KEGEMILANGAN MELAKA, 2000 – 2010

DAR telah diberi mandat dan amanah untuk memajukan negeri Melaka dan penduduknya sejak 2 Disember 1999. Beliau tidak mensia-siakan amanah rakyat itu; bahkan telah memikul dan melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab selama 11 tahun yang lalu.

Apa yang dibanggakan dan disyukuri oleh rakyat Melaka dan juga rakyat dari luar Melaka yang mencari rezeki di bumi bertuah ini, termasuk dari Kelantan, ialah beliau telah deliver dengan cemerlangnya. Kecemerlangan prestasi beliau itu telah mengangkat kegemilangan Melaka sehingga mencapai tahap negeri maju, sepertimana yang diisytiharkan oleh YAB PM DSN tepat jam 20:10 20/10 / 2010.

Pencapaian cemerlang tersebut dapat disaksikan melalui 25 output and outcome mix seperti di bawah. Pada masa yang sama, dalam 6 bidang, DAR telah berjaya membawa Melaka ke tahap yang lebih tinggi lagi; mengatasi tahap 33 buah negara anggota OECD (Organization for Economic Cooperation) – dikatakan kelab negara-negara maju.

Sudah tentulah pencapaian gemilang ini amat membanggakan kita semua kerana sekali gus beliau telah terbukti mampu mengangkat maruah, martabat dan darjat bangsa, agama dan negara. Inilah model pemimpin yang berkualiti dan berwibawa.

Disedari rakyat mahukan kepimpinan yang berkualiti tinggi. UMNO/BN Melaka telah berjaya menzahirkan kepimpinan yang berkualiti dan berwibawa itu – DAR!

Keindahan Sg Melaka setelah ianya dibersih dan dimajukan; kini menjadi produk pelancungan yang terunggul di Melaka – pusat baru pertumbuhan ekonomi dan menjana rezeki bagi penduduk Melaka.

SENARAI 25 PENCAPAIAN GEMILANG MELAKA

1. EKONOMI (KDNK) BERKEMBANG PESAT (84%) – DARI RM10.1 BILION KE RM18.5 BILION

2. PENDAPATAN PER KAPITA MENINGKAT 41% – DARI RM16,674 KE RM23,558

3. PENDAPATAN PURATA ISI RUMAH BULANAN MENGUKUH 85% – DARI RM2,260 KE RM4,184

4. KADAR KEMISKINAN HAMPIR SIFAR (0.5%)

5. JURANG PENDAPATAN LUAR BANDAR / BANADAR MENGECIL 7%.

6. PELUANG PEKERJAAN MELOMPAT 36% – DARI 231,514 KE 314,400

7. KADAR PENGANGGURAN HAMPIR SIFAR (0.8%)

8. KENAIKAN HARGA RUNCIT SEDERHANA (PURATA BAWAH 2.5% SETAHUN)

9. BILANGAN PELANCONG MELONJAK 337% – DARI 2.2 JUTA KE 10.4 JUTA

10. HASIL KERAJAAN NEGERI MENOKOK 96% – DARI RM153 JUTA KE RM300 JUTA

11. HASIL 5 JABATAN PERSEKUTUAN MENJULANG 720% – DARI RM288 JUTA KE RM2.4 BILION

12. KADAR PENYERTAAN SEKOLAH RENDAH & MENENGAH = 100%

13. KADAR PENYERTAAN IPT MENINGKAT 108% – DARI 40.3% KE 83.8%

14. KADAR CELIK HURUF MENINGKAT DARI 93.7 % KE 95.5%

15. BIL. PELAJAR IPT MELOMPAT 91% – DARI 31,339 KE 59,942

16. JUMLAH RUMAH AWAM KOS RENDAH TELAH DIBINA = 13,855

17. JUMLAH RUMAH PPRT TELAH DIBINA = 4,902 BUAH; KOS = RM46.0 JUTA

18. BANTUAN KEPADA FAKIR MISKIN (MAIM) = RM60 JUTA

19. BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN = RM228 JUTA

20. BANTUAN PENDIDIKAN = RM118 JUTA

21. KUTIPAN ZAKAT MENJULANG 305% – DARI RM8.4 JUTA KE RM34.0 JUTA

22. JALAN RAYA DIBINA = 20,568 KM

23. PERATUS PENDUDUK MENDAPAT BEKALAN AIR DAN ELKTRIK = 100%

24. BIL. PENDAFTRAN KERETA & MOTORSIKAL BARU PER 1,000 PENDUDUK MENOKOK 39% – DARI 29.4 BUAH KE 40.9 BUAH.

25. SELURUH NEGERI MAMPAN = >80 MATA

PENCAPAIAN MELAKA YANG TERBAIK DI MALAYSIA DAN DI KALANGAN 33 BUAH NEGARA OECD, 2009:

1. KADAR KEMISKINAN = 0.5%

2. KADAR PENGANGGURAN = 0.8%

3. KADAR INFLASI TERENDAH = 0.1%

4. KADAR JENAYAH TERENDAH = 744 PER 100,00 PENDUDUK

5. BEKALAN AIR PAIP BERSIH = 100%

6. BEKALAN ELEKTRIK = 100%

  1. #1 by Kenn on March 3, 2011 - 4:11 pm

    Kudos kepada Datuk Ali Rustam dan barisan kepimpinan negeri Melaka. Yang masih buat taik di Melaka, patut diberi pengajaran yang sewajarnya.

    MELAKA Boleh!!! Tapi ada juga yang buat TAIK!!

  2. #2 by anak melaka on March 3, 2011 - 7:34 pm

    Apa sudah jadi? Organization for Economic Cooperation and Development(OECD) mengesahkan bahawa mereka tidak pernah mengiktirafnegeri Melaka sebagai negeri maju kerana ianya di luar bidang kuasa mereka.
    Wakil OECD, Jon Hall berkata melalui email yang dihantar ke Malaysia Insider, bahawa media mungkin telah salah faham mengenai peranan OECD dalam isu ini kerana, OECD sendiri tidak mempunyai kapasiti untuk mengiktiraf taraf kemajuan sesebuah negara atau negeri.Berikut adalah petikan Jon Hall di dalam emailnya:
    “The OECD did not endorse the Malaccan declaration, mainly because we are not in a position to do so.”
    “As I tried to stress in my speech on Wednesday (October 20), there is no official definition of a developed country (at least none that I am aware of) so the OECD are in no position to set the criteria,”
    Hall, juga turut berada pada malam 20 Oktober 2010 disamping Ketua Menteri Melaka, Mohd. Ali Rustam untuk majlis pengisytiharaan tersebut. Tapi dia mengatakan bahawa dia tidak jelas tentang maksud perasmian terbabit kerana tiada juru alih bahasa untuk memberitahunya apa yang berlaku.
    Selepas sahaja pengisytiharaan, pegawai-pegawai OECD memaklumkan kepada Hall samada OECD mempunyai kuasa untuk mengiktiraf Melakasebagai negeri maju.
    Tapi, walau apa pun, Hall juga mengatakan ianya tidak salah sekiranya Melaka mengambil indikator OECD dalam menilai tahap ekonomi sesebuah negara di mana, di dalam laporan, Melaka telah melepasi kesemua 32 indikator yang ditetapkan oleh OECD untuk 33 buah negara yang lain seperti mana ucapannya:
    “The criteria you mention were set by the Malaccan statistics office and benchmarked against OECD member countries — all that work was done by the Malaccan authorities although they used the OECD data where possible, I believe,”
    “They felt that one way would be to benchmark themselves to the OECD averages, which to me, seems as a reasonable approach as any so long as they picked a selection of indicators (not just income-based ones) and had a public debate,”
    Namun bagi kami, yang layak untuk menyatakan sesebuah negeri itu maju, adalah rakyat negeri Melaka sendiri. Sekiranya mereka merasakan bahawa sememangnya Melaka layak di gelar Melaka Maju, maka itu adalah pandangan mereka.

  3. #6 by man on April 6, 2011 - 2:10 pm

    Orang Melayu masih banyak menjadi “pembeli ikan bilis” drp ” peniaga jerung”

  1. PR DAN NEGARA KEBAJIKANNYA? « Hidup Tuah!
  2. DSN dan DAR: BIJAK MAJUKAN NEGERI, MAKMURKAN RAKYAT « Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: