DAR – TEMPAT RAKYAT TUMPANG BERTEDUH

1. Dalam kerancakan berkempen bagi PRK Merlimau, antara isu hangat yang dibangkitkan berulang kali oleh pihak pembangkang ialah kenaikan harga barang atau inflasi. Mereka menyalahkan kerajaan BN kerana kenaikan itu.

2. Menjadi lebih hangat bercampur sinis apabila mereka maksudkan huruf ‘BN’ sebagai ‘Barang Naik’; bukan Barisan Nasional! Ia bertukar menjadi jenaka apabila orang BN pula bertanya ‘barang mereka tak naik ke?’

3. Isu yang hendak saya ketengahkan kali ini ialah jika prestasi kerajaan kurang baik, misalnya kadar inflasi tinggi seperti yang berlaku di Venezuela, maka kerajaanlah yang disalahkan. Jika penganggur ramai (kadar pengangguran tinggi), seperti yang berlaku di Mesir dan USA, maka kerajaan jugalah yang salah. Jika kemiskinan berleluasa seperti yang berlaku di Somalia maka kerajaanlah yang dipersalahkan.

4. Tetapi jika kerajaan berjaya menangani semua penyakit tersebut tidaklah pula kedengaran riuh rendah mereka (pembangkang) memuji kerajaan. Mereka akan dengan selamba pula berkata itu memang tanggungjawab kerajaan.

9 Tanggungjawab

5. Mereka buat-buat lupa bahawa bukan semua kerajaan telah melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat masing-masing, seperti yang dapat dilihat di Indonesia 15 – 35 tahun lalu; di Tunisia, di Mesir dan di Kongo pada masa ini; bahkan juga di Kelantan sejak 21 tahun yang lalu. Ia sama seperti ibubapa dan anak-anak yang sepatutnya bertanggungjawab antara satu sama lain.

6. Adalah jelas di depan mata bahawa tidak semua di kalangan mereka itu menyempurnakan tanggungjawab masing-masing. Sebagai contoh, kerana terdapatnya ibubapa yang lalai dalam menunaikan tanggungjawabnya maka terdapat anak-anak yang terjebak dengan najis dadah.

7. Kerana adanya anak-anak yang gagal dalam melaksanakan tanggungjawab mereka maka terdapatlah ibubapa yang terlantar di rumah orang tua.

8. Dalam konteks kerajaan, apakah tanggungjawab yang diharapkan oleh rakyat agar disempurnakan untuk mereka? Dijangka tentulah banyak tetapi biarlah saya senaraikan 9 tanggungjawab utama saja; saya juga rakyat.

9. Pertama, tentulah aman dan selamat. Dalam hal ini, kerajaan negeri Melaka di bawah kepimpinan DAR telah berjaya mewujud dan mengekalkan 2 elemen penting dalam kehidupan. Sebagai contoh, kadar jenayah di Melaka hanyalah 744 per 100,000 penduduk. Ia bukan sahaja terendah di Malaysia bahkan juga terendah di kalangan 33 buah Negara OECD. Lalu kita selamat dari ancaman anarki dan penjenayah seperti yang berlaku di Afghanistan, Somalia dan Nigeria.

10. Kedua, perpaduan dan keharmonian antara kaum. Elemen ini adalah tiang seri kepada keamanan, keselamatan dan kemakmuran negara. Syukur alhamdullilah, keharmonian kaum seperti yang terpancar di Jalan Harmoni sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi kini terus kekal. Lalu kita terlupa sejarah hitam yang bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1969 dan kita tak beri perhatian kepada pertembungan agama di Ambon dan di Ireland.

11. Ketiga, kita mahukan kebebasan bersuara sepertimana yang terpahat dalam Perlembagaan Negara. Dalam konteks ini, kita seharusnya mampu menghargai kebebasan yang diberikan oleh kerajaan BN, hinggakan boleh mencerca Ketua Menteri tanpa berasa terancam akan disaman.

12. Ia berbeza dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang yang nampaknya ingin mengikut jejak langkah LKY. Dalam pada itu, rakyat hendaklah pula bijak menggunakan kebebasan itu. Ia wajib diiringi oleh rasa tanggungjawab, sepertimana yang dituntut oleh undang-undang.

13. Keempat ialah kepesatan pembangunan ekonomi. Pembangunan ekonomi yang pesat akan memberi peluang perniagaan untuk meraih keuntungan serta mewujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti agar mendapat gaji yang lumayan.

14. Sekali lagi kita boleh bersyukur kerana dalam tempoh 11 tahun yang lalu, DAR telah berjaya mengekalkan kerancakan pertumbuhan ekonomi pada kadar purata 5.4% setahun. Pada tahun lalu, kadar pertumbuhan KDNK Melaka amat memberangsangkan iaitu sebanyak 7%!

15. Dengan pertumbuhan yang rancak itu, maka banyaklah peluang pekerjaan telah mampu diwujudkan hinggakan kadar pengangguran pada suku ketiga 2010 adalah ditahap terendah (0.8%) di seluruh Malaysia dan negara OECD! Ini adalah tanggungjawab kelima terhadap rakyat.

16. Keenam ialah menambah pendapatan. Dengan keuntungan yang besar dan gaji yang lumayan maka tentulah kerajaan telah berjaya mwujudkan suasana yang kondusif untuk meningkatkan pendapatan rakyat. Lantaran itu, purata pendapatan bulanan isi rumah telah melonjak 286% antara tahun 1999 (RM2,260) dan 2009 (RM4,184).

17. Ketujuh ialah membasmi kemiskinan. Dengan berlandaskan strategi yang tepat iaitu memacu pertumbuhan ekonomi agar pesat berkembang, mewujudkan suasana ekonomi yang kondusif dan menjana peluang pekerjaan yang berkualiti maka pendapatan isi rumah telah melonjak setinggi 286%.

18. Lonjakan pendapatan itu sekaligus telah mampu mengurangkan kadar kemiskinan dari 5.7% pada tahun 1999 kepada 0.5% pada tahun 2009 – terendah di Malaysia dan negara-negara OECD. Kejayaan ini telah diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa seperti Bank Dunia.

19. Kelapan ialah bertanggungjawab merapatkan jurang pendapatan, di samping mengurangkan kadar kemiskinan dan menambah pendapatan. Sekali lagi DAR telah berjaya menunaikan tanggungjawab yang sukar ini. Sebagai contoh, jurang pendapatan antara luar bandar dan bandar telah dapat dikecilkan sebanyak 7% antara tahun 1999 dan 2009.

20. Kesembilan ialah mengawal kenaikan harga runcit agar kadar inflasi berada di tahap sederhana. Terbukti DAR mampu menguruskan elemen yang delicate ini – purata 2.5% dalam tempoh 11 tahun yang lalu. Kadar inflasi yang lebih rendah dari kenaikan pendapatan akan menjadikan disposable income rakyat benar-benar meningkat!

Kesimpulan

21. Bersandarkan bukti di atas, maka jelaslah bahawa kerajaan negeri Melaka di bawah kepimpinan DAR telah berjaya menunaikan 9 tanggungjawab utama terhadap rakyatnya:

• Keamanan dan keselamatan,

• Perpaduan dan keharmonian kaum

• Kebebasan bersuara,

• Pertumbuhan ekonomi yang pesat,

• Peluang pekerjaan yang banyak / kadar pengangguran yang rendah,

• Pendapatan isi rumah bertambah,

• Kadar kemiskinan menurun,

• Jurang pendapatan mengecil,

• Kadar inflasi di tahap sederhana.

22. Sekaligus DAR telah membuktikan kemampuan beliau membangunkan negeri secara terangkum dan berimbang. Beliau majukan Melaka demi rakyat dan untuk rakyat; lantaran semua rakyat telah mendapat faedahnya. Justeru DAR telah berjaya menjadi payung tempat rakyat berlindung dan berteduh:

Anak duri anak tenggiri,
Dalam belanga bertemu jodoh,
DAR adalah payung negeri,
Tempat rakyat tumpang berteduh.

23. DAR telah menunaikan tanggungjawabnya. Apakah pula tanggungjawab rakyat terhadap beliau dan kerajaan, terutama para pengundi di Merlimau pada 6 Mac 2011? Rakyat negeri maju sudah tentu dapat berfikir dan menimbang dengan tenang dan matang serta bijaksana. InsyaAllah.

  1. #1 by MHI on March 5, 2011 - 5:21 am

    hampir tak ada ruang untuk mempertikaikan kemampuan Ali Rustam mentadbir Melaka. Aku juga dapat lihat jejak kecemerlangannya akan diikuti oleh Zambri di Perak. Syabas!

    paling mengkagumkan ialah kemajuan yg dicapai dngn berjaya mengekalkan identiti Melaka. 1 more step (in the making), ialah sistem pengangkutan awam yg menunggu masa utk disempurnakan.. Melaka maju, Malaysia bangga!

    Like

    • #2 by MHI on March 7, 2011 - 5:01 am

      Melaka Trem catat sejarah

      Oleh AMIR SARIFUDIN
      amir.mansor@utusan.com.my
      SETELAH bergelar negeri maju, Melaka kini giat membawa pembangunan baru dalam memastikan gelaran itu tidak hanya satu retorik. Tugas membawa kemajuan itu dilihat kian mencabar kerana sebagai negeri memiliki khazanah sejarah dunia, Melaka memikul tanggungjawab untuk memulihara setiap ‘harta’ yang ada.
      —————————————————————————————–

      Tahniah orang Melaka. Anda memilih pemimpin yg tepat.

      Like

  2. #3 by Mullah TTDI on March 7, 2011 - 8:56 am

    Salam

    Alhamdulillah, rakyat di Merlimau telah memilih calon mereka yang dapat meneruskan kesinambungan pembangunan dan kemajuan di negeri Melaka.

    Like

  3. #4 by pak pandir on March 7, 2011 - 6:39 pm

    The unique Malacca, unlike the holy state of serambi…

    Like

  1. DSN dan DAR: BIJAK MAJUKAN NEGERI, MAKMURKAN RAKYAT « Hidup Tuah!

Leave a comment