada masyarakat, elaun 244 orang sidang telah dinaikkan mulai 1 Mac 2008. Elaun baru mereka adalah antara RM250 – RM350 sebulan, bergantung pada tempoh perkhidmatan masing-masing. Elaun baru ini dicampur dengan pendapatan mereka yang sedia ada telah melonjakkan mereka keluar daripada tahap kemiskinan (RM740 sebulan).

Kenaikan elaun mereka adalah antara RM190 – RM230 sebulan atau antara 209% – 317%. Kenaikan ini jauh mengatasi kenaikan harga minyak sebanyak 41%! Kenaikan tersebut memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM621,700 sebulan atau 255%, dari RM244,200 sebulan kepada RM876,600 sebulan.

Lebih awal daripada itu, Kerajaan Negeri Melaka telah menaikkan gaji guru Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM mulai Januari 2008 lalu antara 35% – 160%. Gaji guru SRA tanpa SPM telah dinaikkan daripada RM288 sebulan kepada RM750 sebulan. Gaji guru SRA yang memiliki SPM pula telah dinaikkan dari RM806 sebulan kepada RM1,090 sebulan. Gaji maksima mereka dinaikkan kepada RM2,000 sebulan.

Bagi tujuan ini, JAIM perlu membayar RM15.6 juta sebulan berbanding RM10.3 juta sebelumnya (+52%). Yang signifikannya ialah, kini, semua guru SRA berada di atas paras kemiskinan!

Strategi terbaru beliau untuk menolong orang susah ialah dengan memberi pekerjaan kepada orang fakir MAIM yang sihat. Seramai 223 orang mendapat faedah tersebut dengan bayaran sebanyak RM856,300 pada tahun 2010.

Mereka yang berminat berniaga pula diberi bantuan permulaan perniagaan. Seramai 279 orang menerima bantuan berkenaan pada tahun 2010 yang berjumalah RM408,500.

Keseriusan Datuk Seri untuk menangani kemiskinan dapat dilihat melalui usaha beliau melaksanakan bancian ke atas semua isi rumah miskin yang terdapat di Melaka. Bancian tersebut telah dijalankan pada bulan November 2007. Pada bulan tersebut, semua isi rumah miskin tegar telah dihapuskan.

Oleh kerana majoriti yang miskin itu adalah orang Melayu maka penerima utama faedah dari hasil usaha Datuk Seri ialah orang Melayu. Salah satu buktinya ialah kadar kemiskinan orang Melayu telah menurun kepada 0.5% pada tahun 2009 berbanding 4.3% pada tahun 1999.

Pencampaian gemilang ini membuktikan iltizam Datuk Seri untuk mencapai kemiskinan sifar hampir tercapai. Dalam pada itu, beliau sedar bahawa kenaikan purata Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dari RM740 kepada RM800 sebulan bagi setiap isi rumah dan ancaman kenaikan harga pelbagai komoditi ekoran dari kenaikannya di pasaran dunia seperti minyak/disel, arang batu, gula, tepung dan minyak masak serta kemelesetan ekonomi dunia yang masih belum pulih sepenuhnya menjadikan usaha beliau tambah mencabar lagi.

InsyaAllah, berkat usaha dan sokongan padu semua pihak, azam serta iltizam tersebut akan berjaya direalisasikan. Tanda-tanda awal yang menunjukkan kejayaan beliau mengeluarkan Melaka dari kemelut ekonomi tersebut adalah sepertimana yang saya tulis dalam MHI pada 28 Oktober 2009 lalu. Kini kejayaan tersebut semakin mantap.

Bagi ekonomi orang Islam, kejayaan Datuk Seri itu dapat dilihat melalui kutipan zakat Melaka yang terus meningkat. Kutipan zakat melonjak 14.1% pada tahun 2009 (RM30.7 juta) berbanding 2008 (RM26.9 juta). Pada tahun 2010 pula, ia mengukuh 10.7% dengan kutipan sebanyak RM34 juta berbanding tahun 2009 manakala bilangan pembayar zakat pula bertambah 9.6% (+2,353 orang) kepada 26,947 orang.

Sekali gus ia membuktikan bahawa Datuk Seri, melalui strategi keterangkuman dan pendekatan pembangunan berimbang, telah berjaya menguruskan ekonomi negeri dengan cemerlangnya, termasuk ekonomi orang Islam, mampu membela nasib rakyat dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Nampaknya beliau telah berjaya merealisasikan ayat suci ini:

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya) – maksud firman Allah dalam Surah Al Baqarah, Ayat 215.

Syukur alhamdullillah.

 

Sila klik gambarajah untuk perbesarkan imej.

  1. #1 by AMS on February 28, 2011 - 5:37 pm

    Kami menyediakan 3 Rumah Sewa dan 1 Hostel di Melaka. Semua dilengkapi kemudahan asas seperti TV, kettle, Iron dan berdekatan Kedai Runcit.
    Hubungi En Azman/ Pn Suraini 0123736548 / 0136042525 / 065293031 dan layari http://jasinhomestay.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut.

  2. #2 by Cencaluk on February 28, 2011 - 5:51 pm

    Salam,

    Rakyat Melaka seharusnya bersyukur dan berterima kasih dengan Kerajaan Negeri yang sentiasa membela dan memastikan tiada rakyat Melaka yang terpinggir daripada pembangunan dan kemajuan.

    Melaka ada PEMBELA yang membela rakyat Melaka yang susah. Cuba kita bandingkan Melaka dengan Negeri-negeri yang lain apakan pembangunan yang ketara setiap negeri di Malaysia capai.

    Melaka dapat mencapai Negeri maju serta memakmurkan rakyatnya dalam tempoh yang singkat, ini membuktikan kerja keras yang digembeling oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan apa yang dirancang dapat dicapai.

  3. #3 by Cencaluk on February 28, 2011 - 5:54 pm

    Salam,

    Dijemput semua bloger yang ada di melaka dapat kiranya memberikan KOMEN mengenai MELAKA sekaligus memberi rating berapa bintang MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH. Seelok-eloknya bloger luar daripada melaka.

    Kalau rajin cuba tempat yang disyorkan ini:-

    1) Di Bukit Beruang roti canai yang memang popular

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: